Download pdf - Tugasan 3 Alam Sekitar

Transcript
Page 1: Tugasan 3 Alam Sekitar

FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKALDAN VOKASIONAL

KOD KURSUS : BBR 36803

KUMPULAN : EMPAT - 4

BIL : NAMA NO MATRIK

1. : ROSLINDA BINTI ABU SAMAH (K) DB110482

2. : SITI MASNIAH BINTI TAIB DB110681

3. : NORJEHAN BINTI NORDIN DB110931

4. : ONG LI GEOK DB100486

5. : SIDEK BIN DERAMAN DB110923

KURSUS : PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR

NAMA PENSYARAH : DR HJ. JAMALUDDIN BIN HASHIM

TAJUK : TUGASAN 3:

ISU-ISU ALAM SEKITAR

PERTUMBUHAN POPULASI

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

PENGURANGAN PAYA

PEMBESARAN GURUN

HAKISAN TANAH

PENCEMARAN AIR, UDARA, BUNYI DAN TANAH

PENIPISAN LAPISAN OZON

PEMANASAN SEJAGAT

PENGURANGAN SUMBER AIR, MINERAL DAN

BAHAN API

PEMENDAPAN ASID PADA PERMUKAAN BUMI

Page 2: Tugasan 3 Alam Sekitar

1

ISU-ISU ALAM SEKITAR.

Alam merupakan bermaksud keseluruhan kawasan dan keadaan. Alam juga melibatkan

semua jenis hidupan, keadaan sesuatu benda (contohnya cuaca) dan juga benda yang tidak hidup.

Kedua adalah “Sekitar”. Maksud lain bagi sekitar ialah sekeliling, berdekatan. Jadi dua perkataan

ini membawa maksud Keadaan kawasan di sekelilig kita.British Environment Protection Act

1990 menyatakan bahawa alam sekitar merangkumi semua atau satu daripada komponen air, udara

dan tanah. Penyataan ini juga disebut di dalam EU Economic Community 1967 di mana alam sekitar

ialah air, udara dan tanah dan perhubungan sesama komponen dan semua jenis

hidupan. Sadashiavan, 2012 menulis bahawa alam sekitar ialah alam sekitar merupakan keadaan di

dalam atmosfera atau keadaan untuk hidup.Daripada ketiga-ketiga penyataan tadi, alam sekitar

terdiri daripada tiga komponen penting iaitu air, udara dan tanah. Ketiga – tiga komponen ini saling

memerlukan satu sama lain, di mana sekiranya tiada air, maka hidupan air semua tidak wujud, dan

hidupan darat akan mati kerana tiada air manakala sekiranya tiada darat, tiada pula pokok untuk

menhasilkan udara dan tiada pula hidupan darat yang wujud dan sekiranya tiada udara, semua

hidupan di bumi akan mati.

Definisi alam sekitar tidak terhad kepada air, udara dan tanah sahaja. Sadashiavan, 2012

seterusnya menyambung bahawa alam sekitar juga terdiri kepada positif dan negatif . Contohnya,

hujan dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan cahaya matahari dilihat sebagai sesuatu positif.

Kedua-dua saling berhubungan untuk mengimbangi satu sama lain. Terlalu banyak hujan akan

menghasilkan banjir manakala terlalu banyak cahaya matahari menyebabkan kemarau. Contoh yang

lain ialah cas positif dan negative juga adalah penting untuk menjanakan elektrik dan hujan.

Dengan ini, makna alam sekitar tidak terhad kepada satu-satu benda sahaja (contohnya;

kebanyakan kita menganggap alam sekitar ini pokok sahaja, manakala faktor – faktor lain seperti

air, udara tidak diambil kira). semoga kita semua memperluaskan lagi perspektif kita terhadap alam

sekitar untuk pencegahan ,pemulihan dan menjaga alam sekitar di masa hadapan.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia

berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada

segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis)

contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu keseimbangan wujud antara

manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa

berubah.Kebanyakan isu-isu alam sekitar yang berlaku adalah disebabkan aktiviti-aktiviti manusia

antaranya ialah:-

Pertumbuhan populasi

Kepupusan flora dan fauna

Pengurangan paya

Pembesaran gurun

Hakisan tanah

Pencemaran air, udara, bunyi dan tanah

Penipisan lapisan ozon

Pemanasan sejagat

Pengurangan sumber air, mineral dan bahan api

Pemendapan asid pada permukaan bumi

Page 3: Tugasan 3 Alam Sekitar

2

TAJUK 1 : PERTUMBUHAN POPULASI

Apabila negara semakin pesat membangun, populasi manusia akan meningkat. Ini

menyebabkan kadar permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Ini terjadi

apabila manusia memerlukan tempat tinggal, pekerjaan, bekalan air dan elektrik, pengangkutan,

makanan dan lain-lain dalam memastikan mereka memperolehi kehidupan yang lebih baik. Namun

permintaan ini terhasil disebabkan perbezaan ekonomi dan keadaan demografik.

Penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara lain secara haram atau melalui saluran

yang betul juga menyebabkan mereka berpindah bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan

mengubah gaya hidup mereka. Pengurusan sumber semulajadi yang tidak terancang seperti

penebangan hutan secara berleluasa, pelepasan effluen yang tidak terkawal dan pembuangan sisa

toksik ke sungai serta pelepasan asap hitam ke atmosfera boleh menyebabkan pencemaran kepada

alam sekitar. Antara Kesan Kepada Alam Sekitar Adalah:-

a) Masalah Sumber Bekalan Air

Bekalan sumber air bersih akan tercemar dan berkurangan akibat penebangan pokok di kawasan

tadahan air dan pencemaran sungai akibat dari hakisan tanah dan pembuangan sisa toksik.

b) Pengurusan Sistem Pepejal

Penghasilan sampah sarap oleh manusia yang semakin banyak dan tapak pelupusan sampah yang

tidak bersistem boleh menyebabkan larut resap dari sampah sarap memasuki sungai yang

berdekatan atau meresap ke air bawah tanah dan mencemar bekalan air.

c) Haiwan Perosak

Bilangan haiwan perosak yang tinggi seperti tikus, lalat dan lipas yang mampu menyebarkan

penyakit kepada manusia semakin berleluasa.

d) Pencemaran Udara

Pelepasan karbon dioksida, chloro flurocarbon (CFC), sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan gas-

gas lain dari asap kenderaan dan kilang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang mampu

menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

e) Masalah Kesihatan

Air yang tercemar mengandungi bahanbahan toksik atau mengandungi vektor yang membawa

penyakit kepada manusia dan haiwan seperti taun, kolera dan sebagainya.

f) Kepelbagaian Biodiversiti

Penebangan hutan yang tidak terkawal dan tidak terancang mampu menyebabkan spesis flora dan

fauna yang amat berharga akan pupus.

g) Perubahan iklim dunia

Gas rumah hijau yang terbebas ke udara hasil dari pembakaran bahan api fosil akan terperangkap di

dalam atmosfera dan menyebabkan bumi menjadi panas. Apabila suhu bumi meningkat, paras

lautan menjadi tinggi dan ini akan menyebabkan banjir. Masalah kepanasan bumi ini juga akan

menghasilkan kemarau yang berpanjangan.

Bagaimana Kita Mengatasinya?

Cara mengatasi masalah ini adalah melalui tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu

menstabilkan populasi, mengurangkan penggunaan sumber dan pengurusan sumber yang berkesan.

Page 4: Tugasan 3 Alam Sekitar

3

a) Menstabilkan populasi

Apabila kita mampu mengawal kadar pertumbuhan populasi, kita dapat mengurangkan kadar

permintaan populasi terhadap sumber semulajadi. Ini membolehkan sesebuah negara memfokuskan

kewangan negara ke bidang pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Dengan mengawal kadar

populasi juga, ia mampu meningkat produktiviti dan kualiti hidup apabila rakyat mampu untuk

menabung dan melabur kewangan dengan baik.

b) Mengamalkan Kitar Semula

Dengan mengamalkan sikap mengitar semula bahan terbuang, penggunaan semula bahan terpakai,

mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan amalan mesra

alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan penggunaan sumber

semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk.

c) Pengurusan sumber yang berkesan

Menguruskan dan mengawal sumber alam semulajadi dengan efisien dan berkesan. Dengan ini

sumber tersebut boleh bertahan bagi jangkamasa panjang. Dengan mencari sumber alternatif yang

boleh menggantikan sumber yang sedia ada akan membantu dalam memelihara sumber semulajadi

daripada pupus.

d) Pembangunan Lestari

Untuk mencapai pembangunan lestari perkara-perkara yang perlu digabungkan dengan sebaiknya

ialah ekonomi, sosial, politik dan ekologi bagi mencapai kestabilan serta mewujudkan kualiti hidup

yang seimbang seiring dengan perkembangan pembangunan negara.

Kesimpulannya, pertumbuhan populasi dunia dan kesedaran dalam memelihara alam

sekitarmerupakan masalah global yang perlu dihadapi oleh masyarakat dunia masa kini demi untuk

memastikan pembangunan lestari dapat menjamin masyarakat dunia mendapat kualiti hidup yang

lebih baik.

TAJUK 2 : KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

Punca atau Faktor kepupusan flora dan fauna

2.1 Pembalakan Haram

Pembalakan haram yang beroperasi berleluasa akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti

Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan

seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan

hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang memusnahkan tumbuhan kecil

disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal dan secara tidak langsung

tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak

dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan

suhu setempat. Dengan itu, aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah

kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.

2.2 Pembakaran hutan

Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis yang terancam

yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di

Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling

Page 5: Tugasan 3 Alam Sekitar

4

hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah

musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia.

Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.Sikap

sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti

mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan

lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api

merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada

faktor kepupusan flora dan fauna.

2.3 Pembukaan Tanah Baru.

Pembukaan tanah seperti untuk pertanian, tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga

turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Masalah pembukaan tanah baru ini kerana jumlah

penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah,

kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan

seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing

Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat

dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu

maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan

itu akan mengalami kepupusan.

2.4 Pemburu Haram

Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa adalah merupakan salah satu faktor yang

menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Keadaan ini berlaku kerana pemintaan

binatang yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi

punca utama kegiatan ini berleluasa. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian

terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan

Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

2.5 Aktiviti Perikanan

Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di

kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan

dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.

Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan

juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik

sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

2.6 Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna

sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran

ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam

pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja

tempat berair. Oleh itu, pencemaran air juga merupakan faktor kepada penyumbang kepupusan flora

dan fauna. Antara punca-punca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti sisa-sisa

tosik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan

binatang laut terjejas.

Page 6: Tugasan 3 Alam Sekitar

5

2.7 Peningkatan Suhu Dunia

Faktor peningkatan suhu dunia adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor

perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor

kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinosour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia dan

menyebabkannya maut. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia

menyebabkan sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan

tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Selain itu, cuaca panas terjadi akibat daripada

pembakaran hidrokarbon yang menghasilkan CO. Interaksi CO dengan O diatmosfera

menghasilkan CO2 yang menjadi terampai di atmosfera dan menghalang gelombang panjang sinar

suria daripada lepas daripada lingkungan ini.

Implikasi / Kesan kepupusan flora dan fauna

1 . Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok

Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan

kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan

kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau dan binatang seperti gajah,

badak, harimau kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan

untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah

runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia

kehilangan suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula

jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu

menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.

2 . Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik

Tumpahan minyak dan serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan

kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan

yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini

boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air. Baja dan racun perosak kimia yang

digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan

ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air Pencemaran laut juga menyumbang kepada

kepupusan hidupan laut. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran

bersama-samanya. Minyak yang tumpah kapal merebak di lautan lalu membunuh burung laut,

kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa-

sisa kilang seperti industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem

air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin

berleluasa mencemari laut

3 . Menyebabkan hakisan Tanah

Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini kerana kawasan

tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan. Pembukaan tanah baru dari hutan kepada

pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada

mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga

turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di

Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan

Page 7: Tugasan 3 Alam Sekitar

6

menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air

bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

4. Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global

Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu. Penggondolan hutan

dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap

haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan

berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan

atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.Kesannya Suhu bumi yang tinggi

menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.

Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil

pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,

ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan

dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses sejatan tidak

mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan

berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas

5 Mecacatkan pemandangan alam

Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan yang

indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.Pembuangan sampah sarap

ke dalam laut

Langkah-langkah mengatasi kepupusan flora dan fauna

1. Pemuliharaan dan pemeliharaan

Pemeliharaan ialah Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam

semulajadi supaya kekal dan berterusan.Manakala Pemuliharaan Usaha yang dilakukan untuk

memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.

2. Penghutanan Semula

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh

Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di kawasan

pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan semula,Memastikan spesies pokok tidak

pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat

fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan.

3. Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada

Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar. Pihak kerajaan dan bukan

kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah sedia ada:

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu

tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan

yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi

bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan

hutan ) mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman

negara dengan keluasan mencukupi.

Page 8: Tugasan 3 Alam Sekitar

7

Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah

pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan

haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .

Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. Menjalankan usaha

penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak

Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh

Malaysia)Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974

Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000. Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan

Alam Sekitar 1986.

TAJUK 3 : PENGURANGAN PAYA

Ekosistem paya bakau di Malaysia akan terus terancam dan mengalami kemusnahan oleh

kegiatan manusia jika langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindunginya tidak dijalankan.

Terdapat beberapa perjanjian antarabangsa yang memberikan strategi-strategi yang diperlukan

dalam menjalankan pemeliharaan paya bakau. Bagi memastikan pengurusan ekosistem paya bakau

di Malaysia yang berkesan maka rangka perundangan dan juga peraturan-peraturan tambahan

adalah penting. Ini dapat memastikan pemeliharaan ekosistem paya bakau dan pembangunan yang

lestari dapat dijalankan.

Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan.

Empat genus utama tumbuhan bakau yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah Avicennia

(Api-api), Rhizophora (Bakau), Sonneratia (Perepat) dan Bruguiera (Berus/Tumu).Habitat bakau

menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah

kepada reptilia yang besar iaitu Buaya Muara. Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui

ialah Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin,

Berok dan Kelawar. Banyak spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air

pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak

perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok bakau.

Hutan paya bakau berfungsi sebagai nilai ekologi, kepentingan fizikal, nilai ekonomi dan

nilai sosio-budaya. Tetapi hutan bakau ini semakin diancam kemusnahan kerana tebus guna tanah ,

pembalakan secara berleluasa , pencemaran dan penggunaan terlebih sumber-sumber hutan paya

bakau . Penghapusan paya ini mengakibatkan Kehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan

tumbuhan , kepupusan flora dan fauna, pengurangan kawasan sumber makanan dan menjejaskan

keseimbangan ekosistem kawasan paya . Oleh itu pemuliharaan hutan di kawasan paya perlulah

dijalankan dengan menjalankan aktiviti penanaman semula pokok bakau, mempelajari tentang

hutan bakau dan mengamalkan amalan 3r .

TAJUK 4 : PEMBESARAN KAWASAN GURUN

“Penggurunan” merujuk kepada pembesaran saiz gurun yang sedia ada hingga melampaui

kawasan pinggirnya, atau proses yang menukarkan sesuatu kawasan yang sebelum ini bukan gurun

kepada ciri-ciri gurun yang tandus dan gersang. Kawasan pinggir gurun (Sub gurun) pada asalnya

merupakan kawasan yang lembab,subur dan banyak tumbuhan berbanding dengan kawasan gurun

Page 9: Tugasan 3 Alam Sekitar

8

sebenar. Kawasan marginal ini seterusnya berubah memiliki ciri-ciri gurun akibat kerakusan aktiviti

manusia. Akhirnya kawasan-kawasan sub gurun berkenaan bercantum dengan kawasan gurun asal

atau dengan lain perkataan kawasan gurun asal membesar dan semakin luas.Lebih 1/3 daripada

permukaan bumi diancam oleh proses penggurunan, iaitu proses untuk menjadi gurun.

Sebagai contoh yang baik ialah “Gurun Sahel”. Sahel pada asalnya ialah satu kawasan sub

gurun yang terletak di selatan gurun Sahara di Afrika Utara. Sebelum penggurunan berlaku Sahel

merupakan sebuah padang rumput savana yang subur, tetapi sejak 20 tahun yang lalu kawasan ini

telah bertukar menjadi gurun dan bercantum dengan gurun Sahara. Ia kehilangan banyak tumbuhan,

kehilangan air dan tanih seterusnya menjadi gersang akibat aktiviti manusia yang keterlaluan di

kawasan tersebut seperti penyahutanan, ragutan berlebihan,pertanian yang terlalu intensif sehingga

proses pemuliharaan tidak sempat dilakukan. Sebenarnya pertumbuhan penduduk yang pesat telah

memaksa manusia di kawasan tersebut menggunakan sumber dan persekitarannya melebihi

keupayaan untuk menampungnya. Selain daripada Afrika, gurun-gurun di India dan China turut

sama mengalami pembesaran hasil teknologi petani yang mundur oleh penduduk primitif di

kawasan berkenaan yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan secara berpindah randah.

Walaupun proses penggurunan berlaku kerana faktor fizikal tetapi pengaruh dan tindakan

manusia telah mempercepatkan lagi fenomena ini. Ada dua cara bagaimana aktiviti manusia

menggurunkan sesuatu kawasan. Pertama, melalui kegiatan pindah ternak dan ragutan berlebihan.

Padang rumput savana yang subur di musim hujan akan diragut oleh ternakan hingga ke akar

umbinya (Over Grassing). Kesannya struktur tanah menjadi longgar. Pada musim kering pula

ternakan-ternakan ini dipindahkan ke kawasan padang ragut yang lain yang lebih subur. Aktiviti

pindah ternak mempercepatkan lagi hakisan tanah yang sudah longgar itu dan akhirnya pelindung

tanah (rumput) terhapus sama sekali. Hakisan angin akan mengambil alih, menerbangkan debu-

debu lalu meninggalkan kawasan yang tandus-gersang. Kedua, aktiviti penyahutanan oleh

penduduk asli di kawasan pinggir gurun untuk membina petempatan dan pembukaan kawasan

pertanian baru guna menampung penduduk yang semakin bertambah.

Sebagai contoh di Somalia dan Zaire. Tanah-tanah yang dahulunya tidak sesuai untuk pertanian

telah dibuka dan dieksploitasikan tanpa kawalan. Apabila tiba musim kemarau kawasan tanah ini

akan terdedah kepada hakisan angin. Angin akan menghakis-angkut lapisan atas tanih yang subur

lalu meninggalkan lapisan yang tidak subur. Apabila tanah hilang kesuburan petani akan

meninggalkannya lalu membuka kawasan hutan yang baru. Akhirnya proses yang sama berulang

dan penggurunan semakin pesat.

Pertambahan populasi sejagat yang terlalu pesat seterusnya telah membawa kepada

pengeksploitasian alam yang membawa kepada pembesaran gurun . Antara sebabnya adalah seperti

berikut berikut Penebangan hutan untuk pembinaan rumah dan perindustrian, Pengeksploitasian

sistem saliran air semulajadi seperti air bawah tanah untuk kegunaan domestik dan perindustrian

dan Banyak tanah diteroka atau dibakar untuk dijadikan lebih banyak tempat pertanian dan

penternakan . pembesaran gurun ini member kesan mengurangkan kepelbagaian spesis organisma

(biodiversiti) dan semakin banyak flora dan fauna pupus dan banyak lagi yang berada pada pinggir

kepupusan.Cara-cara mengatasi adalah seperti Menanam pokok dan rumput untuk melindungi tanah

daripada terus terhakis, Merancang sistem pembekalan air untuk penggunaan domestik dan

Page 10: Tugasan 3 Alam Sekitar

9

perindustrian supaya sistem saliran air tidak terjejas dan Penyemburan petroleum untuk melindungi

biji benih tumbuhan daripada kekeringan dan ditiup.

TAJUK 5 : HAKISAN TANAH

Jenis-jenis hakisan tanah.

Proses hakisan mempunyai kesan akibatnya. Proses hakisan pada kebiasaannya akan menyebabkan

kehilangan bahan fizikal, mengurangkan kedalaman akar tumbuhan, mengurangkan tanah subur

untuk kegunaan tumbuhan dan pengurangan nutrien serta bahan argonik. Selain daripada itu, ia juga

menyebabkan pengurangan populasi tumbuhan sekaligus mengurangkan kitaran argonik. Kesan

buruk yang tidak menyenangkan hasil hakisan tadi dialihkan ke kawasan tanah rendah yang akan

menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan kadang kala juga merosakkan harta benda seperti

jalan raya, pelabuhan dan juga empangan (Cummings,1998) Dalam pada itu, proses hakisan ini

terdiri daripada beberapa jenis seperti yang berikut:-

Hakisan hujan.

Hentaman air hujan biasanya sangat berkesan di kawasan tanah lapang yang mana pokok atau

tumbuhan asal telah ditebang dan permukaan bumi terdedah pada sinaran matahari dan juga air

hujan. Walau bagaimanapun, kesan hakisan air hujan ini tidak jelas di kawasan yang tertutup oleh

rimbunan tumbuhan. Apa yang nyata, pada masa ini sebahagian daripada permukaan bumi telah

diusahakan untuk tujuan tertentu sama ada pertanian, perlombongan, penempatan dan sebagainya

telah menyebabkan permukaan bumi terdedah pada hakisan air hujan dan dalam tempoh jangka

panjang menyebabkan sesuatu kawasan akan menjadi gondol. Bahan yang berbutir halus yang

berada di permukaan bumi biasanya dengan mudah sahaja dipindahkan oleh air hujan ke kawasan

yang lebih rendah melalui proses hanyutan. Pada kebiasaannya, air hujan yang jatuh akan

membentuk satu lapisan nipis air berlumpur dan dapat menghakis dengan sama rata seluruh

permukaan cerun yang kebiasaannya dikenali sebagai hanyutan cerun. Semasa air hujan tadi

mengalir ke kawasan yang lebih rendah ia akan mengalir melalui alur tertentu yang seterusnya akan

menghakis alur berkenaan melalui proses hakisan alur dan menghasilkan fenomena baru hasil

daripada fenomena hakisan air mengalir di mana bongkah yang kuat bertindak seakan – akan

sebuah payung sementara.

Hakisan sungai.

Aliran sungai yang mengalir sebenarnya bermula dari air hujan yang turun di kawasan tanah

tinggi yang kemudiannya ke dalam alur-alur kecil. Air tadi akan terus mengalir sambil menghakis

serta mengangkut bahan yang telah dihakis kemudian masuk ke dalam alur yang lebih besar

seterusnya membentuk aliran sungai.Umumnya, sungai mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai satu

sistem pengairan dan kedua bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi sama ada

dengan cara melarut atau menghakis di kawasan sungai yang mengalir. Proses hakisan sungai ini

banyak bergantung pada kuantiti air, halaju dan bahan yang diangkutnya. Dalam hal negara kita dan

negara – negara tropika yang lain kita dapati bahawa kuantiti air sungai akan bertambah dengan

bertambah panjang sebatang sungai yang berkenaan. Ini bermakna pertambahan kuantiti air sungai

akan menambahkan kuasa hakisan air. Dalam masa yang sama air mengalir akan mengangkut

bersama bahan yang terhakis sama ada dalam bentuk larutan atau puing yang dihanyutkan atau

diseret di dasar sungai.

Page 11: Tugasan 3 Alam Sekitar

10

Bahan yang diangkut tadi dikenali sebagai muatan yang mempunyai fungsi yang sangat besar

sebagai agen hakisan dasar sungai melalui lagaan, lelasan yang mana puing tadi bertindak sebagai

bahan pemotong terhadap halangan yang terdapat dalam sungai berkenaan. Dalam proses hakisan

sungai tadi, hakisan sungai ini boleh dibahagikan kepada 6 jenis hakisan iaitu pelarutan,

pelonggaran, tindakan hidraulik, kikisan, hentaman dan lelasan.Bahan bumi yang telah mengalami

hakisan tadi dipindahkan ke hilir sungai oleh aliran sungai yang berlaku dengan berbagai-bagai

cara. Bahan yang boleh larut akan dipindah dalam bentuk larutan. Bahan yang berbutir halus akan

dipindahkan secara ampaian. Manakala batu-batu kecil dipindahkan melalui proses golekan dan

seretan dan kemampuan memindahkan bahan ini bergantung pada kuantiti air yang terdapat dalam

sungai. Semakin banyak kuantiti air maka semakin tinggi keupayaan aliran sungai tadi membawa

dan memindahkan bahan – bahan yang dihakis.

Semasa aliran sungai tadi membawa bahan-bahan yang terhakis ia juga akan memendapkan

sebahagian daripada muatan yang di bawah di sepanjang dasar sungai mengikut keadaan atau

apabila tenaga mula berkurangan. Bahan yang berat seperti batu kelikir, pasir dan kelodak dan

akhirnya lumpur. Walau bagaimanapun, proses pemendapan di peringkat muda dan dewasa adalah

bersifat sementara kerana apabila tenaga dan kuantiti air bertambah bahan mendapan ini akan

dipindahkan ke kawasan hilir sungai. Pemendapan semakin pesat apabila kecerunan sungai semakin

kurang dan sungai mula berliku-liku. Di samping tenaga sungai yang berkurangan, air masin dari

lautan juga berupaya mengentalkan butiran lempung atau lumpur dan menjadikannya butiran yang

lebih besar.

Hakisan air bawah tanah.

Dalam proses hakisan tanah, hakisan bukan sekadar berlaku di atas permukaan bumi tetapi

juga berlaku di dalam bumi khususnya disebabkan oleh aktiviti aliran air bawah tanah terutama

sekali di kawasan batu kapur. Walau bagaimanapun, proses ini sangat lambat berbanding dengan

hakisan permukaan kerana penyerapan air ke dalam bumi bergantung pada sifat ketelapan dan

keporosan batu-batan termasuk rekahan batuan. Air bawah tanah bergerak keluar di anak sungai

atau kawasan kaki bukit sebagai mata air dan sebahagian pula bergerak di sepanjang akuifer yang

bergerak melalui lohong dan sungai bawah tanah. Menurut Ibrahim Komoo lagi hakisan bawah

tanah ini lebih aktif pada kawasan batuan yang mudah terlarut khususnya di kawasan batu kapur.

Pergerakan air bawah tanah di antara rekahan mampu melarutkan dinding rekahan dan mengangkut

hasilnya ke tempat lain dan lama kelamaan semakin besar akhirnya membentuk gua dan sungai

bawah tanah.

Masalah dan kesan hakisan tanah oleh tindakan air terhadap alam sekitar dan ekonomi.

Tidak dapat dinafikan bahawa hakisan tindakan air mengalir membawa kesan terhadap alam

sekitar dan ekonomi negara. Dalam bidang pertanian, mengikut satu kajian yang dibuat di Amerika

Syarikat pada tahun 1970an dianggarkan 4 juta tan tanah hilang akibat daripada proses hakisan,

pengangkutan dan pemendapan setiap tahun. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak

dapat dielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar. Kesan

hakisan dapat disenaraikan seperti berikut:-

Kekurangan tanah subur.

Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis lapisan atas tanah

yang subur untuk tujuan pertanian yang mana lapisan bawah tanah subur tadi adalah kurang subur

Page 12: Tugasan 3 Alam Sekitar

11

untuk ditanam. Kesan yang dapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang subur

dan kurang menghasilkan buah dan kesan ini mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran

bekalan makanan negara dan dunia amnya. Contoh paling sesuai ialah kawasan sawah padi yang

terhakis akibat daripada aliran air yang membawa keluar lapisan tanah yang subur ke dalam terusan

atau ruang permukaan yang tidak diusahakan. Ini akan merugikan petani kerana kesuburan tanah

yang telah berkurangan di atas sawah .

Kejadian banjir kilat yang merugikan.

Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan tanah rendah terutama

sekali kawasan yang terdedah pada hakisan. Banjir kilat bukan sekadar terjadi di kawasan tanah

lapang di kawasan pedalaman tetapi juga terjadi di Bandar-bandar besar yang berhampiran dengan

sungai. Kejadian banjir sering berlaku akibat daripada dasar sungai yang cetek menyebabkan air

melimpah keluar.Kejadian dasar sungai menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktiviti hakisan

sungai di kawasan hulu atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang

terdedah pada air hujan. Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai oleh aktiviti pembalakan dan

aktiviti pertanian pindah.

Banjir kilat bukan sekadar merugikan kerajaan kerana penyelenggaraan empangan yang

semakin cetek tetapi juga dasar sungai yang cetek atau pembinaan benteng tetapi juga merugikan

para petani kerana kehilangan lapisan permukaan tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Dalam

pada itu, kejadian hakisan di kawasan kaki bukit juga merugikan negara kerana kesannya seperti

tanah runtuh selalu merosakkan jalan raya yang bukan sekadar memerlukan kos penyelenggaraan

tetapi juga menghentikan aktiviti ekonomi kerana jalan perhubungan yang terganggu. Sebagai

contoh, kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan ke Genting Highlands dan Cameroon Highlands

yang merugikan petani dan pengusaha hotel kerana aktiviti ekonomi terjejas apabila berlaku

kejadian tanah runtuh.

Jika dilihat dari sudut alam sekitar pula, kejadian hakisan memang banyak matangkan masalah

seperti berikut:-

Tanah runtuh yang membahayakan.

Kawasan kaki bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan

banyak kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini dapat dilihat jika berlaku kejadian tanah runtuh

kawasan tadahan hujan ia akan menyebabkan pengangkutan bahan hakisan ke kawasan empangan

dan kawasan tadahan akan terjejas akibat daripada aktiviti hakisan. Dalam kes tertentu, tanah runtuh

bukan sekadar mencemarkan sungai tetapi juga akan menyebabkan kehilangan nyawa dan juga

kepupusan hutan.

kejadian tanah runtuh seperti ini sangat merugikan kerana kerosakan permukaan fizikal yang

mungkin boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Walau bagaimanapun, tidak semua kesan

hakisan ini tidak memberi faedah kepada ekonomi negara kerana dalam hal tertentu khususnya di

kawasan bukit batu kapur kesan hakisan di kawasan berkenaan boleh dieksploitasi untuk tujuan

pelancongan. Ini disebabkan proses hakisan di kawasan ini meninggalkan formasi istimewa seperti

gua, stalaktit dan stalagmit seperti Gua Gomantong di Sabah dan Gua Mulu di Sarawak.

Pengurangan lapisan tanah subur.

Page 13: Tugasan 3 Alam Sekitar

12

Proses hakisan bukan sekadar merosakkan permukaan bumi yang terdedah tetapi sekaligus

mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien dan humus yang sangat berguna kepada

aktiviti pertanian. Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih

rendah dan ditimbunkan sebagai delta tetapi dalam hal tertentu tanah subur ini akan terus ke laut

dan hilang yang secara langsung tidak memberikan faedah kepada aktiviti pertanian.

Dasar sungai dan empangan menjadi cetek.

Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersama bahan peroi yang dihakis di

kawasan tanah tinggi akan dibawa bersama dan dimendapkan di sepanjang sungai. Sekiranya

aktiviti hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasar sungai dan

empangan akan menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir. Jadi hal ini sangat merugikan

kerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering

pada musim panas dan banjir pada musim tengkujuh.

TAJUK 6 : PENCEMARAN AIR, UDARA BUNYI DAN TANAH

PENCEMARAN AIR

Punca Pencemaran Air

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.

Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak

sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini

berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos

pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai

atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat

dan kadang kala kilang juga membuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak

kimia yang digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak

sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.Sikap individu itu

sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara kita. Pembuangan bahan-

bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu

sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah

berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan

mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu menyumbang ke

arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan

hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan

berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan

mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah

disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka

pada keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan

akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu.

Page 14: Tugasan 3 Alam Sekitar

13

Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan

turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan

mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku

adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya

ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Kesan pencemaran air ini juga memberi

kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke

laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan

membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut

juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang

atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang

dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan

simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul.

Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

PENCEMARAN BUNYI

Punca Bunyi Bising

Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu

kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia. Kebisingan yang

berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapal

terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di

bandar-bandar utama. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi

kebisingan lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah

laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.

Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan

lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan

operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi lebih ketara di kawasan

tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang

melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi.

Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras tekanan

bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai industri di samping

mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi pembinaan pula bersifat sementara,

namun untuk projek besar ia akan memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan

oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan

bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan

juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan.

Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan berlakunya

pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio, televisyen dan sebagainya

serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan

perumahan berkepadatan tinggi.

Page 15: Tugasan 3 Alam Sekitar

14

Kesan Pencemaran Bunyi

Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan

kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat.

Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan

boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi.

Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan

komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah

dari segi nilai harta benda.

Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau

melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen,

waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh

mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan

pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi

bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir

menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.

Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan

pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan

kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising

mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya

kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh

memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang

memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang

berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya

banyak kesilapan.

Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang

terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya

adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak

kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih

dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang

dianggap istimewa seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai

kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan.

Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih

tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.

Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi

Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan dengan

kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula mendatangkan kesan tidak baik

dan dalam masa yang sama negara menuntut pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan

kepada rakyat. Kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman

industri yang jauh dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu

sahaja sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi kepada

pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.

Page 16: Tugasan 3 Alam Sekitar

15

Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara

keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi motorsikal yang

telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang ”tiga” mata iaitu

mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan mengurangkan pencemaran bunyi.

Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah

diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong

dan mempraktikan saranan itu.

Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi bising

berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih mempercepatkan proses

pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa

yang memakan masa dan berhampiran dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu

menggunakan jentera canggih walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar. Malaysia kerap

menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa, kempen anti

sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi

juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat

terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”.

PENCEMARAN UDARA

Jenis Pencemaran Udara

Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan

pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur monoksida dan

karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan

zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri

dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan

membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas

seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai contoh

gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik.

Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan

peroksidasetil nitrat (PAN).

Punca Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan

pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain

itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti

yang kita dapat lihat kejadian jerebu yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran

seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran.

Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti

membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau

kayu, merokok dan sebagainya lagi.

Page 17: Tugasan 3 Alam Sekitar

16

Kesan Pencemaran Udara

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita

misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun

1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor

telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan

alam dan hidupan semulajadi. Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh

membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh

terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang

sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.

PENCEMARAN TANAH

Umpama udara dan air, tanah merupakan komponen penting dalam kehidupan kita. Tanah

turut berperan penting dalam memelihara keseimbangan ekosistem di bumi tercinta kita.

Pencemaran tanah bermaksud sebarang pertukaran warna,kesuburan dan hakisan tanah di kawasan

tertentu disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.Pencemaran tanah

disebabkan oleh (a) pembuangan sampah sesuka hati, (b) bahan buangan daripada kilang, (c)

kegiatan perlombongan dan (d) kegiatan pertanian.

(a) Pembuangan sampah sesuka hati

Pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah mengakibatkan

masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul akan menjurus kepada

pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan

menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan virus

yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dari sampah pula akan mengurangkan kualiti air

tanah. Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti bau, warna, rasa

dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) ataupun lebih dikenali sebagai plastik

dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah

menyerap air. Lebih- lebih lagi plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi,

iaitu ianya tidak terurai walaupun berjuta-juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan

pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air bawah tanah

mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain itu, pencemaran

tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan pedalaman kerana kemudahan

yang tidak begitu lengkap.

(b) Bahan buangan daripada kilang

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada minyak,sisa toksik dan sisa-sisa

kilang. Walaupun bahan buangan tersebut ditanam dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang

mantap, pencemaran tetap berlaku disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan

sebagainya. Hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan polimer

turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah. Dengan ini, dapat kita bayangkan

sekiranya sisa-sisa toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan impaknya. Hal ini

kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau

bercampur dengan air. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi jikalau tindak balas kimia berlaku.

Page 18: Tugasan 3 Alam Sekitar

17

(c) Kegiatan perlombongan

Kajian telah menunjukkan bahawa kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh mengakibatkan

masalah pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid.

Gejala sedemikian paling teruk di Lembah Klang pada suatu masa dahulu. Selain kegiatan

perlombongan emas, kegiatan perlombongan pasir dan penebus-guna tanah serta pembangunan-

pembangunan lain di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik.

Masalah akan merunsing selagi pH air tidak berada pada paras neutral, iaitu pada pH-7. Seandainya

habitat hidupan akuatik sudah dicerobohi oleh sisa- sisa dan timbulan minyak, keseimbangan

ekosistem akan terancam. Sumber protein akan susah diperolehi jikalau hidupan akuatik seperti

ikan mati.

(d) Kegiatan pertanian

Kegiatan pertanian merupakan salah satu pembangunan tanah yang paling meluas di

Malaysia. Kesan akibat daripada pertanian pindah boleh dikurangkan dengan mengamalkan

pertanian tetap. Pertanian moden secara besar-besaran tanpa kawalan akan menyebabkan

pencemaran tanah. Para petani tidak harus menggunakan racun serangga yang akan membawa

kepada pencemaran tanah. Dengan menggunakan kaedah biologi, kesuburan tanih di tanah

pertanian tetap dapat dikekalkan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan menggunakan baja

organik.

Hal ini disebabkan kegiatan pertanian moden yang berleluasa mungkin menyebabkan

hakisan tanah. Bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh, tembok konkrit dibina di kawasan cerun

bukit di sepanjang lebuh raya di Malaysia. Tumbuh-tumbuhan dapat membendung hakisan tanih

kerana akar tumbuhan dapat mencengkam tanah. Pembangunan kawasan tanah tinggi turut

mengakibatkan penambahan mendapan yang tinggi di hilir sungai dan seterusnya menyebabkan

banjir berlaku.

Kegiatan pertanian yang biasanya dijalankan di tanah tinggi juga menjurus kepada

pencemaran alam. Sebabnya ialah tanah tinggi merupakan sumber air. Anak-anak sungai akan

menjadi sungai dan menjadi sumber air kepada kawasan berpendudukan besar. Tambahan pula,

kebanyakan empangan didirikan di kawasan tanah tinggi. Air yang diperoleh di kawasan tanah

tinggi biasanya lebih bersih daripada air dari sungai di kawasan hilir. Seterusnya, dari segi

perladangan, industri perladangan membersihkan kawasan tanah tinggi yang besar untuk tujuan

perladangan. Untuk mendapatkan lebih banyak kawasan penanaman, kawasan paya di sekeliling

tanah tinggi akan dikeringkan melalui pengaliran air paya. Pengeringan seperti ini akan

menyebabkan pengurangan aras air bawah tanah bagi kawasan tanah tinggi dan menyebabkan hasil

yang kurang.

Hal ini kerana sebarang perubahan yang berlaku kepada ekosistem di tanah tinggi akan

menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya di kawasan kaki tanah tinggi.

Kesimpulannya, manusia tidat harus mengabaikan alam sekitar semata- mata untuk mengejar

pembangunan dan keuntungan. Kita harus pertimbangkan masa depan generasi akan datang

disamping memenuhi kehendak sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Dengan berpandukan prinsip

kesembilan Islam Hadhari, penjagaan alam sekitar terus digalakkan untuk memastikan

keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar dikekalkan.

Page 19: Tugasan 3 Alam Sekitar

18

TAJUK 7 : PENIPISAN LAPISAN OZON

Ozon(O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu

dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C,

dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich

Schonbein pada tahun 1840. Ozon diketahui berupaya menyerap radiasi UV-B. Ozon terbentuk

secara semulajadi di lapisan ozon. Lapisan ozon terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara

semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan

membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.

Penipisan lapisan ozon

Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang

membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada

industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk

klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV)

matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain.

Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya

meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

Perubahan-perubahan yang diperhatikan selama ini ialah Lapisan Ozon semakin menipis,

Penggunaan bahan yang mengandungi Kloroflorokarbon(CFC) semakin bertambah, Semakin

banyak industri berkembang di merata dunia, Kerajaan mengalakan berkereta kongsi, Isu ujian

nuklear sering diperbincangan, Penyakit kulit semakin berleluasa, Paras air semakin menigkat dan

Suhu dunia semakin meningkat.

Punca-punca penipisan lapisan ozon adalah Penggunaan bahan kloroflorokarbon.CFC boleh

bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran

cahaya ultraungu yang tinggi contohnya dalam industry peti sejuk, pendingin hawa. Melalui

kegiatan perindustrian, asap mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen

dioksida dan sulfur doksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan

troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk. Pelepasan

nitrogen dioksida terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, buklear, pelancaran roket.

Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon

musnah. Contohnya, negara Amerika, India dan Pakistan. Penyahhutanan secara meluas dimana

tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksien dan menyerap gas karbon dioksida melalui

proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan

ozon terjejas. Bilangan kenderaan bermotor berlaku peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan

gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan

penurunan suhu di straosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan

proses penipisan lapisan ozon.

Penipisan lapisan ozon memberi kesan seperti Gangguan kesihatan seperti strok haba,

penyakit kulit mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang

berkaitan dengan cuaca panas. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk – cuaca panas

Page 20: Tugasan 3 Alam Sekitar

19

melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan

akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas. Ia cepat merebaknya

penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.

Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah keranan cuaca terlalu panas. Risiko banjir

laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi penempatan manusia akibat

pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.

Penipisan lapisan ozon meyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu memyebabkan

perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka

masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak

terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi menjadi sejuk. Peningkatan suhu global

menyebabkan aras lautan meningkat dan menengelamkan kawasan rendah, peningkatan aras lautan

berlaku sebanyak 2mm setahun. Ekosostem akuati terjejas dengan penigkatan sinaran ultraungu

menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut

terjejas dan menjejaskan sumber ikan.

Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan se dan

mikro organism yang terdapat di dalm badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pertambahan sinar

ultraungu menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia disebabkan kerana menyebabkan kulit

semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan. Memusnahkan urat saraf,

kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibody badan dan

melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan pernafasan. Pemanasan global dan penipisan

lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu menjejaskan pertumbuhan tanaman seperti proses

berbunga antara tananman yang terjejas ialah gandum, kacang soya. Menyebabkan kemusnahan

fitoplankton yang menjadi makanan ikandan pemusnahan terumbu karang dan tempat pembiakan

ikan.

TAJUK 8 : PEMANASAN SEJAGAT

Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang

telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih

sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini

sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung

kurun ke-19.Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah

sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun

ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer

pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat

sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan

global.

Kesan Rumah Hijau

Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan

aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya

bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini

terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak

dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.Seperti yang telah

Page 21: Tugasan 3 Alam Sekitar

20

kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya.

Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang

tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita.

Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita

mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-

dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap

dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa

lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga

solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.Besar

kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19,

berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri

kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan

fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu

seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30

peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah

hijau.

Kesan Pemanasan sejagat

Pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak

beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21,

fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya

peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan

kitaran presipitasi yang dahsyat.Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir,

kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau

kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland

yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan

sebahagian besar zon tepi laut dunia.

Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani masalah ini,

komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997

bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk

mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan

Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa

penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia,

hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami

percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang

demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam. Antara cara untuk mengatasinya

dicadangkan menggunakan pengangkutan awam dan mengenakan kelengkapan bekerja.

TAJUK 9 : PENGURANGAN SUMBER AIR , MINERAL DAN BAHANAPI

Kekurangan sumber galian merujuk kepada semakin kurang sumber dan akan habis jika

digunakan secara berterusan, contoh bijih timah.faktor menyebabkan berlaku Kekurangan bekalan

sumber galian harga pasaran meningkat , meningkatkan hasil penerokaan , permintaan tinggi ,

perkembangan teknologi dan penerokaan yang tidak terkawal. Kekurangan sumber mineral

Page 22: Tugasan 3 Alam Sekitar

21

merujuk kepada teknologi meningkat , pendapatan negara bertambah , taraf hidup rakyat

ditingkatankan dan penambahan peluang pekerjaan. Ini menunjukkan kepada faedah yang

diperolehi tetapi in mendatangkan keburukan iaitu menunjukkan sumber mineral semakin

kekurangan dimana generasi akan datang tidak dapat menimati faedah. Ini juga akan membawa

kepada pencemaran tanah, air dan udara seterusnya menjejaskan ekosistem

Sehubingan dengan itu setiap individu perlu kesedaran atas sikap jimat-cermat.Masyarakat

perlu kajian geoteknik manakala Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih

Timah Antarabangsa) dan SEATRAD (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk

memperbaiki dan memperluas kegunaan bijih timah

FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER BAHAN API

Penambahan penggunaan kenderaan secara tidak lansungnya telah menambahgunakan

sumber bahan api kerana kenderaan memerlukan bahan api fosil ( petrol dan diesel) untuk

berfungsi. Bahan api fosil ini dihasilkan daripada sumber bahan. Sumber bahan api juga digunakan

untuk menjana elektrik di Malaysia. penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan

api fosil di mana ia merangkumi 85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara.

Hanya 1 peratus sahaja menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.Kesesakan lalu lintas juga

menyebabkan penggunaan petrol yang banyak dan secara tidak langsungnya telah menambah

gunanya bahan api fosil.

Ini mengambarkan pembangunan negara dan masyarakat tetapi ianya memerlukan kos yang

tinggi untuk menghasilkan alternatif sumber bahan api yang berkesan dan berguna.Generasi yang

akan datang mungkin tidak dapat menikmati sumber bahan api semula jadi.setiap Individu perlulah

berjimat cermat dalam penggunaan sumber.Masyarakat bersama-sama

mengamalkan amalan berongsi kereta dan menggunakan pengangkutan awam sperti ystem transit

ringan(LRT), bas dan keretapi. Mengubah tabiat dan cara hidup seiring dangan usaha kerajaan

untuk menggurangkan masalah ini.Kerajaan pula perlulah memberi intensif cukai kepada mereka

yang membeli peralatan yang jimat tenaga seperti panel solar . Berusaha untuk menghasilan

sumber-sumber yang boleh diperbaharui untuk menggantikan sumber yang tidak dapat diperbaharui

seperti hidro,ombak, angina dan bahan api bio.

KEKURANGAN BEKALAN SUMBER AIR

Kekurangan sumber air adalah disebabkan pencemaran sumber air. Ini juga diakibatkan

oleh tindakan manusia yang membazir. Perkembangan aktiviti pembangunan dan perindustrian

menyebabkan populasi semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan sumber air semakin

kekurangan. Generasi akan datang tidak dapat menikmati faedah dan kekurangan sumber

minuman. Ini jelas akan menjejaskan ekosistem. Dengnan ini setiap individu perlu kesedaran atas

sikap jimat-cermat. Lawatan dan tinjauan ke kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa

buangan ke dalam sungai. Kerajaan perlu membina empangan supaya saluran paip dibina supaya

tidak bocor. Pengawalan bekalan air bersih oleh jabatan bekalan air. Mengkaji kualiti 86 batang

sungai serta pengurusan sumber air di bawah akta kualiti alam sekitar 1974.

Page 23: Tugasan 3 Alam Sekitar

22

TAJUK 10 : PEMENDAPAN ASID PADA PERMUKAAN BUMI

Pemendapan berasid boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mendapan basah dan

mendapan kering. Pemendapan basah berasid lebih dikenali dan disebut sebagai hujan asid.

Walaubagaimanapun, hujan asid adalah salah satu komponen pemendapan berasid. Di negara-

negara tropika, kira-kira separuh daripada jumlah asid yang termendap adalah dalam bentuk jatuhan

kering.

Dalam proses pemendapan basah, asid sulfurik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap

air semasa pembentukan awan. Titisan-titisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan

salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi.

Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila

tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain semasa cuaca baik. Proses

ini dikenali sebagai pemendapan kering. Disamping itu juga, asid-asid tersebut melekat pada zarah-

zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan, tumbuhan dan

sebagainya lalu berlakunya pemendapan kering berasid. Kesan pemendapan asid Terhadap

Manusia ialah menjejaskan Kesihatan yang mengakibatkan Iritasi Mata / Kulit . Kepekatan asid

yang keterlaluan di udara merosakkan sistem respiratori . Sebatian(alkali+asid), Ammonium

Sulfat(kebakaran) di udara boleh mengakibatkan Keracunan

Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi terhadap

kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam proses pembentukan

sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah satu daripada sebatian ini ialah

ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada

kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati merosakkan sistem respiratori pada mereka yang

sensitif. Sifat higroskopik ammonium sulfat yang menyerap air dalam keadaan lembap

mengakibatkan ketampakan rendah dan keadaan berjerebu. Masalah utama air berasid ialah

ketelarutan logam, samada dari tanah atau paip air. Di Sweden, perigi yang tercemar oleh air bawah

tanah berasid didapati airnya menjadi lebih korosit dan mengandungi tahap logam berbahaya yang

tinggi terutamanya kuprum dan aluminium. Kesan terhadap kesihatan akibat meminum air berasid

masih menjadi topik pendebatan oleh pakar-pakar. Bagaimanapun meminum air yang mengandungi

kuprum, besi, zink dan kadmium terkakis pada kadar yang tinggi dari paip terbukti membahayakan

kesihatan.

Bagi hidupan akuatik pula menyebabkan Sumber air dicemari oleh bahan-bahan terhakis.

Ianya akan Menjejaskan keseimbangan ekosistem seperti Laut, Sungai, Tasik . Populasi spesis

yang sensitif menurun dan akan pupus kerana Ketidaktahanan terhadap kepekatan asid. Ini juga

akan mengakibatkan Gangguan Pembiakan . Pengasidan menjejaskan keseimbangan ekosistem

dalam tasik dan sungai. Spesies akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitive

terhadap perubahan besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai pH

menurun. Akhirnya, spesies tersebut akan pupus dalam air berasid. Antara hidupan yang sensitif

dan merosot dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton, manakala katak dan

kodok mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan alga berkembang maju dalam air

berasid. Beberapa jenis spesies ikan yang tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan

manakala yang lain mati disebabkan keracunan aluminium. Selepas sungai dan tasik menjadi

berasid di negara-negara Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon Atlantic dan trout

Page 24: Tugasan 3 Alam Sekitar

23

telah pupus. Kejadian yang sama juga berlaku di Amerika Utara dimana salji yang mengandungi

bahan-bahan berasid mencair pada musim bunga menyebabkan peningkatan keasidan air tasik dan

sungai. Pada musim luruh, ikan salmon bertelur dan meninggalkan anak-anaknya untuk membesar

sehingga musim berbunga. Kebanyakan anak ikan salmon mati akibat lebihan asid daripada saiji

yang mencair.

Peningkatan pengasidan memusnahkan khazanah zat semulajadi dalam tanah dan

membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawah tanah yang mana apabila

diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan. Di kawasan tropika, pembakaran dan aktiviti

pembersihan hutan sepanjang tahun membebaskan oksida sulfur dan oksida nitrogen ke dalam

atmosfera. Walaupun kesan terhadap hutan tidak begitu ketara, namun pelepasan asid didapati

meningkatkan tekstur tanah.

Kajian saintifik menunjukkan bahan pencemar udara, secara langsung atau tidak langsung

menyebabkan kerosakan hutan serantau. Tempoh kering dan dingin memberi kesan yang lebih

buruk dan impak berkekalan ke atas pokok-pokok yang telah terdedah kepada pencemaran. Tahap

kerosakan hutan di Eropah sangat membimbangkan. Contohnya, penggunaan arang batu yang

mengandungi sulfur yang tinggi oleh loji janakuasa dan industri Black Triangle berdekatan

sempadan Jerman, Czech dan Poland telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hutan

mereka. Fenomena yang sama juga diperhatikan di Chonging, China.

Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti kuprum dan nikel, yang mana

mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan hutan berlaku di Ashio, Jepun

disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh

kita lihat kerosakan yang sama di beberapa tempat di dunia seperti kemusnahan hutan sekitar

sepuluh kilometer berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat.

Udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak terhingga kepada bangunan-bangunan

bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak di bendung segera, kerosakan

bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang diperbuat daripada batu atau

mamar akan berlaku dengan pantas. Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di

depan mata kita .Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan

kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak-tapak

industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru

yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding

kereta. Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari bangunan

lama ? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding dan melarut kalsium di

dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia bergabung dengan karbon dioksida

dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat lalu membesar seperti isikel. Apabila kita

memerhatikan isikel , kita boleh lihat titisan kekotoran di atas permukaannya.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMENDAPAN ASID

1. Secara Keseluruhan adalah melalui Pencegahan dan Kawalan:

• Peraturan (akta-akta) Undang-undang

• Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996)

• Kaedah dan Teknologi Kawalan Pencemar

Page 25: Tugasan 3 Alam Sekitar

24

• Guna Petrolem (rendah Sulfur) dalam kegiatan Industri

• Guna sistem denitrifikasi dan nyahsulfur boleh kurangkan pelepasan Oksida (Sulfur + Nitrogen)

• Pasang pengubah bermangkin (ubah sifat pencemar) pada enjin kenderaan

• Perancangan Alam Sekitar

Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada kegiatan industri biasanya dikawal dengan

dua kaedah iaitu bagi aktiviti yang menggunakan petroleum, maka mereka akan menggunakan

petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Manakala satu lagi kaedah ialah dengan menggunakan

peralatan yang dapat mengurangkan kandungan pencemar udara di dalam gas yang akan dilepaskan.

Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen

dan oksida sulfur.Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari

ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah bermangkin

(catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah beermangkin ini akan

membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diubah sebelum ianya

dilepaskan ke atmosfera.

Di samping penggunaan teknologi dan peralatan dalam pengawalan pencemaran udara, pihak

kerajaan juga telah mengubal pelbagai undang-undang bagi mengawal pelepasan pencemaran

udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan

bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti :

i) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978

ii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996

iii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996

Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya

mengambilkira dua prinsip utama iaitu :

• Standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan andaian

teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang, dan

• Mengambilkira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan standard yang mana

teknologi tersebut mampu lakukan.

Secara Individu kita perlulah Jimat Tenaga kerana jika Kurang Tenaga maka Kurang sumber

(minyak, gas & arang batu) yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Kita juga perlu selalu

Menyelenggara Kenderaan (service/maintenance) . jika Kenderaan Baik ini akan Meminimakan

pelepasan gas pencemar orang awam juga digalakkan untuk Guna Pengangkutan Awam . ini akan

mengurang Kenderaan maka akan mengurangkan Pelepasan Gas Pencemar . setiap individu

perlulah amalkan Sikap Cinta Alam Sekitar. Tidak melakukan pembakaran terbuka sesuka hati

serta banyak menanam tumbuh-tumbuhan dengan pokok-pokok dapat meneutralkan pencemaran

KESIMPULAN

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas.

Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat

terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar

supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan

air yang bersih.

Page 26: Tugasan 3 Alam Sekitar

25

Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan

kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam

sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi

menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang

terbaik untuknya.

BIBLIOGRAFI

Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas,

1991.

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam

Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.

Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.

Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan

Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.

Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994.

Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.

Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-masalahnya.

Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.

Jasiman Ahmad. 1996. Isu isu Alam Sekitar, Siri Alam sekitar . Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur.

Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.

Ibrahim Komoo (1987). Proses Eksogen. DBP : Kuala Lumpur. Lihat M/S 32 – 53.

Schneider, H. & Schneider, N. (1952). Rocks, Rivers And The Changing Earth. New York. Lihat

M/S 21 – 28.Purdue.(2002). Water Erosion.