Kod etika kaunselor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka. Analisis secara kritikal kesignifikan Kod Etika kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Seorang kaunselor menerima
tanggungjawab untuk menjaga rahsia
kliennya untuk menghormati kliennya
dan mendapatkan kepercayaan daripada kliennya
Seorang GBK menerima
tanggungjawab untuk menjaga
rahsia kanak-kanak untuk
menghormati mereka dan
mendapatkan kepercayaan daripadanya.
Seorang kaunselor perlu memahami dan
menghormati latar belakang kliennya, klien
perlu menyedari perbezaan nilai dan
kepercayaan kliennya supaya dapat
bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.
GBK hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling daripada mereka.
Seorang kaunselor hendaklah memelihara
kesejahteraan kliennya dan tidak
mengambil kesempatan terhadap kliennya untuk kepentingan diri
Semasa menjalankan sesi kaunseling, GBK hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kanak-kanak dan tidak memperalatkan mereka untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek seksual dan emosi.
Seorang kaunselor perlu menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapatkan bantuan daripadanya. Namun begitu dia tidaklah sampai membenarkan permintaan terhadap perkhidmatannya itu boleh mengurangkan kualiti perkhidmatannya.
GBK tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal & mental atau dikriminasi dalam bentuk apa sekali pun dan menerima semua kanak-kanak yang datang untuk dapatkan perkhidmatanya tanpa ada perasaan diskriminasi tersebut.
Kaunselor perlu mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan antara dirinya dan klien. Sekiranya berlaku, kaunselor perlu membuat keputusan mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan mengekalkan kepercayaan terhadap profesion kaunseling.
GBK perlu mengelakkan sebarang keadaa yang oleh menyebabkan kanak-kanak boleh hilang kepercayaan terhadapnya. Sekiranya berlaku, GBK perlu membuat keputusan bagaimana untuk mengekalkan kepercayaan mereka terhadap profesion kauseling.
Seorang kaunselor perlu menunaikan tanggungjawab dengan memberikan pertimbangan berasaskan semua prinsip yang terkandung dalan Kod Etika Kaunselor
Seorang GBK perlu menaikan tanggungjawab mereka terhadap kanak-kanak dengan memberikan pertimbangan berasaskan semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika Kaunselor.
Seorang kaunselor perlu mengembangkan pengetahuannya untuk memperbaiki lagi perkhidmatannya. Dia perlu melibatkan diri dalam penyelidikan secara berterusan untuk mengembangkan kerjayanya dan pengetahuannya
GBK hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
Kaunselor perlu menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa
GBK mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesion melalui penyeliaan lazim (regular supervisor) dan sokongan perundingan (consultative support)
Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan
perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah
merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.
Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
elaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
GBK hendaklah berusaha menilai dan
meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionya.