Pusat Khidmat Maklumat Akademik UrTIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK
LIPUTAN BERITA TENTANG PRESTASI ATLIT NEGARA DI SUKAN OLIMPIK, ATLANTA 1996: SATU ANALISIS
KANDUNGAN AKHBAR TERHADAP EMPAT AKHBAR TEMPATAN.
P. KIiIDMAT MAKLUMAT AKADlMIK
uiigiý�nuai
AHMAD TAUFIQ ISMAIL 93-3-0010
KAJIAN KOMUNIKASI FAKULTI SAINS SOSIAL
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjana Sains Sosial Dengan
Kepujian Bidang Komunikasi (SmSS)
FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
1997
PENGHARGAAN
Sesungguhnya kejayaan menghasilkan latihan ilmiah ini adalah kejayaan bersama yang
direstui Allah s. w. t. Penulis terhutang budi kepada beberapa individu, terutamanya
Profesor Dr. Shawaluddin Anis, Dekan Pusat Pengajian Bahasa dan Komunikasi yang juga
penyelia kepada penulis atas tunjuk ajar, nasihat dan teguran dalam menyiapkan latihan
ilmiah ini. Penulis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Samsudin
A. Rahim yang memberikan galakan dan sokongan yang berterusan sepanjang penyiapan
latihan ilmiah ini. Kepada En Neilson Ilan yang pernah menjadi penyelia sementara
penulis, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tidak dilupakan juga, Cik Norasnida
Nordin yang bersama-sama mencari bahan dan juga memberikan semangat dan perangsang
kepada penulis. Akhir kata, penyempurnaan latihan ilmiah ini hanya dapat dilaksanakan
dengan adanya sokongan dan galakan daripada kedua ibubapa penulis, Haji Ismail bin Yet
dan Hajjah Asiah Mahasan. Kepada mereka berdua dirakamkan setinggi-tinggi
penghargaan.
AHMAD TAUFIQ ISMAIL Kajian Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300 Kota Samarahan SARAWAK
i
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan terhadap empat buah akhbar utama negara mengenai prestasi atlit
negara di Sukan Olimpik, Atlanta 1996. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat
peranan dan sumbangan akhbar dalam memajukan dan menjayakan sukan tanahair sesuai
dengan cogan kata "Majulah Sukan Untuk Negara". Selain itu kajian ini juga meninjau
pengaruh akhbar dalam menyediakan berita untuk dipaparkan kepada pembaca dan
bagaimana akhbar berfungsi dalam menyalurkan maklumat-maklumat terkini mengenai
Sukan Olimpik kepada pembaca. Kajian ini menggunakan analisis isi kandungan akhbar
sebagai kaedah untuk mendapatkan maklumat dan data-data. Akhbar yang terlibat ialah
Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star. Sebanyak 674 item
berita telah dikaji dan diselidiki dan ia menunjukkan bahawa akhbar telah menjalankan
peranan dan tanggungjawab yang baik dan berkesan sekali dalam menyiarkan berita
mengenai prestasi atlit negara di Atlanta. Kajian ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan
kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Sukom 98 (penganjur Sukan Komanwel 98 di
Kuala Lumpur) dalam membantu satu rangka kerjasama dengan pihak akhbar agar
kejohanan tersebut mendapat liputan yang menyeluruh dan terperinci.
ii
ABSTRACT
This research has been made based on four local dailies on the performance of our national
athletes in Atlanta Olympic Games 1996. Its main purpose: to see the role and
contribution of local dailies in enhancing the development of sports in our country based
on the motto "Majulah Sukan Untuk Negara" (For The Advancement of Sport in
Malaysia. Besides that this research too is a venue to see the influence newspaper in
giving the readers sports news and the latest development of the Olympic Games. This
research used analytical studies of newspaper content (content analysis) as its source of
information and data. The four local dailies involved are: Berita Harian, Utusan Malaysia,
New Straits Times and The Star. About 674 newspaper articles had been analysed and
this sets to prove. that newspaper play an important and effective role in bringing the
latest update on our national athletes in Atlanta. This research is very useful as a
guideline for the Ministry of Youth and Sport as well as Sukom 98 (organiser of the
Commonwealth Games in Kuala Lumpur) in setting up a platform for collaboration with
the press in order than the event would get a wide and extensive coverage.
III
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk Muka surat
Jadual 1 Jangka masa pemungutan data di keempat-empat 39
akhbar terbabit
IV
SENARAI GAMBARAJAH
Gam6ara_jah
Gambaraj ah 1.1
Gambarajah 1.2
Gambarajah 1.3
Gambarajah 1.4
Gambarajah 1.5
Gambarajah 1.6
Gambarajah 1.7
Gambarajah 1.8
Gambarajah 1.9
Gambarajah 1.10
Taiuk Muka surat
gambarajahjumlah item berita yang dikaji dalam keempat-empat buah akhbar. 45
gambarajah peratusan mengikut acara sukan yang disiarkan dalam keempat-empat buah akhbar. 47
gambarajah jumlah berita yang menyokong, tidak
menyokong atau berkecuali mengenai persembahan atlit Malaysia di keempat-empat buah akhbar. 49
gambarajah jumlah visual yang disertakan bersama berita di dalam keempat-empat buah akhbar. 51
gambarajah nilai berita berkenaan dengan persembahan atlit negara di dalam keempat-empat buah akhbar. 53
gambarajah peratusan berita mengikut acara sukan di Berita Harian. 56
gambarajah peratusan berita mengikut acara
sukan di New Straits Times. 58
gambarajah peratusan berita mengikut acara sukan di Utusan Malaysia. 60
gambarajah peratusan berita mengikut acara
sukan di The Star. 62
gambarajah jumlah liputan berita yang diterima
oleh atlit di keempat-empat buah akhbar. 64
V
SINGKATAN KATA
BAM - Persatuan Badminton Malaysia
BH - Berita Harian
IAAF - International Amateur Athlete Federation
IOC - International Olympic Committee
KOAM - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
MOM - Majlis Olimpik Malaysia
NST - The New Straits Times
PLBM - Persatuan Lumba Basikal Malaysia
STAR - The Star
SUKMA - Sukan Malaysia
UM - Utusan Malaysia
vi
Pusat Khidmat Makiumat Akademik UrTIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK
Kandungan
PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT
SENARAI JADUAL SENARAI GAMBARAJAH SINGKATAN KATA
Muka surat
I
ii-iii
iv
v vi
BABI
1.0 PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3
1.4
Pengenalan
Sejarah Penyertaan Malaysia
Sukan Olimpik Atlanta 1996
Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
1.5.1 Objektif Umum
1.5.2 Objektif Khusus
Kepentingan Kajian
Kewajaran Kajian
Skop Kajian
Hipotesis
1.9.1 Andaian Umum
1.9.2 Hipotesis
Latar Belakang Kajian
Takrifan Konsep
1.11.1 Akhbar
1.11.2 Berita
Sumber
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
1.10
1.11
1.12
1
I
4
7
9
11
11
11
12
12
13
14
14
14
15
15
15
16
17
1.13 Orientasi Berita 18
1.13.1 Memberita 19
1.13.2 Membujuk 20
1.13.3 Mendidik 21
BABA
2.0 RENSENSI PEMBACAAN 23
2.1 Ulasan Karya Lepas 23
2.2 Kerangka Teori (Konsep Penentuan Agenda/"Agenda Setting") 26
2.3 Model Penyelidikan 28
2.4 Tinjauan 29
BAB III
3.0 METHOD / METHODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Analisis Kandungan
3.3 Temuduga
3.4 Data Sekunder
3.5 Perbincangan Analisis
3.6 Jenis Berita Sukan Olimpik
3.6.1 Berita
3.6.2 Lidah Pengarang/Editorial
3.6.3 Rencana
3.6.4 Kolumis
3.6.5 Komentar/Ulasan
3.6.6 Surat
3.7 Pemungutan Data
33
33
ii
3J
35
36
36
36
36
37
37
37
38
38
3.8 Kaedah Analisis Data 39
3.19 Penentuan Tema 40
3.10 Ringkasan Akhbar Terbabit 41
3.11 Batasan Kajian 43
BAB IV
4.0 HASIL KAMAN DAN PERBINCANGAN 45
4.1 Penemuan Kajian 45
4.1.1 Jumlah Item Berita 45
4.1.2 Peratusan Acara Sukan 47
4.1.3 Jumlah Berita Menyokong 49
4.1.4 Jumlah Visual 51
4.1.5 Nilai Berita 53
4.1.6 Peratusan Mengikut Acara di Berita Harian 56
4.1.7 Peratusan Mengikut Acara di New Straits Times 58
4.1.8 Peratusan Mengikut Acara di Utusan Malaysia 60
4.1.9 Peratusan Mengikut Acara di The Star 62
4.1.10 Liputan Berita Atlit 64
4.2 Hasil Kajian 65
4.3 Rumusan 70
BAB V
5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI
73
73
78
Liputan Berita Tentang Prestasi Atlit Negara di Sukan Olimpik, Atlanta 1996 : Satu Analisis Kandungan Akhbar Terhadap Empat
Akhbar Tempatan.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan Olimpik moden, pertama kali diadakan di Athens, Greece pada tahun 1896
dan telah diasaskan oleh seorang pendidik Perancis, Pierre de Coubertin dengan tujuan
menggalakkan minat terhadap pendidikan dan kebudayaan. Olimpik juga berazam
menyemai sikap saling faham-memahami di kalangan manusia sejagat melalui sukan.
Walaupun tujuan asas pengasasnya tidak ada kaitan dengan politik tapi pada masa itu
kerajaan Greece menggunakan sukan tersebut untuk menaikkan semangat patriotik
rakyatnya menentang Turki.
Olimpik di Atlanta, Amerika Syarikat ialah Sukan Olimpik yang ke 26 dan kali
pertama melibatkan penyertaan atlit dan negara terbanyak serta dikatakan bebas daripada
kontroversi politik. Di samping itu ia juga telah membawa erti yang besar kerana
menyambut ulang tahun ke-100. Dari segi suasana politik antarabangsa, Olimpik Atlanta
96 merupakan sukan sedunia pertama yang mencerminkan zaman tamatnya era hampir
empat dekad Perang Dingin yang memecahkan dunia ini kepada dua blok. Bagaimanapun
I
2
letupan born di Centennial Park, semasa sukan mi berlangsung mengganggu sedikit
keadaan yang sebelum itu dirasakan begitu meriah sekali.
Sukan Olimpik yang menjadi temasya terbesar dunia menjangkau usia 100 tahun
apabila ianya dibuka dengan rasminya di Atlanta pada 19 Julai 1996. Disebalik usia tua
itu, Malaysia meneruskan tradisi menghantar sebarisan atlit untuk bersaing di pentas
antarabangsa.
Jika sebelum ini jangkauan pingat bagaikan cerita lucu, tetapi penyertaan 96 di
Atlanta dianggap lebih bermakna, selepas kejayaan Razif dan Jalani Sidek berjaya
membawa balik pingat gangsa menerusi acara badminton berpasangan empat tahun lalu di
Barcelona, Sepanyol. la pasti menjadi detik bersejarah buat negara selepas mengambil
masa 36 tahun sebelum mampu membawa pulang pingat dari temasya terbesar itu.
Malaysia memulakan penyertaan pada temasya ini secara rasmi pada 1956 di
Melbourne. Pada temasya 1996, kali ini Malaysia menyertai lapan acara dengan 36 atlit
dan badminton terus menjadi sandaran utama selain beberapa acara lain yang hanya
sekadar memenuhi jadual, memperbaiki rekod kebangsaan atau pencapaian seperti renang,
olahraga, menembak dan hoki.
Kayak dan tinju pula menempah sejarah tersendiri apabila bertanding buat julung
kalinya pada temasya seabad ini. Badminton meletakkan harapan ke atas Rashid Sidek
dan Ong Ewe Hock di samping dua pasangan Cheah Soon Kit / Yap Kim Hock dan Soo
Beng Kiang / Tan Kim Her. Manakala hoki yang mencetuskan kontroversi sewaktu
3
pusingan kelayakan di Barcelona, diharapkan dapat memperbaiki kedudukan tempat
kesembilan empat tahun lalu.
Sementara di padang dan balapan, Watson Nyambek menjadi perhatian. Catatan
rekod kebangsaan 10.33 saat yang dilakukannya pada SUKMA ke-VI di Kuantan bulan
lalu dijangka akan dapat diperbaiki. Di samping Watson, Malaysia turut bersandarkan
harapan kepada Loo Kum Zee, (lompat tinggi), Nur Herman Majid (110 meter Iari
berpagar) dan peserta tunggal wanita dalam acara olahraga Annastasia Karen (10 km jalan
kaki).
Renang turut menjanjikan catatan terbaru rekod kebangsaan dengan menyandarkan
harapan ke atas empat perenang lelaki dan seorang wanita. Cabaran itu diketuai oleh
Anthony Ang, Elvin Chia Tshun Thau, Lim Keng Liat, Wan Azlan Abdullah dan Tay Li
peng.
Kaw Fun Ying yang pernah beraksi di Barcelona diharapkan dapat memperbaiki
pencapaiannya empat tahun lalu bagi acara menembak skeet manakala Lim Leong Keat
yang memenangi perak di Sukan SEA diharap melakukan sesuatu dalam acara laser kapal
layar. Tinju pula menampilkan Sapok Bild dalam kategori 48 kilogram dan Salehhudin
Ayob mencuba nasib bagi acara kayak slalom.
4
1.2 Sejarah Penyertaan Malaysia.
Tarikh 22 November 1956, tidak harus dilupakan oleh peminat sukan Malaysia.
Pada tarikh itulah 34 atlit muda negara buat pertama kalinya menyertai 3,300 atlit dari 67
buah negara merayakan upacara pembukaan Sukan Olimpik ke-16 di Melbourne,
Australia.
Walaubagaimanapun tidak ramai yang mengetahui dan menyedari bahawa
hubungan Malaysia dengan Olimpik telah bermula secara tidak rasmi pada tahun 1936.
Malaya (seperti yang dikenali pada waktu itu) mempunyai seorang pelari pecut, Poh Kim
Seng yang mewakili Negara China. Ini kerana beliau menerima undangan China untuk
menyertai pasukan mereka. Bagaimanapun seperti atlit China yang lain beliau tewas pada
pusingan awal lagi.
Selepas itu muncul seorang lagi peserta negara yang menyertai Sukan Olimpik di
London pada 1948. Yeap Cheng Eng adalah pemain bola yang menyertai pasukan China.
Pasukan negara tidak dapat menyertai Sukan Olimpik tersebut disebabkan ketiadaan
Majlis Olimpik sekalipun Singapura terlebih dahulu menyertainya pada tahun 1948.
Majlis Olimpik Malaysia hanya ditubuhkan pada 1953 dan kemudian bergabung dengan
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1955.
Kelewatan ini sedikit sebanyak mengecewakan peserta angkat berat negara. Acara
ini luas berkembang pada tahun 20-an. Malah pada 1929, seorang peserta negara pernah
memecah rekod dunia acara itu. Malaysia mungkin sudah menempah nama dalam Sukan
Olimpik di Helsinki pada 1952, jika Majlis Olimpik ditubuhkah lebih awal.
Pusat Khidmat Makiumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 5
Ini kerana pada waktu itu, peserta negara yang mendapat pendedahan menyertai
satu sukan Olimpik yang dianjurkan oleh China (All-China Olympic Games) pada tahun
1935. Mereka berjaya memenangi beberapa anugerah pada temasya yang sama di
Shanghai pads tahun 1948. Malaya kemudiannya memenangi dua pingat emas dan sate
perak dan satu gangsa pada Sukan Empayar British (kini dikenali sebagai Sukan
Komanwel) pads 1950 di Auckland, New Zealand dan muncul sebagai juara berpasukan.
Malaya dijangkakan memenangi sekurang-kurangnya dua pingat perak pada
temasya di Helsinki 1952 tetapi disebabkan ketiadaan Majlis Olimpik dan Persatuan
Angkat Berat Amatur püla belum lagi bergabung dengan badan dunia, hasrat negara
terpendam begitu saja.
Sehingga pada tahun 1956 di Melbourne yang menyaksikan penyertaan sulung
negara. la disertai oleh para peserta dalam acara olahraga, angkat, berat, menembak. renang
dan hoki. Walaupun hoki menjadi harapan, angkat berat menjadi perhatian apabila peserta
negara Tan Kim Bee secara tidak rasmi menduduki tempat keenam dalam kategori
lightheavy weight.
Selepas itu, Malaysia meneruskan penyertaan di Rome (1960), Tokyo (1964),
Mexico (1968), Munich (1972), Montreal (1976) tetapi memulaukan temasya di Moscow
1980 kerana pencabulan negara itu ke atas Afghanistan. Malaysia turut menyertai Sukan
Olimpik 1984 di Los Angeles dan Seoul empat tahun kemudian.
Ernas, perak dan gangsa terlalu jauh darf jangkauan. Sebelum kejayaan Razif dan
Jalani Sidek membawa pulang pingat gangsa darf Barcelona ̀ 92, Malaysia tidak pernah
6
memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaan dalam Olimpik. Pencapaian terbaik
negara hanya menerusi acara olahraga sekalipun hoki, menembak dan renang sering
mendapat tempat untuk bertanding.
Dua atlit negara yang memberikan persembahan cemerlang ialah Mani Jegathesan
(sekarang bergelar Datuk Dr. M. Jegathesan) yang pernah memberikan saingan kepada
Tommie Smith, pelari terkemuka pada waktu itu di Mexico 1968 dan layak ke separuh
akhir acara 200 meter. Istiaq Mubarak pula turut layak ke separuh akhir Sukan Olimpik
di Montreal Kanada pada 1976 dalam acara 110 meter lompat pagar. Bola sepak pula
mempunyai sejarah penyertaan yang tersendiri walaupun sukar untuk menandingi
kehebatan negara lain. Pada 1972, Malaysia mencipta sejarah pertama menyertai bola
sepak di Munich. Pasukan negara tewas 0-3 kepada Jerman Barat pada perlawanan
pembukaan.
Manakala hoki, menembak dan renang sering mendapat laluan yang sukar kerana
kehandalan peserta dan pasukan-dari negara lain dalam perebutan pingat dalam setiap kali
penyertaan negara.
7
1.3 Sukan Olimpik Atlanta 1996
Sukan Olimpik 96 yang berlangsung di Bandaraya Atlanta, Georgia, Amerika
Syarikat bermula 19 Julai hingga 4 Ogos 1996 lalu merupakan Sukan Olimpik yang ke 26
dalam sejarah temasya sukan tersebut. Di samping itu juga temasya kali ini merupakan
ulangtahun ke 100 sukan berkenaan setelah pertama kalinya Olimpik Moden
diperkenalkan di Kota Athens, Greece pada 1896.
Temasya sukan yang terbesar dalam sejarah kali ini disertai oleh 197 negara dengan
12,000 orang atlit. Mereka bersaing di 271 acara bagi merebut 271 pingat emas dalam 26
jenis sukan yang dipertandingkan. Malaysia pada temasya kali ini menghantar kontijen
yang mengandungi 64 anggota. Daripadajumlah itu, 36 atlit iaitu 33 lelaki dan tiga wanita '
dan bertanding dalam lapanjenis sukan iaitu hoki, olahraga, renang, berkayak, badminton,
tinju, kapal layar dan menembak.
Penyertaan di Atlanta ini menyaksikan Malaysia hanya berjaya memungut dua
pingat iaitu satu perak dan satu gangsa. Kedua-dua pingat ini diperolehi menerusi sukan
badminton iaitu acara perseorangan lelaki (Rashid Haji Sidek) dan beregu lelaki (Cheah
Soon Kit dan Yap Kim Hock).
Atlit untuk acara-acara lain gagal menyumbangkan pingat untuk negara dan hanya
mampu bersaing di peringkat saringan. Bagaimanapun pasukan renang walaupun gagal
mendapatkan pingat tetapi ada menunjukkan sedikit kejayaan bila beberapa perenang
negara, seperti Anthony Ang berjaya memasuki peringkat separuh akhir.
8
Sudah menjadi kebiasaan dalam temasya sukan yang besar seperti Olimpik, liputan
oleh pihak media dari seluruh dunia akan tertumpu di Atlanta. Kehadiran mereka adalah
untuk mengulas dan melaporkan kepada pembaca dan khalayak mereka berkenaan
perkembangan sukan tersebut terutama prestasi dan kejayaan atlit negara masing-masing
dalam pertandingan yang disertai dan juga perkara yang berkaitan.
Sepanjang kejohanan ini berlangsung selama 17 hari media Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam membuat liputan dan memberikan laporan mengenai perkembangan atlit
negara serta temasya sukan ini terus dari Atlanta. Beberapa buah akhbar utama negara
seperti Berita Harian (BH), Utusan Malaysia (UM), dan New Straits Times (NST) serta
The Star (Star) telah menghantar wartawan dan kakitangan mereka ke sana untuk
membuat liputan. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen
Malaysia Berhad (TV3) turut berbuat demikian.
Jadi, penulisan ini akan mengkaji liputan yang dibuat oleh akhbar nasional (BH.
UM, NST dan Star) untuk melihat berita-berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut
tentang persembahan atlit negara di Sukan Atlanta 96.
9
1.4 Pernyataan Masalah
Akhbar merupakan salah satu sumber yang memberikan maklumat dan informasi
kepada masyarakat dalam usaha untuk memaklumatkan masyarakat. Di Malaysia, fungsi
dan peranan yang dimainkan oleh akhbar dalam memaklumatkan masyarakat ini begitu
berjaya sekali sehinggakan apa yang dilaporkan oleh akhbar sering diterima oleh pembaca.
Olimpik Atlanta 1996, adalah medan terbaik bagaimana akhbar berperanan dalam
melaporkan dan memberikan maklumat kepada pembaca di tanahair tentang persiapan,
prestasi dan persembahan atlit negara di temasya sukan tersebut. Adalah menjadi harapan
pembaca agar akhbar memberikan laporan yang berunsur semangat dan dorongan kepada
atlit negara. Ini supaya apa yang dilaporkan dapat menarik minat pembaca dan
seterusnya bersama-sama memberikan sokongan terhadap persembahan atlit walaupur:
mereka berada di tempat lain. Semangat inilah yang diharapkan.
Tetapi malangnya ini tidak banyak dilaporkan oleh akhbar. Apa yang dilaporkan
oleh akhbar ialah cemuhan dan kritikan terhadap atlit yang kalah atau tewas. Pelbagai
reaksi dan pendapat dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab daripada menteri
hinggalah kepada jurulatih terhadap persembahan atlit yang tewas. Rata-ratanya
menyalahkan mereka.
Menghalusi kembali persoalan ini, kita sudah sedia maklum bahawa kerajaan telah
membelanjakan berjuta juta ringgit dalam usaha memajukan dan mengembangkan
insfrastruktur serta kemudahan sukan tanahair tetapi kenapa kegagalan masih menghantui
atlit kita.
10
Ini bermula daripada membina tempat latihan bertaraf antarabangsa, menghantar
atlit untuk berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara, mendapatkan jurulatih
berpengalaman termasuk dari luar negara dan memberikan ganjaran, imbuhan serta
anugerah atas kejayaan mereka. Inilah yang sering diketengahkan oleh akhbar sekiranya
seseorang atlit itu tewas.
Akhbar mempersoalkan mengapakah semua ini masih tidak mencukupi untuk
peminat sukan negara dan rakyat seluruhnya bagi melihat kejayaan atlit negara yang
sangat-sangat dinanti-nantikan setelah 10 kali negara menyertai Sukan Olimpik ini iaitu
bermula pada 1956 di Melbourne, Australia.
Lazimnya akhbar akan memuji-muji atlit yang berjaya dan atlit yang tewas
langsung tidak diberi perhatian malah dilupakan. Sedangkan mereka juga adalah mewakili
negara. Persoalan besarnya ialah sejauhmanakah akhbar utama negara berusaha
melaporkan berita yang boleh mendorong pembaca dan khalayak sama-sama memberikan
sokongan kepada atlit sepanjang berlangsungnya Sukan Olimpik, Atlanta 1996. Persoalan
ini akan dilihat berdasarkan apakah agenda yang ditentukan oleh media untuk disajikan
kepada khalayak atau pembaca.
Dan bagaimanakah akhbar ini melaporkan prestasi dan persembahan atlit negara.
Adakah aspek kemenangan yang diutamakan atau dayajuang yang tinggi dan kesungguhan
atlit itu ditonjol dalam liputan berita walaupun atlit itu tewas.
II
1.5 Objektif Kajian
1.5.1 Objektif Umun
Secara umumnya kajian ini cuba mendapatkan maklumat dan data
terperinci berhubung dengan liputan berita sukan yang dibuat oleh akhbar nasional
( BH, UM, NST dan Star) terhadap persembahan dan prestasi atlit negara semasa
berlangsungnya Sukan Olimpik, di Atlanta 96.
1.5.2 Objektif Khusus
1. Mengkaji berita yang disiarkan oleh akhbar nasional untuk dilaporkan kepada
pembaca di tanahair mengenai persembahan atlit negara di Sukan Olimpik 96.
2. Melihat bagaimanakah akhbar berperanan dalam menarik minat khalayak
supaya sama-sama memberikan sokongan kepada atlit negara yang bertanding
di Sukan Olimpik 96.
3. Untuk mengkaji sejauh mana akhbar utama di Malaysia berusaha dalam
membantu meningkatkan persembahan atlit negara.
4. Melihat bagaimana akhbar menentukan atau mempengaruhi pembaca melalui
kuasa penentuan agenda yang ada pada media. Dalam kajian ini, penyelidik
akan meninjau berita yang bagaimanakah sering dimasukkan dalam agenda
akhbar untu dipaparkan kepada khalayak atau pembaca.
12
1.6 Kepentingan Kajian
1. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat persembahan dan
prestasi atlit negara sama ada mendapat liputan berita dalam akhbar nasional di negara
ini atau sebaliknya. Seterusnya adakah berita yang dilaporkan itu bercirikan usaha
untuk meningkatkan mutu sukan negara.
2. Apakah reaksi pihak yang terlibat dalam menghantar atlit negara ke Atlanta juga akan
dikaji bagi tujuan melihat bagaimana akhbar berpuashati atau tidak tentang prestasi
atlit yang dihantar ke Olimpik, Atlanta 96.
3. Kajian ini juga akan melihat dan mengkaji beberapa faktor yang mempengaruhi berita-
berita yang disiarkan oleh akhbar dalam melaporkan prestasi serta persembahan atlit
negara. Penyelidik juga mengharapkan agar kajian ini dapat membantu kerajaan
khususnya Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan serta pihak akhbar
dalam menghadapi Sukan Sea di Jakarta 1997 dan Komanwel yang akan berlangsung
di Kuala Lumpur pada 1998 nanti.
1.7 Kewajaran Kajian
Kajian ini membolehkan fenomena pengumpulan berita dalam setting semula jadi
diteliti dengan lebih dekat lagi. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan
seseorang pemberita itu apabila ditugaskan membuat sesuatu liputan itu. Apakah sumber
atau nilai berita mempengaruhi cara pemberita mengumpulkan maklumat dan fakta bagi
13
pengolahan berita ? Dengan kajian ini, sekatan dan halangan pemberita mungkin dapat
difahami.
Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid (1988) mendakwa bahawa pemberita tidak
menilai berita itu dari segi nilai berita tetapi dinilai dari segi sumber atau punca sesuatu
berita itu diperolehi. Selain itu tokoh wartawan negara, Tan Sri A. Samad Ismail pernah
berkata bahawa pemberita kini tidak mempunyai inisiatif dalam pengumpulan bahan bagi
berita sehingga menyebabkan tulisan serupa dihasilkan. Persoalan ini juga akan cuba
dilihat dan dijelaskan oleh penyelidik dalam kajian ini.
1.8 Skop Kajian
Kajian ini hanya meneliti dan mengkaji berita yang disiarkan oleh empat buah
akhbar tempatan sahaja iaitu Berita Harian (BH), New Straits Times (NST), Utusan
Malaysia (UM) dan The Star (Star). Dan kajian ini akan bermula dari 10 Julai - 10 Ogos
1996. Memandangkan kajian ini hanya berpusat terhadap empat akhbar terbabit maka
hasilnya akan dirumus kepada keempat-empat akhbar berkenaan.
Penelitian berita hanya dibuat kepada berita yang disiarkan berhubung dengan
berita mengenai atlit atau kontijen negara di Sukan Olimpik Atlanta 96 sama ada dalam
ruangan sukan atau di ruangan khas dan lain-lain ruangan termasuk rencana dan lidah
pengarang.