UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
Pengenalan
Ukur aras jitu adalah satu pengukuran yang berkejituan tinggi yang
digunakan untuk tujuan mendapatkan aras tinggi muktamad, ‘monitoring’ struktur
kejuruteraan, penentuan perbezaan A.P.L diantara Stesen Tolok Air Pasang
Surut (STAPS) dan penentuan datum pugak kebangsaan JUPEM. Pada
dasarnya kaedah aras jitu ini adalah sama seperti ukur aras kejuruteraan cuma
ianya melibatkan jarak yang lebih jauh, kejituan yang lebih tinggi dan alatan yang
lebih sensitive. Prosedur cerapan tertentu digunakan untuk mengelakkan
pengumpulan selisih.
Pengukuran aras jitu adalah merupakan satu latihan amali yang telah
diberi tugas oleh pensyarah kami bagi memenuhi syarat bagi penilaian
berterusan yang akan kami jalankan bagi semester ini. Kami yang terdiri dari
lapan orang ahli telah diberi tempoh selama 10 minggu iaitu dari minggu ke 2
hingga minggu ke 12. Ia melibatkan pengukuran bagi kawasan sekitar kampus
Politeknik Ungku Omar.
Dengan menjalankan pengukuran ini, apa yang kami harapkan pelajar-
pelajar bukan sahaja dapat memahami teori secara jelas mengenai pengukuran
yang dijalankan tetapi dapat mempraktikkan segala yang dipelajari di padang.
Tujuan dan objektif
Menyediakan titik kawalan pugak atau Batu aras.
Menjalankan ukur aras jitu supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari
proses:
Mendirisiapkan dan mengaraskan alat aras jitu dan setaf
Membaca setaf dengan micrometer
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 1
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
Membukukan bacaan-bacaan setaf dalam borang
Membuat hitungan aras laras
Peralatan yang digunakan
i. Alat aras jitu dan kakitiga
ii. Setaf invar dan tripod
iii. Plat setaf
iv. Pita Ukur
v. Tukul
vi. Parang
vii. Cat (spray colour)
Perancangan Kerja
1. Kerja-kerja peninjauan dijalankan dalam prosedur kerja kerana ia
merupakan penentuan untuk memastikan kerja yang dilakukan tidak akan
mengalami masalah. Peninjauan kawasan dilakukan adalah bertujuan
untuk mengetahui lokasi kerja dan suasana lapangan yang akan
dilakukan kerja.
2. Perancangan laluan ialah laluan yang akan digunakan ialah laluan yang
boleh menghubungkan batu aras yang sedia ada.
3. Dari segi keselamatan mestilah jauh dari laluan yang sibuk.
4. Cerapan laluan yang dilakukan ialah dua hala (loops) samaada laluan
yang sama atau laluan alternatif. Kami memilih untuk menjalankan
pengukuran melalui laluan alternatif.
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 2
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
5. Batu aras yang telah wujud dapat dihubungkan dengan pengukuran aras
jitu yang dijalankan.
Prosedur Umum Pengukuran Aras Jitu yang dijalankan
1. Kerja ukur aras bermula dan berakhir di stesen pada batu aras yang telah
ditentukan
2. Semua garisan diukur secara bebas dengan menggunakan kaedah cerapan
arah ke hadapan dan cerapan belakang iaitu dalam dua hala.
3. Batu aras yang sedia ada dihubungkan dengan pengukuran aras jitu yang
dijalankan. Biasanya terdapat dua batu aras yang tetap iaitu batu aras asas
dalam jarak 40-60 km yang terletak dikawasan stabil dan batu aras piawai
dalam anggaran jarak lebih kurang 2 km.
4. Pelarasan alat aras jitu (selisih kolimatan) dibuat sebelum memulakan
pengukuran setiap hari. Cara perlaksanaannya adalah dengan mendirisiapkan
dua setaf aras dengan jarak lebih kurang 40m antara satu dengan lain dan
alat aras didirisiapkan di antara dua setaf tersebut dengan jarak lebih kurang 7
m dari kedudukan setaf kedua. Bacaan pada bebenang tenang dan dua
bebenang stadia dibukukan. Alat aras kemudiannya dialih dan didirisiapkan
lebih kurang 7m dari kedudukan setaf kedua . Kemudian bacaan ketiga-tiga
bebenang itu dibukukan. Selisih kolimatan C diberikan oleh formula berikut:
C = ∑ bacaan hampir tengah - ∑ bacaan jauh benang tengah
∑ perbezaan stadia jauh - ∑ perbezaan stadia hamper
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 3
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
A B
7m
40m
Rajah 1
5. Bagi alat yang sempurna pelarasannya C adalah sifar. Bacaan setaf yang
dibuat, yakni perbezaan stadia atas dan bawah di darab dengan angkatab
stadia yang akan memberikan jarak garis cerapan. Lazimnya angkatab ini
ialah 100 atau 200.
A B
7 m
40m
Rajah 2
Prosedur Cerapan Aras Jitu
Prosedur cerapan dibuat meliputi perkara-perkara berikut:
1. Jarak maksima garis cerapan ialah 30 m.
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 4
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
2. Semasa cerapan, semakan perbezaan jarak antara alat aras dengan setaf
hadapan dan alat aras dengan setaf belakang hendaklah tidak melebihi
1m yang ditentukan dengan pita ukur dan disemak dengan bacaan stadia.
3. Garis cerapan jangan terlalu hampir dengan permukaan bumi iaitu tidak
kurang ¾ m.
4. Alat aras perlu dilindungi dari sinaran matahari semasa cerapan atau
ketika alat dipindahkan.
5. Kestabilan setaf perlu diawasi dengan menggunakan pelit setaf.
6. Alat didirisiapkan dengan kukuh dan jauh dari kawasan tak stabil.
7. Jika pengukuran terpaksa diberhentikan sebelum sampai pada batu aras
tetap, cerapan mestilah buat pada sekurang-kurangnya dua batu aras
sementara yang stabil. Bila menyambung semula kerja, batu aras
sementara ini perlulah disemak.
8. Untuk mengelakkan selisih bacaan setaf yang sama perlu digunakan,
manakala untuk elak selisih sifar pula setaf yang sama hendaklah
digunakan apabila cerapan dibuat pada setiap batu aras yang tetap.
9. Langkah kerja cerapan dan catatan serta maklumat perlulah sistematik.
Prosedur Kerjaluar Aras Jitu
1. Bacaan dibuat alat aras dalam keadaan aras iaitu gelembung U dalam
keadaan sepatutnya.
2. Jangkamasa antara bacaan-bacaan stadia tengah antara setaf dikedudukan
ganjil dan genap bagi skil kiri hendaklah seberapa singkat yang dapat bagi skil
kanan.
3. Skru kaki digunakan untuk melaras alat pada permulaan dirisiap sahaja.
Bilamana proses pencerapan telah dimulakan, penggunaan skru kaki dilarang
sama sekali dan untuk melaraskan kali kedua jika berlaku ketidak arasan, skru
gradimeter digunakan untuk melaraskan gelembong U
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 5
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
5. Setaf yang sama digunakan pada setiap kali bacaan ke batu aras.
Bacaan hendaklah kepada 0.0001 meter dengan membuat anggaran pada
micrometer. Pembacaan semula dibuat jika:
a) Jumlah bacaan stadia berbeza dengan jumlah dua bacaan aras
pada setaf yang melebihi 0.005 meter.
b) Beza ketinggian di antara setaf hadapan dan belakang yang
didapati dari skil kiri dan kanan melebihi 0.0006 meter.
c) Kedudukan setaf dan alat mestilah ditentukan dengan baik
supaya bacaan aras mestilah lebih 0.3 meter dari permukaan
tanah.
d) Jarak pandangan biasa adalah dalam lingkungan 40-50 meter,
walaubagaimanapun bergantung kepada keadaan topografi bumi.
e) Titik pindah dimana setaf hendak didirikan mestilah disediakan
sekurang-kurangnya setengah jam sebelum cerapan dilakukan.
f) Kerja pengukuran hendaklah ditutup pada Batu Arsa atau tanda-
tanda yang kekal dan stabil untuk disambung pada hari
berikutnya.
g) Setiap bahagian hendaklah diukur melalui dua hala pergi balik
yang berbeza waktunya iaitu pagi pergi dan petang balik.
h) Sela waktu antara cerapan pandangan hadapan dan belakang
hendaklah diminimakan untuk elakkan selisih biasan.
i) Setelah sampai pada batu aras tetap, jumlah jarak pandangan
hadapan hendaklah disemak dengan jumlah jarak pandangan
belakang (disemak bila jaringan diikat pada batu aras).
Perbezaan terkumpul hendaklah tidak melebihi 1.5m. Perbezaan
terkumpul ini boleh dikawal melalui hitungan yang dibuat oleh
pencatat disetiap stesen dirisiap alat.
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 6
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
Masalah Yang Dihadapi
1. Alat terlalu sensitif cuaca menyebabkan akan mengambil masa yang lama
untuk menyiapkan kerja luar.
2. Kestabilan staf yang sentiasa perlu diawasi.
3. Tiup gelembung yang sensitif
4. Peralatan alat aras yang tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa
berkongsi alat menyebabkan kerja-kerja mengambil masa yang lama.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya pengukuran aras jitu yang kami jalankan ini dapat
kami siapkan dengan jayanya walaupun terdapat sedikit masalah yang kami
hadapi. Tetapi kerjasama kumpulan yang ditunjukkan membolehkan kami dapat
mengatasinya. Objektif utama yang disasarkan iaitu supaya pelajar-pelajar dapat
mempelajari proses mendirisiapkan dan mengaraskan alat aras jitu dan setaf
dapat dicapai disebabkan kerana kerjasama kumpulan yang ditunjukkan amatlah
baik.
Setelah mempelajari secara teori dan pengukuran dipadang yang telah
kami jalankan apa yang kami faham mengenai pengukuran aras jitu ialah
pengukuran yang dijalankan bagi memindahkan nilai batu aras lama ke batu aras
baru. Ukur aras jitu adalah satu pengukuran yang berkejituan tinggi. Jadi ia
memerlukan penelitian dari segi penjagaan rapi alat. Alat adalah terlalu sensitif
terutama terhadap cuaca.
Daripada pengukuran aras jitu yang dijalankan, kami dapat mempelajari
cara-cara dan teknik yang betul dalam menggunakan alat aras jitu dengan lebih
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 7
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
mendalam.Kejituan yang diberikan sungguh tepat kerana alat aras jitu
mengambil kira sehingga empat titik perpuluhan.Berbanding dengan alat aras
biasa yang digunakan.,Alat aras jitu mempunyai sensitiviti yang tinggi.Hal ini
kerana alat aras jitu tidak dapat mengambil kiraan yang tepat sekiranya terdapat
gangguan atau gegaran pada permukaan bumi.Nilai selisih bagi pengukuran
yang dilakukan adalah 0.00 dan ini menunjukkan, tujuan dan objektif ukur aras
jitu telah dicapai dengan memberikan kejituan yang tinggi.Secara
kesimpulannya, ukur aras jitu digunakan untuk mendapatkan aras tinggi
muktamad bagi sesebuah titik (stesen), dan penentuan datum pugak dan Aras
Purata Laut diantara Stesen Tolok Air Pasang Surut. Selain itu, ia digunakan
dalam pengukuran deformasi dan kerja-kerja kejuruteraan.
Lampiran A
peralatan
Alat aras jitu
Spesifikasi alat:
Telescope PL1S
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 8
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
Image Erect
Magnification 42x
Resolving Power 2” of arc
Field of View 1° 10'(2.0 ft. @ 100 ft.)
Minimum Focus 1 ft. (0.1m)
Stadia Ratio 1:100
Setting Accuracy n/a
Range 001 in.
Standard Deviation 3.5' / 2mm
w/ micrometer
Sensitivity 3.5' / 2mm
Lampiran B
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 9
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2 )
Pita ukur
tukul
tripod
Setaf invar & tripod
POLITEKNIK UNGKU OMAR Page 10