USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN
KEMAHIRAN HIRUP
Definisi Usahawan dan Keusahawanan
Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur". Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis "entrepremdre" yang membawa maksud memikul tugas atau mencuba.
Dalam BM, Usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan.
Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.
Pembaharuan Oleh Individu Usahawan
Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru
Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru Meneroka pasaran baru Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru Menyusun semula industtri yang diceburinya Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap
proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan
Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang.
Definisi Keusahawanan Keusahawanan ditakrifkan sebagai peri
laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya.
Motif Seseorang Menjadi Usahawan
Faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling factor) dan faktor tertolak (pushing factor)
Faktor Tertarik (Pulling Factors)
Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang
Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan
Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)
Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyaraka
Faktor Tertolak (Pushing Factors)
Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang yang terbatas
Kemelesetan ekonomi Tidak puas hati dengan layanan
masyarakat dan persekitaran.
Ciri – Ciri Usahawan
Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:
Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
Maklumat pasaran yang disasarkan. Maklumat mengenai persaingan. Maklumat mengenai bekalan dan
pengeluaran. Struktur kos, penetapan harga dan kadar
keuntungan. Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri
yang diceburi.
Usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan.
Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat.
Jujur dan ikhlas. Berdaya kreatif. Mahir berkomunikasi. Berani menanggung risiko. Bijak membuat penilaian dan
keputusan.
Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan.
Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi.
Keinginan yang kuat untuk berjaya. Berdisiplin dalam menguruskan
perniagaan. Memberi tumpuan dalam perniagaan. Mempunyai pasukan pengurusan yang
cekap. Membentuk jaringan perniagaan yang
luas.
Agensi Yang Membantu Usahawan
Agensi Yang Membantu Usahawan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Permodalan Usahawan Nasional Berhad
Tabung Ekonomi Belia (TEB)
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Institut Piawaian Dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM)
Agensi Yang Membantu Usahawan
SEKIAN, Terima Kasih Disediakan oleh: Pn Nor Relawati Abdullah