Pejabat PengarahInstitut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
UCAPAN PERASMIAN
YANG HORMATDATO’ HAJI KHAIRIL BIN HAJI AWANG
PengarahInstitut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
MESYUARAT BERSAMA PELANGGAN 2012
Tarikh:18 Disember 2012
Bismillahirrahmannirrahim
Alhamdullillahhirobbilalamin, wa salaatu wa salaamu ‘alaa sayidina
Muhammad wa ‘alaa alihi wasahbihi ajmain.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam
1Malaysia
BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia
Yang Berusaha Dr. Zainab binti HussinTimbalan Pengarah Khidmat ProfesionalInstitut Aminuddin Baki
Yang Berusaha En. Mu’ti bin AhmadKetua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
2
menjalankan Tugas Timbalan Pengarah Khidmat LatihanInstitut Aminuddin Baki
Yang DihormatiPengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar, Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.
MUKADIMAH
Alhamdulillah, segala puji dan syukur
dipanjatkan kehadrat Illahi atas keizinan-
Nya jua, kita dapat berkumpul di
Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut
Aminuddin Baki bersempena dengan
3
Mesyuarat Bersama Pelanggan 2012.
Marilah kita bersama-sama
memperbaharui iltizam, memperteguh
tekad dan menyuntik semangat baharu
yang lebih kental bagi melaksanakan
tanggungjawab mulia mendidik anak
bangsa dan melonjakkan mutu pendidikan
negara.
PENGHARGAAN
Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan terima kasih dan
4
penghargaan kepada jawatankuasa
pengelola atas inisiatif untuk mengadakan
program ini. Ucapan setinggi-tinggi terima
kasih juga kepada YBhg. Dato’-Dato’,
Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan
kerana sudi hadir sebagai tetamu kami
bagi bersama-sama menjayakan program
ini. Tanpa kehadiran YBhg. Dato’-Dato’,
Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan,
sudah tentu program ini tidak akan dapat
dijayakan.
5
Sesungguhnya, pertemuan kita ini adalah
penting dalam konteks memperkukuh dan
memperkasa semangat kerjasama yang
berterusan antara IAB dengan para
pelanggan serta stakeholders dari
pelbagai peringkat khususnya di
Kementerian Pelajaran Malaysia.
KUNCI KEJAYAAN IAB
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kejayaan IAB, sebenarnya banyak
bergantung kepada keupayaan
6
menghasilkan produk yang berkualiti,
relevan dan mampu memenuhi
keperluan pelanggan serta stakeholders
menerusi ikatan kerjasama erat antara
IAB dengan tuan-tuan dan puan-puan
secara baik dan tulus. Maklum balas yang
tuan-tuan dan puan-puan berikan
merupakan petunjuk penting kepada
pencapaian segala program yang
dilaksanakan oleh pihak IAB.
7
Justeru, menjadi harapan saya semoga
tuan-tuan dan puan-puan akan terus
memberi kerjasama kepada IAB dalam
menyokong dan menyumbang ke arah
pencapaian visi IAB sebagai “pusat
pembangunan kepimpinan pendidikan
yang terbilang” menerusi penghayatan
dan pelaksanaan misi, “membangun
keupayaan kepemimpinan pendidikan
bagi menghasilkan organisasi
berkualiti”.
8
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pendidikan di Malaysia sedang melalui
satu transformasi yang menjurus kepada
sistem pendidikan berkualiti. Kita sedar
bahawa terdapat tuntutan terhadap
pemimpin pendidikan supaya sentiasa
progresif dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Perkara ini selalu ditekankan menerusi
dasar-dasar pendidikan yang baharu. Kita
diminta supaya sentiasa peka dan prihatin
9
terhadap pengetahuan baharu dalam
tubuh ilmu kepimpinan dan pengurusan
pendidikan. Selain itu, kita juga perlu
mengenal pasti unsur-unsur lain yang
menjadi pemangkin kepada keperluan
kepimpinan seperti trend-trend sosial,
politik, teknologi dan ekonomi semasa.
Sebagai contoh, dalam Rancangan
Malaysia ke-10, YAB Perdana Menteri
Malaysia telah menetapkan 10 Premis
Utama untuk pembangunan negara.
Dalam konteks ini, saya ingin menarik
10
perhatian tuan-tuan dan puan-puan
kepada Premis Kelima di mana hasrat
Kerajaan untuk memupuk, menarik dan
mengekalkan modal insan unggul sangat
berkaitan dengan pemimpin pendidikan.
YAB Perdana Menteri memperincikan
hasrat tersebut di bawah Teras Strategik
Keempat iaitu Membangun dan
Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
dengan jelas sekali dan berjanji bahawa
“kerajaan akan mengambil langkah
11
holistik bagi memperkukuh sistem
pendidikan dan latihan, bermula
daripada pendidikan awal kanak-kanak
sehingga peringkat pengajian tinggi. Di
samping menyediakan infrastruktur
pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik, kerajaan juga akan pastikan
kualiti guru dan tenaga pengajar
mencapai tahap yang sewajarnya.”
Tanggungjawab mencapai hasrat ini perlu
kita dokong secara bersama-sama.
12
Menurut Fullan (2007), pemimpin sekolah
tidak boleh lagi bertindak hanya sebagai
agen penstabil tetapi lebih kepada agen
perubahan. Dalam konteks ini, IAB akan
terus memainkan peranan membantu dan
menyokong pembangunan kapasiti
kompetensi pemimpin sekolah supaya
dapat memenuhi keperluan tersebut.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pendidikan ialah penyumbang utama
kepada pembangunan sosial dan ekonomi
13
negara. Pendidikan mendasari proses
pembangunan modal insan berinovatif dan
berkemahiran tinggi yang merupakan
faktor kritikal bagi menyokong
pertumbuhan sosial, budaya dan ekonomi
bagi sesebuah negara.
Bersandarkan kesedaran tersebut, laporan
awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) telah
dikongsi bersama-sama warga
Kementerian Pelajaran Malaysia pada
14
bulan September 2012 dengan harapan
supaya kita semua dapat berganding bahu
ke arah keberhasilan rakyat yang
berpendapatan tinggi dan berdaya saing.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Berlandaskan PPPM, Kementerian akan
memastikan setiap sekolah, tanpa mengira
lokasi dan tahap prestasi mempunyai
seorang pengetua/guru besar berkualiti
tinggi dengan matlamat pasukan
15
kepimpinan sekolah dapat memberikan
kepimpinan instruksional dan seterusnya
memacu kecemerlangan prestasi sekolah
secara keseluruhannya.
Bagi mencapai hasrat tersebut, phak IAB
akan memainkan peranan yang besar
dalam menambah baik persediaan dan
pembangunan profesionalisme pemimpin
pendidikan secara berterusan. Hal ini
penting kerana telah terbukti bahawa
kepimpinan sekolah yang mantap dan
16
berwibawa diperlukan bagi meningkatkan
pencapaian murid secara signifikannya.
Dalam sistem sekolah yang berprestasi
tinggi, pengetua/guru besar merupakan
pemimpin instruksional yang memberikan
tumpuan kepada peningkatan kualiti P&P
di sekolah masing-masing.
PERANAN IAB
17
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pihak IAB sebenarnya telah lama
mengambil inisiatif melaksanakan
tanggungjawab memberi latihan
pengurusan dan kepimpinan pendidikan
berkualiti kepada pemimpin sekolah.
Umpamanya, pada tahun 1987, pihak IAB
telah memulakan Kursus Kepimpinan dan
Pengurusan Pendidikan (KKPP) yang
bertujuan untuk melengkapkan
pengetua/guru besar dengan kemahiran
berkaitan pengurusan dan kepimpinan
18
pendidikan. Kemahiran yang diterapkan
menerusi kursus ini sangat diperlukan
terutamanya bagi seseorang pemimpin
sekolah yang baharu dilantik khususnya
bagi tempoh tiga tahun pertama sebagai
pengetua/guru besar. Selain itu, pihak IAB
juga telah memperkenalkan program
persediaan sebagai pemimpin pendidikan
yang dikenali sebagai Kelayakan
Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan
Pendidikan (NPQEL) (dahulunya dikenali
19
sebagai Kelayakan Kebangsaan
Profesional Kepengetuaan – NPQH).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kursus KKPP dan NPQEL telah
memperlihat keberkesanannya. Sebagai
contoh, kajian yang dijalankan oleh
Universiti Malaya dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris menunjukkan
pengetua/guru besar baru dilantik yang
melalui latihan NPQEL lebih bersedia
melaksanakan tugas berbanding mereka
20
yang memegang jawatan tanpa latihan
tersebut.
Selain daripada KKPP dan NPQEL, IAB
juga menawarkan pelbagai jenis kursus
dan kaedah penyampaian termasuk
bimbingan secara langsung dan
pementoran. Kaji selidik yang dijalankan
pada tahun 2011 menunjukkan tahap
penyertaan yang tinggi, iaitu 87% daripada
1,662 orang pengetua/guru besar telah
21
berjaya menamatkan latihan minimum
selama tujuh hari.
Hadirin dan hadirat sekalian,
KPM mempunyai matlamat untuk melantik
hanya calon-calon yang mempunyai masa
perkhidmatan minimum selama tiga tahun
sebelum persaraan, dan yang telah
menyempurnakan program latihan NPQEL
untuk menjawat jawatan pengetua/guru
besar.
22
Bagi mencapai matlamat tersebut, KPM
akan menambah lagi kemudahan dalam
memberikan sokongan kepada
pembangunan profesional bagi
pengetua/guru besar. Pihak IAB pula akan
menambah portfolio latihan dengan
meningkatkan keberkesanan dan
kerelevanan setiap program. Latihan IAB
akan menekankan kepada pembinaan
kemahiran kepimpinan instruksional
terutama yang berkaitan dengan
kebolehan menyesuaikan struktur
23
dalaman, kaedah dan prosedur dalam
memenuhi keperluan guru dan murid.
Pihak IAB juga akan memberi peluang
kepada pengetua/guru besar mengikuti
pelbagai program yang bersesuaian
dengan tahap prestasi yang berbeza-beza.
Sebagai contoh, pengetua berprestasi
tinggi berpeluang untuk menjalani program
sandaran di agensi kerajaan lain atau
syarikat swasta. Sebaliknya,
pengetua/guru besar berprestasi rendah
akan mendapat manfaat daripada
24
bimbingan langsung yang intensif daripada
SiPartner+. Semua program ini bertujuan
memastikan sokongan pembangunan
profesional secara individu diberikan
kepada setiap pengetua/guru besar.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Murphy dan Beck (1995) menyatakan
pemimpin pendidikan kini mempunyai
tanggungjawab serta tuntutan yang tinggi.
We are in “a climate in which potential
leaders are increasingly expected to
25
prepare for the role (and in some
countries to be licensed for it), to be
inducted into it, and to update their own
learning continuously throughout their
careers.”
Oleh itu , saya akan pasti IAB telah,
sedang dan akan terus memikirkan serta
merencana latihan program pembangunan
profesional pemimpin sekolah dengan
mengambil kira tanggungjawab dan
tuntutan tersebut.
26
Latihan anjuran IAB kini lebih menjurus
kepada bukan sahaja pembangunan
individu tetapi juga pembangunan
organisasi melalui perancangan strategik
yang jelas dan bersepadu untuk daerah,
sekolah dan jabatan. Untuk memastikan
hasrat tersebut tercapai, latihan yang
diberikan akan lebih berfokuskan
keperluan murid dan hasil pembelajaran
serta perubahan dalam pengajaran guru
dan bukan sahaja kepada keperluan
pemimpin sekolah. Pihak IAB juga akan
27
terus mendorong dan melatih pemimpin
pendidikan supaya mengkaji kepimpinan
dan pengurusan kendiri dengan
mendedahkan pemimpin sekolah dengan
kepelbagaian bentuk pembelajaran
sebenar dalam pekerjaan seharian
pemimpin sekolah.
Pihak IAB kini banyak berfungsi sebagai
jurulatih dan mentor dalam program seperti
SIPartner, Speed-Up, ProD dan
Pementoran, di mana pensyarah IAB
28
memberi khidmat runding cara,
perancangan dan khidmat pemudah cara
kepada pemimpin pendidikan.
HARAPAN IAB
Hadirin dan hadirat sekalian,
Dengan pelbagai usaha yang dibuat oleh
KPM khususnya, yang diterajui oleh IAB
untuk pemimpin pendidikan, diharapkan
kita akan dapat menghasilkan sistem
pendidikan berkualiti seperti yang
dihasratkan. Selain itu, kita juga dapat
29
menghasilkan modal insan yang unggul
dan berdaya saing di peringkat global.
PENGHARGAAN DAN PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dimuliakan sekalian,
Sebelum mengundurkan diri, saya
mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih sekali lagi
kepada semua ahli jawatankuasa yang
menjayakan program ini. Ucapan
penghargaan dan ucapan terima kasih
30
juga kepada tuan-tuan dan puan-puan
yang hadir pada hari ini. Semoga
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ini
akan memberi pelbagai input yang boleh
digunakan oleh pihak IAB dalam
merencanakan program-program baharu
dan menambah baik program-program
yang sedia ada.
Ucapan terima kasih juga kepada seluruh
warga IAB atas tanggungjawab yang telah
dilaksanakan untuk kejayaan IAB. Syabas
atas segala kejayaan dan pencapaian IAB
31
selama ini. Semua ini tentunya akan
menyuntik semangat seluruh warga IAB
untuk terus membuat perencanaan
pembangunan bagi mencapai visi dan misi
IAB.
PERASMIAN
Akhir kata, dengan lafaz mulia,
bismillahirahmanirahim, saya dengan
sukacitanya merasmikan Mesyuarat
Bersama Pelanggan IAB 2012.
32
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
33