Download pdf - Western Foods

Transcript

Puding Triffle (Resepi Turun Temurun) kononnye la...ngggee..

[email protected] Nama pudding ni mmg pnjg sbb xtau nama sebenar puding ni so main letak je nama..tp yg pasti mmg sedap terutama dimakan sejuk..& senang jgk nk buat..thanx utk makchaq yg bg resepi ni! Resepi WAJIB tiap kali raye..Smua rumah aunt2 hidang triffle nih..;)

Created on : 24-01-2010 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi ezralovescook

1623Share

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ) Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding. 3 sudu besar Tepung kastard 1 sudu besar Gula 1 cawan air 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap) 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona) 1 cawan air untuk larutkan Jelly Cara-cara 1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul) 2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana. 3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil) 4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi. 5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard. 6. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba

Puding trifle

[email protected] trifle. * Gambar dari laporan masakan oleh misz_su

Created on : 18-10-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( 5-7 ) 1 tin susu cair 1 sd besar gula 4 sd besar tepung kastard 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard biji kek gulung sederhana saiznya 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 1 peket agar-agar jeli kristal Nona 1 mangkuk air panasCara-cara1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Easy Pasta Bake

[email protected] recipe yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

Created on : 05-11-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

281Share

Bahan-bahan ( 6 orang kot ) 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni) 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu) 1 ulas bawang putih dicincang halus 1 labu bawang besar dicincang halus 1 tin sedang tomato puri 1 tin cendawan butang - dihiris 1 biji lada benggala - didadu 1 kiub stok ayam atau lembu ikut jenis daging yang digunakan 1 batang carrot didadu 1 batang celery didadu 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket) 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar) Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) Garam dan gula secukup rasa Bahan sos putih : 2 sudu besar butter 1 sudu besar tepung gandum 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je) Secubit lada hitam dan garamCara-cara1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Spaghetti gerenti sedapNo picture45 minit sahaja

Created on : 24-08-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

18Share

Bahan-bahan ( 5 orang makan ) 1 genggam Spaghetti San Remo (disyorkan) 1/2 labu bawang putih (dipotong halus) 3 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur) 1 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan 1 setengah sudu kecil Italian Seasoning (boleh beli di Tesco @ Giant) 1/2 tin cendawan butang (pakai Ayam brand -dipotong halus) 5 sudu besar minyak kelapa sawit 1/2 sudu kecil garam 1/2 pokok Broccoli (dipotong 2 untuk satu pelepah) dicelur 2 biji Capsicum (Cili bulat hijau tu)- dicelur Bawang besar sebijik atau sebijik setengahCara-cara1. Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau3. Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat4. Tabur Italian seasoning, kacau kesemuanya supaya tak melekat5. Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...6. Tambah air dalam secawan & kacau hingga sebati & letak garam7. Tambah hirisan cendawan butang tadi & kacau lagi sampai mendidih...8. Letak spaghetti dalam pinggan & tuang kuah atasnya, kemudian letak beberapa hiris broccoli & capsium tadi....9. * Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi... Broccoli & capsium dicelur dalam air mendidih dalam seminit gitu.. Rasa kuah masam-masam sikit tu normal... Selamat mencoba...

Smashed Potato

[email protected] ni dpt dr internet..tp nk share kat cni.owps, tp gmba ni mmg i punye..hehe..ok tak?sedap, tp mane leh same btl2 mcm kfc ye tak?

Created on : 28-09-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

231Share

Bahan-bahan ( 2 org ) 5 biji ubi kentang butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup) 1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air) 1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa) Or gravy (dicipta sendiri) sauce black pepper(botol) kiub ayam air tepung jagungCara-cara1. utk smashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.(dah siap la utk mkn..lalala)2. utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.3. mknlah smashed potato tu ngn gravy..sedaapp..menjilat kaki!

Macaroni & cheese (goreng)

[email protected] own version.heheh..very cheesy.tak sesuai utk yg tgh berdiet

Created on : 30-04-2007PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

244Share

Bahan-bahan ( 2 org ) Setengah biji bwg besar (potong dadu) 2 biji bwg putih (tumbuk) 2 tbsp tomato puree 2 tbsp cili boh sedikit daging cincang 2 tbsp susu segar 3 genggam macaroni 2 keping keju cheddar(parut) sedikit olive oil utk menumis sedikit garam dan ajinomotoCara-cara1. Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air2. tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree4. masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak5. Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar6. bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

Spaghetti Mudah

[email protected] campak-campak..Mudah..

Created on : 19-02-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

18Share

Bahan-bahan ( 4 orang ) Spaghetti sos tradisional Prego Lada kering kisar Bawang besar Holland Bawang putih Cendawan Butang Daging Kisar Bebola Ikan Daun ketumbarCara-cara1. Rebus Spaghetti dgn sedikit minyak.2. Rebuskan daging kisar.. asingkan air jgn dibuang3. Tumiskan bawang holland yang telah di potong dadu bersama dengan bawang putih yang telah dicincang.4. Bila telah sedikit garing, masukkan lada kering kisar. Kalau suka pedas boleh letak banyak. saya telak 2 sudu jer.5. Kemudian, masukkan sos tradisional prego dalam 5 sudu. Tumis sehingga sedikit garing & naik bau.6. Bila dah garing, masukkan air rebusan daging kisar tadi.7. Masukkan juga daging kisar, bebola ikan & cendawan butang.8. Letakkan sedikit bahan perasa, garam & gula. Ikut rasa masing-masing .9. Bila dah agak-agak masak & secukup rasa. Matikan api. Dah taburkan daun ketumbar. Gaulkan untuk dapat rasa daun ketumbar.10. Siap untuk di hidangkan..11. Cuba laa..

Macaroni and Cheese

[email protected] dari buku Cook's Kitchen Handbook

Created on : 27-08-2008PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( loyang 10" ) 115g macaroni 55g butter/marjerin 30g tepung gandum 575ml susu segar 170g cheddar cheese 3 tbsp fresh parsley-hiris (sy gune dry ajer) garam dan lada sulah 100g serbuk roti 45g parmesan cheese-parut **kalau xmau terlalu cheesy sampai xleh nak telan, buleh kurangkan kuantiti susu segar dan campurkan dgn air biasa sampai jadi 575mlCara-cara1. Panaskan oven 180degree. Griskan loyang dgn butter2. Rebus macaroni dlm air didih(ikut arahan paket). Letak garam sedikit. Toskan3. Cairkan butter, tambahkan tepung. Kacaukan selama 2 minit.Masukkan susu dan biar sampai didih. Terus kacau sampai nampak ia dah memekat. lebih kurang 5 minit.4. Alih dari api, masukkan macaroni, cheddar cheese dan parsley. Gaul sebati. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa5. Masukkan macaroni ke dalam loyang, ratakan.6. Dlm mangkuk lain, campurkan serbuk roti sgn parmesan cheese. Taburkan atas macaroni tadi7. Bakar 30-35minit atau hingga bhgn atas jd 'golden brown'

Macaroni bakar

[email protected] dan cepat dimasak

Created on : 25-11-2008PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

426Share

Bahan-bahan ( 3 orang makan ) 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 paket daging kisar 1 tin cendawan butang (dipotong nipis) 3 ekor sotong (dipotong nipis) 10 ekor udang (dibuang kulit) 1/2 paket macaroni (direbus) 6 biji telur sedikit garam minyak untuk menumis mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping) Klik di sini untuk isi bahanCara-cara1. tumis bawang putih hingga naik wangi2. masukkan daging kisar, udang, sotong dan cendawan serta garam3. masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau sekejap4. tutup api. letak telur dan kacau rata5. sapukan loyang dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam loyang6. taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi permukaannya.7. letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi. bakar pada suhu 120 selama 45-60minit8. siap untuk di makan.

Markaroni Cheese

[email protected] sendiri

Created on : 28-05-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

36Share

Bahan-bahan ( 2-4 orang ) 3 ulas bawang putih dicincang ayam dipotong kecil-kecil(ikut suka banyak mana) 6 ekor udang sederhana (potong kecil-kecil) 3 tangkai brokoli & 1/2 btg carrot (potong dadu) markaroni sedikit susu 3-4 keping cheese slice (ikut suka nak byk @ x) sedikit garam sedikitoreganoCara-cara1. markaroni direbus, bila dah empuk angkat & toskan2. panaskan sedikit minyak utk menumis3. masukkan bawang putih, bila dah layu, masukkan ayam & udang4. bila dah bau wangi, masukkan sayur brokoli & carrot5. masukkan sedikit air & tutup kuali sehingga sayur masak6. slps itu masukkan sedikit susu & keju, kacau rata7. bila keju dah sebati, masukkan garam secukup rasa & sedikit oregano8. boleh dihidang..

Pizza simpleNo picturesaiz kecil shj

Created on : 03-05-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

4Share

Bahan-bahan ( 1 family boleh 2 pon boleh ) BAHAN A (inti) 3 ulas bawang putih (di hiris halus) 1 biji bawang besar (di hiris halus) 1 peket kecil daging kisar (RaMly) 1 biji kentang di cincang halus 1/2 peket rempah daging BAHAN B (sos) 1 botol kecil sos tomato 1 botol kecil sos cili 1 tsb gula BAHAN C (doh) 1 kg tepung gandum 1 cwn air suam dicampur ragi 1 peket direndam 30 minit 2 cwan air suam BAHAN D (hiasan) 1 tin cendawan butang dihiris halus 1 peket sosej dihiris halus keju mozarela 1 biji lada benggala/cili moden dihiris halus oreganoCara-cara1. tumiskan bahan a2. selepas itu, tumis bahan b3. campur semua bahan c dan uli sehingga sebati dan biarkan ia 30 minit atau sejam4. setelah bahan c naik sediakan lah piza yang lazat ini5. NOTA: KALAU KEJU MOZARELA X DAK GUNA KEJU SLICES PON X PA KEMUDIAN HIRIS HALUS2 DAN SEDIAKAN PIZA TERSEBUT

Potato cheese

[email protected] kentang bakar dengan cheese

Created on : 09-11-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

4Share

Bahan-bahan ( 2 orang ) 1 biji potato 2 sudu besar mayonis 2 sudu besar parmesan cheese 1 sudu besar mentega pasley kering secukupnya.Cara-cara1. Bersihkan ubi kentang. Balut dengan aluminium foil. Masak dengan microwave sehingga ubi kentang 2/3 masak. ( Boleh juga dikukus)2. Potong ubi kentang ke pada 2 bahagian.3. Cucukkan permukaan ubi kentang dengan garfu. Kemudian sapukan dengan mentega.4. Lepas tu letakkan pula mayonis ke atas permukaan ubi kentang tadi.5. Taburkan pula dengan parmesan cheese dan juga daun parsley6. Akhir sekali masukkan ubi kentang ke dalam oven toaster. Bakar selama 5 minit.7. Siap untuk dimakan

Cheese tart

[email protected] tart mini. Sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Created on : 19-11-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

749Share

Bahan-bahan ( 18 biji ) **Pastri** 70g butter 50g gula halus 1 biji kuning telur 110g tepung gandum 15g almond powder beberapa titik esen vanila **Filling** 50gcream cheese 100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g 40g gula halus 1 biji telur(saiz m) 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil corn starch 50ml fresh creamCara-cara1. Cara buat pastri. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.4. Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.7. Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.8. Cara buat fillingLetakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.9. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.10. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.11. Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.12. Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.13. Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

Simple Baked Macaroni

[email protected] ciptaan sendiri....

Created on : 04-09-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

53Share

Bahan-bahan ( Seisi keluarga ) 2 mangkuk kecil macaroni 1 1/2 cawan susu segar 3 biji telur 1 keping isi ayam bahagian dada (dipotong kecil-kecil) 2 keping sosej (dipotong nipis-nipis) 1/2 mangkuk mix vegetables 5 sudu besar Prego Italian Sauce (Classic) Mozarella Cheese (Ikut citarasa masing-masing) Cream Cheese (Ikut citarasa masing-masing) 1 labu bawang besar dan 1 ulas bawang putih dicincang (untuk menumis) Garam dan gula secukup rasa Untuk menutup bahagian atas:- 50 g butter, 1 cawan tepung, 1 gelas susu segar & Secubit garamCara-cara1. Rebus macaroni sehingga lembut (masukkan sedikit minyak n garam ke dalam air rebusan). Setelah lembut, toskan.2. Tumis bawang n masukkan Prego Italian Sauce.3. Masukkan garam n gula, renehkan sebentar.4. Masukkan isi ayam n mix vegetables. Gorengkan sehingga empuk.5. Masukkan separuh sosej yang dipotong tadi. Kacau rata.6. Masukkan macaroni yang sudah direbus tadi dan kacau sehingga sebati.7. Setelah siap, masukkan separuh macaroni tersebut ke dalam bekas/ loyang yang dah disapu marjerin.8. Susunkan baki sosej tadi, taburkan mozarella cheese n picitkan cream cheese di atas macaroni tersebut.9. Masukkan kesemua baki macaroni tadi n ulang langkah 8.10. Bancuh telur, susu segar n sedikit garam n tuangkan ke dalam bekas tersebut.11. Untuk menutup bahagian atas: cairkan butter, masukkan tepung n kacau sehingga sebati seterusnya masukkan susu segar n sedikit garam. Tuangkan adunan yang pekat ini ke atas macaroni tadi. (jika suka taburkan sedikit mozarella cheese di bahagian atas)12. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah Celcius.13. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba! :)

Cheezy Mashed Potato

kak [email protected] lecek berkeju...

Created on : 11-04-2010PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

21Share

Bahan-bahan ( 8-10 orang ) 5 biji kentang - dikupas dan bersihkan secukup air untuk merebus garam secukup rasa 3 sb mentega 1/2-3/4 cawan susu segar 1/3 buku cream cheese-dadu atau 1-2 keping cheese slice-siat2 sedikit serbuk lada putih/hitam daun parsley cincang (opt)Cara-cara1. Kentang dipotong dadu dan rebus dengan secukup air dan sedikit garam hingga empuk.Toskan dan lecek ketika panas dan gaulkan dengan mentega hingga sebati.2. Masak susu bersama cheese di atas api perlahan hingga cheese cair.Terus tuangkan ke dalam mangkuk berisi kentang lecek tadi.Tambahkan lada dan daun parsley dan sedikit garam jika perlu.Gaul rata.3. Enak dimakan dengan nugget,fish n chips,ayam goreng dan lain2...bersama sos cendawan,sos lada hitam atau brown sos...4. Sesuai juga dijadikan topping untuk hidangan Shepherd's Pie...

Pizza Hawaiian Chicken

[email protected]

Bahan-bahan ( 4 personal pan pizza ) BAHAN DOH 1 sudu besar garam (sukatan rata) 1 sudu besar gula (sukatan rata) 500g tepung (bread flour) 1 sudu besar minyak 11g mauripan yeast (1 peket kecil) 300ml air suam (agak- agak dalam 40 darjah celsius) BAHAN SOS 1 tin tomato puri 1 sudu besar oregano 1 sudu kecil paprika garam secukup rasa 1/4 botol sos cili maggie gula dan garam secukup rasa 3 ulas bawang putih dihancurkan TOPPING 300g isi ayam yang dipotong dadu sedikit lada sulah dan lada hitam garam secukup rasa Nanas di dalam tin mozarella cheese (topping- ikut suka banyak mana)Cara-cara1. DOH: Mauripan yeast dimasukkan ke dalam air suam, dikacau dan dibiarkan lebih kurang 5 minit. Tepung dicampurkan dengan garam, gula dan minyak. Sedikit demi sedikit air yang bercampur dengan mauripan yeast tadi dituang ke dalam adunan tepung sambil diuli. (uli hingga benar- benar sebati dan licin). Simpan doh dalam bekas yang ditutup dengan tuala yang lembab selama 1 jam.2. SOS: Masukkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.3. TOPPING: Tumiskan iisi ayam dengan sedikit minyak (janji tak melekat). tambahkan garam, lada sula dan lada hitam sedikit. Masak sehingga airnya kering. (Jangan sampai garing- tak sedap)4. Sediakan pan- kalau tak ada, tutup periuk pun boleh. Letakkan sedikit minyak di atas pan sebelum letak doh supaya tepung tidak melekat. Tekan- tekan pakai jari dan tarik- tarik agar lebar.5. Sapukan sos rata- rata. Letakkan topping ayam tadi dan nanas yang telah dipotong- potong (ikut suka banyak mana). Taburkan keju mozarella di atas topping tadi.6. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pizza dalam suhu 180 darjah celsius dalam 15 minit atau ikut citarasa masing- masing.

Hash potato

[email protected] hash potato

Created on : 15-09-2007PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

274Share

Bahan-bahan ( 2 orang ) 2 biji ubi kentang 1/3 sudu kecil garam minyak untuk menggorengCara-cara1. Bersih dan kupas kulit potato2. Ambik sebiji potato. Cincang sampai halus.3. Ambik sebiji lagi, cincang kasar.4. Campurkan kedua-duanya ke dlm bowl. Masukkan garam dan gaul rata. Bahagikan kentang kepada 4-5. Wrapping dgn plastik wrap. Microwave kan selama 2-3 minit dgn 600W5. Selepas tu biarkan sejuk sekejap. Agak-agak dah tak panas utk kita buat bentuknya. Ambik sebiji potato tadi. Latakkan ke atas plastik wrap. Tekan-tekan bagi leper.6. Panaskan minyak. Bolehlah goreng sehingga perang.7. NOTE: Sape ada food processor boleh guna fp.. sebiji kentang mix sampai hancur. Kemudian masukkan satu lagi kentang. Mix sekejap,kasar-kasar.

paella d pattate

[email protected] dari masakan Mediterranean simple and elegan.mudah di sediakan

Created on : 10-10-2009PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( 2 orang ) 5 biji kentang 2 biji lobak merah 1 keping ayam tanpa kulit 1 biji bawang besar (kuning) 2 ulas bawang puteh 1/2 litter stok daging 1/2 cawan beras wangi 5 sudu besar butter tatura 2 sudu besar fresh oregano chopped 1 sudu besar lada hitam 1/2 cawan Cara-cara1. panaskan butter,tunggu sehingga kekuningan kemudian massukan b.besar n b.puteh yang di potong dadu masukan ayam yang dipotong dadu2. selepas itu massukan kentang n lobak merah n stok daging masak separuh empuk.beras harus di masukan sekali supaya ia masak kering bersama bahan -bahan yang sebelum ini3. massukan susu,oregano,n lada hitam n garam dan perasa secukupnya masak sehinga kering.pindhkan ke dalam periuk nasi keep warm4. siap taburkan cheese mozarella parut n fresh parsleyboleh dihidangkan dengan focasia or garlic bread HAPPY EATING;)ENRYQYIEN

Moussaka

[email protected] lain utk memasak terung. Sesuai utk penggemar cheese atau masakan western.

Created on : 05-12-2011PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

6Share

Bahan-bahan ( 4 ) Minyak utk menumis 2 biji terung, di potong bulat tebal 1cm 600 gm kentang/ keledek, di kupas kulit 1 biji bawang besar, hiris 4 biji bawang putih, hiris 600 gm daging/ kambing kisar herbs - thyme, marjoram atau guna je yg dlm botol kecil "Italian Herbs" 400 gm tomato hiris dlm tin atau buah tomato fresh, di cincang 2 sudu tomato puree atau sos 1 sudu oyster sos gula, garam, lada putih - secukup rasa 150 gm cheese - Cheddar atau yg sesuai 600 ml susu segar 60 gm butter 50 gm tepung gandumCara-cara1. Goreng terung dlm minyak yg sedikit, separuh masak. Kentang di rebus sebijik-sebijik dan apabila hampir masak, angkat dan hiris bulat-bulat.2. Utk isi daging, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, kacau sebentar. Kemudian masukkan tomato hiris, puri, herbs, oyster sos. Kacau lagi dan sekiranya agak kering, tambah sedikit air. Masak sehingga daging agak lembut. Tambah garam, gula dan lada putih mengikut rasa anda. Utk menyediakan sos putih, panaskan susu sebentar. Di dalam kuali, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau selama 2 minit dan masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau sehingga kepekatannya seperti "whipping cream". Tambahkan garam dan lada putih.3. Panaskan oven pada suhu 180C. Sapukan butter pada permukaan mangkuk pembakar. Tuang isi daging, kemudian lapiskan dengan kentang, diikuti terung. Ulang lagi. Lapisan akhir di tuang sos putih di atasnya. Dan kemudian taburkan cheese.. Bakar selama 40 minit. Utk 5 minit terakhir, naikkan suhu ke 200C utk menggaringkan cheese di atasnya.

Happy Markaroni ;)No pictureSesuai untuk jamuan ringan ;)

Created on : 18-07-2008PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

Share

Bahan-bahan ( 4 ) 1 bawang besar dihiris nipis

1 ulas bawang putih didadu

1/2 daripada sebiji capsicum hijau bersaiz sederhana -didadu

1/2 daripada sebiji capsicum berwarna merah bersaiz sederhana- didadu

3 ke 5 biji telur sebungkus markaroni

1 sudu besar sos tiram

100 gram mentega buttercup

garam dan lada sulah secukup rasaCara-cara1. 1. Rebuskan markaroni seperti biasa. Setelah markaroni di rebus, tuskan markaroni tersebut, tetapi jangan biarkan ia terlalu kering.

2. Gaulkan markaroni tersebut dengan dua jenis capsicum yang telah didadu dan hirisan bawang besar. Setelah rata di gaul, pecah kan telur satu persatu. Sekurang - kurang nya, 3 telur digunakan, jika anda inginkan rasa yang lebih pekat, tingkatkan jumlah telur ke 5 biji.

3. Di kuali, tumis kan bawang putih dan sos tiram sehingga baunya naik, dengan menggunakan 100 gm buttercup.

4. Setelah itu, masukkan markaroni itu ke dalam kuali dan gorengkannya selama 5 - 10 minit. Semasa menggoreng, masukkan sedikit serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.Selamat mencuba

Kentang Goreng

rahman [email protected] orang bujang yang ringkas dan lazat. Boleh juga dimakan sebagai pengganti nasi untuk pengamal diet. Sesuai untuk sajian minum petang.

Created on : 22-11-2008PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

143Share

Bahan-bahan ( 3 biji kentang saiz besar ) 3 biji kentang bersaiz besar 1 kiub pati ayam / bilis Air secukupnya utk merebus Minyak utk menggoreng - "deep fry"Cara-cara1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.3. Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam rebusan kentang.4. Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.5. Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang kelihatan perang.6. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.

Pesto Asiana

[email protected] Italian resipi yang diubahsuai guna Asian herbs

Created on : 19-12-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

19Share

Bahan-bahan ( 4 orang ) Sos Pesto : Daun ketumbar anggaran RM2-RM3 (a bunch) 3 4 ulas bawang putih 100-200g kacang gajus (cashew nuts) panggang (toast) keperangan 1 cawan minyak zaitun atau lebih 1 kiub pati stok ayam (boleh juga ganti dengan 2 sudu liquid chicken stock) - optional Sedikit parutan keju parmesan optional Pasta pilihan direbus mengikut packet instructions (saya suka pakai spaghetti, fettucini atau penne)Cara-cara1. Buat sos dulu : Dengan menggunakan food processor atau blender, kisar daun ketumbar, kacang gajus, bawang putih dan kiub ayam (jika suka). Kemudian masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit hingga membentuk emulsi dan bersos. Tambah minyak zaitun jika nampak sos terlampau pekat.2. Tuang ke dalam bekas yang boleh ditutup kedap udara kerana lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk up to seminggu.3. Untuk menghidang : Toskan pasta yang direbus tadi ke dalam mangkuk/pinggan hidang. Campurkan 2 sudu besar sos pesto -kalau suka lebih sos, tuangla banyak-banyak :-)4. Gaulkan rata dengan pasta yang masih panas, kemudian taburkan parutan keju parmesan (jika suka). Siap untuk dihidang, makan panas-panas. Selamat mencuba!5. NOTA 1 : Resipi Italian asal guna fresh basil dan pine nuts. Jika anda ada bahan-bahan tu boleh juga cuba pakai, cara buat sama saja6. NOTA 2 : Sos memang kaler hijau, tapi rasanya sedap. Perfect untuk anda yang inginkan kelainan!

Easy Pasta Bake

[email protected] recipe yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

Created on : 05-11-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

281Share

Bahan-bahan ( 6 orang kot ) 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni) 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu) 1 ulas bawang putih dicincang halus 1 labu bawang besar dicincang halus 1 tin sedang tomato puri 1 tin cendawan butang - dihiris 1 biji lada benggala - didadu 1 kiub stok ayam atau lembu ikut jenis daging yang digunakan 1 batang carrot didadu 1 batang celery didadu 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket) 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar) Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) Garam dan gula secukup rasa Bahan sos putih : 2 sudu besar butter 1 sudu besar tepung gandum 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je) Secubit lada hitam dan garamCara-cara1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Eggplant Parmigiana

[email protected] lebihan sos Spaghetti Bolognese, tak membazir :-)

Created on : 22-12-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

9Share

Bahan-bahan ( 4 orang ) 1-2 cawan sos Bolognese 2 biji terung bulat (eggplant) Parutan keju Mozzarella NOTA : Sy guna leftover sos bolognese seperti dalam resipi Spaghetti Bolognese saya. Boleh juga beli sos yang dah siap seperti Prego etcCara-cara1. Potong terung bulat nipis-nipis dan goreng hingga keperangan dan naik bau.2. Susun terung dalam bekas tahan panas (oven) dan kemudian ratakan satu lapisan sos tomato. Teruskan melapis hingga semua terung dan sos habis.3. Akhir sekali, taburkan keju mozzarella dan bakar dalam oven 180 darjah Celcius hingga keju cair dan keperangan.4. Hidang panas-panas sebagai menu minum petang. Selamat mencuba!

Spaghetti Bolognese

[email protected] tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab authentic rasanya!

Created on : 21-12-2006PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

1769Share

Bahan-bahan ( 6 orang ) 500 gram spaghetti (sepeket) 500 gram daging lembu cincang 200 ml susu 1 labu bawang besar kuning dicincang halus 1 ulas bawang putih dicincang halus 1 tin sedang tomato puri 4-5 tomato segar ranum - didadu 1 batang carrot didadu kecil 2 batang celery didadu kecil 1 tin cendawan butang dihiris (optional) 1 kiub stok daging lembu (optional) 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs Sedikit garam dan gula secukup rasa 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa) 2 sudu besar butter Parutan keju parmesan untuk menghidang NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa. NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.Cara-cara1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Spaghetti peperoncino

[email protected] penyediaan 20 minit. senang sahaja

Created on : 18-05-2008PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

31Share

Bahan-bahan ( 2 orang ) 150gm spaghetti 3 sudu besar minyak zaitun (minyak biasa pon boleh) 2 ulas bawang putih - dicincang halus 1/4 bawang besar - dimayang halus 2 batang sosej ( boleh diganti dgn seafood) brokoli atau apa2 saja sayur basil oregano garamCara-cara1. masak air sehingga mendidih. setelah mendidih masukkan garam dan spaghetti. rebus sehingga spaghetti lembut.2. sementara menunggu spaghetti lembut, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.3. masukkan sosej yang telah dipotong serong2. goreng sebentar.4. masukkan brokoli dan garam5. masukkan spaghetti yg telah direbus ke dalam tumisan tersebut. akhir sekali masukkan basil dan oregano. Gaul sebati. siap untuk dihidang.

Spaghetti Cabonara

[email protected] food,Peruntukan masa dalam 30 minit,senang,mudah dan sedap dimakan tidak kira yang tua atau yang muda.

Created on : 15-11-2011PrintE-mail kepada kawanTulis Laporan

24Share

Bahan-bahan ( 6 orang ) 1 Paket Pasta 2 Tin Cabonara Prego 1 Labu Bawang Besar Bombay ( Potong Dadu ) 4 Ulas Bawang Putih ( Potong Dadu ) 2 Kotak Kecil Susu Penuh Krim Butter Untuk Menumis Cendawan Butang ( Dihiris Nipis ) Udang & Sotong ( Ikut suka nak letak berapa banyak...nak letak seafood lain or daging cincang pun boleh ) Bahan Perasa Secukup Rasa Cheese & Parsley Flakes untuk ditabur di atas spaghetti selepas masakCara-cara1. Rebus spaghetti hingga lembut,masukkan secubit garam dan minyak sedikit,ketepikan.2. Panaskan kuali,masukkan butter dan tunggu hingga cair3. Masukkan bawang besar & bawang putih,masak hingga bawang layu dan mengeluarkan bau harum4. Masukkan pula udang dan sotong,masak sehingga air sotong kering sedikit,selepas itu masukkan pula cendawan butang5. Setelah itu,masukkan Prego Cabonara Sauce kedalam kuali dan terus tuangkan susu penuh krim,jika anda beli susu dalam kotak besar,sukat susu didalam tin Prego tadi,1 tin prego bersamaan dengan 1 tin susu ( yang telah disukat menggunakan tin Prego tadi...paham x??) XD6. Kacau hingga sebati dan pekat,jika x nak pekat boleh tambah air sedikit,masukkan juga bahan perasa7. Boleh lar dihidangkan dan tabur cheese & parsley flakes diatas spaghetti tadi jika suka...selamat mencuba XD