AKADEMI IKATAN MUSLIMIN
PROGRAM PENGAJIAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
(STAM)
· Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang agama.
· Membekalkan sumber modal insan yang berketrampilan kepada bangsa dan Negara bagi memacu wawasan 2020.
· Memantapkan jatidiri pelajar bagi menghadapi cabaran globalisasi
· Melahirkan pelapis pemimpin masyarakat yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati.
· Meningkatkan kefahaman Islam dan menghayati nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
1. Tenaga pengajar yang berpegalaman dalam mengendali pengajian dan peperiksaan STAM . Berkelulusan dari universiti Al-Azhar , Mesir.
2. Pengajian selama satu tahun .
3. Menyediakan khidmat nasihat ke IPTA/IPTS dalam dan luar negara
4. Pakaian pelajar –pelajar adalah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh AIM iaitu : Menutup aurat, kemas dan bersopan sebagai seorang pelajar muslim dan muslimat .
5. Sijil diiktiraf untuk permohonan ke universiti dalam dan luar negeri.
BANGUNAN AKADEMI IKATAN MUSLIMIN
No 180 JALAN RAJA DR NAZRIN SHAH SUNGAI ROKAM 31350 IPOH
PERAK
PROGRAM PENGAJIAN SIJIL TINGGI AGAMA
(STAM)
PENGENALAN STAM
Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia
melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara
amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan
pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
Al-Azhar Al-Sharif.
Peperiksaan lisan telah bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis
telah diadakan pada bulan November/Disember 2000
MENGAPA STAM ?
STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang
diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya
di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah
dalam jangka masa yang paling singkat.
Asas kepada pembinaan kurikulum STAM?
Kurikulum yang akan menjadi asas STAM ialah kurikulum Ma'ahad Bu'uth Al-Azhar
yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir dan digunapakai sekarang di SMAN dan SMAR
di negara ini.
Syarat kemasukan STAM..…
Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun
1999 ,atau
Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau
Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.
Bil.Mata Pelajaran & Bentuk Ujian
1 Hifz Al-Quran dan Tajwid - Bertulis dan Lisan2 Fiqh - Bertulis 3 Tauhid & Mantik - Bertulis4 Tafsir dan Ulumuhu - Bertulis5 Hadith dan Mustolah - Bertulis dan Lisan6 Nahu & Sorof - Bertulis7 Insya & Mutalaah- 'Bertulis8 Adab dan Nusus - Bertulis9 Arud dan Qafiyah - Bertulis10 Balaghah - Bertulis
Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran .
Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.
Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.
PENSIJILAN
Peringkat Takrif
Mumtaz Cemerlang JayyidJiddan Sangat
Baik Jayyid Baik Maqbul Lulus Rasib Gagal
Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang -
kurangnnya peringkat Maqbul bagi semua mata pelajaran. Calon yang
berjaya mendapat sijil pangkat Maqbul diberi peluang untuk
memperbaiki keputusan mana-mana mata pelajaran dalam masa
tiga tahun.
PERINGATAN PENTING
Tempoh masa pengajian dalam masa adalah seperti berikut :
1. Pengajian bermula – Bulan Jan2. Pendaftaran STAM - Akhir Feb3. Percubaan Peperiksaan - Ogos4. Peperiksaan STAM - Bulan Okt5. Pengukuhan Bahasa Arab & Jati diri
pendakwah - Nov & Disember.
Keistimewaan
Tidak buang masa selepas SPM – pengajian diteruskan Bulan Jan
Pelepsan PLKM
Bayaran peperiksaan Murah
Mendapat sedikit Pembiyaan dari Jakim
PERKARAYURAN DIKENAKAN
(RM)
Yuran Bulanan200.00
Pendaftaran
Kemasukan
100.00
Yuran Tahunan100.00
Yuran
Kemasukan
Asrama
100.00
Bayaran Sewa
Asrama
80.00
JUMLAH BESAR580.00
(Untuk Bulan
Pertama
Pendaftaran)
YURAN PENGAJIAN UNTUK BULAN
SETERUSNYA BAGI SETIAP PELAJAR
PERKARAYURAN DIKENAKAN
(RM)
Yuran Bulanan200.00
Bayaran Sewa
Asrama
80.00
JUMLAH BESAR280.00
Yuran peperiksaan
RM300.00 – RM 200.00 = RM 100.00(Sumbangan JAKIM)
PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN KEPADA PEMEGANG SIJIL STAM
Universiti Al-Azhar Universiti di Jordan UKM UM UIA KUIM UUM Universiti di Indonisia yang diiktiraf oleh kerajaan
Pelajar sekarang
Jumlah pelajar : 13 orang
Sek terdahulu : Islam S.Petani , Hira , Hidayah dan MRSM
Pencapaian : 1 orang = Mumtaz
4 Orang = Jayyid Jiddan
3 Orang = Jayyid
2 Orang = Makbul
3 Orang = Rasib
SEMOGA KITA DAPAT MENERUSKAN PENDIDIKAN KE TEMPAT YANG
LEBIH TINGGI
SEKIAN TERIMAKASIH