Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
YAKJUJ & MAKJUJ API DI SEBALIK TEMBOK BESI
Zack Zulkarnain
www.yakjujdanmakjuj.com
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 4
Yakjuj & Makjuj Di Dalam Al-Quran 17
Siapakah Zulkarnain 47
Lokasi Tembok Yakjuj & Makjuj 63
Apakah Pengertian Sebenar Yakjuj & Makjuj 82
Kemusnahan Kaum Luth Oleh Yakjuj & Makjuj 102
Amaran Tuhan Tentang Bencana Gunung Berapi Raksasa 114
Kesimpulan 126
Update (10/2014) : Teori Alternatif Berpandukan Kiraan Kordinat 150
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
Yakjuj dan Makjuj – dua perkataan yang akan menggerunkan sesiapa sahaja
yang mendengarnya. Biarpun seseorang itu tidak memahami langsung
pengertian sebenar perkataan ‘Yakjuj’ dan ‘Makjuj’ di dalam bahasa Arab,
beliau masih akan menggambarkan Yakjuj dan Makjuj sebagai satu entiti yang
amat menakutkan. Hampir semua orang Islam percaya Yakjuj dan Makjuj ialah
satu janji Tuhan kepada manusia menjelang akhir zaman. Begitu juga dengan
penganut agama ahli kitab yang lain seperti Yahudi dan Nasrani, mereka juga
turut beriman Gog and Magog ialah satu malapetaka yang bakal menimpa
manusia sebelum Hari Kiamat.
Di dalam Al-Quran, Yakjuj dan Makjuj hanya disebut sebanyak dua kali sahaja
iaitu pada surah Al-Kahfi (18) dan juga surah Al-Anbiya’ (21).
“Mereka berkata, ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
membuat kerosakan di atas Bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu
pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka
dan kami?’” – [18 : 94]
“Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari
seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]
Daripada dua ayat di atas, kita boleh mendapat dua pengetahuan sahaja iaitu
Yakjuj dan Makjuj menyebabkan banyak kemusnahan di atas permukaan Bumi
dan yang kedua pula ialah Yakjuj dan Makjuj akan muncul semula seperti yang
difirmankan oleh Tuhan kepada umat Islam. Ebook ini akan membicarakan
apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj dan bagaimana para
pembaca yang dihormati sekalian boleh membuat persiapan untuk
menyelamatkan diri dari malapetaka yang sangat dahsyat ini.
Yakjuj dan Makjuj mempunyai kekuatan yang amat besar sehingga kekuatan
tentera Zulkarnain tidak mampu menandinginya. Yang boleh dilakukan oleh
Zulkarnain hanyalah dengan membina sebuah tembok gergasi untuk menyekat
kemaraan Yakjuj dan Makjuj daripada melakukan lebih banyak kerosakan di
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
atas Bumi. Zulkarnain hanya berjaya mengurung Yakjuj dan Makjuj dengan
menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya.
Zulkarnain tahu kekuatan angkatan tenteranya tidak mampu memusnahkan
Yakjuj dan Makjuj.
1. Sesetengah pengkaji percaya bahawa Yakjuj adalah kaum Scynthia manakala Makjuj pula adalah kaum Parthia.
Oleh itu mengurung Yakjuj dan Makjuj dengan membina tembok besi bersadur
tembaga adalah satu langkah yang lebih bijak bagi mengelak lebih banyak
kerosakan yang akan berlaku akibat daripada aktiviti Yakjuj dan Makjuj.
Objektif Zulkarnain bukanlah untuk memusnahkan terus Yakjuj dan Makjuj dari
Bumi tetapi lebih kepada untuk menyekat pergerakan Yakjuj dan Makjuj.
Zulkarnain tahu Yakjuj dan Makjuj adalah sangat mustahil untuk dimusnahkan
dengan kekuatan bala tenteranya. Hanya Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa
untuk memusnahkan Yakjuj dan Makjuj.
Kebijaksanaan Zulkarnain ini disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud : -
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
“Zulkarnain berkata : ‘Ini adalah satu rahmat dari Tuhanku maka apabila janji
Tuhanku telah datang Dia akan menjadikannya hancur dan janji Tuhanku
adalah benar’”. – [18 : 98]
Zulkarnain adalah seorang hamba Tuhan yang telah diberikan kebijaksanaan
untuk berfikir bahawa Yakjuj dan Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan
sebarang senjata ciptaan manusia melainkan ianya hanya boleh disekat dan
dikurung sementara waktu dengan membina sebuah tembok besar sebagai
penghadang kemaraannya. Selain itu, dari kebijaksanaan yang dianugerahkan
oleh Tuhan kepadanya, Zulkarnain juga tahu tembok besar yang dibina
tenteranya tidak akan mampu menahan kekuatan Yakjuj dan Makjuj buat
selama-lamanya.
Apabila kekuatan tembok tersebut tidak lagi mampu menampung kekuatan
Yakjuj dan Makjuj yang semakin bertambah dari zaman ke zaman, ianya akan
pecah seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Zulkarnain. Detik tersebut
akan berlaku tidak lama lagi dan kita sebagai orang Islam yang beriman kepada
Al-Quran harus bersedia untuk menyaksikan malapetaka dahsyat yang disebut
sebagai Yakjuj dan Makjuj. Kita juga harus sentiasa ingat bahawa Yakjuj dan
Makjuj akan muncul ketika kebanyakan manusia di atas Bumi ini termasuk
umat Islam sendiri berada dalam kelalaian yang nyata.
“Dan telah hampir janji yang benar dan tiba-tiba, mata orang-orang yang tidak beriman melihat dengan tajam, "Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini. Tidak, kami adalah orang-orang zalim.” – [21 : 97] Menurut sepotong ayat Al-Quran di atas, Yakjuj dan Makjuj akan muncul ketika
kebanyakan manusia berada dalam keadaan yang sangat melalaikan sehinga
mereka akan terkejut terbeliak mata kerana tidak menyangka Yakjuj dan
Makjuj akan muncul pada masa yang tidak diduga oleh mereka. Orang-orang
Islam juga akan terkejut kerana tidak menyangka Yakjuj dan Makjuj bukanlah
seperti yang mereka percaya berdasarkan dari pembelajaran ilmu-ilmu
keagamaan dan buku-buku yang ditulis mengenainya. Kemunculan Yakjuj dan
Makjuj akan mengejutkan ramai manusia kerana Yakjuj dan Makjuj lebih
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
dahsyat dan lebih menggerunkan berbanding daripada apa yang mereka
pernah bayangkan sebelum ini.
Lebih menakutkan, kemunculan Yakjuj dan Makjuj akan merosakkan banyak
harta benda serta meragut banyak nyawa manusia dalam masa yang singkat.
Apabila ia keluar dari bawah tanah, tiada seorang pun yang berupaya
melarikan diri apatah lagi menyelamatkan diri daripada serangan Yakjuj dan
Makjuj. Pergerakan Yakjuj dan Makjuj amatlah pantas dan sukar diramal ke
mana momentum arah pergerakannya. Yakjuj dan Makjuj akan memusnahkan
apa sahaja yang berada dalam laluan pergerakannya. Tiada satu pun senjata
manusia mampu menahan atau menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj apabila
ia muncul nanti.
2. Gambaran Gog and Magog oleh orang Barat.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
Apabila muncul untuk memusnahkan manusia di bandar-bandar yang berada
dalam laluannya, Yakjuj dan Makjuj akan turun dari kawasan tinggi. Ketika itu
para manusia yang mendiami sesebuah bandar itu akan terkejut melihat
kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang datang tanpa memberi sebarang amaran.
Selepas itu dalam masa yang amat singkat, Yakjuj dan Makjuj akan turun
dengan pantas untuk memusnahkan segala-gala yang berada dalam sesuatu
bandar itu. Baik bangunan, harta benda awam, kenderaan mahu pun manusia
– semua ini akan menjadi mangsa kemusnahan Yakjuj dan Makjuj yang tidak
mempunyai perasaan belas kasihan.
Tiada satu pun senjata manusia di atas Bumi ini mampu menewaskan Yakjuj
dan Makjuj. Melemahkannya jauh sama sekali. Jika semua negara di dunia ini
bergabung untuk membentuk satu angkatan tentera untuk berhadapan
dengan Yakjuj dan Makjuj, ianya masih tidak mampu membawa sedikit
perbezaan pun kerana Yakjuj dan Makjuj adalah sangat mustahil untuk
ditewaskan. Kerana itulah kaum yang disebut dalam ayat 93, surah Al-Kahfi
(18) sanggup menawarkan satu pembayaran agar Zulkarnain membina sebuah
tembok atau dinding bersaiz besar untuk mengurung Yakjuj dan Makjuj.
“Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di bahagian sisi mereka satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
3. Yakjuj & Makjuj dikatakan terletak di antara dua buah gunung.
Kaum yang dimaksudkan bukanlah Yakjuj dan Makjuj, tetapi mereka adalah
salah satu kaum yang berada dalam wilayah kekuasaan Zulkarnain. Kaum ini
tidak mengerti sepenuhnya bahasa percakapan Zulkarnain. Kemungkinan ayat
di atas iaitu ‘satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan’ bermaksud
kaum tersebut tidak memahami bahasa percakapan Zulkarnain melainkan
hanya mengerti sedikit sahaja. Walaupun begitu, kaum ini masih berupaya
berkomunikasi dengan Zulkarnain bagi mengadukan masalah mereka yang
sering diganggu oleh Yakjuj dan Makjuj. Dalam ayat yang seterusnya kaum ini
menawarkan satu jenis pembiayaan supaya Zulkanain boleh menggunakan
kekuatan dan kebijaksanaannya untuk membina sebuah tembok besi
bercampur tembaga bagi mengurung Yakjuj dan Makjuj.
Sebagai umat Islam, kisah Zulkarnain membina tembok besar ini untuk
mengurung Yakjuj dan Makjuj haruslah diyakini oleh kita kerana ianya tertulis
di dalam Al-Quran. Ebook ini akan cuba memecahkan segala persoalan yang
menyelubungi umat Islam hari ini tentang apakah yang dimaksudkan dengan
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
entiti bernama Yakjuj dan Makjuj ini. Mengapa Zulkarnain yang mempunyai
kekuatan tentera yang besar masih tidak mampu mengalahkan Yakjuj dan
Makjuj? Jika Zulkarnain dan bala tenteranya yang kuat tidak mampu
mengalahkan Yakjuj dan Makjuj, kita boleh bayangkan betapa besar dan
kuatnya Yakjuj dan Makjuj.
Kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang hampir mustahil ditandingi oleh tentera
Zulkarnain menjadikannya sebagai satu entiti yang amat menakutkan manusia
zaman moden hari ini. Semasa Zulkarnain mengurung Yakjuj dan Makjuj di
sebalik tembok besi yang besar, kekuatannya amat mustahil untuk ditewaskan.
Apatah lagi selepas ribuan tahun dikurung, Yakjuj dan Makjuj telah dan sedang
bertambah menjadi lebih banyak dan ini sekaligus meningkatkan lagi
kekuatannya menjadi berlipat kali ganda berbanding pada zaman Zulkarnain
dahulu.
4. Gambaran Yakjuj & Makjuj sebagai sejenis kaum perosak Bumi.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
Walaupun kekuatan angkatan tenteranya tidak mampu menandingi Yakjuj dan
Makjuj, Zulkarnain telah mengambil satu langkah bijak dengan membina
sejenis sistem pertahanan yang sangat efektif iaitu sebuah tembok besi
bersadur tembaga kuning untuk mengekang pergerakan Yakjuj dan Makjuj
daripada membuat kerosakan terhadap satu kaum yang meminta pertolongan
dari Zulkarnain. Kekuatan Yakjuj dan Makjuj tidak boleh ditewaskan oleh
Zulkarnain tetapi dengan menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan
kepadaNya, Zulkarnain menggunakan kekuatan tenteranya untuk membina
sebuah tembok besi yang besar dan tinggi dalam masa yang singkat.
Kekuatan yang ada pada tenteranya digunakan sebaik mungkin untuk
mengurung Yakjuj dan Makjuj dalam masa yang pantas dengan membina
sebuah struktur binaan yang panjang dan tinggi berupa tembok atau
pendinding bagi mengurung Yakjuj dan Makjuj daripada bergerak lebih jauh
untuk memusnahkan lebih banyak harta benda dan mengorbankan jiwa.
Dengan bantuan dari kaum tersebut, Zulkarnain telah mendapat bantuan
bekalan jongkong-jongkong besi dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang
singkat bagi tujuan pembinaan tembok besi tersebut.
Selain dari jongkong besi, Zulkarnain juga telah meminta agar kaum tersebut
menyediakan tembaga supaya beliau boleh meleburkannya dengan api.
Apabila tembaga tersebut telah lebur, Zulkarnain mencurahkan tembaga lebur
tersebut di atas jongkong-jongkong besi yang telah disusun membentuk
sebuah tembok yang besar dan tinggi.
“Berilah aku jongkong-jongkong besi." Sehingga, apabila dia telah membuat separas antara dua tebing yang tinggi, dia berkata, "Tiuplah!" Sehingga apabila dia telah membuatnya api dia berkata, "Berilah aku supaya aku menuangkan leburan tembaga kuning di atasnya." – [18 : 96]
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
5. Bijih besi yang wujud secara semulajadi dalam Bumi.
Dengan mengunakan kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Tuhan,
Zulkarnain telah menggunakan kekuatan besi untuk mengekang kekuatan
Yakjuj dan Makjuj. Walaupun Yakjuj dan Makjuj sangatlah kuat dan besar serta
hampir mustahil untuk ditewaskan oleh angkatan tenteranya, Zulkarnain
memilih besi sebagai senjata utama untuk menewaskan Yakjuj dan Makjuj.
Senjata seperti pedang, tombak, panah dan sebagainya tidak mampu
menandingi Yakjuj dan Makjuj yang mempunyai kekuatan yang amat besar.
Tetapi dengan membina sebuah tembok diperbuat dari besi bersadur
tembaga, Zulkarnain dapat menyelamatkan kaum tersebut dari kerosakan yang
dibuat oleh Yakjuj dan Makjuj.
Caranya ialah dengan menggunakan kekuatan besi bagi menghalang
pergerakan Yakjuj dan Makjuj. Membina tembok besi yang besar dan tinggi
merupakan satu langkah terbaik bagi menyelamatkan diri dari serangan Yakjuj
dan Makjuj. Besi mempunyai kekuatan yang lebih besar berbanding Yakjuj dan
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
Makjuj jika besi disusun menjadi sebuah tembok penghadang bersaiz besar.
Kerana kepantasan tentera Zulkarnain membina sebuah tembok besi bersadur
tembaga dalam masa yang singkat dengan bantuan dari satu kaum yang
membantunya – Yakjuj dan Makjuj berjaya dikurung di sebalik sebuah tembok
besar dan tinggi. Oleh yang demikian, Yakjuj dan Makjuj telah berjaya dikurung
dan misi Zulkarnain pun tercapai.
“Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya.”
– [18 : 97]
Kejayaan Zulkarnain membina tembok besi untuk mengurung Yakjuj dan
Makjuj membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin tentera yang sangat
pintar untuk berhadapan dengan apa sahaja bentuk ancaman dan musuh di
hadapannya. Selain dari kepintarannya, Zulkarnain juga menunjukkan
kebolehannya menguruskan dan melaksanakan sesuatu projek atau misi
dengan teratur dan menggunakan masa yang lebih pantas untuk
menyiapkannya agar kejayaan boleh dicapai. Dengan kata lain,kebijaksanaan
menguruskan masa dan mengatur gerak kerja merupakan strategi kejayaan
Zulkarnain mencapai kemenangan dalam banyak perperangan.
Walaupun situasi yang dihadapinya berbeza ketika berhadapan dengan Yakjuj
dan Makjuj berbanding ketika berhadapan dengan tentera musuh dalam
banyak perperangan sebelumnya, Zulkarnain masih berupaya
mengadaptasikan strategi perperangannya untuk mengurung Yakjuj dan
Makjuj yang lebih kuat daripada bala tenteranya. Tembok besi bersadur
tembaga yang dibina hanyalah bersifat jangka pendek sahaja kerana Zulkarnain
tahu, kekuatan Yakjuj dan Makjuj yang beliau kurung itu akan bertambah dari
zaman ke zaman. Dan apabila sampai ke satu titik kemuncak di mana tembok
besi tersebut tidak mampu lagi menahan kekuatan Yakjuj dan Makjuj, ianya
akan pecah dan hancur.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
“Berkata, "Ini adalah satu pengasihan daripada Tuhanku. Tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." – [18 : 98]
Detik terpecahnya tembok besi yang dibina oleh Zulkarnain pasti akan berlaku.
Ianya sedang menunggu masa sahaja untuk musnah dan apabila tibanya detik
tersebut, Yakjuj dan Makjuj akan meluru keluar dengan pantas untuk
memusnahkan segala-gala yang berada dalam laluanya. Inilah adalah satu janji
Tuhan kepada manusia menjelang Hari Kiamat. Kemusnahan yang dibawa oleh
Yakjuj dan Makjuj amatlah dahsyat dan melangkaui imaginasi kita untuk
menggambarkan bagaimana rupa bentuk Yakjuj dan Makjuj dan bagaimanakah
teruk kesannya kepada manusia di seluruh dunia.
Ebook ini diterbitkan bagi membawa para pembaca mengikuti dan mengetahui
pembongkaran terhadap misteri sebenar Yakjuj dan Makjuj yang tidak
diketahui oleh umat Muhammad selama hampir 1400 tahun selepas Al-Quran
diturunkan di Tanah Arab. Penulis akan menerangkan perspektif baru tentang
Yakjuj dan Makjuj yang sangat bertentangan dengan pemahaman umat Islam
selama ini. Pembongkaran penulis akan memberi cabaran baru terhadap
pegangan lama umat Islam dan penganut agama ahli kitab yang lain tentang
apakah pengertian sebenar Yakjuj dan Makjuj yang amat digeruni oleh
generasi terdahulu sehingga ke generasi sekarang.
Hanya dengan menjadi Al-Quran sebagai rujukan utama ditambah dengan
pengetahun moden manusia dalam pelbagai bidang disiplin ilmu, penulis
berharap agar para pembaca dapat menerima perspektif baru mengenai Yakjuj
dan Makjuj ini yang sangat bertentangan dengan pegangan tradisional yang
difahami dan disebarkan oleh guru-guru agama pada zaman dahulu. Penulis
akan cuba menyakinkan para pembaca bahawa Yakjuj dan Makjuj lebih
menggerunkan dan lebih kuat daripada apa yang kita semua gambarkan. Dan
untuk menambahkan ketakutan, pembaca akan mengetahui apakah
sebenarnya entiti bernama Yakjuj dan Makjuj ini.
Ini Adalah Edisi PREVIEW! Dapatkan Edisi Penuh Di www.yakjujdanmakjuj.com
TAMAT EDISI PREVIEW! Untuk mendapatkan kandungan penuh ebook ini, anda boleh dapatkan ia di
www.yakjujdanmakjuj.com/order.html
Sekian! Terima kasih