21
KOPERASI YaPEIM BERHAD ATURAN-ATURAN SKIM AR RAHNU (PAJAK GADAI ISLAM) YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA

Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

KOPERASI YaPEIM BERHAD

ATURAN-ATURAN SKIM AR RAHNU

(PAJAK GADAI ISLAM)

YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA

Page 2: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

Aturan ini diwujudkan sebagai panduan /

suratcara bagi mengendalikan aktiviti gadaian

Islam (Skim Ar Rahnu).

1. TUJUAN

Page 3: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

2. PENGENALAN SKIM AR RAHNU

2.1 Koperasi telah dilantik sebagai Agen Pelaksana Skim Ar-Rahnu

oleh YaPEIM pada 02 Oktober 2000 melalui Perjanjian Al-

Mudharabah yang telah ditandatangani diantara Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Koperasi

YaPEIM Berhad (KYB).

2.2 Objektif Skim Ar-Rahnu diperkenalkan:-

a) Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah dan cepat

kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan

rendah untuk kegunaan sebagai modal perniagaan secara kecil-

kecilan dan lain-lain aktiviti yang produktif.

b) Sebagai alternatif kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan

tunai secara cepat dan sementara melalui transaksi gadaian yang

berlandaskan hukum syarak.

2. PENGENALAN SKIM AR RAHNU

Page 4: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

2.3 Perlaksanaan Skim Ar-Rahnu ini menggabungkan tiga konsep

syariah iaitu:-

a) Ar-Rahnu

Merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang

berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan

hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya,

sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

b) Al-Wadiah Yad Dhammanah

Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan

jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

c) Al-Qard

Merujuk kepada pinjaman yang diberikan mengikut

peratusan tertentu daripada nilai marhun dan upah

simpan yang dikenakan tidak berasaskan jumlah

pinjaman yang dikeluarkan.

Page 5: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

3. TAKRIF

3.1 Skim Mikro Kredit

Mikro Kredit merujuk kepada pinjaman yang berskala kecil

(mikropinjaman) kepada peminjam kurang berkemampuan

/kekurangan cagaran, pekerjaan yang stabil dan sejarah kredit

yang disahkan

3.2 Skim Ar Rahnu

Merujuk kepada skim pajak gadai yang menjalankan transaksi /

urusniaga gadaian berlandaskan konsep syariah (pelaksanaan

secara Islam).

3.3 Kaunter Operasi

Merujuk kepada kaunter / cawangan operasi Skim Ar-Rahnu di

mana-mana premis yang dikenal pasti oleh pengusaha Skim dari

semasa ke semasa.

Page 6: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

3.4 Pengusaha Skim Ar Rahnu

Merujuk kepada pihak yang melaksanakan/mengendalikan

Program Mikro Kredit Skim Ar-Rahnu. Pengusaha iaitu Koperasi

YaPEIM Berhad. Adalah dilantik oleh Yayasan Pembangunan

Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) selaku Pemilik Skim.

3.5 Pengurusan Skim Ar Rahnu

Terdiri daripada Pegawai dan staf peringkat Ibu Pejabat yang

bertanggungjawab dalam operasi dan pemantauan Program

Mikro Kredit Skim Ar-Rahnu.

Page 7: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

3.6 Petugas

Merujuk kepada petugas di cawangan Ar Rahnu yang terdiri daripada empat (4)

kategori iaitu:-

i) Pengurus Cawangan

Terdiri daripada petugas di peringkat staf/pegawai yang

dipertanggungjawab untuk mengurus tadbir cawangan Ar-Rahnu YaPEIM dan

melaksanakan program-program komuniti YaPEIM.

ii) Eksekutif Operasi

Terdiri daripada petugas di peringkat staf/pegawai yang

dipertanggungjawab untuk menjadi penolong bagi mengurus tadbir di

cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.

iii) Pembantu Eksekutif Operasi

Terdiri daripada petugas peringkat staf/pegawai yang dipertanggungjawab

mengendalikan operasi di cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

iv) Pelatih Cawangan

Terdiri daripada pelatih yang di dalam proses latihan di cawangan Ar Rahnu

YaPEIM.

Page 8: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

3.7 Penggadai

Seseorang yang menggadaikan atau menyimpan barangan emas

kepada pihak Pengusaha Skim Ar-Rahnu.

3.8 Barang Gadaian (Marhun)

Barangan emas iaitu emas yang mempunyai standard ketulenan yang

tidak kurang daripada 750 (18k) yang boleh digadaikan kepada

pihak Pengusaha Skim Ar-Rahnu dan boleh dijual beli.

3.9 Nilai Marhun

Harga barang yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan

kandungan emas berdasarkan harga emas YaPEIM.

3.10 Gadaian

Mekanisme dimana penggadai mencagarkan emas miliknya bagi

mendapatkan sejumlah pembiayaan / pinjaman (tidak melebihi 65%

daripada nilai marhun). Pinjaman tersebut perlu dibayar balik

dengan dikenakan upah simpan mengikut tempoh pinjaman

tersebut.

Page 9: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

3.11 Tebusan

Mekanisme di mana penggadai menebus kembali barang emas

miliknya dengan membayar jumlah pinjaman dan upah simpan secara

keseluruhan.

3.12 Jualan

Proses di mana barang gadaian tersebut akan dijual kepada pihak

ketiga mengikut prosedur yang ditentukan disebabkan penggadai tidak

menebus barang emas miliknya melebihi tempoh Lanjutan Kedua yang

dibenarkan. Pengusaha berhak menolak jumlah pinjaman /

pembiayaan dan upah simpan mengikut tempoh serta caj

perkhidmatan jualan dari jumlah jualan manakala baki jualan akan

dikembalikan kepada penggadai tersebut.

3.13 Tempoh Lanjutan Pertama

Bermaksud tempoh 2 bulan selepas tempoh gadaian asal selama 6

bulan berakhir (6+2).

Tempoh lanjutan pertama selama 2 bulan diberikan secara automatik

setelah berakhir / tamat tempoh gadaian asal di mana penggadai tidak

membuat tebusan.

Page 10: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

3.14 Tempoh Lanjutan Kedua

Bermaksud tempoh 2 bulan selepas tempoh lanjutan pertama

berakhir (6+2+2).

Tempoh lanjutan kedua selama 2 bulan diberikan secara automatik

setelah berakhir / tamat Lanjutan Pertama di mana penggadai tidak

membuat tebusan.

3.15 Manual Operasi

Dokumen lengkap yang dijadikan panduan dan rujukan bekerja.

Page 11: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

4. SYARAT PENGGADAI

4.1 Warganegara.

4.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun.

4.3 Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau tidak

mabuk.

4.4 Tidak muflis.

Page 12: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

RUKUN GADAIAN

5.1 Skim Mikro Kredit Ar Rahnu adalah kemudahan pembiayaan

untuk satu jangkamasa bayaran balik yang pendek tanpa

melibatkan unsur riba dan hanya memerlukan sandaran serta

bayaran upah menyimpan sandaran tersebut. Ianya perlu

memenuhi rukun berikut:

5.1.1 Akad : iaitu penawaran dan penerimaan.

5.1.2 Penggadai : iaitu orang yang bergadai

5.1.3 Pemegang gadaian : iaitu pemberi pinjaman (biaya)

5.1.4 Marhun : iaitu barang gadaian

5.1.5 Pinjaman (Pembiayaan) : iaitu sebab gadaian.

Page 13: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

6. SYARAT-SYARAT LAIN

6.1 Telah menjadi anggota Koperasi YaPEIM Berhad.

2.2 Mempunyai modal syer terkumpul minimum sekurang-

kurangnya RM8.00 (Ringgit Malaysia Lapan Sahaja).

6.3 Menandatangani Surat Akuan Gadaian.

Page 14: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

7. TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA

7.1 Pengusaha adalah bertanggungjawab di atas kehilangan atau

kerosakan barang gadaian sama ada kehilangan atau

kerosakan itu disebabkan oleh kebakaran, kecurian atau

lain-lain.

7.2 Pengusaha bertanggungjawab membayar pampasan kepada

penggadai yang dikira berdasarkan jumlah taksiran nilai

marhun pada masa gadaian dilaksanakan sekiranya berlaku

perkara-perkara di atas.

7.3 Kesemua barang gadaian yang ada dalam simpanan serta aset

di dalam premis / cawangan hendaklah dilindungi sepenuhnya

oleh takaful mengikut jumlah nilaiannya/ marhun.

Page 15: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

MUTU EMAS KANDUNGAN EMAS

24.0 karat 99.9%

22.8 karat 95.0%

22.0 karat 91.6%

21.0 karat 87.5%

20.0 karat 83.5%

18.0 karat 75.0%

18.0 karat 70.0%

•KRITERIA BARANG GADAIAN

8.1 Barang gadaian yang boleh diterima adalah barangan emas yang

mempunyai mutu dan kandungan emas yang disenaraikan seperti

Jadual 1 di bawah:

Page 16: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

9. HAD DAN MARGIN PINJAMAN / PEMBIAYAAN SERTA

HAD KUASA MELULUSKAN

9.1 Jumlah maksimum pinjaman untuk satu transaksi tidak melebihi

RM25,000.00.

9.2 Jumlah pinjaman terkumpul bagi seorang penggadai tidak melebihi

RM75,000.00.

9.3 Jumlah maksimum pinjaman adalah sehingga 70% daripada nilai

marhun barang gadaian berkenaan bagi gadaian kali ke-2 dan

seterusnya.

9.4 Had kuasa meluluskan pinjaman sehingga maksimum RM25,000.00

bagi setiap transaksi dan tidak melebihi RM75,000.00 jumlah

terkumpul pada satu-satu masa diberikan kepada individu seperti

berikut:-

a) Pengurus Cawangan

b) Eksekutif Operasi

c) Pembantu Eksekutif Operasi

Page 17: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

10.HARGA EMAS

10.1 Perubahan dan senarai harga emas YaPEIM adalah berdasarkan

kepada harga emas semasa yang berkuatkuasa.

11. UPAH SIMPAN

11.1 Upah Simpan adalah dikira berdasarkan nilai marhun dan

tempoh bilangan bulan gadaian sehingga barang gadaian

ditebus atau dijual.

Page 18: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

Nilai Marhun (RM) Nilai Kadar Bagi Setiap RM100.00

RM0.01 – RM800.00 0.50 sebulan

RM800.01 dan ke atas 0.75 sebulan

*Kadar Khas 0.10 sebulan

11.2 Kadar upah simpan adalah seperti Jadual 2 di bawah:-

• Kadar khas adalah bagi golongan termiskin sepertimana yang terdapat di dalam pangkalan data Kemiskinan Negara.

US = Upah simpanNM = Nilai MarhunK = KadarT = Tempoh (bulan)

11.3 Pengiraan upah simpan adalah dibuat pada tarikh gadaianditebus menggunakan formula berikut:

US = (NM X KADAR / 100) X 1 X 12 /365 X (HARI GADAIAN)

Page 19: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

12. TEMPOH GADAIAN

12.1 Tempoh gadaian yang diberikan ialah selama 6 bulan.

12.2 Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak

pengusaha Skim Ar-Rahnu boleh memberi tempoh kelonggaran

penebusan sehingga 2 bulan (Tempoh Lanjutan Pertama),

tanpa permohonan daripada penggadai.

12.3 Jika penggadai masih juga tidak menebus dalam tempoh

kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh 2

bulan lagi (Tempoh Lanjutan Kedua).

12.4 Sekiranya tiada permohonan untuk melanjutkan tempoh /

tiada pembayaran upah simpan oleh penggadai, pengusaha

Skim Ar Rahnu boleh meneruskan tindakan jualan selepas

tempoh maksima 10 bulan gadaian.

Page 20: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

13. SUMBER DANA / MODAL OPERASI

13.1 Dana / modal operasi disediakan oleh pelabur yang dikenalpasti

oleh YaPEIM dan Koperasi YaPEIM Berhad.

14. TAHUN KEWANGAN DAN AKAUN KHAS

14.1 Tahun Kewangan Skim Ar-Rahnu adalah mengikut tahun

kewangan Koperasi YaPEIM Berhad.

14.2 Akaun Khas diwujudkan bagi tujuan pengurusan kewangan Skim

Ar-Rahnu.

Page 21: Sijil Tinggi Muamalat 2 - Ar-Rahnu: En. Zul Hazri Mahat (Ar-Rahnu YaPEIM)

15. PENUTUP

15.1 Semua keputusan Koperasi YaPEIM Berhad

adalah muktamad.

15.2 Pindaan mana-mana aturan boleh dibuat oleh

Lembaga Koperasi YaPEIM Berhad dari semasa

ke semasa.