24
Nota Keselamatan Jalanraya

2 nota panduan keselamatan jalanraya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Nota Keselamatan

Jalanraya

1. Murid akan dapat menjawab 4 daripada 5 soalan mengenai papan tanda jalanraya dengan tepat

2. Murid akan dapat menjawab 4 darpada 5 soalan mengenai peraturan dan langkah-langkah keselamatan jalanraya dengan

OBJEKTIF

Panduan umum keselamatan jalanraya

• Mempunyai lesen memandu untuk kenderaan tertentu.

• Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. • Patuhi papan tanda keselamatan jalanraya.• Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.• Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan

keselamatan semasa menukar lorong.

Panduan umum keselamatan jalanraya

• Sentiasa patuhi peraturan jalan raya.• Elakkan daripada mengekori kenderaan lain

terlalu rapat.• Patuhi garis panduan keselamatan semasa

memotong.• Jangan memotong barisan atau

menyalahgunakan lorong kecemasan• Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini

membahayakan keselamatan.

Panduan keselamatan pemandu kereta

• Periksa sekeliling kereta dan pastikan tiada kerosakan.

• Pastikan tekanan tayar mencukupi.• Pastikan tiada kanak-kanak/binatang atau apa-

apa halangan yang boleh menyebabkan kemalangan.

• Sentiasa memakai tali pinggang keledar.

Panduan keselamatan pemandu kereta

• Pandu dengan konsisten- seboleh-bolehnya mengekalkan kelajuan.

• Memandu dengan kelajuan yang betul.

• Brek dengan perlahan-Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan.

Panduan keselamatan pemandu kereta

• .Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan.

• Lampu kecemasan-Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak.

• Beretika-Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ.

Panduan keselamatan penunggang motosikal

• 1. Sebelum memulakan perjalanan - Periksa tayar, brek, cermin sisi dan lampu motosikal. Pastikan ianya dalam keadaan baik dan berfungsi.

• 2. Jika hendak memotong, amalkan tabiat memotong dengan selamat dan jangan teragak-agak untuk memotong.

3. Patuhi undang-undang lampu isyarat iaitu lampu hijau bermaksud boleh meneruskan perjalanan, lampu kuning bermaksud perlahankan motosikal dan bersedia untuk berhenti dan merah bermaksud berhenti.

Panduan keselamatan penunggang motosikal

4. Beri keutamaan kepada pejalan kaki yang berada di garisan belang untuk melintas.

5. Jangan menukar lorong sesuka hati.

6. Jangan mencelah-celah, ikut lorong anda.

7. Jangan menggunakan jalan raya untuk berlumba.

8. Sentiasa menjaga adab ketika berada di jalan raya.

Pakaian keselamatan penunggang motosikal

Topi keledar Jaket

Sarung tangan kasut

Pakai topi keledar dengan betul iaitu kancing tali dagu dengan ketat untuk perlindungan yang maksimum dan pastikan anda menggunakan topi keledar yang telah diluluskan oleh SIRIM.

TOPI KELEDAR

Jaket itu memberikan perlindungan pada tulang belakang, tulang bahu, dada serta kulit badan

JAKET

Sarung tangan yang bagus dapat melindungi pergelangan tangan anda dengan baik.

Jika kita terjatuh dari motorsikal kita akan lebih cenderung untuk menahan tangan atau tapak tangan ke atas jalan raya.

Dengan memakai sarung tangan, risiko kecederaan pada bahagian tangan dapat dikurangkan.

SARUNG TANGAN

Dengan berkasut anda dapat melindungi kuku kaki,jari-jari kaki,kulit kaki, buku lali serta kulit kaki anda. Langkah ini juga untuk mengurangkan risiko kecederaan.

KASUT

Panduan keselamatan penunggang basikal

• 1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.

2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.

3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang anda hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.

4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.

5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing ke kanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.

6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin

Panduan keselamatan penunggang basikal

7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.

8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.

10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.

11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.

12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.

13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.

14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu.

Panduan melintas(pejalan kaki)

1. Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada.2. Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan

dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan menentang arah lalu lintas).

3. Hendaklah gunakan jejantas atau zebra crossing untuk melintas jika ada.

4. Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan kaki.5. Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan

tiada kenderaan lalu lalang disitu.6. Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari.7. Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang

sedang berhenti, pandangan akan terlindung.

Melintas di lintasan pejalan kaki

1.Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikankenderaannya sebelum anda melintas.

2.Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalanlah dengan cermat bila melintas.

3.Anda hendaklah berhati-hati kerana ada kemungkinan kenderaan dibelakang akan memotong kenderaan yang berhenti.

Melintas di jalan biasa1. Berdiri diatas kaki lima atau pinggir jalan. 2. Perhatikan dan dengar lalulintas sekeliling.Jika

ada lalulintas yang datang biarkan ia berlalu. 3. Pandang kanan,kiri dan kanan sekali

lagi.sekiranya tiada kenderaan,melintaslah dengan selamat.

4. Jangan berlari atau bermain-main semasa melintas jalan.

5. Semasa melintas,pandang kearah kenderaan yang datan

Melintas menggunakan lampu isyarat

• bila lampu isyarat untuk pejalan kaki berkelip-kelip,ia bererti lampu isyarat akan bertukar kepada warna merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas.Jika anda sedang melintas,percepatkan langkah anda

Menaiki bas (pejalan kaki)TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS

1. Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.2. Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.3. Hendaklah berbaris untuk menaiki bas.4. Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas.5. Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.6. Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.

Berjalan kaki di waktu malam

Gunakan kaki lima yang disediakan .Anda dinasihatkan mematuhi panduan berikut bagi membolehkan pemandu kenderaan melihat anda:

1.Memakai pakaian berwarna cerah atau putih.

2.Memakai pakaian yang mempunyai pemantul cahaya

3.Membawa surat khabar atau benda-benda berwarna putih

4.Menggunakan lampu picit.

Berjalan kaki di waktu hujan

1. Anda dinasihatkan memakai baju hujan jika berjalan di waktu hujan.

2. Jika perlu menggunakan paying,pegang dengan cara yang betul agar tidakmenghalang pandangan anda dan gunakan paying berwarna cerah.

3. Jangan berlari semasa memegang paying terutamanya semasa melintas jalan.

4. Berjalan dengan cermat kerana jalan yang licin mudah tergelincir. 5. Jangan menundukkan kepala semasa berjalan kerana anda mungkin

tidak nampak kenderaan yang datang dari arah hadapan. .

Papan tanda MaksudSelekoh ke kiri

Dilarang belok ke kanan

Dilarang memandu melebihi had laju yang terteraBeri laluan

Dilarang meletakkan kenderaan