14
BIODATA • Nama lengkap Imam al-Nasa’i adalah Abu Abd al-Rahman Ahmad bin Ali bin Syuaib bin Ali bin Sinan bin Bahr al-khurasani al-Qadi. • Lahir di daerah Nasa’ pada tahun 215 H. Ada juga sesetengah ulama yang mengatakan bahawa beliau lahir pada tahun 214 H.

6.9.2012 imam an-nasa'i

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Riwayat hidup Imam Nasa'i

Citation preview

Page 1: 6.9.2012   imam an-nasa'i

BIODATA• Nama lengkap Imam al-Nasa’i adalah Abu

Abd al-Rahman Ahmad bin Ali bin Syuaib bin Ali bin Sinan bin Bahr al-khurasani al-Qadi.

• Lahir di daerah Nasa’ pada tahun 215 H. Ada juga sesetengah ulama yang mengatakan bahawa beliau lahir pada tahun 214 H.

Page 2: 6.9.2012   imam an-nasa'i

• Beliau dinisbahkan kepada daerah Nasa’ (al-Nasa’i), daerah yang menjadi saksi kelahiran seorang ahli hadis hebat dunia.

Page 3: 6.9.2012   imam an-nasa'i

Pengembaraan

• Beliau lahir dan tumbuh berkembang di Nasa', sebuah kota di Khurasan yang banyak melahirkan ulama-ulama dan tokoh-tokoh besar.

• Di madrasah negeri kelahirannya itulah ia menghafal Al-Qur'an dan dari guru-guru negerinya beliau menerima pelajaran ilmu-ilmu agama yang asas.

Page 4: 6.9.2012   imam an-nasa'i

• Setelah meningkat remaja, beliau sengaja mengembara untuk mendapatkan hadis. Belum lagi berusia 15 tahun, beliau berangkat mengembara menuju Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah.

• Beliau mempelajari hadis daripada ulama-ulama negeri tersebut, sehingga ia menjadi seorang yang sangat terkemuka dalam bidang hadis yang mempunyai sanad yang 'Ali (sedikit sanadnya) dan dalam bidang kekuatan periwayatan hadis.

Page 5: 6.9.2012   imam an-nasa'i

• Nasa'i merasa selesa tinggal di Mesir. Ia kemudian menetap di negeri itu, di jalan Qanadil. Dan seterusnya menetap di kampung itu hingga setahun menjelang wafatnya. Kemudian ia berpindah ke Damsyik.

Page 6: 6.9.2012   imam an-nasa'i

Guru dan murid

• Antara guru belaiu ialah Qutaibah bin Sa`id(guru pertamanya), Ishaq bin Ibrahim, Ishaq bin Rahawaih, al-Harits bin Miskin, Ali bin Kasyram, Imam Abu Dawud (penyusun Sunan Abi Dawud), serta Imam Abu Isa al-Tirmidzi (penyusun al-Jami`/Sunan al-Tirmidzi).

Page 7: 6.9.2012   imam an-nasa'i

• Imam an-Nasa'i juga mempunyai ramai murid. Diantara murid-murid yang setia mendengarkan fatwa-fatwa dan ceramah-ceramahnya adalah :

Abu al-Qasim al-Thabarani (pengarang tiga buku kitab Mu'jam), Abu Ja'far al-Thahawi, al-Hasan bin al-Khadir al-Suyuti, Muhammad bin Muawiyah bin al-Ahmar al-Andalusi, Abu Nashr al-Dalaby, dan Abu Bakr bin Ahmad al-Sunni.

Nama yang disebut terakhir, disamping sebagai murid juga tercatat sebagai penyambung, Imam an-Nasa'i dalam meriwayatkan kitab Sunan an-Nasa'i.

Page 8: 6.9.2012   imam an-nasa'i

Wafat

• Tidak ada kesepakatan pendapat tentang di mana ia meninggal dunia. Imam Daraqutni menjelaskan, bahawa di saat mendapat dugaan di Damsyik itu ia meminta supaya dibawa ke Makkah. Permohonannya ini dikabulkan dan ia meninggal di Makkah, kemudian dikebumikan di suatu tempat antara Safa dan Marwah. Pendapat yang sama dikemukakan pula oleh Abdullah bin Mandah dari Hamzah al-'Uqbi al-Misri dan ulama yang lain.

Page 9: 6.9.2012   imam an-nasa'i

• Imam az-Zahabi tidak sependapat dengan pendapat di atas. Menurutnya yang tepat ialah bahawa Nasa'i meningal di Ramlah, suatu tempat di Palestina. Ibn Yunus dalam Tarikhnya setuju dengan pendapat ini, demikian juga Abu Ja'far at-Tahawi dan Abu Bakar bin Naqatah. Selain pendapat ini menyatakan bahawa ia meninggal di Ramlah, tetapi yang jelas ia dikebumikan di Baitul Maqdis. Ia wafat pada tahun 303 H.

Page 10: 6.9.2012   imam an-nasa'i

Sifat-sifatnya

• Bermuka tampan. • Warna kulitnya kemerah-merahan • Beliau suka memakai pakaian garis-garis

buatan Yaman. Ia adalah seorang yang banyak melakukan ibadah, baik di waktu malam atau siang hari, dan selalu beribadah haji dan berjihad.

Page 11: 6.9.2012   imam an-nasa'i

• Beliau sering ikut berperang bersama-sama dengan gabenor Mesir.

• Mereka mengakui kesatriaan dan keberaniannya, serta sikap setianya yang berpegang teguh pada sunnah dalam menangani masalah penebusan kaum Muslimin yang tetangkap lawan.

Page 12: 6.9.2012   imam an-nasa'i

• Dengan demikian ia dikenal sentiasa "menjaga jarak" dengan majlis sang Amir, padahal ia selalu ikut bertempur bersamanya.

• Selain itu, Nasa'i telah mengikuti jejak Nabi Dawud, sehari puasa dan sehari tidak.

Page 13: 6.9.2012   imam an-nasa'i

Kitab-kitab• Imam Nasa'i telah menulis beberapa kitab besar yang

tidak sedikit jumlahnya. Di antaranya:

• As-Sunan ul-Kuba.

• As-Sunan us-Sughra, terkenal dengan nama Al-Mujtaba.

• Al-Khasa'is.

• Fada'ilus-Sahabah.

• Al-Manasik

Di antara karya-karya tersebut, yang paling besar dan bemutu adalah Kitab As-Sunan.

Page 14: 6.9.2012   imam an-nasa'i

TAMAT