65
Agama hindu

Agama Hindu

  • Upload
    wkaiman

  • View
    532

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

PowerPoint Presentation

Agama hindu

ASAL USUL AGAMA HINDU

Asal Usul Agama Hindu

Agama Hindu adalah agama yang tertua di dunia. Agama ini telah melewati perjalanan sangat panjang yang bermula dari abad ke 15 SM hingga sekarang

Di India, agama Hindu sering disebut dengan nama Sanatana Dharma yang berarti agama yang kekal, atau Waidika Dharma, yang berarti agama yang berdasarkan kitab suci Weda.Tidak banyak yang tahu soal asal mula agama Hindu. Hal ini karena sejarah agama tersebut telah ada sebelum masa penulisan sejarah berkembang. Agama Hindu diyakini terbentuk dari beberapa keyakinan yaitu, keyakinan bangsa Arya dan keyakinan bangsa Dravida. Agama ini tidak seperti agama-agama lain, dalam agama Hindu tidak dapat diketahui secara pasti siapa pembawa pertama ajaran-ajarannya. Ini merupakan salah satu kesulitan dalam mempelajari agama Hindu.

Nama India dijelaskan dari nama sungai Sindbu, yang mengairi daerah barat India. Bangsa Persia menyebut sungai itu sungai Hindu. Kemudian nama ini diambil alih oleh orang Yunani, sehingga nama itulah yang terkenal di dunia barat. Nama Hindu yang sekarang lazim dikenal dan telah dipergunakan secara umum di seluruh dunia, merupakan nama asing karena nama itu diberikan oleh orang yang bukan Hindu

Bangsa Arya mulai menulis kitab-kitab suci Weda. Kitab suci ini dituliskan dalam 4 bahagian seperti:Reg WedaSama WedaYayur WedaAtharwa WedaPeradaban dan kehidupan bangsa Hindu jelas terdapat juga dalam kitab Brahmana atau dalam kitab Upanisad. Kitab-kitab inilah yang menjadi dasar pemikiran dan dasar kehidupan orang-orang Hindu.

Asal-usul agama Hindu juga merangkumi perubahan corak kehidupan di India. Corak kehidupan masyarakat Hindu tersebut dibedakan atas 4 kasta antaranya ialah:

Kasta Brahmana: Keagamaan. Kasta Ksatria: Pemerintahan.Kasta Wacyd (Waisya): Pertanian dan perdagangan. Kasta Cudra (Sudra): Kaum pekerja kasar.

Terdapat beberapa dewa utama yang dipercayaidalam ajaran Hindu dikenal dengan Dewa Trimurti (kesatuan dari 3 dewa). Tiga dewa tersebut adalah: Dewa Brahma bertugas untuk menciptakan alam semesta serta mengatur segala peristiwa yang terjadi di dunia.

Dewa Wisnu memiliki tugas untuk memelihara alam semesta. Kendaraan Dewa Wisnu berupa burung garuda.

Dewa Shiva adalah dewa pelebur, bertugas melebur segala sesuatu yang sudah usang dan tidak layak berada di dunia lagi sehingga harus dikembalikan kepada asalnya.Kenderaan Dewa Shiva adalah seekor lembu.

Pemimpin upacara pemujaan dewa dalah agama Hindu disebut brahmana. Didalam Agama Hindu ada 5 keyakinan dan kepercayaan yang dikenal dengan Pancasradha. Pancasradha adalah merupakan keyakinan dasar bagi pemeluk agama Hindu. Kelima Pancasradha tersebut, antara lain:

Widhi Tattwa- percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya Atma Tattwa- percaya akan adanya jiwa dalam setiap makhluk Karmaphala Tattwa- percaya akan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan Punarbhawa Tattwa - percaya akan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi) Moksa Tattwa -percaya akan bahwa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia

Amalan dan Kepercayaan Agama Hindu

AhimsaKehidupan tanpa keganasan dan tidak mencederakan atau menyakiti orang lainKepercayaan ini menjelaskan sebab ramai penganut hindu mengamalkan pemakanan sayur-sayuran (vegetarian )Ahimsa harus dipraktikkan dalam semua tindakan iaitu pemikiran, pertuturan dan perlakuan

karmaPenganut Hindu digalakkan untuk melakukan tugasan mereka tanpa mengharapkan balasanKarma yang buruk akan dibalas dengan kehidupan yang sengsara

Kehidupan selepas matiSetiap penganut agama Hindu dipercayai akan lahir semula beberapa kali untuk memperbaiki karma merekaSeseorang tidak lagi dilahirkan semula apabila dia berjaya mencapai karma yang penuh dengan kebaikan.

mokshaSetiap penganut Hindu harus berusaha untuk mencapai moksha, iaitu bebas daripada kitaran kelahiran dan kematianMoksha tercapai apabila karma kebaikan mengatasi karma keburukan

Pantang LarangAgama Hindu

Dalam Kehidupan seharianMenerima sesuatu dengan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuranPenjagaan anak perempuan amat dititik beratkanMasyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang di tempat tertentu di rumah.

Semasa kelahiranSelama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke-16, upacara penting diadakan untuk menamakan bayi.Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikut aksara bintangnya.Ibu dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu tertentu. Ini kerana adalah kepercayaan bahawa kuasa jahat lebih aktif dan mungkin membawa angkara atau pada kepada ibu dan kandungannya.

Semasa kematianBarang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamuAhli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatanSedikit makanan berupa beras disuap sebagai pemberian terakhir

ADAT RESAM DAN KEBUDAYAAN KAUM INDIA

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuhhingga sembilan bulanWanita hamil dipakaikan sebentukgelang tangan baru ,SuulkaappuSuul bermaksud `kandungan ibuKaappu bermaksud 'perlindunganGelang ini dipakai bertujuan untukmelindungi bayi di dalam kandungandaripada kesukaran semasa bersalin.Hadiah kepada wanita hamil tersebut yangdikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulangHadiah ini termasuk barang kemas, sari,gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit,buah-buahan, sirih pinang, sikat dancermin serta pelbagai manisan.Upacara memandikan wanita hamildiadakan, mutugu niir (kulittal).

KELAHIRANSewaktu Mengandung

Wanita hamil dan dimandikan dengan airseperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaanlampu minyak kuttu vilakku dihidupkansebagai memohon restu TuhanUpacara dimulakan dengan :

menyapu serbuk cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamilkumkum diletak di dahigelang tangan dipakaikan

Seterusnya upacara aalatti dijalankanWanita yang hamil akan memakan salahsatu nasi yang disediakan.Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnyadibungkus dengan kain putih dan disimpulWanita hamil akan diminta membuka salah satu bungkusanSelesai upacara ,wanita hamil akan tinggaldi rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

SEMASA BERSALINPotong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.KELAHIRAN

PERKAHWINAN KAUM INDIAmelihat bakal isteri Kedatangan dengan membawa buah tangan tertentu (tujuan - niat baik) Pengantin perempuan akan melayani semua tetamu termasuk bakal suaminya. Kunjungan balas daripada pihak perempuan.

PEN PAARTTALNICCAYAMsetelah capai persetujuan Perbincangan (bapa-bapa) Bakal pengantin lelaki akan lafaz ikat janji (menukar sirih pinang TAAMBUULAN MARRUTAL) Perbincangan hal-hal perkahwinan

Terbahagi kepada 2 : a) PARISAM BIASA b) UDAN PARISAM Hantaran (pihak lelaki jumlah ganjil) Bapa serah dulang sari- kpd anak perempuan (bakal pengantin - beri restu) Dikalungkan bunga oleh saudara maraMAJLIS PERTUNANGANKAD JEMPUTAN & THALIBerdasarkan almanak Hindu Disapu dengan serbuk kunyit cair keharmonian Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai) Thali sebagai lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan

MAJLIS PERKAHWINANPengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya.Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.Pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan.Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya. Sami meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan menjadi miliknya. Tujuan adalah untuk menyemai nilai tolakransi pada diri pasangan pengantin tersebut.

Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki.

29

Perayaan Utama Kaum India

PERAYAAN PONGGALSambutanPonggalpada hari pertama bulanThai(14 Januari 2013, misalnya) adalah khas bagi Dewa Suria (matahari) yang diakui adalah sumber tenaga dan penyumbang utama bagi pertanian.Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

BhogiPonggalMaatu ponggal Kanni ponggal

Bhogi

Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India.Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan Hujan yang menyuburkan tanah selepas hampir setahun bercucuk tanam.

Ponggalmemberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.membentuk kolam menggunakan beras berwarna di halaman rumahPintu rumah diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan pewarna kum kum bagi menceriakan lagi suasanaberas yang dikumpul digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluarPONGGAL yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.

Maatu ponggalLembu-lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga.Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat

Kanni ponggal

TAMIL NEW YEAR( PUTTANDU)

Puthandu, atau lebih dikenali sebagai Tahun Baru Tamil, sambutan hari pertama tahun baru Tamil tradisional pada pertengahanbulan AprilTamilians percaya bahawa ia pada hari Tahun Baru Tamil,Tuhan Brahma memulakan penciptaan dunia.

THAIPUSAM

HARI DEEPAVALI

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya danPerkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 pada bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

PAKAIAN KAUM INDIA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

PERMAINAN TRADISIONAL AGAMA HINDU

KHO-KHO

-Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra.Permainan ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.- Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. -Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

KABADIKabadi ialah sejenis permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran.Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang).

CHATURANGAAsal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Chaturanga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.Sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan.

TARIAN TRADISIONAL AGAMA HINDU

BHARATA NATYAMTarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.

KathakaliKathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan).Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna.

KuchipudiKuchipudi berasal dari desa Kuchipudi di Andhra Pradesh, India Utara. Tarian ini adalah berdasarkan tradisi teater dan dikenal dengan nama Bhagavata Mela Natakam.Para aktor menyanyi dan menarikan tarian ini pada upacara persembahan di kuil. Tarian Kuchipudi memiliki teknik yang lebih bebas dan luas.

ODISSITarian Odissi, juga dikenali sebagai Orissi, ialah satu daripada lapan bentuk tarian klasik India. Tarian ini berasal dari negeri Odisha di bahagian timur India. Tarian ini bercirikan pelbagai Bhanga (Kekuda), yang melibatkan hentakan kaki dan postur seperti yang terlihat pada arca-arca India.

TERIMA KASIH