22
1 Agama Yahudi ————————————— Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid Fellow MANHAL PMRAM Kaherah, Mesir. ————————————— Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70) Firman Allah Taala yang bermaksud : "Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan". (al-Baqarah : 79) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka". Bagi mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan permasalahan keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil. Maka dengan ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama Yahudi dalam semua aspek kehidupan keagamaan dan politik. Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan selainnya telah bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan

Agama Yahudi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Agama Yahudi

1

Agama Yahudi

—————————————

Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid

Fellow MANHAL PMRAM

Kaherah, Mesir.

—————————————

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada

mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa

yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian dari para rasul itu mereka

dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70)

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka

sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang

sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis

oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka

kerjakan". (al-Baqarah : 79)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan

seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja, maka dia telah

menempah tempat tinggal di dalam neraka".

Bagi mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan

permasalahan keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan

terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam kitab

tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil. Maka

dengan ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama Yahudi dalam

semua aspek kehidupan keagamaan dan politik.

Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan

selainnya telah bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang

bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada

Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang

dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan

Page 2: Agama Yahudi

2

kitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa saya

mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik permasalahan ini.

Saya berpendapat bahawa ia tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka

adalah "Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya diciptakan untuk

berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika kita dapati hidup berasingan

merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka. (Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang

suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi ummat yang khusus di kalangan

semua bangsa di muka bumi) Safar pengulangan 7/16.

Jadi, dari sini dapatlah diketahui rahsia yang menjadi pendorong kepada bangsa Yahudi agar

berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata lain kitab Taurat berjaya menghimpun

bangsa Yahudi untuk menghayatinya dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian

yang berbeza dari bangsa lain.

Kajian mengenai ilmu sejarah keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam

membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami

akan pegangan aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.

Melalui kertas kerja yang ringkas dan tak seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan mengenai

sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil, kitab-kitab suci seperti Taurat, beberapa

permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang menjadi anutan dalam agama Yahudi dan

penyelewengan serta pendirian Islam terhadap permasalahan ini. Saya berharap dengan

perbincangan ini dapatlah memberi sedikit gambaran agama Yahudi dan penyelewengan serta

tabiat semulajadi orang-orang Yahudi.

Buat akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan kertas

kerja ini dan tidak lupa juga kepada isteri saya yang banyak membantu saya.

Wassalam.

Ustaz Ahmad Faisal b. Ab. Hamid

Fellow MANHAL PMRAM

Page 3: Agama Yahudi

3

MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL.

1. YAHUDI

Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama

Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula

terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi.

Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama

Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah

agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari

kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat

Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

2. IBRAN

Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin

Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam.

Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique,

Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada

yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir.

Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim

kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga

sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada

Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi

padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

3. ISRAEL

Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah

gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada

Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara

mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub

malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar

pembentukan alam 32/28.

Page 4: Agama Yahudi

4

SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI

Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza

daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara

sejarah dan ajaran agama Yahudi.

1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang

merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama

Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling

strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.

2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung

Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.

3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari

Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia

terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan,

perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.

4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah

meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai

Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh

orang-orang Kan'an dikenali dengan nama Bumi Kan'an .

5. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar

Palestin telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan

Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di

antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka

dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.

6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair

untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan

menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di

dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.

7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah

penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah

medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra' yang menjadi

pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.

Page 5: Agama Yahudi

5

8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir

disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir

pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah

memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka,

berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada

tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan

Mesir yang berpusat di Luxor.

9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya

menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18

kembali memerintah Mesir.

10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani

Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah

ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir

memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah

dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh

Nabi Musa a.s.

11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah

Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan

keturunannya).

12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung

dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih

untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah

mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar

hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak

saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.

13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke

bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi

Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.

14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir

yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir

tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil,

maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu

menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.

Page 6: Agama Yahudi

6

15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya

mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan

seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di

hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada

mereka berdua.

16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke

suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai

Baitullah.

17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah

melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang

bernama Iesu dan Yaacob.

18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah

datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-

i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin,

Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.

ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua

orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.

iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.

iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.

BAHASA IBRIAH

19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan

keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh

Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka

berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di sepanjang perjalanan

tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan

pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang

mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini

kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa

pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu

bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara keagamaan sahaja.

Page 7: Agama Yahudi

7

PENGASINGAN BANGSA YAHUDI

20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka

daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka

mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan

kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di

antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di

kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab

pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :-

i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi

Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala.

ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan tidak bertamadun.

Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan

ketamadunan.

21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang

Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka

namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di

mana-mana tempat yang mereka tinggal.

22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan

bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi

maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka

sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran

itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan

bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat

mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain.

23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan

memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja.

Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa

Yahudi.

Page 8: Agama Yahudi

8

BANI ISRAEL DI MESIR

24. Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos

sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos

bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi

Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika

itu dengan penuh penghormatan.

25. Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami

satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh

mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan

seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.

26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai

keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah

panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau

orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.

27. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi

mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang

Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-

i. keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan

cemburu dihati orang-orang Mesir.

ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan

tidak mendapat apa yang mereka perolehi di zaman Haxsos

iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa

curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan mereka bangkit memberontak dan

menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir.

28. Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan

pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka

mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir

diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya

kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di

kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan

mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.

Page 9: Agama Yahudi

9

BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR

29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi

Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke

suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan

kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan

permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan

kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.

31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran

Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang

mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku

satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan

selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.

32. Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah

kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang

lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai.

Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi

oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi

sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .

33. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa

a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .

34. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari.

Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil

telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula

meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang

bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk

seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta

daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat

sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan

Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`

Page 10: Agama Yahudi

10

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil

meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang

bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan

membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s

lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan

baru mereka .

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat

sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah

dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap

perbuatan mereka.

37. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab

Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .

38. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang

telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk

memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk

berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.

39. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan

mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah

kepada mereka.

40. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama

40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap

suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh

Nabi Musa a.s.

41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan

berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel

mereka berjaya memasuki tanah Palestin.

Page 11: Agama Yahudi

11

BANI ISRAEL DI BUMI PALESTIN

42. Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di bumi Palestin selama 500 tahun. Di

sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka tidak pernah merasa aman dan damai melainkan di

zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.

43. Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah dibahagikan kepada 3 zaman : -

i. Zaman pemerintahan Qadi (hakim)

ii. Zaman pemerintahan beraja

iii. Zaman perpecahan dan kehancuran

ZAMAN PEMERINTAHAN HAKIM

44. Seperti yang telah disebut di dalam "Safar Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan Hakim

selama 4 kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya 1 kurun sahaja . Dinamakan Zaman

Pemerintahan Hakim kerana yang dipilih di kalangan dua belas puak Bani Israel mempunyai

kuasa tertinggi namun setiap puak mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri yang

dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar menyelesaikan

permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah akan tetapi keputusannya

tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada kepimpinan puak tersebut untuk

menerima atau menolak keputusan yang dibuat.

45. Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan ianya seorang lelaki

malah terdapat juga di kalangan Hakim yang memerintah beberapa orang perempuan.

ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA

46. Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit memberontak di atas kezaliman

yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah. Bani Israel telah pergi berjumpa

dengan seorang Nabi di kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta daripadanya

supaya melantik seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang berpecah belah agar

dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah musuh-musuh mereka.

47. Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja dan panglima mereka

untuk memerangi orang-orang Kan'an.

48. Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s adalah salah

seorang daripada tentera telah dapat membunuh panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut.

Semenjak dari itulah nama Nabi Daud a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini telah

Page 12: Agama Yahudi

12

menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan

dia bertindak memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.

49. Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang Kan'an serta

mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel dengan menyerang mereka. Akhirnya Nabi

Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2 bagi Bani Israel sepertimana yang disebut di dalam

"Safar Syamwil Yang Ke-2".

50. Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun yang pertama dia menjadikan

Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas daripada itu, dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu

negara kepada kerajaannya .

51. Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang terbaik di zaman kewujudan Bani

Israel di bumi Palestin. Ini disebabkan oleh 2 unsur utama : -

i. Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon

ii. Nabi Daud a.s telah mengadakan perjanjian damai dengan raja Finique yang bernama Hairon.

52. Nabi Sulaiman telah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya.

Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani Israel berada di kemuncak

kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman telah mengadakan ikatan kekeluargaan di

antaranya dengan Shisyak iaitu raja Mesir.

53. Selepas daripada itu kerajaan Bani Israel menjadi lemah disebabkan oleh : -

i. Hidup dalam kemewahan dan suka berfoya-foya.

ii. kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman.

iii.Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan-perempuan simpanan

iv.Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba'am.

ZAMAN KEHANCURAN

54. Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk pemerintahan selepas kewafatan

ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua puak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun

sepuluh puak lagi enggan memberi sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba'am yang

pernah mengetuai pemberontakan di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja

mereka. Pada ketika itulah kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -

i. Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba'am. Negara mereka

bernama kerajaan Yahouza.

Page 13: Agama Yahudi

13

ii. Kerajaan Utara, ibu negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang pertama ialah Yarba'am.

Negara mereka dinamakan kerajaan Israel.

KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAEL

55. Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar

telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel

merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.

56. Pada tahun 608 sebelum masehi, kerajaan Mesir bersama bala tentera yang besar telah

menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza. Dalam peperangan tersebut mereka

mendapat kemenangan dan mereka meneruskan serangan ke utara sehinggalah kerajaan Israel

yang berada di bawah taklukan kerajaan Ashur jatuh ke tangan mereka.

57. Kejatuhan kerajaan Israel ke tangan orang-orang Mesir telah menimbulkan kemarahan

Maharaja Bakhtanshar lalu berlakulah satu pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir

dan Babylon. Akhirnya Maharaja Bakhtanshar dapat menawan kembali kerajaan Israel sekaligus

dapat merebut takhta kerajaan Yahouza dari tangan Maharaja Mesir. Maharaja Bakhtanshar telah

membunuh raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama Sidqia dan menghancurkan bandar

Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel keluar dari negara mereka. Ini berlaku pada

tahun 586 sebelum masehi dan mereka dikenali sebagai tawanan Babylon.

BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA

58. Selepas kehancuran kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani

Israel di bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi Kerajaan Babylon telah jatuh ke tangan

orang-orang Parsi. Ketika itu Raja Parsi telah membenarkan orang-orang Yahudi yang hidup di

pelusuk negara Babylon pulang ke tanahair mereka.

59. Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi tidak ubah

seperti daripada kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih

suka hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin.

60. Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar

Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan

Iskandar, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israel

bangkit memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan Rom telah

menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka keluar

dari Palestin.

Page 14: Agama Yahudi

14

61. Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan yang dibawa oleh

Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut ditolak

oleh mereka.

62. Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit memberontak menentang kerajaan

Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang

mereka temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan

Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.

63. Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak seorang pun yang

berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di antara syarat penyerahan kota suci ke tangan

orang islam ialah tidak dibenarkan seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.

KITAB SUCI ORANG YAHUDI

64. Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab suci iaitu:-

a . Perjanjian lama.

b . Talmut.

65. Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih utama dari kitab

Talmut walaupun ada dikalangan sarjana pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab

Talmut lebih utama dari kitab perjanjian lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat

yang pertama dan akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan

menyentuh pengamalan terhadap kitab Talmut

66. Kitab Talmut ialah tulisan tulisan riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada pendita-pendita

Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran

yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama.

67. Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian.

Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf beberapa

Safar dalam kitab perjanjian lama.

68. Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah 5 Safar Musa yang dinamakan

dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk Safar

Musa (Taurat).

69. Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan, doa dan sejarah

perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada Safar-safar yang boleh diertikan sebagai surah-surah

Page 15: Agama Yahudi

15

di dalam Al-Quran. Selain itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap

Safar adalah sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.

70. Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama :-

a . Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch ).

b . Safar-safar sejarah.

c . Safar-safar doa dan syair.

d . Safar kenabian.

Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai Safar Musa atau Taurat manakala bakinya

akan disebut pengenalannya sahaja. Ini kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan

ajaran yang dibawa dalam agama Yahudi.

SAFAR MUSA

71. Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia adalah sebahagian dari kitab perjanjian

lama dan mengandungi 5 Safar iaitu:-

a . Safar ciptaan alam.

b . Safar penghijrahan.

c . Safar pengulangan.

d . Safar Kaum Lawai.

e . Safar Bilangan.

72. "Safar ciptaan alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam, Adam dan Hawa yang

diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia juga

menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya

Ishak dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir dan

berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.

73. "Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan Bani Israel selepas kewafatan Nabi

Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita mengenai kelahiran

Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel

keluar dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke timur Jordan.

Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa

sebagai ajaran dan larangan kepada Bani Israel.

74. "Safar kaum Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah satu dari 12

puak Bani Israel. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Safar ini

Page 16: Agama Yahudi

16

merupakan safar yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh

orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka.

75. "Safar bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang

pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka terselamat

dari Firaun - Mesir iaitu seramai 603550 orang kecuali pemuda dari puak Levi.

76. "Safar Ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam dan

syarat yang terdapat dalam safar Levi.

SAFAR SEJARAH

77. Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-

a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke

kota Palestin.)

b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel ketika awal mereka

berada di bumi Palestin.)

c. Safar Raja I.

d. Safar Raja II.

e. Safar Raja III.

f. Safar Raja IV.

g. Safar Hari-hari I.

h. Safar Hari-hari II.

i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.)

j. Safar Azra.

k. Safar Nahmia.

l. Safar Tubia.

m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan raja Parsi dan telah

menyelamatkan bangsa Israel.)

n . Safar Yahoudid.

o . Safar Mukabi I.

p . Safar Mukabi II.

SAFAR DOA DAN SYAIR.

78. Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-

a . Safar Ayub. d . Safar Himpunan.

b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.

Page 17: Agama Yahudi

17

c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.

SAFAR KENABIAN.

79. Safar kenabian terdiri dari:-

a. Ashaia. h. Amus. o. Hiji.

b. Armia. i. Oubdia. p. Zakaria.

c. Barukh. j. Yunan. q. Malakhi.

d. Hazkial. k. Mikha. r. Safar Hikmah.

e. Dania. l. Nahum. s.Yasyu'Sirakh.

f. Husya'. m. Hebkuk.

g. Yuail. n. Sofnia.

80. Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita dongeng,kata-kata hikmah,pesanan

dan syariat.Uslub penulisannya berbeza diantara satu safar dengan safar yang

lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh yang

menggambarkan penderitaan dan kesedihan.Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang

ganas dan tidak bertamadun.

BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN.

81.a. Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian lama.

b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama.

c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama.

d. Hari Kiamat.

82. Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada mentauhidkannya.

"Sesungguhnya telah kami utuskan untuk semua ummah para utusan bagi mengajak mereka

menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut". (Surah al-Nahl : 26).

83. Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah. Nabi Musa adalah nabi

yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah

Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah

diselewengkan seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di kalangan

kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang diukir atau sesuatu

gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah, di dalam air dan di bawah bumi.

Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar

penghijrahan Ishah ke-20, ayat 3.

Page 18: Agama Yahudi

18

84. Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israel tidak berpegang

kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap

menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas

kewafatan Yusya' bin Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah menyembah apa

yang disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba'lim. Salah seorang raja Bani

Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari ribuan berhala dan

patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya. Sekaligus menghalau para

pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala. Di awal perpecahan kerajaan Israel

Yarbaam, raja kerajaan Israel telah membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas

tulen sebagai sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk

mengelakkan mereka dari pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh

Yarbaam.

85. Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan dapati Bani Israel telah beberapa kali

mengsyirikkan tuhan mereka dengan menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di

sekeliling mereka atau yang dibuat oleh mereka sendiri.

86. Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama merupakan gambaran kepada

kecenderungan Bani Israel dan keperibadian mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik jika

tuhan yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak

bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua kepada

kumpulan penyamun.

87. Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah menyerupai

seorang manusia dan bergelut dengan Nabi Yaakub sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu

mengalahkan Nabi Yaakub melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang berjaya

mematahkan peha Nabi Yaakub.

88. Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan hasratnya untuk menghancurkan

hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah dipujuk oleh nabi Musa. Sebaliknya dia

merasa sedih dan menyesal.

89. Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi, semestinya kita akan menyifatkan

mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka adalah rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi.

Namun sebaliknya yang berlaku dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi

di suatu tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut sebagai

penzina, penipu dan pembunuh yang tidak berperikemanusiaan.

Page 19: Agama Yahudi

19

90. Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s

telah mencipta sebuah patung yang berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israel sewaktu

ketiadaan nabi Musa disebabkan oleh perasaan dengkinya.

91. Di dalam "safar samwil ke-2" telah menceritakan bahawa Nabi Daud pernah mencintai

seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula

sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di istananya di Aour Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat

seorang perempuan yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik

perempuan tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia telah

memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan tersebut berada

di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian lelaki berkenaan sampai kepada

nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu

kepada Nabi Sulaiman.

92.Mengenai Nabi Sulaiman pula, perjanjian lam telah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman

mempunyai 700 orang isteri di kalangan perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba.

Setengah daripada isterinya itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, Nabi Sulaiman

sentiasa menyembah berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada akhir hayat beliau.

93. Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa Nabi Musa telah

membawa satu risalah yang mengajak ummahnya menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan

solat serta beriman dan yakin akan kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza dengan apa

yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang

menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti balasan baik dan

buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan terhadap amalan yang di

lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata. Sesiapa yang berbuat baik akan

mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus

menerima penyiksaan di dunia ini.

MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI.

94. Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab, di mana

setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding dengan yang lain.

95. Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut ialah

pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan kepercayaan terhadap kebangkitan selepas

kematian.

Page 20: Agama Yahudi

20

96. Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-

a. Farasiyun (Rabbaniyun) d. Hadasiyun

b. Soduqiyun e. Samiriyun

c. katabah f. Qurraayun.

97. Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani Israel di Palestin yang disebabkan

oleh serangan orang-orang Babylon, golongan ini menyeru Bani Israel agar kembali berpegang

kepada aqidah mereka yang asal sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan

bahawa hanya dengan kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk

mengembalikan kegemilangan mereka.

98. Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada pandangan

mereka balasan baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka

bumi ini. Adapun orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.

99. Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab yang bernama

Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci. Para pendita mereka yang bergelar Hakamah adalah

maksum iaitu terpelihara dari segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal di dalam

jiwa orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada seseorang bahawa

tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan kata-kata Hakamat

tersebut dari dirinya sendiri.

100. Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah gerakan politik yang berasaskan agama

dan bertujuan untuk mengembalikan negara Israel. Mereka kadang-kadang menggunakan

keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogankata yang mereka gunakan

ialah "matlamat menghalalkan cara".

101. Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan. Mereka beriman

bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja.

102. Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab Taurat sahaja yang

menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri daripada orang-orang bangs.a.w.an yang

menghormati undang-undang negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan

ajaran Taurat.

103. "Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai cara hidup mereka.

Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Mokabi di sekitar tahun 173-175 sebelum

masihi. Mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan

adat resam. Orang-orang Hasadiun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban.

Page 21: Agama Yahudi

21

Dari segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan bukan

Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara aman dan damai bersama

kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta mengajak kepada

kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan. Ini berbeza dengan ajaran yang

dibawa oleh agama Yahudi yang mana perkahwinan merupakan kewajipan agama.

104. Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah seorang dari

ulamak di kalangan orang Yahudi yang hidup di Baghdad pada zaman pemerintahan Abu Jaafar

Al-Mansur. Mereka hanya mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan ijtihad

dalam meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.

105. Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada

sesiapa yang menghendakinya.

PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA.

106. Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah SWT telah menurunkan

beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur,

Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan

mengenai kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:-

i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal dengan keaslianya sebagaimana ia

diturunkan.

ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain pula telah hilang atau

disembunyikan.

Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran sebagai pengukur kepada kebenaran,

keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu

wahai Muhammad Al-Quran dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang

terdapat di tangan kamu dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.

107. Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di dalam Safar pembentukan alam

iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s

iaitu selama 950 tahun.

108. Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di dalam Safar pembentukan alam yang

menceritakan bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada hari

yang ketujuh iaitu hari sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa

yang mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang Yahudi

beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari tangan

Page 22: Agama Yahudi

22

orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai tulisan sahaja yang mengandungi

10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari

apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)

109. Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana bahawa kitab

Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja dilupakan kandungannya yang

asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah

diturunkan kepada Nabi musa.

110. Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Taurat, secara kesimpulannya

terbahagi kepada tiga jenis:-

i. Menepati dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran dan Hadis.

ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan As-Sunnah. Sudah

semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk mendustakannya.

iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah tetapi tidak bercanggah dengan

kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang atau tempat.

Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan membenarkannya. Ia hanya sekadar

penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita. Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah

dikeluarkan oleh Bukhari di dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu membenarkan

apa-apa yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi

berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".

PENUTUP

Disepanjang perbincangan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan

bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah diubah dan diselewengkan namun ia mampu

membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang

paling berkuasa. Rahsia kejayaan bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali

syariat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..

RUJUKAN

1.Al-Qur'anul Karim dan terjemahannya.

2. Kitab perjanjian lama.

3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi.

4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid.

5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.