Upload
budak-baik
View
10.475
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
AKIDAH
Pengertian Akidah
Bahasa:
Berasal daripada kata kerja ‘aqada yang bermaksud simpul atau ikat.
Istilah:
Ibn Taimiyah: Perkara yamg dibenarkan olehjiwa,hati menjadi tenang kepadanya,berolehkeyakinan di kalangan ahlinya serta tidakbercampur dengan sebarang keraguan.
bersambung…
Al-Firuz Abadi: Sesuatu yang diikat dan
disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang
dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan
pegangan benar dan selamat daripada sebarang
keraguan.
Imam al-Ghazali: Berpegang dan membenarkan
di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa
sebarang keraguan.
SYARIAH
Pengertian Syariah
Bahasa:
Berasal daripada kata kerja syara’a.
Menurut Ar-Razi: Menempuh,menjelaskan dan
menunjukkan jalan.
Istilah:
Imam Al-Qurtubi: Syariah ialah agama yang
telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-
hambaNya yang terdiri daripada pelbagai
hukum dan ketentuan.
bersambung…
Aspek perundangan yang mendisiplinkan
perjalanan kehidupan Islam yang berupa
himpunan hukum-hukum syara’ amali yang
mengatur hubungan sesama manusia dalam
pelbagai sektor kehidupan dan menjelaskan
kepada mereka apa yang disukai oleh Allah dan
apa yang dibenciNya.
IBADAT
Pengertian Ibadah
Bahasa:
Merendah diri,tunduk,patuh dan taat.
Istilah:
Ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnyakepada Allah.
Ibadah ialah kata nama yang merangkumi semuayang disukai dan diredhai oleh Allah samadaperkataan atau perbuatan,zahir mahupun batin.
AKHLAK
Pengertian Akhlak
Bahasa:
Tabiat,perangai,agama dan kebiasaan.
Istilah:
Imam al-Ghazali : Akhlak adalah keadaan yang
bersifat batin yang mana daripadanya lahir
perbuatan dengan yang baik atau buruk tanpa
difikir atau dirancang.
PERKAITAN ANTARA
AKIDAH,SYARIAH,IBADAH
DAN AKHLAK
Jika diteliti,keempat-empat elemen tersebut
adalah saling berkaitan dalam melahirkan
seorang muslim dan mukmin yang kamil.
Elemen yang paling utama dan menjadi asas
kukuh dalam keimanan seseorang itu ialah
akidahnya.
HUBUNGAN AKIDAH DAN
SYARIAH Orang yang mempunyai pegangan akidah yang kuat
dan kukuh sememangnya memahami danmengimani segala apa yang berkaitan denganpenciptanya iaitu Allah samada meliputi sifat-sifatAllah,kekuasaan Allah,janji-janji Allah dansebagainya.
Syariah yang telah ditetapkan oleh Allah merupakansuatu perundangan atau peraturan yang berfungsiuntuk memandu manusia kearah jalan-jalan yang diredhai oleh Allah.
Setiap suruhan dan larangan Allah mempunyaihikmah yang berkepentingan untuk membawakebaikan kepada kehidupan insan.
bersambung…
Persoalannya,adakah semua syariat atau
peraturan ini diterima dan digunapakai oleh
umat Islam dengan rela hati??
Justeru,di sinilah dapat dilihat hubungan antara
keduanya.
Jika seseorang itu mempunyai akidah yang
mantap dan kukuh,sudah pasti segala syariat
Allah difahami dan dipatuhi dengan sepenuh
ketaatan dan keimanan tanpa
mempertikaikannya.
bersambung…
Contoh,jika seseorang itu beriman kepada sifatAllah,sudah pasti dia akan mengikut segala suruhandan larangan Allah kerana dia tahu bahawa Allah itusifatNya Maha Mengetahui.
Justeru,segala syariah akan diterima dan digunakansebagai panduan hidup tanpa sebarang pertikaian.
Individu yang tidak memiliki akidah yang kukuhakan berasa berat dan terbeban dengan syariat Islam sehingga ada yang berani mempertikai danmempersoalkannya tanpa segan silu demikepentingan dan kepuasan peribadi yang semestinyadikuasai oleh nafsu semata-mata.
HUBUNGAN AKIDAH DAN
IBADAH Akidah yang kukuh membolehkan seseorang itu
mengenal Tuhannya dengan mendalam sehingga dapatmelahirkan kecintaan yang terhadap terhadapPenciptaNya.
Sudah menjadi lumrah,apabila kita menyayangi danmencintai sesuatu itu,sudah pasti kita akan melakukanyang terbaik dan sanggup melakukan apa sahaja.
Apabila seseorang itu mengenali dan mencintaiAllah,dia akan benar-benar dapat merasakan bahawaterlalu banyak ihsan dan kebaikan yang Allah berikankepada kita .
Juster,atas kesedaran inilah yang membuatkan seseorangitu ingin membalas kebaikan itu dengan melakukansesuatu sebagai tanda bersyukur.
bersambung…
Ibadah merupakan jalan untuk mensyukuri
segala kebaikan Allah itu.
Dengan adanya keyakinan terhadap Allah akan
menjadikan seseorang itu mengabdikan diri
kepada Allah dengan melakukan segala suruhan
dan meninggalkan segala laranganNya
Selain itu,dengan adanya akidah yang
kukuh,seseorang itu sudah pasti akan
melaksanakan segala ibadahnya dengan
bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan.
HUBUNGAN AKIDAH DAN
AKHLAK Akidah yang kukuh kepada Allah sudah pasti akan
menerbitkan akhlak yang baik dan mulia.
Hal ini kerana, akhlak Islam adalah pancaran
daripada kekuatan akidahnya.
Akidah berperanan sebagai jentera penggerak
supaya manusia melakukan apa yang disukai dan
diredhai Allah.
Orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat
akan dikesani dengan sifat-sifat Allah yang termahal
dan tertinggi yang akan mengesani pula pelbagai
perlakuan dan kegiatan hidup yang baik.
bersambung…
Iman adalah ibarat bumi yang menjadi tempat
semaian benih akhlak.
Iman itu sendiri sudah mengandungi segala
benih akhlak yang baik.Seseorang yang benar-
benar beriman dengan sendirinya telah
membawa segala benih akhlak yang mulia.
Apabila keimanan menjadi sempurna dan
membuahkan hasil,ia akan lahir dalam bentuk
keluhuran akhlak
HUBUNGAN AKHLAK DAN
IBADAH Ibadah yang telah dilaksanakan dengan sempurna
dari segi bentuk dan perlaksanaannya sudah pastimembuahkan hasil yang berkesan iaitu akhlak yang baik.
Banyak nas dari Al-Quran dan Hadis yang denganjelasnya menegaskan bahawa nilai sebenar kepadaibadah itu ialah nilai akhlaknya.
Semua ibadah samada yang wajib ataupunsunat,merupakan latihan kepada umat Islam untuksentiasa memperkembang dan mempertingkatkanusaha dalam membersihkan diri daripada nilai-nilaiakhlak yang negatif dan positif sehingga mencapaitahap kesempurnaan akhlak.