Click here to load reader

AKTA BEKALAN ELEKTRIK

  • View
    1.064

  • Download
    29

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AKTA BEKALAN ELEKTRIK UNTUK ETE 101 KV SULTAN ABDUL SAMAD BANTING

Text of AKTA BEKALAN ELEKTRIK

  • 1. AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 A presentation by MHAM - ADTEC SHAH ALAM
  • 2. AKTA Peruntukan Undang-Undang dibawah proses Parlimen. Dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Akta Bekalan Elektrik 1990. (Akta 447)
  • 3. PERATURAN Peruntukan Undang-Undang berkenaan Akta - P.U (A) Dibuat oleh Menteri (Kementerian Tenaga, Telekom dan Multimedia) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (P.U(A)38)
  • 4. SEJARAH 1949 - Akta 116 (Akta Elektrik 1949). 1951 - Peraturan-Peraturan Elektrik 1951. 1983 - Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 (Akta 277) - Akta 1949 diubah pinda. 1984 - Peraturan Jemaah Pemeriksa Elektrik 1984. 1990 - Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447). 1990 - Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1990. 1994 - Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
  • 5. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 SUATU AKTA mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dan bagi maksudmaksud yang berkaitan dengan perlantikan dan fungsi Ketua Pengarah Bekalan Elektrik. pembekalan elektrik pada harga yang munasabah. pelesenan pepasangan elektrik dan pengawalan pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik.
  • 6. Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 SUSUNAN SEKSYEN Terdapat 12 bahagian dan 56 seksyen
  • 7. SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN BAHAGIAN II PERJAWATAN BAHAGIAN III FUNGSI, TUGAS DAN KUASA KETUA PENGARAH BAHAGIAN IV PEPASANGAN BERLESEN DAN BERDAFTAR BAHAGIAN V KAWALAN KOMPETEN BAHAGIAN VI PEMBEKALAN OLEH PEMEGANG LESEN
  • 8. SUSUNAN SEKSYEN .. sambungan BAHAGIAN VII PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN BAHAGIAN VIII SIASATAN DAN TIMBANGTARA BAHAGIAN IX KESALAHAN DAN PENALTI BAHAGIAN X AM BAHAGIAN XI KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN BAHAGIAN XII PELBAGAI
  • 9. BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian 2. Tafsiran
  • 10. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 1) - Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula bekuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini hendaklah terpakai diseluruh Malaysia, walaubagaimanapun Menteri boleh melalui perintah mengantung penguatkuasaaan keseluruhan atau manamana peruntukan Akta ini dimana-mana Negeri.
  • 11. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran bahaya. cedera parah dan cedera. dengan curang. ditebat. ditetapkan. elektrik. hidup atau bertenaga. janakuasa. kawasan bekalan. kelengkapan. keselamatan awam . keselamatan diri.
  • 12. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran Ketua Pengarah. konduktor. lampu awam. lebuh. lesen . mati. motor. orang diberikuasa. orang kompeten . pemegang lesen. Pendaftar penebat.
  • 13. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran Pengarah. penggerak utama. pengguna. pengubahan. Pentadbir Tanah Daerah. penukaran. pepasangan. pepasangan awam. pepasangan persendirian. pihak berkuasa bekalan. "pihak pengurusan. sesalur.
  • 14. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran sistem. stesen janakuasa. talian aerial. talian bekalan. talian bekalan utama. tanah Negeri. tanah rizab. tenaga. timbangtara. voltan amat tinggi. voltan tinggi.
  • 15. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran bahayaertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada bahaya nyawa atau anggota badan manusia kerana renjatan, terbakar, atau kecederaan lain termasuklah bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan yang diakibatkan oleh penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga. cedera parah dan cedera masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan;
  • 16. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran dengan curang mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan; ditebat ertinya disaluti atau dilindungi dengan bahan penebat; ditetapkan, melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat dibawah seksyen 53;
  • 17. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran elektrik, melainkan jika ditakrifkan selainnya, adalah suatu benda sebagaimana yang diperuntukkan dibawah seksyen 3 Akta Kilang dan Jentera 1967; hidup atau bertenaga, apabila dipakai bagi sesuatu bertenaga sistem atau mana-mana bahagian sesuatu sistem, ertinya bahawa voltan wujud diantara apa-apa konduktor dengan bumi atau diantara mana-mana konduktor dengan konduktor lain dalam sistem itu.
  • 18. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran janakuasa ertinya mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik; kawasan bekalan ertinya kawasan yang dalamnya pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjanakan dan/atau membakalkan tenaga; kelengkapan termasuklah apa-apa barang bagi maksud-maksud seperti penjanakuasaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik, seperti mesin, pengubah, radas, alat penyukat, peranti pelindung, bahan pendawaian, aksesori dan perkakas;
  • 19. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahamian I (Skye 2) - Tafsiran keselamatan awam ertinya penghindaran bahaya kepada orang awam, kepada harta awam dan kepada lebuh, rel keretapi, lapangan terbang, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, pengkalan, jambatan, kerja gas dan apurtennya serta talian telegraf, talian telefon dan talian pengisyarat elektrik lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; keselamatan diri ertinya penghindaran bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;
  • 20. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran Ketua Pengarah ertinya Ketua Pengarah Bekalan Elektrik yang dilantik dibawah Akta ini; konduktor ertinya konduktor elektrik yang diatur supaya bersambung secara elektrik dengan sesuatu sistem; lampu awam ertinya lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-mana lebuh atau tempat awam yang lain;
  • 21. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Bahagian I (Seksyen 2) - Tafsiran lebuh termasuklah apa-apa laluan, jalan, lorong, rua, medan, lapangan, gang, tempat lalu atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang diatasnya orang awam mempunyai hak lalu-lalang dan juga laluan jalan dan laluan jalan kaki diatas mana-mana jambatan awam; lesen ertinya lesen yang dikeluarkan dibawah seksyen 9 dan termasuklah apa-apa lesen yang dikeluarkan dibawah mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa sebelum pemasyuran Akta ini;