21
ANTOLOGI TEKS KOMPONEN SASTERA TINGKATAN EMPAT Cerpen: Israk

Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

komsas

Citation preview

Page 1: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

ANTOLOGI TEKS KOMPONEN SASTERA

TINGKATAN EMPAT

Cerpen:Israk

Page 2: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Adam, iaitu anak tunggal Wah yang membawa isteri dan anak-anaknya , Israk dan Mikraj bercuti di rumah nenek mereka di Kampung Sayong, Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas menyebabkan Israk berasa kurang selesa. Dia menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang bersifat kekampungan. Sebaliknya pula bagi adik perempuannya, Mikraj yang lebih bersifat positif dan lebih matang. Dia lebih suka akan kehidupan kampung dan sangat rapat dengan neneknya iaitu Wah. Mereka sering bertikam lidah kerana perbezaan pendapat. Israk tidak betah tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di luar negara. Dia tidak mengemari makanan dan buah-buahan tempatan juga.

Page 3: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Tindakan Israk menimbulkan perasaan kurang senang Mikraj. Mikraj sakit hati akan sikap abangnya yang sering menghina dan menggores perasaan Wah. Hal ini demikian kerana Mikraj sangat menyayangi Wah dan faham akan perasaan neneknya itu. Mikraj kerap mempertikai perbuatan Israk terhadap Wah. Mikraj mahu supaya Israk dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Selain itu, mikraj mahu supaya Israk mengenali diri Wah dengan lebih dekat kerana Wah telah menjaga Israk sejak hari pertama kelahirannya lagi. Perbezaan pendapat ini menyebabkan berlakunya perang mulut antara mereka berdua dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan. Wah tidak suka mereka bertengkar seperti anjing dengan kucing. Wah telah menasihati israk dan mikraj. Wah mahu supaya mereka berbaik-baik walaupun hati Wah terluka.

Page 4: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Pada suatu hari, bekalan air paip di Kampung Sayong terputus. Mikraj menyuruh abangnya mandi di air sungai sahaja. Malangnya, ketika Israk melalui rimbunan semak, dia terjatuh ke dalam sungai. Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik israk naik ke tebing. Akhirnya, Israk mula insaf dan berubah. Perubahan sikap Israk dapat dilihat apabila dia mula memakai baju Melayu, dan makan bersama keluarganya termasuk Wah dan pada masa yang sama mencari jering dan tempoyak untuk dimakan .

Page 5: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

TEMA

JATI DIRI REMAJA YANG KIAN TERHAKIS.

Israk yang dibesarkan di luar negara tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampung. Keadaan di rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas menyebabkan Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya, Wah. Dia tidak suka akan makanan dan buah-buahan tempatan juga.

Page 6: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

PERSOALAN Kasih sayang seorang nenek kepada

cucunya. Generasi muda yang lebih senang hidup

di bandar. Sikap mementingkan diri dan ego

seorang pemuda yang mendapat pendidikan di luar negara.

Ketenangan seorang nenek dalam menyelesaikan perbezaan pendapat cucu-cucunya.

Page 7: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Watak

WATAK WAH

MIKRAJ

ISRAK

Page 8: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

ISRAK

Dia merupakan anak sulung kepada Adam dan Hawa dan cucu sulung kepada Wah.

Dia menyambung pengajiannya dalam bidang korporat.

Dia bersikap ego dan mementingkan diri. Dia bersikap kebaratan. Dia mempunyai pemikiran yang cetek. Dia sering menghina, mengherdik dan

menyakiti hati Wah. Dia sering berlagak sombong.

Page 9: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Mikraj

Dia merupakan anak kedua kepada Adam dan Hawa.

Dia merupakan cucu kedua Wah. Dia mempunyai sifat penyayang. Dia sangat menghormati orang tua. Dia tidak mempunyai sifat kebaratan. Dia meminati bidang sastera.

Page 10: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

WAH

Dia merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.

Berkahwin dengan Firdaus Frank, anak buah Frank Swettenham.

Dia sangat taat akan perintah agama. Dia sangat menyayangi akan anak-

anaknya serta cucunya. Dia sangat berpegang teguh pada janji. Dia sentiasa bersemangat kental dan

berani.

Page 11: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Latar

• Pada waktu pagi• Pada waktu malam

Latar masa

• Di rumah Wah• Di sungai

Latar tempat

• Masyarakat warga emas yang menyayangi cucu-cucunya.

• Masyarakat yang bersikap egoistik.• Masyarakat yang menghargai

pengorbanan orang tua.

Latar masyarakat

Page 12: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Plotbinaan plot

PermulaanIsrak dan keluarganya pulang ke rumah Wah di kampung Sayong, Perak. Israk kelihatan tidak selesa dengan suasana di kampung kerana dia biasa tinggal dalam kemewahan dan kemajuan bandar.

Perkembangan

Page 13: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

KonflikKonflik bermula antara Mikraj dan Israk. Mikraj dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung, sebaliknya israk dengan sikap ego dengan statusnya sebagai orang bandar. Israk juga sering menyakiti hati Wah. Oleh itu,Israk dan Mikraj sering bertikam lidah. Mikraj tidak suka akan tindakan Israk yang keterlaluan terhadap Wah. Bagi Mikraj, Israk tidak sepatutnya menyakiti hati Wah kerana Wah telah menjaga Israk sejak dia berusia satu hari sehinggalah dia dilarikan oleh datuk ke Perth, Australia.

KlimaksIsrak terjatuh ke dalam sungai ketika dia hendak mandi apabila bekalan air di rumah Wah terputus. Israk yang hampir lemas telah diselamatkan oleh Wah. Wah menghulurkan sebatang kayu bagi menyelamatkan Israk. Tindakan Wah membuatkan Israk tertunduk malu, namun egonya masih menebal.

Page 14: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

PeleraianWah menyediakan pelbagai juadah untuk makan malam. Mereka berkumpul di ruangan makan sambil menunggu Israk. Wah berasa agak khuatir kerana Israk tidak keluar dari bilik sejak kejadian yang berlaku pagi tadi. Tidak lama kemudian, Israk keluar sambil memakai baju melayu dan menyertai keluarganya untuk makan malam. Agak melucukan apabila Israk mencari-cari jering dan tempoyak untuk di makan.

Page 15: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

teknik plot

Teknik pemerian Pengarang memerihalkan kemesraan antara

Wah dengan Mikraj.(lihat halaman 135) Pengarang memerihalkan tindakan Wah

sewaktu menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai.(lihat halaman 141)

Teknik dialog Dialog antara Mikraj dengan Israk(lihat

halaman 134) Dialog antara Mikraj dengan Wah(lihat

halaman 135)

Page 16: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Teknik imbas kembali Mikraj teringat akan peristiwa sewaktu Wah

masih muda. (lihat halaman 135) Mikraj teringat akan peristiwa Wah menolak

tawaran pihak Majlis Daerah yang ingin membeli rumah Wah .( lihat halaman 135)

Page 17: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Unsur plot

Unsur saspens Pengarang menggunakan unsur saspens

dengan membiarkan pembaca tertanya- tanya tentang keadaan Israk setelah dia terjatuh ke dalam sungai.

Unsur kejutan Pengarang menggunakan unsur kejutan

dengan memaparkan watak Israk yang bersikap ego dan sombong dapat berubah di akhir cerpen ini.

Page 18: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Gaya Bahasa

Simile dia bagaikan gunung berapi pendam.(hal.

131) Abang ni macam perempuan.(hal.134) Persis Siti Hajarkah?(hal. 133)

Peribahasa Bagaikan cacing kepanasan.(hal.134) Sudah terhantuk baru terngadah.(hal. 134) Paha kanan tercubit paha kiri turut berasa

sakit. (hal.137)

Page 19: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Personifikasi Daun pokok pisang melambai-lambainya

seolah-olah mengejinya.(hal. 134) Dawai langsir terputus dan tali langsir menjilat

lantai kayu merbau itu.(hal.136) Sinkope

Aku bukannya nak jadi petani.(hal.139) Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.

(hal.133) Metafora

Asap kemarahan dilepaskan sedikat demi sedikit.(hal.134)

Bom radang Ghaza dilepaskannya.(hal.139)

Page 20: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Nilai

Kasih sayang Wah tetap menyayangi Israk walaupun israk menunjukkan

rasa kurang senangnya tinggal di kampung. Ketabahan

Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya meninggal dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari.

Taat kepada perintah agama Wah segera mengerjakan solat sebaik sahaja azan selesai

dikumandangkan. Berani

Wah berusaha menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai. Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk dan berusaha bagi menyelamatkan cucu yang disayanginya itu.

Page 21: Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat

Pengajaran

Kita seharusnya sedar akan kesilapan yang dilakukan agar diri menjadi lebih baik.

Kita seharusnya menjaga hati orang tua agar hubungan mesra dapat dijalinkan.

Kita seharusnya bersikap berani untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Kita seharusnya mentaati perintah Tuhan agar hidup lebih bahagia dan diberkati.