13
Asal Kalimah 1. ات ي ل ي ئ را س – اkata jama' kepada kalimah ة ي ل ي ئ را س اyang dinisbahkan kepada Bani Israel. Manakala yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T. dalam surah Maryam ayat 58 : 58. mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang- orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Sejak dahulu, mereka dikenali dengan nama Yahudi di samping golongan Nasrani yang beriman dengan Nabi Isa a.s. Allah S.W.T. menyebutkan pada beberapa tempat berkenaan dengan Bani Israel sebagai tanda sifat kebaikan yang ada pada Nabi Ya'kub sehingga keturunannya akan mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan serta meninggalkan perbuatan yang keji dan tercela. 2. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Israiliyyat membawa beberapa maksud : • Cerita-cerita terdahulu dan riwayat yang banyak bersumberkan daripada golongan Yahudi berbanding Nasrani. • Riwayat yang disampaikan oleh perempuan Yahudi atau Nasrani. • Perkara yang masuk ke dalam kitab karangan ulama' silam terutamanya dalam bidang tafsir yang mempunyai susur galur riwayat samada daripada Yahudi atau Nasrani. Adapun riwayat yang tiada asal dan tergantung maka ia dikira sebagai khurafat, atau kisah-kisah palsu.

Asal kalimah israeliyyat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Asal kalimah israeliyyat

Asal Kalimah

yang dinisbahkan kepada Bani Israel. Manakalaإسرائيلية kata jama' kepada kalimah – إسرائيليات .1yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T. dalam surah Maryam ayat 58 :

58. mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Sejak dahulu, mereka dikenali dengan nama Yahudi di samping golongan Nasrani yang beriman dengan Nabi Isa a.s. Allah S.W.T. menyebutkan pada beberapa tempat berkenaan dengan Bani Israel sebagai tanda sifat kebaikan yang ada pada Nabi Ya'kub sehingga keturunannya akan mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan serta meninggalkan perbuatan yang keji dan tercela.

2. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Israiliyyat membawa beberapa maksud :• Cerita-cerita terdahulu dan riwayat yang banyak bersumberkan daripada golongan Yahudi berbanding Nasrani.• Riwayat yang disampaikan oleh perempuan Yahudi atau Nasrani.• Perkara yang masuk ke dalam kitab karangan ulama' silam terutamanya dalam bidang tafsir yang mempunyai susur galur riwayat samada daripada Yahudi atau Nasrani. Adapun riwayat yang tiada asal dan tergantung maka ia dikira sebagai khurafat, atau kisah-kisah palsu.

Namun, berdasarkan pengertian ini kita melihat riwayat Israiliyyat banyak mengambil sumber daripada Yahudi disebabkan ramainya bilangan mereka di Tanah Arab berbanding masyarakat Nasrani. Kemudian setelah beberapa orang dari kalangan mereka memeluk agama Islam, dan meriwayatkan kisah-kisah yang terdapat dalam agama lama mereka kepada kaum muslimin.

Page 2: Asal kalimah israeliyyat

Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat

Pada tahun 70M, masyarakat Yahudi datang ke Tanah Arab melarikan diri dari Syam setelah musnahnya Haikal dan menetap di kawasan Yathrib, Taima’, Himyar, dan Wadi Al-Qura’. Tetapi orang Arab hanya mengetahui tentang agama Yahudi ini selepas suatu ketika apabila masyarakat Yaman memeluk agama ini hasil dakwah Tubba’ (lelaki yang ingin menyerang Madinah sebelum Islam tetapi telah dihalau) yang membawa bersamanya dua orang pendeta yang menyebarkan ajarannya di sana.

Berbeza dengan keadaan orang Nasrani yang sering ditindas oleh pelbagai golongan seperti penyembah berhala, kaum Yahudidan kerajaan Byzantine. Kesannya, mereka lari ke Tanah Arab kerana ingin menjauhkan diri daripada penindasan yang disebabkan perbezaan agama ini. Dakwah Nasrani di tempat baru mereka telah membuahkan hasil apabila beberapa orang telah memeluk ajarannya seperti Warqah bin Naufal, Imruul Qais, kabilah Ghassan, dan sebagainya.

Kewujudan dua puak ini (Yahudi dan Nasrani) memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat Arab. Selain itu, aktiviti perniagaan juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada masyarakat dalam mengenali dua agama ini. Setelah kedatangan Islam, berlakunya dialog dan perbahasan antara kaum Muslimin dan Ahli Kitab seperti yang banyak disebutkan di dalam Al-Quran. Akibatnya, ramai di kalangan mereka yang memeluk agama Islam setelah jelas dan nyata di hadapan mereka bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah agama yang benar. Namun, ada yang baik Islamnya sedangkan sebahagian yang lain menjadi munafiq, sebagai dalang kepada kaum Yahudi dan musyrikin dalam menghancurkan Islam dari dalam.

Perselisihan antara dua kelompok ini (Muslimin dan Ahli Kitab) tidak terhenti setakat ini sahaja. Pernah terjadi dialog antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama dengan pendeta, kisah seorang muslim memukul seorang Yahudi setelah Yahudi tersebut mengatakan : Tidak, sebenarnya Nabi Musa ialah pilihan sekalian alam, dan pelbagai lagi yang menunjukkan perselisihan pendapat di kalangan mereka. Tetapi, Nabi S.A.W. pada waktu itu berperanan sebagai orang tengah yang memperjelaskan keadaan sebenar kepada salah faham yang berlaku antara dua golongan ini. Perkara ini berterusan pada zaman para sahabat apabila mereka bertindak sebagai pihak rujukan masyarakat pada ketika itu setelah wafatnya baginda S.A.W.

Page 3: Asal kalimah israeliyyat

Pada zaman tabiin pula, pendustaan dan pemalsuan banyak berlaku kerana menurut hawa nafsu sehingga menyebabkan manusia tidak dapat membezakan antara suatu yang baik dan buruk. Ada di kalangan para tabiin (asal Yahudi atau Nasrani yang memeluk agama Islam) mengambil sikap bermudah-mudah dalam meriwayatkan sesuatu, sehinggakan bukan kisah Israiliiyat sahaja yang diriwayatkan bahkan khurafat dan dongeng yang tidak mempunyai sandaran. Faktor lain yang membantu penyebaran ini ialah dakwaan mereka yang mengatakan para sahabat dan tabiin berkeinginan untuk mengetahui semua perkara daripada kisah umat dan para nabi terdahulu yang tidak disebutkan dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.

Ibnu Khaldun menyebutkan dalam kitabnya, “Muqaddimah Ibnu Khaldun” bahawa penyebaran Israiliyyat ini adalah disebabkan dua perkara :

1. Keadaan masyarakat Arab pada waktu itu yang buta huruf.2. Sifat manusia yang ingin mengetahui semua perkara.

Di samping itu, kisah-kisah ini tidak ada kaitannya dengan hukum-hakam yang seterusnya menyebabkan ia terus ditulis dan diceritakan kepada orang ramai.

Pembahagian Israiliyyat

Para ulama’ telah membahagikan Israiliyyat kepada tiga iaitu :

1. Bahagian yang selari dengan syariat dan Al-Quran ; seperti kisah Al-Jassasah yang diceritakan oleh Tamim Ad-Dariy dan diperakui oleh Nabi S.A.W. (hadith dalam Sahih Muslim, kitab Fitnah, bab Kisah Al-Jassasah). Antara lain ialah kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir, kisah Juraij seorang ‘abid dan sebagainya yang turut diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Maka kisah-kisah sebegini berfungsi sebagai sokongan kepada apa yang telah disebutkan oleh keduanya.

2. Bahagian yang bertentangan dengan syariat dan Al-Quran : seperti mencemar maruah kenabian dalam kisah Nabi Yusuf a.s. apabila menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri

Page 4: Asal kalimah israeliyyat

pembesar Al-Aziz, kisah nabi Daud dan sebagainya yang mengaitkan para nabi dengan dosa syirik, zina dan sebagainya. Dalam hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

ل هال أ لون سأ يف ت ك هع نهم اق ال الل ضي اسر ع ب ابن ن هأ هبنع بدالل يدالل اابنشه ابع نعب ن ر خب اهيمأ اإبر ن دث ح ىبنإسم اعيل اموس ن دث ح دلوا ابب لكت هال أ ن كمأ دث بو ق دح ميش هم حضال ءون قر حد ثت م أ ل يهو س هع ل ىالل هص ل سواللل ىر ع ل ذيأنزل ابكمال يءو كت ابع نش كت تهم ل اء كممنالعلمع نم سأ نه اكمم اج ي ال م ناق ليالأ روابهث شت هلي و ق الواهو منعندالل اب يديهمالكت بوابأ ت روهو ك هو غ ي الل اب كت

يكم ع ل ذيأنزل لكمع نال سأ جالي امنهمر ين أ هم ار و الل ال

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Ibn Syihab dari 'Ubaidullah bin Abdullah bahawa Ibn Abbas radliyallahu'anhuma berkata, "Bagaimana kalian bertanya ahli kitab padahal kitab kalian yang diturunkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih baru kemurniannya dan belum terkotori? Sedang ahlu kitab menceritakan kepada kalian dengan mengubah-ubah kitabullah dan menggantinya, dan mereka tulis alkitab dengan tangannya dan mereka katakan, 'Ini dari sisi Allah' untuk mereka tukar dengan harga yang sedikit, tidak sebaiknyakah ilmu yang yang kalian miliki mencegah kalian dari bertanya kepada mereka? Tidak, demi Allah, takkan kulihat lagi seseorang diantara mereka bertanya kalian tentang yang diturunkan kepada kalian.' (Hadith ke-6815 riwayat Imam Bukhari)

Abdullah bin Mas’ud pernah menyatakan :(Janganlah kamu bertanyakan Ahli Kitab kerana mereka tidak memberi petunjuk kebenaran bahkan menyesatkan kamu. Maka, kamu akan mendustakan yang benar dan membenarkan yang bathil).

3. Bahagian yang tidak terdapat dalam syariat dan Al-Quran samada selari atau bertentangan : bahagian ini paling banyak kedapatan pada zaman sekarang namun tiada larangan padanya dan tidak juga mendustakannya. Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

قر ابي هاللكت أ ان ك ة ق ال ير بيهر م ة ع نأ ل بيس ثيرع نأ بيك ىبنأ حي كع ني ار بنالمب اع لي ن ر خب أ اعثم انبنعم ر ن دث ارح ش نيمح مدبنب دث ح ذبو تك ابو ال لكت هال تص دقواأ م ال ل يهو س هع ل ىالل هص ل سواللل ر مف ق ال هالإلسال ةأل بي ه ابالع ر رون ةو يف س اني اة بالعبر ور الت ءون

ة يكماآلي ل او م اأنزإل ين ل هو م اأنزإل ابالل همو قولواآم ن

Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Usman bin Umar telah mengabarkan kepada kami Ali bin Al Mubarak dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata, 'Ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa ibrani dan menafsirkannya dengan bahasa arab untuk pemeluk Islam! Spontan Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Jangan kalian benarkan ahli kitab, dan jangan pula kalian mendustakannya, dan katakan saja '(Kami beriman kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu) '." (Hadith ke-6814 riwayat Imam Bukhari).

Contoh kisah pada bahagian ini termasuklah nama Ashabul Kahfi dan bilangan mereka, kisah burung dan Nabi Ibrahim a.s., pokok yang dimakan oleh Nabi Adam a.s. dan sebagainya. Para ulama’ mengatakan kebanyakan kisah bahagian ini adalah khurafat dan dongeng dengan dosa menyebarkannya lebih besar daripada manfaat yang ada padanya. Hal ini kerana, suatu kitab tafsir

Page 5: Asal kalimah israeliyyat

contohnya akan bertukar kepada kitab lain yang penuh dengan cerita yang tidak boleh diterima akal dan syara’ kerana ia merupakan khayalan dan rekaan pendeta terdahulu yang disebarkan kerana ingin menjauhkan masyarakat Yahudi daripada kitab Taurat yang asli. Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga kadang-kadang bertujuan memberikan khidmat kepada raja dan pembesar pada waktu itu.

Pendirian Ulama’ Tentang Israiliyyat

Sejak dahulu lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh para ulama’ dalam membersihkan kisah Israiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab terdahulu. Namun, usaha ini amat susah dan memerlukan kepada kesungguhan dan dilakukan dalam tempoh yang berpanjangan. Tanpa disedari, kisah-kisah ini mudah disebarkan kepada masyarakat awam tanpa kawalan yang menyebabkan ia terus diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

يهو هع ل ىالل ص ل بي الن ن هبنع مروأ ة ع نع بدالل بش بيك ة ع نأ انبنع طي اح س ن دث ح اعي وز ااأل ن ر خب دأ اكبنم خل بوع اصمالضح اأ ن دث حار وأم قع د همنالن ب ت ع مداف لي مت ي ع ل ذ ب ج و م نك ح ر و ال ائيل نيإسر ةو ح دثواع نب وآي يو ل غواع ن ل ب م ق ال ل س

Maksudnya : Telah bercerita kepada kami Abu 'Ashim adl-Dlahhak bin Makhlad telah mengabarkan kepada kami Al Awza'iy telah bercerita kepada kami Hassan bin 'Athiyyah dari Abi Kabsyah dari 'Abdullah bin 'Amru bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sampaikan dariku sekalipun satu ayat dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak apa (dosa). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".Imam Malik menyebutkan : (Maksud hadith ialah dibenarkan meriwayatkan daripada mereka selagi mana ia adalah perkara kebaikan. Adapun pada perkara yang diketahui bahawa ia adalah dusta maka ia dilarang). (Hadith ke-3202 riwayat Imam Bukhari)

• Imam As-Syafie : (Sedia maklum bahawa baginda S.A.W. melarang berbicara dusta, jadi maksud hadith ialah - ceritakanlah daripada Bani Israel pada perkara yang kamu tidak ketahui bahawa ia adalah dusta. Adapun perkara yang dibenarkan maka tidak menjadi suatu dosa kepada kamu untuk meriwayatkannya. Inilah petanda kepada hadith baginda :

م اهو ج ين هب ن بيهأ ع نأ نص اري ة األ مل بين نيابنأ ر خب أ هري ام عم رع نالز ن ر خب اقأ ز اع بدالر ن دث ح ابتالم رو زي حم دبنمح مدبنث اأ ن دث حىال ص ل بي لن ةف ق اال از ن مه ذهالج ل ك ت امح مده لت ي ةف ق ال از ن بج هودمر جلمنالي م و عند هر ل يهو س هع ل ىالل هص ل سواللل السعند ر تك تص دقوهمو ال ابف ال هاللكت كمأ دث م م اح ل يهو س هع ل ىالل هص ل سواللل ر مف ق ال ل ك ت ه ات إن هودي لي مف ق اال عل هأ م الل ل يهو س هع ل ل

ذبوه متك قال ح ان متص دقوهو إنك اطالل ب ان هو رسلهف إنك ابالل ذبوهمو قولواآم ن

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Tsabit Al Marwazi telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku Ibnu Abu Namlah Al Anshari dari Ayahnya bahawa ketika ia sedang duduk di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang saat itu di sisi beliau ada seorang Yahudi, lewatnya jenazah di hadapan beliau. Lalu orang Yahudi itu berkata, "Wahai Muhammad, apakah jenazah ini berbicara?" Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kemudian menjawab: "Allah lebih mengetahui." Orang Yahudi itu pun berkata, "Sesungguhnya jenazah tersebut berbicara." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apa yang diceritakan oleh orang-orang ahli kitab kepada

Page 6: Asal kalimah israeliyyat

kalian maka janganlah kalian percayai atau kalian dustakan. Tetapi katakanlah, 'aku beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya'. Jika mereka dusta maka kalian tidak mempercayainya dan jika benar maka kalian tidak mendustakannya." (Hadith ke-3159 riwayat Imam Abu Daud)

; yang tidak menyebutkan keizinan dan larangan ketika meriwayatkan pada perkara yang dipastikan kebenarannya.

• Imam Ibnu Hajar : (والحرج iaitu janganlah menyempitkan dada kamu dengan apa yang kamu dengar daripada perkara yang mengagumkan dan itu yang banyak berlaku kepada mereka. Apa yang dimaksudkan dengan jangan bersusah-payah ialah pada pihak yang menceritakan kisah Israiliyyat disebabkan di dalamnya terdapat perkataan yang tidak baik seperti dalam surah Al-Maidah ayat 24 :

24. mereka (Menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu".; dan surah Al-A’raf ayat 138 :

138. dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum Yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan Yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum Yang jahil.

Pendapat Ibnu Hajar ini merupakan pemahaman yang baik dalam memahami maksud hadith kerana ada beberapa perkataan dan ungkapan dalam kisah Israiliyyat yang boleh membawa kepada kekufuran. Tetapi, ia hanya diceritakan sebagai suatu peringatan dan manfaat bersama.

Adapun hadith ke-3159 riwayat Imam Abu Daud di atas, ia ditujukan kepada mereka bukannya kita kerana Nabi tidak menyuruh di dalamnya supaya meriwayatkan sesuatu daripada Ahli Kitab bahkan seolah-olah ia mengajar kepada umat Islam supaya beradab ketika berbicara dengan mereka selari dengan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-'Ankabut ayat 46 :

Page 7: Asal kalimah israeliyyat

46. dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri."• Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab “Ma’arij Al-Usul” : (Al-Quran adalah sendiri pada zatnya, dan orang yang membaca Al-Quran tidak berhajat kepada kitab-kitab terdahulu yang menjelaskannya. Berbeza dengan orang Nasrani contohnya, mereka memerlukan kepada kitab Taurat untuk memahami hukum-hakam dalam agama mereka).

; kemudian beliau berkata lagi : (tetapi hadith-hadith yang menceritakan tentang Israiliyyat ini disebutkan untuk sokongan bukannya sebagai suatu pegangan).

Kesimpulan :

Berdasarkan kepada pendapat para Imam yang disebutkan, kita membuat ulasan seperti berikut :

1. Boleh meriwayatkan kisah Israiliyyat yang selari dengan syariat hanya sebagai sampingan bukan pegangan.2. Boleh meriwayatkan kisah pada bahagian ketiga – yang tidak disebutkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah – hanya sebagai i’tibar seperti yang disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah.3. Tidak boleh meriwayatkannya pada perkara yang bertentangan dengan ajaran agama – bahagian yang kedua – melainkan perlu ingkar dan menjelaskan kesalahannya.

Rujukan :

1. Al-Quran Al-Karim.2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.3. Sahih Muslim, karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.4. Al-Israiliyyat Wal Maudhu’at Fi Kutub At-Tafsir, karangan Dr. Muhammad bin Abu Syahbah.5. Al-Israiliyyat Wal Maudhu’at Wa Bida’ At-Tafasir Qadiman Wa Hadithan, karangan Hamid Ahmad At-Tahir Al-Basyuni.

LMBARAN 2

Page 8: Asal kalimah israeliyyat

Berikut keterangan dalam kitab Ushul fi Tafsir:

Israiliyat adalah berita yang dinukil dari orang Bani Israil, baik yang beragama Yahudi atau Nasrani. Dan umumnya berasal dari masyarakat Yahudi.

Ditinjau dari kedudukannya, israiliyat dibagi menjadi 3:

Pertama, berita yang diakui kebenarannya dalam Islam. Berita israiliyat semacam ini boleh dibenarkan. Dan yang menjadi standar dalam hal ini adalah dalil Al-Quran atau hadis shahih.

Di antara contohnya adalah hadis dari Ibnu Mas’ud, bahawa ada seorang pendeta Yahudi yang mendatangi Nabi s.a.w, dan mengatakan,

: الملك أنا فيقول إصبع على الخالئق وسائر إصبع، على السماوات يجعل الله أن نجد إنا محمد، يا

“Wahai Muhammad, kami mendengar bahawa Allah menjadikan langit di satu jari dan semua makhluk juga di salah satu jari. Lalu Allah berfirman: “Sayalah Raja.”

Mendengat hal ini, Nabi s.a.w langsung tertawa, sehingga terlihat gigi geraham beliau, kerana membenarkan ucapan si pendeta. Kemudian Nabi s.a.w membaca firman Allah,

ه ان سبح مينه بي ات م طوي م او ات و الس ام ة القي وم ي ق بض ته ج ميعا رض و األ ق دره ح ق ه الل ق د روا و م ا يشركون ع ما ع ال ى و ت

“Mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (QS. Az-Zumar: 67)

(HR. Bukahri no. 4811 dan Muslim 2786)

Kedua, berita yang didustakan dalam Islam; berita semacam ini kedudukannya batil, dan wajib diingkari. Misal, Nabi Isa adalah putra Allah, atau seperti yang disebutkan dalam hadis Jabir berikut:

أحول الولد جاء ورائها، من جامعها إذا تقول اليهود كانت

“Orang Yahudi mengatakan, jika seorang suami mendatangi istrinya dari belakang maka anaknya nanti juling.”

Kemudian Allah dustakan anggapan orang Yahudi ini dengan menurunkan firman-Nya:

شئتم ى ن أ كم رث ح ف أتوا كم ل ح رث اؤكم نس

“Istri kalian addalah ladang bagi kalian, maka datangilah ladang kalian, dari mana saja yang kalian inginkan.” (QS. Al-Baqarah: 223)

(HR. Bukhari 4528 dan Muslim 1435)

Page 9: Asal kalimah israeliyyat

Ketiga, berita yang tidak dibenarkan dan tidak didustakan dalam Islam. Kedudukan berita semacam ini disikapi pertengahan (tawaquf), tidak boleh didustakan, keranaboleh jadi itu benar, dan tidak dibenarkan, keranaboleh jadi itu dusta.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan, “Orang ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa ibrani dan menafsirkannya dengan bahasa Arab kepada kaum muslimin.”

Kemudian Nabi s.a.w bersabda,

: يكم إل و أنزل ا ين إل أنزل ذي بال ا آم ن وقولوا تكذبوهم، وال الكتاب أهل تصدقوا ال

“Janganlah kalian membenarkan ahli kitab dan jangan pula mendustakannya, namun ucapkan: Kami beriman dengan kitab yang diturunkan kepada kami (al-Quran) dan kitab yang diturunkan kepada kalian.” (HR. Bukhari, 4485)

Hanya saja, dalam syariat kita, dibolehkan menceritakan berita Bani Israil, tanpa untuk tujuan diimani dan dibenarkan atau didustakan.

Nabi s.a.w bersabda:

م مقعده فليتبوأ متعمدا على كذب ومن حرج، وال إسرائيل بني عن وحدثوا آية، ولو عني بلغواالنار

“Sampaikanlah dariku meskipun hanya satu ayat. Sampaikan kabar dari Bani Israil, dan tidak perlu merasa berat. Siapa yang berdusta atas namaku, hendaknya dia siapkan tempatnya di neraka.” (HR. Bukhari 3461)

Dan umumnya, kabar israiliyat ini tidak memiliki banyak manfaat penting dalam agama. Hanya sebatas cerita atau dongeng, seperti warna bulu anjing Ashabul Kahfi, siapa namanya, kisah tentang keluarga nabi-nabi masa silam, yang itu jika diketahui, tidak menambah amal kita.

Sumber: https://konsultasisyariah.com/11701-pengertian-israiliyat.html

Inilah petanda kepada hadith baginda :

هري الز م عم رع ن ا ن ر خب أ اق ز ع بدالر ا ن ح دث الم رو زي ابت ث بن مح مد بن حم د أ ا ن ح دث

ص لى ه الل سول ر عند ج الس هو م ا ين ب ه ن أ بيه أ ع ن نص اري األ ة مل ن بي أ ابن ني ر خب أ

ه ذه م ل ك ت ت ه ل امح مد ي ف ق ال ة از ن بج مر هود الي من جل ر و عند ه م ل و س يه ع ل ه الل

ف ق ال م ل ك ت ت ه ا إن هودي الي ف ق ال م عل أ ه الل م ل و س يه ع ل ه الل ى ص ل بي الن ف ق ال ة از ن الج

ذبوهم تك و ال تص دقوهم ف ال اب الكت هل أ كم م اح دث م ل و س يه ع ل ه الل ص لى ه الل سول ر

ذبوه تك م ل ح قا ان ك و إن تص دقوه م ل اطال ب ان ف إنك و رسله ه بالل ا آم ن و قولوا

Page 10: Asal kalimah israeliyyat

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Tsabit Al Marwazi telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku Ibnu Abu Namlah Al Anshari dari Ayahnya bahawa ketika ia sedang duduk di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang saat itu di sisi beliau ada seorang Yahudi, lewatnya jenazah di hadapan beliau. Lalu orang Yahudi itu berkata, "Wahai Muhammad, apakah jenazah ini berbicara?" Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kemudian menjawab: "Allah lebih mengetahui." Orang Yahudi itu pun berkata, "Sesungguhnya jenazah tersebut berbicara." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apa yang diceritakan oleh orang-orang ahli kitab kepada kalian maka janganlah kalian percayai atau kalian dustakan. Tetapi katakanlah, 'aku beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya'. Jika mereka dusta maka kalian tidak mempercayainya dan jika benar maka kalian tidak mendustakannya." (Hadith ke-3159 riwayat Imam Abu Daud)