31
PENGENALAN Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Selain itu, pendidikan khas juga merupakan satu perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan juga golongan pintar cerdas. Sejarah Pendidikan khas di pandang remeh pada masa dahulunya dan dianggap individu yang kelainan upaya ini sebagai pembawa nasib malang kepada keluarga. Difahamkan kerana, individu yang kelainan upaya ini sering mendatangkan masalah seperti tidak mampu bergerak dengan cara yang normal mahupun tidak mampu menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain. Walhal, individu kelainan upaya ini juga ada kalanya dapat menandingi individu yang normal dalam banyak persaingan. Di Dalam Negara Malaysia, Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid tersebut.

Assignment PKU

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assignment PKU

PENGENALAN

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-

kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan

penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada

rancangan sekolah biasa. Selain itu, pendidikan khas juga merupakan satu perkhidmatan

dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, yang terdiri

daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan

emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang

pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan

juga golongan pintar cerdas.

Sejarah Pendidikan khas di pandang remeh pada masa dahulunya dan dianggap

individu yang kelainan upaya ini sebagai pembawa nasib malang kepada keluarga.

Difahamkan kerana, individu yang kelainan upaya ini sering mendatangkan masalah seperti

tidak mampu bergerak dengan cara yang normal mahupun tidak mampu menjalani

kehidupan seperti individu normal yang lain. Walhal, individu kelainan upaya ini juga ada

kalanya dapat menandingi individu yang normal dalam banyak persaingan.

Di Dalam Negara Malaysia, Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa

rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional dengan

menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian

bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula

selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan

murid tersebut.

Page 2: Assignment PKU

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia

Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas

menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan

pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan

(development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan

kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).

Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada

peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan

khas seperti berikut :-

• kebolehan kognitif

• perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial

• penguasaan bahasa lisan / pertuturan

• penguasaan membaca

• kemahiran matematik

• kemahiran pertumbuhan asas manusia

• kemahiran berdikari

• kemahiran keusahawanan

• kebolehan penglihatan

• kebolehan pendengaran

Page 3: Assignment PKU

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan

sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya

penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun

1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor

Bahru untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak

di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar

“lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap

umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah

Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian

Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan

kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap

individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia

bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan : Keperluan-

keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-

langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk

semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem

pendidikan. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah

mengisytiharkan Hak Kanak- kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-

kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan

mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin.

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961.

Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah

yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya”.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran

melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan

dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.

Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya

bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan

hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak

Page 4: Assignment PKU

persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-

badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus

digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun

1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk

mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang

upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan

ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya,

Jawatankuasa ini menetapkan :

• Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak- kanak bermasalah

penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak- kanak bermasalah pembelajaran

(terencat akal) yang boleh dididik.

• Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak

yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.

• Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan

menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961

disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai

Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa :

Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era

baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas

jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada

menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan

pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan

bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun 41.

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) :

• Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang

menerima pendidikan khas.

• Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.

• Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi

pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

Page 5: Assignment PKU

Definisi Masalah Lembam (Slow Learner)

Murid bekeperluan khas yang disahkan mempunyai masalah lembam atau juga

dikenal pasti sebagi murid ‘Slow Learner’ kebiasaanya mempunyai masalah untuk mengikuti

pelajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran dan juga

pembelajaran normal. Hal ini kerana mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya

dan juga minat mereka terhadap proses pembelajaran dan juga pengajaran yang dilakukan

oleh guru. Oleh itu, murid yang mempunyai masalah lembam sering menunjukkan ciri-ciri

yang sama seperti masalah kecacatan yang lain, masalah golongan ini sering disalah tafsir

dan juga sukar untuk dikenal pasti. Mereka kebiasaanya akan mempamerkan tingkah laku

negatif seperti malas, tidak memberikan perhatian dan juga tidak berminat terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Mereka juga akan menunjukkan sikap yang

tidak matang berbanding pelajar lain dan juga mudah lupa. Oleh yang demikian,

Kementerian Pendidikan Malaysia meletakkan golongan murid lembam ini sebagai murid

yang mempunyai masalah pembelajaran.

Masalah pembelajaran ini dianggap sebagai masalah neurologi dan keadaan ini tidak

berkaitan dengan kebolehan IQ seseorang kerana kebiasaanya tahap IQ individu yang

mempunyai masalah pembelajaran adalah berada di tahap normal walaupun mereka

diletakkan dalam golongan bermasalah pembelajaran (Mohd Sharani Mohd, 2006). Menurut

Mohd Sharani Mohd (2006), masalah pembelajaran adalah berkaitan dengan cara otak

manusia untuk menerima, memproses, menganalisa, dan juga menyimpan maklumat.

Masalah pembelajaran ini merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih proses yang ada

dan seterusnya mempengaruhi keupayan seseorang invidu untuk mendengar, berfikir,

bertutur, membaca, menulis, mengeja dan juga mengira.

Menurut Hallhan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan

Khas (IIDEA-1997) mendefinisikan masalah lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan

pada proses asas psikologi kanak-kanak yang mengakibatkan pemahaman atau

penggunaan bahasa seperti kebolehan menulis dan juga membaca akan terganggu. Selain

itu, kebolehan mendengar, berfikir, bertutur, mengeja dan mengira juga turut terjejas.

Masalah lembam ini juga boleh ditakrifkan sebagai masalah yang mempunyai pelbagai

kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna seperti

Page 6: Assignment PKU

perkembangan akademik, bahasa dan juga pertuturan. Kanak-kanak yang mempunyai

masalah lembam ini akan menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca,

mengira, menulis dan adakalanya mempamerkan masalah atau kecelaruan yang lain seperti

masalah tingkah laku dan juga keupayaan untuk bersosial.

Jamila (2008), mengatakan bahawa adalah sukar untuk mengenal pasti seseorang

kanak-kanak yang mempunyai masalah lembam pada peringkat awal kerana masalah ini

hanya akan dapat dikenal pasti setelah kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan

dan terdapat bukti bahawa mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, mengira

dan juga menulis. Menurut beliau, garis pemisah yang jelas antara perkembangan antara

kanak-kanak normal dan juga kanak-kanak lembam adalah tidak begitu ketara dan masalah

lembam yang dialami oleh seseorang kanak-kanak hanya akan dapat dilihat dengan jelas

setelah kanak-kanak itu berada di dalam sistem pendidikan. Messe (2001), menambah

bahawa keupayaan intelektual kanak-kanak lembam ini biasanya berada dalam tahap

sederhana iaitu pada tahap 85 atau kurang dalam skor ujian saringan kecergasan

berbanding dengan kanak-kanak normal ini. Melalui skor ujian ini, kanak-kanak lembam ini

mempunyai kecelaruan untuk berfungsi seperti kanak-kanak yang lain.

Brennan (1974), pula menakrifkan murid yang mempunyai masalah lembam sebagai

murid yang gagal untuk melaksanakan kerja sekolah yang normal seperti kumpulan sebaya

mereka dan mereka juga dikenalpasti sebagai murid yang kurang aktif serta kurang

berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah. Seterusnya, murid yang

mempunyai masalah lembam ini juga dilihat sebagai golongan kanak-kanak yang tidak

menunjukkan kesuburan akademik seperti kanak-kanak yang lain dan keupayaan mereka

untuk menunjukkan pencapaian seperti kanak-kanak yang sebaya dengan mereka adalah

terhad dan berada di tahap yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain

(Johnson, 1963).

Page 7: Assignment PKU

Ciri-ciri Kanak-Kanak Bermasalah Lembam

Kanak-kanak yang mempunyai masalah lembam biasanya akan menghadapi masalah

yang ketara dalam pencapaian pelajaran atau pun pencapaian akademik mereka. Kanak-

kanak ini cenderung untuk mendiamkan diri mereka, bersifat tidak aktif dan sukar untuk

menerima arahan berbanding kanak-kanak normal lain. Mereka juga mengalami kesukaran

untuk menjalankan hubungan sosial khususnya dalam berkomunikasi seperti kanak-kanak

biasa. Di alam persekolahan pula, mereka dapat dikenal pasti melalui tingkah laku mereka

yang sukar untuk menyebut huruf di mana mereka akan kebiasaanya tersalah sebut huruf

yang ditunjukkan mahupun bertukar-tukar huruf (Jamila, 2005).

Manakala ketika proses menulis dan juga membaca, kanak-kanak lembam ini selalunya

akan meninggalkan huruf-huruf, suku kata atau perkataan dan mereka juga akan kerap

melakukan kesalahan dalam tanda baca dan juga dalam ejaan. Menurut Jamila (2008), lagi

tulisan kanak-kanak lembam ini juga selalunya buruk dan sukar untuk dibaca dan mereka

cenderung untuk menulis dengan ketetapan sama ada menaik atau pun menurun. Mereka

juga akan biasa untuk menulis huruf secara terbalik atau pun menulis secara salah

turutannya. Messe (2001), pula telah menyenaraikan beberapa ciri khas yang dimiliki oleh

kanak-kanak bermasalah lembam ini dan menurut beliau terdapat tiga ciri utama yang dapat

dikenal pasti bagi golongan kanak-kanak istimewa ini. Ciri-ciri yang dikenal pasti menurut

Messe (2001), adalah ciri-ciri kognitif, ciri-ciri akademik dan juga ciri-ciri sosial emosi. Ciri-ciri

kanak-kanak lembam mengikut Messe (2001), adalah seperti berikut :

a) Ciri-ciri Kognitif :

Kanak-kanak lembam adalah golongan kanak-kanak yang menunjukkan keupayaan

intelektual mereka di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana iaitu IQ mereka

berada di tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan. Kanak-kanak ini juga

dikatakan mengalami kesukaran dalam memberikan perhatian, mengumpul atau

memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

Page 8: Assignment PKU

b) Ciri-ciri Akademik :

Di dalam kemahiran 3M iaitu kemahiran mengira, membaca dan juga menulis, kanak-kanak

bermasalah lembam ini akan mengalami kesukaran yang paling ketara dalam proses

membaca (Hallahan dan Kaufman, 2006; Messe 2001) dan masalah dalam proses

membaca ini adalah mengatasi masalah-masalah lain yang ada seperti masalah tingkah

laku. Manakala dalam masalah matematik pula, kanak-kanak lembam ini akan sukar untuk

mengingati makna simbol-simbol yang digunakan dalam rumus matematik dan mereka juga

akan cenderung untuk mengalami masalam dalam menyelesaikan permasalahan matematik

yang panjang yang kebiasaanya menggunakan beberapa konsep seperti campur, bahagi

dan juga tolak.

c) Ciri-ciri Sosial-Emosi

Kanak-kanak bermasalah lembam ini menunjukkan masalah kurang tumpuan, kesukaran

memproses maklumat, kecuaian, dan juga kepayahan untuk melakukan beberapa turutan

tugas yang diberikan kepada mereka. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gangguan

sosial-emosi terhadap diri mereka kerana mereka sedar akan kekurangan diri mereka yang

tidak dapat berfungsi secara baik seperti kanak-kanak sebaya mereka. Hasilnya keadaan

emosi mereka terganggu dan seterusnya jaringan sosial mereka akan terbatas akibat

daripada kekurangan yang dialami oleh diri mereka.

Selain daripada ketiga-tiga ciri yang dijelaskan oleh Messe (2001) dan Jamila (2008)

turut menambah bahawa akibat daripada kekurangan yang dialami oleh kanak-kanak

lembam ini, mereka juga akan cenderung untuk menggangu rakan-rakan mereka

terutamanya dalam persekitaran bilik darjah. Dengan masalah kurang tumpuan serta

masalah memproses maklumat, kanak-kanak ini akan hilang tumpuan dan juga minat dalam

sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran dan keadaan ini akan menyebabkan mereka

lebih cenderung untuk menggangu rakan-rakan mereka yang turut berada dalam kelas yang

sama.

Page 9: Assignment PKU

Punca-Punca Masalah Lembam

Peringkat Pranatal

Menurut Jamila (2008), punca biologi merupakan salah satu punca berlakunya masalah

lembam dalam kalangan kanak-kanak. Menurut beliau, punca biologi ini merangkumi

beberapa faktor seperti faktor baka dan juga penyakit-penyakit yang menjejaskan fungsi

otak dan juga urat saraf manusia. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran atau lebih dikenali

sebagai asphysia atau masalah lembap lapisan otak dan juga sawan yang berpanjangan

boleh menyebabkan masalah disfungsi urat saraf otak manusia. Dengan pelbagai masalah

ini, kanak-kanak yang berdepan dengan salah satu atau lebih masalah ketika dilahirkan

akan cenderung untuk mempunyai masalah lembam apabila mereka meningkat ke dewasa.

Pakar kanak-kanak turut menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah

(lead poisoning) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah lembam

bagi kanak-kanak tersebut (Jamila, 2008).

Selain itu, masalah pengambilan ubat oleh wanita hamil juga akan menyebabkan

masalah lembam bagi anak yang dilahirkan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin adalah tidak

diketahui dengan jelas dan pendedahan janin terutama pada peringkat satu hingga tiga

bulan kandungan akan memberikan kesan kepada janin tersebut. Risiko adalah tinggi untuk

anak yang dilahirkan mempunyai masalah atau kecacatan bagi ibu hamil yang mengambil

ubat-ubatan pada peringkat empat hingga sembilan bulan adalah lebih kurang berbanding

dengan pengambilan ubat-ubatan sewaktu trimester pertama. Wanita hamil juga tidak

digalakkan untuk mengambil makanan suplemen atau multivitamin tanpa nasihat doktor dan

kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan memungkinkan anak mereka untuk

mengalami masalah lembam selepas dilahirkan.

Jangkitan kepada ibu hamil juga akan menyebabkan masalah lembam kepada anak

yang bakal dilahirkan. Jangkitan yang teruk kepada ibu yang hamil akan memberikan kesan

yang teruk kepada janin yang dikandung terutamanya kecacatan di bahagian otak mahupun

Page 10: Assignment PKU

sistem saraf janin. Ibu hamil yang menghidapi rubella, campak atau pun siflis akan

menyebabkan embrio mengalami kecacatan. Selain itu, ibu yang terlibat dengan masalah

dadah atau penyalahgunaan alkohol turut akan menyumbang kepada masalah lembam bagi

anak yang dikandung oleh mereka. Masalah penyalahgunaan dadah dan juga alkohol oleh

ibu hamil akan membantutkan perkembangan bayi mereka berbanding dengan bayi normal

lain.

b) Peringkat Perinatal

Menurut Mohd Sharani Mohd (2006), terdapat beberapa faktor yang boleh

menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami masalah lembam akibat daripada

peringkat perinatal mereka. Kebiasaannya bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak

cukup matang atau berat badan mereka kurang daripada 2500g adalah mempunyai risiko

yang tinggi untuk mengalamami kecacatan masalah lembam apabila mereka meningkat

dewasa kelak. Usia kandungan memainkan faktor penting dalam mempengaruhi

perkembangan bayi ketika dilahirkan.

c) Peringkat Pasnatal / Pasca Natal

Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang masalah atau kecacatan boleh mengalami

kecacatan yang mungkin disebabkan oleh penyakit, keadaan persekitaran dan juga

kemalangan. Menurut Jamila (2008), antara penyakit yang boleh menyebabkan masalah

kepada bayi yang dilahirkan ialah penyakit Encephalatis iaitu sejenis penyakit yang

disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika penyakit ini tidak dirawat

dengan segera, bayi kemungkinan akan mengalami masalah kerencatan otak. Virus ini

boleh dibawa oleh nyamuk atau pun haiwan yang dijangkiti oleh rebes. Selain itu, keadaan

persekitaran dimana bayi membesar juga memainkan peranan yang penting. Kehidupan

keluarga yang terlalu miskin dan daif akan menyebabkan kekurangan kemudahan dan ini

akan merencatkan proses perkembangan fizikal dan juga mental kanak-kanak. Dan

kebanyakkan saintis berpendapat bahawa perkembangan IQ seseorang dipengaruhi oleh

keadaan disekeliling mereka.

Page 11: Assignment PKU

Latar Belakang Murid

Page 12: Assignment PKU

NAMA : MOHAMAD ARIF BIN SUHAIMI

TARIKH LAHIR : 7 JUN 1992

UMUR : 22 TAHUN

BANGSA : MELAYU

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

NAMA BAPA : SUHAIMI BIN MOHAMED

NAMA IBU : RAISAH BTE KHALID

JENIS KECACATAN : SYNDROM DOWN DAN LEMBAM

LAPORAN PEMERHATIAN

Page 13: Assignment PKU

Kategori dan Ciri-Ciri

Mohamad Arif merupakan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah sindrom

down dan lembam, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan bersih.

Walaubagaimanapun, Mohamad Arif mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak walaupun

usianya 22 tahun dan dia seorang peramah. Dari aspek pergaulan pula, Mohamad Arif lebih

suka berkawan dengan kanak-kanak berusia kecil daripadanya.Dia gemar menonton

televisyen dan rancangan hiburan. Arif didapati lebih suka untuk menari sendiri di rumah dan

gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan sekelasnya dan juga jiran-jirannya. Arif tidak

gemar untuk membaca dn bersukan. Dia tidak aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

Hal ini jelas menunjukkan Arif lebih suka untuk melakukan sesuatu aktiviti secara

berkumpulan.

Selain itu, Arif juga seringkali melakukan aktiviti yang disukainya iaitu berkebun di tanah

lapang bersebelahan rumah dia. Dari segi aktiviti bermain, didapati Arif tidak berapa

memberi tumpuan terhadap aktiviti bermain yang dilakukan di sekolah. Dari pengamatan

saya, Arif hanya menggemari melukis dan mewarna, jadi tidak hairan sekiranya Aiman boleh

melukis gambar kartun seperti upin dan ipin, boboi dan sebagainya dengan sendirian. Selain

itu, semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran, didapati Arif juga sukar untuk menyiapkan

tugasan yang diberikan kepadanya. Ini kerana tumpuan yang diberikan tidak lama. Dia

berasa bosan untuk belajar dan tidak mahu mengenal huruf.

Page 14: Assignment PKU

Bahasa dan komunikasi

Melalui pemerhatian saya, Arif boleh menuturkan beberapa perkataan dengan jelas

namun perbendaharaan kata yang dimiliki adalah sangat terhad. Ini mungkin adalah

disebabkan beberapa faktor. Pertama sekali adalah disebabkan sikapnya yang tidak

memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dan pengajaran juga menyebabkan Aiman

mungkin tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang baru. Dari segi fonologi

bagaimana pun Arif dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik.

Selain itu, kanak-kanak ini juga seringkali membunyikan sesuatu yang agak kurang

difahami. Dalam erti kata yang lain ‘bubling’ juga merupakan salah satu aspek yang terdapat

kepada pencirian kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga didapati lebih suka bernyanyi dan

bercakap bersendirian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya akan berkomunikasi

dengan rancak dengan dunia sendirinya sahaja. Dalam aspek pertuturan juga, murid

lembam seperti ini tidak dapat mengungkapkan ayat yang panjang. Ini adalah disebabkan

faktor bahasanya yang terhad tadi. Sebagai contoh, semasa proses pembelajaran, Arif tidak

akan menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melalukan aktiviti yang

disukainya iaitu membetulkan melukis dan mewarna.

Arif juga tidak akan menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya. Dari

aspek komunikasi, Arif merupakan kategori yang agak sukar untuk berkomunikasi

dengannya. Ini adalah disebabkan sikapnya yang tidak ingin tahu perkataan yang baru. Dari

aspek non verbal Arif juga mempamerkan beberapa contoh mimikmuka sebagai bahasa

isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh, sekiranya dia mula hilang tumpuan, Arif

akan mula mempamerkan raut wajah yang menunjukkan dia sudah jemu seperti mencebik.

Selain itu, Arif juga akan menggelengkan kepala untuk membantah dan tidak mahu

melakukan sesuatu arahan kepadanya.

Melalui pemerhatian saya juga, Arif juga mengalami masalah untuk menaksirkan mesej

atau pun kod bahasa. Hal ini kerana, untuk bertutur dan memberi arahan kepada Arif, kita

perlu menunjukkan beberapa contoh sebagai tunjuk ajar.Sebagai contoh, untuk menyuruh

Arif memegang pensel dan menulis namanya, Arif kelihatan agak lambat untuk menaksirkan

arahan yang disuruh, jadi contoh secara realistik perlu ditunjukkan dan diajar untuk Arif.

Ciri-Ciri Positif

Page 15: Assignment PKU

Ciri-ciri positif Arif ialah dia merupakan seorang peramah dan pandai bergaul dengan

semua orang. Sikap peramah dia membantu untuk mendapatkan banyak kawan dan

menghilangkan perasaan tentang kekurangan dia. Arif suka menolong ibunya untuk

membuat kerja di rumah seperti menyapu rumah, membersihkan rumah dan sebagainya.

Dia sangat sayang terhadap ibunya dan suka bermanja dengan ibunya. Jika ibunya marah,

dia akan meminta maaf atas kesalahanya. Semasa ibu Arif tidur, dia akan mendodoikan

ibunya dengan penuh kasih sayang. Tambahan pula, dia tidak akan meninggikan suara

terhadap ibunya dan orang yang lebih tua daripadanya. Arif suka bekerja secara sistematik.

Dia boleh bekerja di kilang sebagai pengatur barang atau di sector pembuatan yang

sistematik. Arif juga pandai berjoget, menari, melukis, mewarna dan menyanyi. Selain itu,

Arif tidak ada masalah kesihatan yang serius. Ibu bapa Arif tidak perlu risau tentang

masalah kesihatan dia.

Semasa sesi temubual dengan Arif

Page 16: Assignment PKU

Ciri-Ciri Negatif

Ciri-ciri negatif yang perlu dibetulkan ialah sikap sambil lewa yang terdapat dalam

perangai Arif. Jika sikap ini berterusan, Arif tidak akan belajar dan dia tidak boleh mengenal

huruf selama-lamanya. Selain itu, dia tidak suka bersukan dan malas untuk melibatkan diri

dalam aktiviti sukan. Dia merupakan seorang hipoaktif. Perkara ini dapat mengundang

penyakit untuk dia. Kesihatan Arif akan terjejas jika dia tidak bersukan atau bersenam. Oleh

itu, dia perlu bermain untuk menjaga kesihatan dia. Selain itu, Arif selalu bergantung pada

orang lain untuk membuat sesuatu. Dia akan menunggu arahan dan tunjuk ajar orang lain

untuk membuat kerjanya. Sikap negatif ini perlu dibetulkan secepat mungkin kerana hal ini

dapat menjejaskan masa depan Arif yang selalu bergantung pada orang lain.

Aktiviti Kokurikulum Yang Sesuai

Walaupun Arif tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, aktiviti

psiko motor halus seperti memulas span yang berisi air. Arif berminat untuk bermain aktiviti

psiko motor halus dan dia menunjukkan sikap aktif dalam permainan ini. Dia berasa gembira

dan selesa untuk bermain di dalam kelas atau tempat berteduh.

Pengalaman Ahli Keluarga Sebagai Pengasuh

Ibu bapa Arif sangat sayang terhadap dia. Mereka menjaga Arif seperti menatang minyak

penuh. Mereka menyayangi Arif dan memberi perhatian dan layanan yang sama terhadap

dia. Jika Arif membuat kesilapan atau bermanja sangat ibu bapa dia akan menegur secara

lembut supaya tidak menyakiti hati Arif atau menyinggung perasaan dia. Selain itu, mereka

mengambil berat tentang masa depan Arif dan bersusah payah untuk menunjuk jalan yang

betul untuk Arif. Mereka memang tidak berasa sedih tentang keadaan anaknya.

Pengalaman ibu bapa Arif ialah mereka berasa risau tentang masa depan anaknya yang

tidak stabil. Arif tidak pandai mengurus diri dan tidak akan menumpu perhatian dalam

pengajaran di sekolah biasa. Mereka mencari jalan untuk menstabilkan masa depan anak

mereka yang kurang upaya. Ibu bapa Arif menghantar Arif ke Pusat Dalam Komuniti Kelapa

Sawit untuk memberi ilmu dan belajar cara berdikari. Selepas dia menjadi ahli di PDK

Kelapa Sawit dia telah mempelajari banyak seperti cara mengurus diri dan cara bergaul di

Page 17: Assignment PKU

kalangan orang ramai. Ibu bapa Arif berasa lega selepas dia boleh mengikut apa yang diajar

di PDK Kelapa Sawit.

Seterusnya, ibu bapa Arif juga pernah mengalami kesusahan wang untuk perbelanjaan

anak khas mereka. Mereka sudah mengatasi semua masalah-masalah yang dihadapi demi

anak kesayangan mereka. Mereka tidak pernah menyerah kalah dan menjadi dorongan

moral untuk Arif. Mereka menjadi suri teladan yang baik kepada Arif.

Pengalaman Guru Yang Mendidik

Satu sesi temubual telah dijalankan bersama Cikgu Sufiah Mahmood yang merupakan

pendidik kepada Arif. Beliau mengalami kesusahan untuk mengajar mengira kepada Arif.

Arif lemah dalam matematik dan dia tidak akan menumpukan perhatian semasa mengajar.

Arif senang lupa dan dia memang susah untuk mengingati apa yang diajarkan oleh cikgu di

kelas.

Selain itu, Arif suka mendiamkan diri semasa pengajaran berlaku. Dia akan bergantung

pada orang untuk menjawab soalan yang senang ditujukan kepada dia. Arif akan

menunjukkan sikap yang tidak matang semasa dia bersama kawan-kawannya. Pada masa

itu, cikgu akan mengalami kesukaran untuk mengawal dia dan menarik tumpuan Arif

terhadapnya. Mereka perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk

mengajar Arif di kelas. Oleh itu, Arif akan memberi perhatian terhadap cikgu dan dia dapat

belajar apa yang cikgu ingin sampaikan kepadanya.

Page 18: Assignment PKU

CIRI-CIRI SINDROM DOWN

Kepala yang kecil

Kepala yang kecil

Pembukaan mata yang kecil

Bibir atas yang nipisHidung yang pendek

Lipatan di sudut bahagian mata sudut

Pertengahan wajah yang datar

Piltrum yang halus dan menghilang

Rahang yang kecil

Page 19: Assignment PKU

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Mohamad Arif bukan

seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian

untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi juga

melibatkan Ibu bapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnya akan

membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan tidak lagi

ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru juga tidak seharusnya

putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam

diri murid ini.

Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru pemulihan

sahaja, tetapi ianya harus melibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli

keluarga murid ini seperti abang yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah yang

diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibu bapa kepada murid ini.

Walaupun Mohamad Arif tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam pembelajaran,

murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti murid-

murid lain.

Page 20: Assignment PKU

GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL SEMASA SESI TEMUBUAL

Page 21: Assignment PKU
Page 22: Assignment PKU
Page 23: Assignment PKU

Latar Belakang Murid

Page 24: Assignment PKU