25
ISI KANDUNGAN : ISI KANDUNGAN :..............................................1 1.0 PENGENALAN ETIKA...........................................3 2.0 Maksud Etika...............................................3 3.0 KOD ETIKA DALAM KAUNSELING.................................5 4.0 KEPENTINGAN ETIKA.........................................7 5.0 LIMA PRINSIP ETIKA.......................................7 1. Autonomi...................................................7 2. Beneficence................................................8 3. Nonmaleficence.............................................8 4. Justice....................................................8 5. Fidelity...................................................9 6.0 ETIKA DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN......................9 a. Guru tidak mengambil alih tugas Kaunselor..................9 b. Menjaga kerahsiaan........................................10 c. Meneroka alternatif yang sesuai...........................10 d. Pembimbing dan penasihat perlu menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuan dan batasan.......................10 e. Setiap pelajar diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh, adil dan saksama.................................11 f. Memahami dan menyedari bahawa setiap pelajar adalah unik dan berbeza...................................................... 11 g. Mewujudkan kemesraan dan hubungan baik dengan pelajar dan pihak berkaitan.............................................. 12 h. Sentiasa meningkatkan kemahiran Interpersonal dan menambah pengetahuan serta kemahiran..................................12 i. Sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan dan permasalahan pelajar.........................................12 TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 1

Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

ISI KANDUNGAN :

ISI KANDUNGAN :..............................................................................................................1

1.0 PENGENALAN ETIKA............................................................................................................3

2.0 Maksud Etika......................................................................................................................3

3.0 KOD ETIKA DALAM KAUNSELING........................................................................................5

4.0 KEPENTINGAN ETIKA..........................................................................................................7

5.0 LIMA PRINSIP ETIKA..........................................................................................................7

1. Autonomi............................................................................................................................7

2. Beneficence........................................................................................................................8

3. Nonmaleficence..................................................................................................................8

4. Justice.................................................................................................................................8

5. Fidelity................................................................................................................................9

6.0 ETIKA DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN.................................................................9

a. Guru tidak mengambil alih tugas Kaunselor.......................................................................9

b. Menjaga kerahsiaan..........................................................................................................10

c. Meneroka alternatif yang sesuai.......................................................................................10

d. Pembimbing dan penasihat perlu menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuan dan batasan.........................................................................................................10

e. Setiap pelajar diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh, adil dan saksama........11

f. Memahami dan menyedari bahawa setiap pelajar adalah unik dan berbeza...................11

g. Mewujudkan kemesraan dan hubungan baik dengan pelajar dan pihak berkaitan..........12

h. Sentiasa meningkatkan kemahiran Interpersonal dan menambah pengetahuan serta kemahiran.................................................................................................................................12

i. Sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan dan permasalahan pelajar.............12

j. Menerima pelajar tanpa syarat.........................................................................................13

k. Sentiasa fokus kepada isu dan penyelesaian pelajar tanpa mencampuradukkan aspek peribadi.....................................................................................................................................13

l. Bersifat terbuka dan tidak menghukum............................................................................13

m. Sentiasa ikhlas dan bersedia untuk membantu............................................................14

n. Tidak meletakkan nilai peribadi kepada pelajar dalam penyelesaian masalah.................14

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 1

Page 2: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

o. Menjalankan tindakan susulan.........................................................................................14

p. Membuat penilaian...........................................................................................................15

7.0 ISU ETIKA...........................................................................................................................15

8.0 KESIMPULAN.....................................................................................................................16

9.0 Bibliografi..........................................................................................................................17

10.0 Lampiran.......................................................................................................................18

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 2

Page 3: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

1.0 PENGENALAN ETIKA

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional

serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman

Mohamed, (dalam Othman Mohamed, 2005:283-284),  kod etika merupakan tatasusila

yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli

sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis

profesional.

Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di

antara satu dengan yang lain, iaitu ;1) Pola hidup am atau suatu cara hidup.2) Set

peraturan tingkah laku atau kod moral

3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.

Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah

laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya

manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan

norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu

mematuhi kod etika dianggap penting baik membantu membuat keputusan dalam

pengendalian kelompok.

2.0 Maksud Etika

Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu.  Etika

dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor.  Individu yang

terlibat dalam profesion kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan

supaya menjaga imej bidang kaunseling.  Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah

yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai.  Berdasarkan perkara ini,

penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan

masyarakat tempatan.

Menurut MacCluskie dan Intergersoll, 2011 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd

Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006: 202) , etika berasal daripada perkataan Greek

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 3

Page 4: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

yang bermaksud “watak” atau “resam” yang merujuk kepada piawaian perlakuan

manusia. Menurut Corey, Corey dan Callanan ,1988 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd

Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika merupakan  tatasusila yang

menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu

profesion. Ia merupakan piawai asas bagi mencerminkan satu praktis professional dan

merupakan suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi.

Berdasarkan kepada Kamus Dewan , 1998 (dalam Khadijah Rohani binti Mohd

Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad, 2006; 202), etika membawa makna “prinsip moral

(atau akhlak ) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau

sesuatu kumpulan ( persatuan, pekerjaan dan lain-lain)”. Ianya adalah nilai dan garis

panduan yang harus dipatuhi oleh kaunselor dalam menjalankan tugas masing-masing.

Disamping itu , etika juga merupakan satu ingatan kepada ahli supaya dibimbing

dengan peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan

pelajar. Etika juga memberi bantuan kepada ahli dalam sesuatu profesion agar dapat

memikirkan serta boleh boleh mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu

keputusan apabila berhadapan dengan isu moral.

Kitchener ( dalam Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim , 2010:56-57)

menjelaskan etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia

dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak,

sama ada perlakuan ataupun nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-

prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling

dijalankan. Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai

antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien dan juga

kaunselor.

Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi seminggu yang mengambil masa 50

minit. Sesi ini dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling

kumpulan, perkahwinan dan keluarga. Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang

dilakukan dalam perjanjian yang ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi

rawatan susulan digalakkan kerana pertemuan pertama kadangkala tidak dapat

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 4

Page 5: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

menyelesaikan masalah. Menurut Hodgkinson, 1992 ( dalam Baharom Mohamad dan

Iliyas Hashim , 2010:57) , sesi kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek atau

jangka panjang.

Kaunseling jangka pendek merupakan perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling

selama 6-12 sesi. Namun,  perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir

tidak dapat menyelesaikan masalah. Ini juga bergantung pada perjanjian baru.Kaunseling

jangka panjang pula adalah perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun

ataupun lebih.Menurut  Peterson J.V. dan Nisenholz ( dalam Baharom Mohamad dan

Iliyas Hashim , 2010:57) ,dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan supaya

rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus

bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan.

Di Malaysia terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580

dan Lembaga Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat  juga mempunyai

standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai American Counseling

Association (ACA). Dengan adanya persatuan, ia dapat mengawal aktiviti kaunseling

yang dijalankan kaunselor. Terdapat tiga kepentingan etika kaunseling yang

dibincangkan iaitu kerahsiaan , batasan professional dan menangani seksual.

3.0 KOD ETIKA DALAM KAUNSELING

Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan

yang dibina dalam sesuatu sesi. Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai

etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.

Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952 ( dalam

Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin

Jusoh , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper , 2009 :206-208), penghuraian

tentang Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian.

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 5

Page 6: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

Diantara Kod Etika Kaunseling tersebut adalah Kaunselor-kaunselor yang

mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki

perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya

kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan kereka, juga

dibimbing untuk mencari data.Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam

perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu

institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip

institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi.

Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang

dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.

Selain itu tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli

boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain,

mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat

dan sebagainya.Kaunselor juga tidak harus mencari kemajuan dengan cara membuat

perbandingan yang merugikan orang lain. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau

menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi,

bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh

orang lain.

Selain itu juga bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor

mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada

kemampuannya.Apabila kaunselor  mendapat maklumat untuk awam, dia mesti

memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah,

objektif dan data yang nyata.Kaunselor juga mesti mengetahui perbezaan antara tawaran

perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan

kaunseling mungkin hanya melibatkan satu dengan satu. Perkhidmatan penerangan

disebarkan oleh media massa. Seterusnya berhubung  dengan pekerjaan profesion,

kaunselor mesti menerima kedudukan yang sebenar supaya perkhidmatannya dapat

diteruskan.

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 6

Page 7: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

4.0 KEPENTINGAN ETIKAEtika dalam bimbingan dan penasihatan merupakan garis panduan tatalaku

kepada ahli dalam menjalankan tugasnya dan mengambil tindakan sewajarnya .Selain itu

etika juga digunakan sebagai perlindungan kepada ahli daripada sebarang tindakan yang

boleh menyebabkan kemarahan orang awam (public condemnation) jika terdapat sesuatu

salah faham dalam pelaksanaan kerja. Ia juga menyediakan asas dalam mengawal

tingkahlaku supaya berada dalam dalam landasan yang betul dan tidak tersasar daripada

amalan sepatutnya. Ia juga penting untuk menjaga dan menghormati kedudukan guru

sebagai pembimbing dan penasihat kepada pelajar disamping memastikan kepercayaan

masyarakat terhadap profesion perguruan sentiasa dipelihara. Kewujudan etika ini juga

dapat meningkatkan keharmonian dalam diri guru bimbingan dan penasihatan kerana ia

menggariskan pandua praktis yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya

mereka melaksanakan tugas yang dilaksanakan dengan betul mereka akan terhindar dari

melakukan perkara yang bertentangan dengan etika. Ketidakpatuhan kepada etika akan

mengundang kepada pelbagai masalah. Etika juga memastikan matlamat profesion

terlaksana melalui garis panduan yang telah disediakan

5.0 LIMA PRINSIP ETIKAApabila kita melakukan proses menolong,sebenarnya kita telah berusaha untuk

meringankan beban yang sedang ditanggung oleh anak didik kita. Ketika kita melakukan

proses menolong, kita sangat dituntut untuk mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan

klien kita.

Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan untuk

menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk. Menurut

Kitchener(1984), terdapat lima prinsip etika yang utama di dalam membuat keputusan

secara beretika dalam melakukan proses menolong. Lima prinsip ini juga dinamakan

sebagai “golden five principles” iaitu :

1. AutonomiAutonomi membawa maksud kebebasan untuk membuat pilihan untuk diri

sendiri. Setiap dari kita berhak untuk membuat keputusan dan mempunyai

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 7

Page 8: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

kebebasan untuk berfikir . sebagai tujuan untuk menolong, guru sepatutnya

memberi peluang kepada klien untuk membina keputusan mereka sendiri dengan

guru sebagai penggalak kepada pertumbuhan, perkembangan pelajar, minat dan

kebajikan pelajar. Elakkan daripada guru memberi peluang kepada pergantungan

pelajar kepada guru. Menurut Patterson dan Welfel(2000) autonomi seharusnya

melibatkan suatu keadaan yang mana individu itu berkemampuan untuk

memahami implikasi atau kesan daripada pilihan yang dibuat.

2. BeneficenceBeneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah.

Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan

perkembangan diri pelajar. Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang

diberikan kepada pelajar seharusnya berasaskan kepada kebajikan pelajar.

Seharusnya guru pembimbing mempunyai komitmen dan kemahiran yang tinggi

untuk membantu pelajar yang memerlukan.

3. NonmaleficenceNonmaleficence membawa maksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang

tidak baik terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Guru sangat

dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan dirinya daripada melakukan sesuatu

yang boleh membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada pelajar. Guru

pembimbing juga dituntut untuk menjaga batasan dalam perhubungan, tidak

cuai, serta sentiasa berusaha untuk mengekalkan rasa hormat kepada pelajar di

samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri

(Patterson dan Welfel,2000).

4. JusticeJustice membawa pengertian iaitu keadilan kepada semua. Sebagai seorang guru

pembimbing, guru seharusnya memberi layanan yang sama rata kepada semua

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 8

Page 9: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan

merupakan asas kepada tahap kepercayaan pelajar kepada guru dalam membina

perhubungan yang baik.

5. FidelityFidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan untuk

menolong antara guru dengan pelajar dalam suatu sesi menolong. Kejujuran dan

keihklasan merupakan suatu tanggungjawab untuk memberi kepercayaan serta

membuat janji yang jujur terhadap pelajarnya(Corey,1998).jujur dan ikhlas amat

penting dalam proses membimbing dan memebrri nasihat. Fidelity juga

merangkumi kepatuhan guru terhadap sekolah, guru besar dan profesion

keguruan.

6.0 ETIKA DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Etika bermaksud suatu sistem tingkah laku bagi sesuatu pekerjaan. Setiap profesion

seperti perguruan, perbatan, undang-undang, perakaunan dan sebagainyamempunyai kod

etikanya yang tersendiri. Dalam bimbingan dan penasihatan, terdapat 16 etika sebagai

panduan untuk guru-guru menjalankan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan. Antara

etika-etika tersebut adalah seperti berikut :-

a. Guru tidak mengambil alih tugas Kaunselor

Guru bimbingan dan penasihatan tidak boleh mengendalikan kaunseling

tetapi mereka boleh menggunakan kemahiran kaunseling dalam urusan

pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pembimbing dan penasihat perlu

menjalankan proses membimbing secara sistematik dan teratur beasaskan kepada

kemahiran kaunseling ( Kottler dan Kottler,2000).

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 9

Page 10: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

b. Menjaga kerahsiaan

Kerahsiaan merupakan komponen penting dalam perhubungan menolong.

Ianya merupakan janji atau kontrak untuk menghormati privasi pelajar iaitu tidak

membocorkan atau memberitahu apa-apa maklumat yang berkaitan dengan

bimbingan yang dijalankan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. Rahsia dan

maklumat pelajar hendaklah dipelihara oleh guru pembimbing bagi mendapatkan

kepercayaan pelajar (Salleh Lebar,1993). Oleh itu, Setiap maklumat yang

dikongsi bersama termasuk identiti pelajar hendaklah dirahsiakan kecuali perkara

yang menimbulkan kemudaratan serta kesan yang tidak baik.

c. Meneroka alternatif yang sesuai Di dalam melaksanakan bimbingan dan penasihatan, guru tidak boleh

memberitahu pelajar apa yang mereka perlu lakukan tetapi sebaliknya mereka

perlu membimbing pelajar ke arah meneroka potensi dan kebolehan mereka

( Kottler dan Kottler, 2000). Perkara ini penting untuk mengelakkan pergantungan

pelajar kepada guru. Oleh yang demikian, guru perlu mengiktiraf bahawa pelajar

juga mempunyai kuasa autonomi untuk memikirkan dan membuat keputusan

yang terbaik untuk diri mereka.

d. Pembimbing dan penasihat perlu menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuan dan batasan.

Adakalanya guru berhadapan dengan permasalahan yang rumit dan

kompleks. Oleh itu, guru perlu membuat rujukan kes-kes bimbingan yang tidak

dapat dikendalikannya. Masalah-masalah yang kompleks memerlukan kemhiran

bimbingan dan kaunseling yang khusus. Antara masalah tersebut adalah seperti

pelajar yang mengalami depresi, terlalu agresif, suka menentang pihak berkuasa,

vandalisme atau terlibat dalam kegiatan kumpulan liar dan penyalahgunaan

dadah. Sekiranya guru bimbingan dan penasihatan tidak membantu, adalah lebih

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 10

Page 11: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

baik guru tersebut merujuk kepada individu yang lebih arif aau berkebolehan bagi

mengendalikan sesuatu permasalahan daripada terus cuba membantu tetapi tidak

mempunyai kebolehan atau pengetahuan ( Noraini, 2003 ).

e. Setiap pelajar diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh, adil dan saksama.

Guru hendaklah memberikan bantuan kepada semua pelajar dengan sebaik

mungkin. Ini bermakna bantuan bukan sahaja kepada pelajar yang berada di

bawah tangungannya secara langsung seperti guru tingkatan atau guru penasihat

persatuan (Myrick dan Zuraidah,2001). Oleh itu, walaupu tidak mengenali pelajar

tersebut, jika pelajar tersebut meminta bantuan, maka guru harus memberikan

bantuan dengan sebaik mungkin. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan

lagi hubungan antara pelajar dengan guru-guru di sekolah tersebut.

f. Memahami dan menyedari bahawa setiap pelajar adalah unik dan berbeza.

Bimbingan dan pensihatan bagi setiap pelajar adaah berbeza dari segi

kebolehan, minat, bakat serta motivasi untuk belajar. Setiap orang memiliki

keistiewaan tersendiri dan berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, guru

hendaklah memberikan tumpuan kepada perbezaan individu tersebut. Guru harus

memberikan tumpuan kepada kebolehan dan keupayaan setiap individu. Dengan

cara ini seseorang guru itu dapat membantu mengenali potensi diri masing-

masing( Fadzil dan Rasidah, 2002).

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 11

Page 12: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

g. Mewujudkan kemesraan dan hubungan baik dengan pelajar dan pihak berkaitan.

Hubungan yang baik antara guru pembimbing dengan pelajar dapat

menjamin kelancaran proses penasihatan. Sikap guru yang dingin, tidak mesra

dan garang akan menyebabkan pelajar tudak mahu berkongsi masalah. Mungkin

mereka juga mempunyai tanggapan yang negatif terhadap aspek bimbingan dan

penasihatan serta guru pembimbing ( Noraini,2003). Oeh sebab itu, hubungan

yang baik mesti diwujudkan antara guru an semu pihak berkaitan seperti keluarga

pelajar, PIBG, polis, mahkamah dan pihak sekolh sendiri agar pelaksanaan dan

masalah dapat dikongsi dan ditanggung bersama untuk kebaikan pelajar.

h. Sentiasa meningkatkan kemahiran Interpersonal dan menambah pengetahuan serta kemahiran.

Setiap guru yang menjadi pembimbing perlu mempunyai kebolehan

semula jadi, latihan dan pengalaman luas untuk menjalankan tugas ini dengan

berkesan. Jadi, guru perlukan persediaan dalam bimbingan dan kemahiran

tertentu. Sesuatu ujian boleh dilakukan hanya apabila guru tersebut telah dilatih

dan cekap untu melaksanakannya ( Barki dan Mukhopadhyay, 2001). Selain itu,

pembimbing juga perlu memahami tentang tabii manusia dan kemahiran

komunikasi. Oleh yang demikian, guru pembimbing perlu melibatkan diri secara

berterusan dalam penyelidikan untuk pertumbuhan peribadinya atau

perkembangan kerjayanya.

i. Sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan dan permasalahan pelajar.

Setiap guru adalah guru pembimbing. Oleh itu, guru perlu

bertanggungjawab membantu pelajar menghadapi masalah dalam aspek

perkembangan dan mendapatkan faedah dari persekolahan. Bimbingan juga

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 12

Page 13: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

bertujuan menolong semua pelajar biasa, pelajar yang salah laras dan yang

berbakat.

j. Menerima pelajar tanpa syarat.

Seorang guru bimbingan perlu menerima sesiapa sahaja yang datang untuk

menerima bantuan daripadanya. Walau bagaimanapun, jika permintaan tersebut

melebihi kemampuannya untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan,

guru perlu merujuk kepada pihak lain seperti kaunselor dan sebagainya.

k. Sentiasa fokus kepada isu dan penyelesaian pelajar tanpa mencampuradukkan aspek peribadi.

Guru bertanggungjawab membimbing pelajar untuk membina diri dalam

aspek sosial, akademik, kerjaya dan personal atau peribadi. Setiap tindakan guru

perlulah memberi fokus kepada aspek-aspek ini dan bukan hanya sesetengah

aspek sahaja. Oleh itu guru haruslah menasihati dan membimbing pelajar supaya

tingkah laku mereka sentiasa menjurus ke jalan yang baik di samping

menitikberatkan dan memfokuskan kepada kehendak pelajar.

l. Bersifat terbuka dan tidak menghukum.Pelajar tidak boleh dipaksa berkongsi sesuatu maklumat atau menerima

sesuatu keputusan. Mereka juga tidak boleh dipaksa untuk berjumpa untuk berjumpa

atau mendapatkan nasihat. Suasana kerelaan dan kemesraanbhendaklah diwujudkan

pada setiap masa sesi bimbingan diadakan.

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 13

Page 14: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

m. Sentiasa ikhlas dan bersedia untuk membantu.

Guru hendaklah sentiasa bersikap jujur dan ikhlas dalam melaksanakan

proses bimbingan dan penasihatan. Oleh itu, guru perlu mempamerkan ciri-ciri

kejujuran seperti tulus, ikhlas, tidak ragu-ragu terhadap pelajar ( Hill et al., 1999).

Guru juga harus bersedia untuk membantu pelajar. Seorang guru yang baik akan

bertanya kepada pelajar sama ada mereka bersedia untuk belajar dan guru juga

akan memastikan peljar tidak mempunyai masalah peribadi yang boleh

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

n. Tidak meletakkan nilai peribadi kepada pelajar dalam penyelesaian masalah.

Nilai merupakan kepercayaan dan sikap yang dipegang oleh individu yang

memberi petunjuk kepada kahidupan seharian dalam usaha untuk memhami dunia

sekeliling ( Corey,1988). Guru hendaklah dapat membezakan antara nilai peribadi

mereka dengan nilai yang dimiliki oleh pelajar. Guru juga dinasihatkan supaya

melihat nilai yang ada pada diri mereka dan menilai sama ada ianya memberi

kesan dalam proses bimbingan dan penasihatan. Adalah sesuatu yang tidak

beretika sekiranya guru bertindak menerapkan unsur nilai yang ada dalam diri

mereka kepada pelajar.

o. Menjalankan tindakan susulan.

Setelah satu-satu kes diujuk kepada kaunselor, guru hendaklah

menjalankan tindakan susulan. Guru tidak boleh membiarkan kes itu dibiarkan

begitu sahaja. Tindakan susulan adalah penting bagi menjamin pelaksanaan

strategi penyelesaian masalah. Di samping itu, guru dapat mengenal pasti

kelemahan-kelemahan yang timbul sekiranya strategi yang dicadangkan tidak

dapat dilaksanakan.

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 14

Page 15: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

p. Membuat penilaian.

Guru bimbingan dan penasihatan perlu meningkatkan perkembangan diri

dalam usaha memberikan bimbingan kepada pelajar (Kottler dan Kottler, 2000).

Guru hendaklah berusaha menambah pengetahuan dan kemahirannya. Antara cara

yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dan guru pembimbing ialah menghadiri

seminar, diskusi dan program pertukaran maklumat antara guru pembimbing di

seluruh Malaysia. Melalui penyeliaan dan kolaborasi dengan badan-badan tertentu

seperti IPTA dan pusat kaunseling dapat memberikan peluang kepada guru

pembimbing menambah pengetahuan dan memantapkan kemahiran ke tahap yang

lebih tinggi ( Cowie dan Pecherek, 1994).

7.0 ISU ETIKA

Menurut Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285), kaunselor

sebagai professional akan berhadapan dengan isu etika dalam praktisnya. Dalam proses

kaunseling , banyak perkara yang boleh melibatkan isu etika dan seterusnya

mendatangkan dilemma bagi kaunselor. Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam

usaha berkaitan dengan persoalan menjaga hak klien , hak masyarakat, hak kebebasan,

kerahsiaan, keistimewaan penerimaan maklumat dan pengluahan professional oleh

kaunselor. Begitu juga pentingnya menjaga kepentingan proses kaunseling dan salah

praktis, kecuaian, menjaga keputusan, perhubungan penduaan dan proses kaunseling serta

tuntutan kerugian ke atas hak ketiga. Kaunselor juga perlu mendapat persetujuan

termaklum daripada klien bagi menjalankan proses kaunseling, keadilan dan kesetiaan,

perlaksanaan penyelidikandan isu menjaga hak serta keselamatan subjek.

Menurut Othman Mohamed ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284-285),

berpendapat walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu kaunselor membuat

pertimbangan tindakan yang wajar serta sentiasa berwaspada kepada tatasusila profesion,

namun ada isu – isu yang tidak dapat diselesaikan hanya dengan berpandukan kod etika

sahaja. Dalam keadaan demikian, kaunselor wajar menerapkan prinsip etika.

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 15

Page 16: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

Suatu dilema itu wujud apabila berlakunya suatu tindakan yang terselubung dalamnya

perkara yang baik tetapi mempunyai sebab etika yang agak bercanggah dan pincang.

Menurut Kichener, 1989 ( dalam Othman Mohamed, 2005 :284), pergerakan kea

rah penerapan prinsip dalam membuat kata putus berkaitan dengan dilemma boleh

berpandukan penggunaan dua tahap penaakulan moral: 1) tahap intuisi;  2) tahap kritikan-

penilaian. Tahap intuisis berkisar kepada kepercayaan etika yang terhasil daripada

penyataan apakah yang wajar dilakukan dan apakah yang tidak wajar dilakukan. Prosedur

intuisi demikian mempunyai asas bahawa kaunselor sememangnya telah mempunyai

suatu keupayaan pengetahuan etika dan pengalaman kaunseling serta pengalaman hidup

yang luas. Tahap kritikan-penilaian ini dapat mengemukakan suatu justifikasi dan

rasional tentang elemen yang abstrak kea rah penghakiman yang seimbang dan saksama.

Banyak perkara yang bersangkut paut dengan proses kaunseling yang menglibatkan

tindakan sama ada oleh kaunselor , klien atau pihak ketiga yang begitu abstrak.

8.0 KESIMPULAN

Perkhidmatan kaunseling seperti juga perkhidmatan professional yang lain mempunyai

etikanya tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahlinya. Secara umumnya etika adalah satu

garis panduan atau peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tidak

kurang pentingnya, etika membantu menyelamatkan kaunselor daripada menganiaya

klien atau dianiaya oleh klien. Selain itu, kaunselor boleh mengaplikasikan etika

kaunseling untuk kegiatan seharian mereka.

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 16

Page 17: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

9.0 Bibliografi

Barki B.G, dan Mukhopadhyay, B.,(2001). Guidance and counseling : A manual. New

Delhi : Streling Publishers Sdn. Bhd.

Corey, G. Corey, M.S.dan Callanan (1988). Issues & Ethics in the helping professions.

California : Books/Cole Publishing Company.

Cowie. H. dan Pecherek, A. (1994). Counseling : Approaches and issues in education.

London : David Fulton Publishers.

Hill, C.E. dan o’brien,K.M.(1999). Helping skills.Houghton Mifflin : Washington

American Psychological Association.

Kottler, J. A., Kottler. E. (2000). Counseling skills for teachers. California : Corwin

Press, Inc.

Myrick, Robert D.(2001). Bimbingan dan kaunseling perkembangan : Pendektan yang

praktis. Terjemahan Zuraidah Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Noraini Ahmad (2003). Konsep dan amalan kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan

Publications and Distributors

Amia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah :Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010. Teori dan Amalan Kaunseling :

Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad. Bimbingan dan

Penasihatan :Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Perak. Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 17

Page 18: Assingment etika kaunseling kump 9 (1)

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D. Ahmad

Jazimin

 Jusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper. 2009.Kemahiran

Bimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling : Etika

dan Perundangan Kaunseling. Selangor. Universiti Putra Malaysia.

10.0 Lampiran

TUGASAN 3 ( KUMPULAN 9 ) 18