Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling

Embed Size (px)

Citation preview

Halangan dalam kaunseling

MOHAMMAD FIRDAUS BIN SAZALI ATIKA BINTI M AZMANEFFA NURHAFIFAH BINTI JALILANATI NABILAH BINTI MOHD JAMALBAB 10HALANGAN DALAM KAUNSELING

PENGENALAN

Ciri-ciri klien yang mendatangkan masalah semasa proses kaunseling dijalankan

FAKTOR KLIEN

KLIEN MENENTANG (RESISTANT)Terdapat ciri-ciri halangan yang diwujudkan oleh klien yang boleh menyekat dan menghalang proses kaunseling menurut Spora (2002), Brammer (2002), Gladding (2003) dan ahli teori tingkah laku.

Halangan dalam proses kaunseling sekiranya mendapat klien menentang menurut Spora (2002):

Menurut Brammer (2002) :

Menurut Gladding (2003) :

Ahli teori mengemukakan lima jenis menentang :

Contoh tingkah laku menentang yang kerap ditunjukkan oleh klien (ahli teori tingkah laku) :

Enggan bercakapTidak memberi kerjasamaTidak menepati janjiTerlalu kerap menggunakan helah bela diri Memanipulasi kaunselorMengubah atau tidak menepati matlamatDatang lambat ke sesi kaunseling

KLIEN ENGGAN (RELUCTANT)

Klien enggan merupakan klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa dengan kaunselor.

Klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan tidak bermotivasi untuk ditolong berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor.

Tidak berkeyakinan untuk berada dalam sesi kaunseling dan sering bercakap tentang dirinya sendiri.

Tyron (2002), kebanyakan klien enggan menamatkan sesi kaunselingnya pada masa yang tidak sepatutnya dan memberitahu mereka tidak puas hati dengan proses-proses yang dilakukan kaunselor.

Keengganan dikenal pasti melalui gerak geri badan serta tingkah laku semasa berhadapan dengan kaunselor (verbal dan non-verbal).

Muhd Mansur (1993), klien jenis ini dikendalikan apabila kaunselor menerangkan kepada klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari apa yang boleh di perolehi daripada sesi kaunseling.

PEMINDAHAN (TRANFERENS)

James (1983) : keadaan di mana klien berasa jatuh cinta atau benci terhadap kaunselor kerana memindahkan kenangan zaman kanak-kanak klien kepada kaunselor.

Freud (1975) : klien memandang kaunselor sebagai peranan ibu bapa atau orang tua yang signifikan dan memindahkan emosi atau perasaannya kepada ibu bapa atau orang tua berkenaan.

Corey (2001) : klien membawa sifat pemindahan kepada kaunselor juga yang positif dan negatif seperti perasaan cinta terhadap kaunselor, marah, kasihan, dan berat sebelah terhadap kaunselor.

Wilson (1996) : memindahkan perasaan yang lepas atau perasaan yang berlaku pada masa lampau, konflik dan perlakuan ke dalam perhubungan semasa, situasi dan keadaan.

Capuzzi (1997) : satu pergerakan antara kaunselor dan terapis berdasarkan emosi yang dialami oleh klien ketika kecil.Klien menggambarkan ketidakpuasan emosinya dan segala memorinya tentang pengertian, pengalaman fantasi terhadap terapis, kemudian klien akan bertindak mengubah realiti.

FAKTOR KOMUNIKASIBersifat memerintah atau mengarah Mendengar secara memilihKerap mencelah atau menyampukMemberi amaranMudah mengkritikFikiran yang menerawang atau suka berangan-anganMenyindir atau memuji secara berlebihanSuka menyiasat dan membuat penghakiman awalTerlalu kerap menasihatiGangguan luar yang menguasai pemikiran

FAKTOR KAUNSELORKaunselor yang terlalu emosi dan terlalu yakinGangguan luarKaunselor yang terlalu simpati terhadap klienKurang tumpuan dan kurang minatPerubahan emosiKurang mahir dan tidak cukup persediaanKaunselor yang mempunyai mimik muka dan nada suara yang tidak meyakinkanKaunselor menyoal klien terlalu banyak.

Pemindahan BALIK COREY (1999)

Pemindahan balik adalah suatu perasaan yang mana ia adalah alat yang penting kepada terapis, ia adalah sama dengan pemindahan tetapi secara terbalik.

Pemindahan balik merujuk kepada fenomena psikodinamik yang dialami oleh terapis berbanding dengan persekitaran sebenar.

KARTINI DAN DALI (2003)

Pemindahan balik merujuk kepada apabila seseorang kaunselor itu telah mendalami situasi klien sehingga terikut-ikut dengan masalah klien.

Contohnya, seorang kaunselor akan terikut dengan masalah klien apabila kaunselor itu tidak dapat bezakan atau menyesuaikan dirinya dengan masalah klien.

Jika perkara ini berlaku, kaunselor telah melanggar etika kaunseling.

FAKTOR PERSEKITARANPersepsi NegatifPersepsi pelajar terhadap guru displin apabila masuk ke bilik kaunseling mereka akan dilabelkan sebagai pelajar yang bermasalah.Pelajar turut menganggap kaunselor seperti guru-guru lain iaitu untuk mencari kesalahan pelajar.Hal ini memerlukan kaunselor menjelaskan kepada pelajar mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kaunselor

JantinaSekiranya berlainan jantina antara klien dan kaunselor, proses kaunseling akan menjadi kurang selesa.Sebagai contoh, pelajar perempuan yang mempunyai masalah sulit akan berasa kurang selesa untuk dikongsikan bersama kaunselor lelaki.

Kumpulan etnikKaunselor perlu memahami cara pergaulan etnik lain.Boleh menimbulkan masalah ruang rujuk dan menjejaskan kefahaman serta kurangnya rasa empati di kalangan kaunselor dan pelajar.

Peringkat UmurMenurut Miza(1987) guru-guru muda dan cergas lebih sesuai untuk sekolah bandar. Hal ini kerana jarak umur tidak jauh membolehkan kaunselor memahami pelajar dengan lebih baik dan mengurangkan jurang antara generasi.Bagi sekolah luar bandar pula, guru dewasa lagi sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini kerana kaunselor dapat mengganti tempat ibu atau bapa yang diperlukan oleh pelajar. Namun begitu, ia akan memberi masalah sekiranya pelajar mempunyai masalah dengan ibu atau bapa di rumah dan menganggap kaunselor yang sedang mereka tatapkan adalah sama seperti ibu bapa mereka.

RUMUSAN Halangan yang wujud dalam kaunseling adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

Banyak cara yang boleh digunakan bagi mengatasi halangan-halangan tersebut.

Sebagai kaunselor yang profesional, peranan serta tanggungjawab perlu dipikul sebaik mungkin bagi meningkatkan mutu dan kualiti profesion ini.

Kaunselor perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah dan cabaran walaupun ia sukar.

SEKIAN TERIMA KASIH