7
5.3 BENTUK HIRARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN ORGANISASI SEKOLAH 5.3.1 Definisi Hirarki Hirarki merupakan kata nama yang berasal daripada bahasa inggeris dan sinonim dengan kedudukan, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hierarki bermaksud susunan atau kedudukan tinggi rendah (dalam organisasi, masyarakat, dan sebagainya) berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat kemasukan ke dalam syarikat dan peluang untuk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan berhierarki mempunyai hierarki masyarakat kasta secara unggulnya sifatnya. Dalam proses penyusunan hierarki ini melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi. Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan program kebajikan. Oleh yang demikian, antara fungsi hierarki adalah: Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu. Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab. Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak

Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

5.3 BENTUK HIRARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN ORGANISASI

SEKOLAH

5.3.1 Definisi Hirarki

Hirarki merupakan kata nama yang berasal daripada bahasa inggeris dan sinonim dengan

kedudukan, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hierarki

bermaksud susunan atau kedudukan tinggi rendah (dalam organisasi, masyarakat, dan sebagainya)

berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat kemasukan ke dalam syarikat dan peluang untuk mencapai

kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan berhierarki mempunyai

hierarki masyarakat kasta secara unggulnya sifatnya.

Dalam proses penyusunan hierarki ini  melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan

orgnisasi. Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang

pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusan staf

melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan program kebajikan.

Oleh yang demikian, antara fungsi hierarki adalah:

• Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu.

• Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab.

• Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak

fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

5.3.2 Definisi Organisasi

Organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah

mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang

bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu

dan organisasinya. Selain itu, organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang

menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat

yang telah ditetapkan.

Page 2: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Organisasi Sekolah

Organisasi sekolah merupakan unit-unit kecil yang dibuat untuk menyelaras pelbagai program

dan aktiviti sekolah sama ada kurikulum dan ko-kurikulum. Antara unit-unit yang dibentuk adalah terdiri

daripada Unit Kurikulum, Unit Ko-kurikulum, Unit Pentadbiran, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit

Penyelia Petang. Unit-unit yang ditubuhkan ini mempunyai struktur organisasi tersendiri dan bidang

tugasan yang telah ditetapkan.

Carta Induk Organisasi

Unit Kurikulum

Unit Kurikulum bertindak menyelaras semua aktiviti kurikulum sekolah sepanjang tahun. Bagi tujuan itu,

unit ini telah membahagikan tugasan kepada AJK-AJK kecil yang terdiri daripada :

AJK Penyelarasan Kelas

AJK Panitia Subjek

Guru Kelas

AJK Pusat Sumber

AJK PKBS

AJK Unit UPSR

AJK Jadual Waktu

AJK Peralatan Sekolah

AJK Carta Organisasi

Unit Ko-Kurikulum

Unit Ko-Kurikulum pula bertindak dalam menyelaras segala aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk

sepanjang tahun 2004. Unit ini terdiri daripada :

Unit Beruniform - menyelaras aktiviti pakaian seragam

Unit Sukan & Permainan - menyelaras kegiatan sukan sekolah

Unit Persatuan & Kelab - penyelarasan aktiviti berpersatuan

Page 3: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Unit Pentadbiran

Unit Pentadbiran pula berperanan dalam mengurus hal yang berkaitan dengan guru. Ini termasuk juga

aktiviti-aktiviti tahunan yang disediakan untuk guru-guru sekolah. Unit ini terdiri daripada :

Setiausaha Mesyuarat Sekolah

Guru Maklumat

Kelab Staf.

Unit Hal Ehwal Murid

Unit Hal Ehwal Murid ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan memantau aktiviti yang berkaitan

murid. Terdapat beberapa unit-unit kecil yang bertindak membantu melaksanakan peranan Unit HEM. Ia

terdiri daripada :

Unit SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks )

Unit Disiplin - memantau tahap disiplin murid

Unit PIBG - menyelaras aktiviti ibu bapa dan guru

Unit Keselamatan - memastikan keselamatan murid-murid semasa di sekolah

Unit Kebajikan - memastikan setiap kebajikan murid terpelihara

Unit kesihatan - berperanan dalam memantau tahap kesihatan murid di sekolah

Unit Kebersihan - bertindak memastikan murid-murid mematuhi arahan kebersihan sekolah

Unit Bimbingan & Kaunseling - memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang bermasalah

Unit Kecemasan - berperanan dalam mengawal sesuatu keadaan sekiranya berlaku kecemasan di sekolah

Unit Penyelia Petang

Unit Penyeliaan Petang (keceriaan) bertindak menyelaras aktiviti sidang petang untuk murid-murid tahap

1. Ia juga bertindak sebagai unit keceriaan sekolah. Unit ini terdiri daripada :

Unit Kawasan Luar

Unit Bilik Gerakan

Page 4: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Unit Bilik Guru

Unit Keceriaan Surau

Unit Keceriaan Bangunan

 

5.3.3 Perkaitan antara Bentuk Hierarki Pentadbiran dengan Organisasi Sekolah

Organisasi sekolah dewasa ini tidak kira sekolah rendah, menengah, dan sebagainya mengamalkan

bentuk pentadbiran hierarki bagi memastikan sistem pengurusan sekolah tersebut dalam keadaan lancar

dan sempurna. Organisasi sekolah yang baik mestilah mampu dikaitkan dengan sistem pentadbiran yang

baik. Dengan adanya sistem pentadbiran berbentuk hierarki, ditambah lagi dengan tenaga kerja dan

gabungan idea daripada para pendidik serta staf sokongan demi memastikan sekolah tersebut dapat

melahirkan insan yang berkualiti dari segi sahsiah dan intelek.

Oleh itu, pentadbir sekolah yang mengamalkan pengupayaan perlu mewujudkan satu garis

autoriti yang jelas menurun dari tingkat paling tinggi hinggalah tingkat paling rendah. Ini dapat

mengelakkan pertindanan kuasa dan kekaburan tanggungjawab (Wan Mohd Zahid, 1993). Maka,

organisasi sesebuah sekolah akan diketuai oleh guru besar atau pengetua dan diikuti oleh barisan-barisan

pentadbir seperti guru penolong kanan dan sebagainya sehinggalah kepada golongan terbawah iaitu

pelajar. Dalam sesebuah organisasi di sekolah juga akan ada sekumpulan individu yang bekerja bersama-

sama kearah mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama. Matlamat yang ditetapkan adalah

berdasarkan objektif, matlamat, misi dan visi, serta ketetapan lain sepertimana yang telah dibincangkan

dan dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah tersebut.

Dalam usaha tersebut akan wujud komunikasi antara pihak pentadbiran dan juga organisasi

sekolah. Di sinilah bermulanya perkaitannya di mana barisan pentadbir akan mentadbir sekolah dengan

bantuan organisasi yang terdapat di sesebuah sekolah itu sendiri. Sebagai contoh, dalam melaksanakan

tugas dalam sesebuah organisasi di sekolah pasti akan ada permasalahan yang timbul sama ada masalah

yang disengajakan mahupun tidak. Justeru itu, pihak pentadbir dan organisasi sekolah itu sendiri perlu

memainkan peranan penting bagi mengelakkan masalah tersebut daripada terus merebak lantas

memikirkan inisiatif untuk membendungnya dengan kadar yang segera dan efektif. Sekiranya masalah

yang timbul itu berpunca daripada kalangan pelajar, maka ianaya mesti diselesaikan segera tetapi masih

tetap mengikut urutan atau piawaian yang telah ditetapkan. Seperti seorang pelajar yang mempunyai

masalah disiplin akan dikenalpasti oleh guru kelasnya terlebih dahulu sebelum kes tersebut sampai

Page 5: Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

kepada pihak atasan seperti guru kaunselor, penolong kanan hal ehwal murid, seterusnya guru besar atau

pengetua. Ianya mesti mengikut tahap demi tahap untuk menyelesaikan masalah tersebut demi menjaga

kualiti kerja sesebuah organisasi sekolah tersebut.

Sememangnya pentadbiran berbentuk hierarki amat membantu di dalam sesebuah organisasi di

sesebuah sekolah. Ianya dapat melancarkan lagi sistem pentadbiran sekolah selain dapat membantu

kesemua warga sekolah termasuklah para pentadbir, para pendidik, staf sokongan, dan para pelajar demi

memastikan kesemuanya berjalan dengan lancer dan sempurna kerana sentiasa mengekalkan hubungan

yang baiok sesame mereka terutamanya dalam aspek komunikasi yang merupakan aspek terpenting dalam

sesebuah organisasi sekolah. Tanpa komunikasi yang baik, prestasi sesebuah organisasi sekolah itu pasti

akan jatuh walaupun mempunyai tulang belakang yang terdiri daripada mereka yang professional