20
Cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya HOH RUI VOON LEE AI CHYI LOW HUI SEET (K6)

Bilik darjah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bilik darjah

Cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

HOH RUI VOONLEE AI CHYI

LOW HUI SEET (K6)

Page 2: Bilik darjah

Apakah anda faham tentang persekitaran bilik darjah mesra

budaya?

Page 3: Bilik darjah

Pengenalan

• Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa.

• Manakala, perkataan mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia.

• Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat semata-mata, sebaliknya ia turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan.

Page 4: Bilik darjah

• Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses P&P.

Page 5: Bilik darjah

Cara-cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Fizikal Sosioemosi Guru

Page 6: Bilik darjah

1. Pengurusan Persekitaran Fizikal

Page 7: Bilik darjah

Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan

• Kebersihan fizikal akan mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia.

• Sebagai seorang guru, patutlah sentiasa memupuk budaya menjaga kebersihan dalam kalangan muridnya dengan menyediakan jadual bertugas harian.

• Dengan wujudnya ruang dan persekitaran yang bersih, barulah murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.

Page 8: Bilik darjah

• Selain kebersihan bilik darjah, sistem pencahayaan dan pengudaraan di bilik darjah juga perlu diawasi.

• Tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah.

• Keadaan cahaya dan udara bilik darjah yang baik dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses P&P dijalankan.

Page 9: Bilik darjah

• Oleh itu, tingkap-tingkap di bilik darjah yang tidak mempunyai pendingin hawa hendaklah dibuka.

• Keadaan ini akan mengelakkan sebarang jangkitan penyakit dan menjadikan murid berada dalam keadaan sihat dan selesa untuk mengikuti P&P.

Page 10: Bilik darjah

Susunan kerusi dan meja murid

• Memastikan susunan kerusi dan meja kemas dan tidak menggangu penglihatan murid.

• Penyusunan kerusi-meja perlu memudahkan interaksi antara murid dengan murid, dan guru dengan murid.

Page 11: Bilik darjah

Hiasan bilik darjah

• Murid perlu diberi kebebasan menghias bilik darjah di bawah bimbingan guru.

• Senario ini akan memupuk rasa tanggungjawab, daya kreativiti dalam kalangan murid.

• Tambahan pula, kebebasan tersebut juga akan menyebabkan murid berasa mereka dipercayai dan dihargai.

Page 12: Bilik darjah

• Antara kebebasan yang boleh diberikan kepada murid antaranya adalah seperti yang berikut:

1. Menyediakan sendiri jadual bertugas.2. Menghias meja guru dengan alas meja dan

jambangan bunga.3. Mengecat bilik darjah.4. Menggantung langsir yang sesuai dengan

suasana bilik darjah sebagai ruang pembelajaran.

Page 13: Bilik darjah

2. Pengurusan Persekitaran Sosioemosi

Page 14: Bilik darjah

Pengurusan persekitaran sosioemosi

• Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

• Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.

• Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran PdP tanpa kehilangan identiti.

Page 15: Bilik darjah

• Hubungan positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu.

• Guru mestilah mesra dan mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid.

• Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P.

• Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.

Page 16: Bilik darjah

3. Guru

Page 17: Bilik darjah

Guru• Guru menjadi role-model yang terbaik untuk

dijadikan teladan yang baik, menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.

• Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya dengan ikhlas

• Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid.

• Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.

Page 18: Bilik darjah

• Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

• Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

• Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.

Page 19: Bilik darjah

• Bersikap adil dan memberi layanan yang sama • Sekiranya murid melakukan kesalahan,

tindakan yang sewajar dan setimpal dengan kesalahan perlu dilaksanakan tanpa driskriminasi ras.

• Guru akan seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik.

• Guru-guru juga akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru.

Page 20: Bilik darjah

Sekian terima kasih =)