of 35/35
Bukan Badan Jadi Ukuran

Bukan badan jadi ukuran

  • View
    748

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Bukan badan jadi ukuran

  • 1. Bukan Badan Jadi Ukuran

2. Ini Pulau Tiong. Pulau itu sangat jauh.Semua binatang tinggal di sini. 3. Pulau Tiong ada raja. Rajanya, seekor siput. Kecilnya raja mereka. Kisahnya begini 4. Semasa pulau ini dijumpai dahulu, semua haiwan berkumpul untuk memilih raja. Beratus-ratus ekor binatang banyaknya berkumpul. Hampir berlaku pergaduhan besar pada hari itu. 5. Siapa ingin menjadi raja ,sila tampil,kata sang Kancil. Harimau, Singa,dan Serigala menolak binatang lain ke tepi. 6. Kosa kata 1. pergaduhan : pertengkaran, rusuhan 2. tampil : datang atau maju ke hadapan 3. menolak : menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang. 4. memilih : mengasingkan/ mencari yang terbaik. 7. Melihat kemunculan harimau dan rakannya, binatang lain berasa bimbang. 8. Sesiapa sahaja yang berjaya menjadi raja, kita semualah yang akan susah. Mereka itu ganas! keluh Rusa. Betul! sahut Monyet. Betul binatang yang baik takut bertanding. 9. Apa kata kalau aku cuba nasib?tiba-tiba kata seekor siput. 10. Siput berjalan terkesot-kesot ke hadapan. Singa, harimau dan serigala tertawa terbahak-bahak. 11. Hei, jangan buang masa kamilah! Baik engkau balik ke tempat asalmu!ejek serigala. Singa dan harimau tersenyum menyeringai. Raja tidak semesti kuat dan besar. Yang penting dia cerdik dan sabar menghadapi 12. kerenah rakyat. Badan besar pun kalau tidak tahu memerintah tidak berguna. 13. Kosa kata 1. kemunculan : keluar dgn tiba- tiba 2. ganas : liar dan suka menyerang 3. terkesot-kesot : beralih dgn menggeserkan punggung 4. kerenah :proses atau urusan kerja 14. Sang Kancil berkata,Siapa yang tahan pedas, dialah kita pilih menjadi raja. 15. Sang Kancil mengarahkan monyet mengumpul lada sebanyak-banyaknya. 16. Hari ini tidak boleh, kata serigala. Beri saya tempoh sehari untuk berpuasa. Apabila 17. Perut saya sudah kosong, baru saya boleh makan! Betul, saya pun kena berpuasa juga. Supaya esok saya boleh makan dengan banyak! kata singa. 18. Pada hari itu pertandingan tidak diadakan. Ketiga-tiga binatang ganas itu tidak makan dan minum. 19. Siput pulang juga ke tempatnya. Macam mana, siput? Dapatkah engkau makan semua lada itu? tanya rusa. 20. Sudah tentu tidak tetapi tidak ada masalah.Aku ada rancangan. Tengok nanti, kata siput. 21. Kosa kata 1. pedas : berasa seperti rasa cili 2. mengarahkan: mengeluarkan perintah 3. berpuasa: tidak makan dan minum 4. rancangan: Sesuatu yang diramalkan 22. Pada keesokan harinya, binatang berhimpun di Pulau Tiong. Mulakan sekarang! 23. Keempat-empat ekor binatang itu pun mengambil lada yang bertimbun di hadapan mereka lalu mengunyah sebiji demi sebiji. Kerup! Kerap!Kerup! Kerap! Bunyi lada dikunyah. 24. Hai, boleh habiskah semua lada itu? Itulah persoalan yang berlegar di kepala binatang. 25. Tidak lama kemudian, keempat- empat binatang mula kepedasan. Pedas! Bolehkah kami minum air? 26. Harimau, serigala, singa dan siput terus berlari ke arah sebatang sungai. Tebing sungai ditumbuhi semak samun dan lalang yang tebal. 27. Kosa kata 1. bertimbun:bersusun bertindih- tindih 2. berlegar : bergerak-gerak berkeliling, berputar,berpusing 3. lalang: rumput yang tinggi dan kasar 4. Semak samun: belukar yang terbiar 28. Tanpa berlengah, keempat-empat ekor bintang itu meluru ke arah sungai itu. Dalam sekelip mata, mereka menghilang di sungai. 29. Air! Air! jerit binatang- binatang itu lantas berlari semua ke arah sungai yang dilindungi lalang-lalang tebal. 30. Setelah berlari ulang-alik ke sungai, harimau,singa dan serigala mula letihan. Rahang dan mata mereka berair kerana menahan pedas. 31. Siput masih meneruskan usahanya. Setiap kali ia makan sebiji lada, siput segera berlari ke sungai mencari air. 32. Apabila siput pertama berlari ke timbun lalang, siput lain pula akan keluar menggantikan tempatnya. 33. Begitulah kisah siput yang berjaya mengalahkan lawan yang lebih besar. 34. Kosa kata 1. berlengah: berlambat- lambat/berlama-lama 2. Ulang-alik:pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula 3. rahang: bahagian mulut yang terdiri daripada dua tulang 4. menggantikan: menukarkan 35. Pengajaran 1. Kekuatan akal lebih baik daripada kekuatan tubuh badan. 2. Kita harus menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Disediakan oleh: Cikgu Chong Hui Lin