Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu geruntum
22
CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. PENDIDIKAN INKLUSIF. PELUANG DAN CABARAN. KPT 6054 Penyelidikan Dalam Teknologi Instruksional DISEDIAKAN OLEH SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680) SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMA PENSYARAH: Syakhira Husna Illias (M20141000860) 1 | Page
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu geruntum
1. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 1 | P a g e PENDIDIKAN INKLUSIF. PELUANG DAN
CABARAN. KPT 6054 Penyelidikan Dalam Teknologi Instruksional
DISEDIAKAN OLEH SYAKHIRA HUSNA ILLIAS (M20141000680) SARJANA (PEND)
PENDIDIKAN KHAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMA
PENSYARAH: PROFESOR MADYA DATO DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
2. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 2 | P a g e KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1
Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 1 1.3 Objektif Kajian 2 1.4
Persoalan Kajian 2 1.5 Kepentingan Kajian 3 2.0 LITERATUR 2.1
Kajian Literatur 3 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 4 3.2
Rekabentuk Kajian 5 3.3 Sampel Kajian 5 3.4 Instrumen Kajian 5 4.0
DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 5 4.2 Bahagian A: Latarbelakang
Responden 6 4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran
8 4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 10 4.5 Bahagian
D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 11 5.0 ULASAN DAN
CADANGAN 5.1 Ulasan 13 5.2 Cadangan 14 5.3 Penutup 15 Rujukan
16
3. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 3 | P a g e CABARAN PENGGUNAAN MEDIA
ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM,
GOPENG. PERAK. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kepesatan pembangunan
pelbagai media elektronik telah menjadikan berlaku perubahan iklim
dalam sistem penyampaian pembelajaran di sekolah. Pembelajaran
interaktif berasaskan komputer telah menjadi agenda utama yang
ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dence
(1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa pembelajaran
berasaskan komputer amat berkesan berbanding dengan pendekatan
tradisional. Perubahan sistem penyampaian pembelajaran ini walaupun
pada zahirnya kelihatan memberi impak yang baik tetapi secara
realitinya, banyak cabaran dan kekangan yang muncul dalam
mengimplementasikan misi yang telah disarankan oleh KPM. Cabaran
dalam mengaplikasikan penggunaan media elektronik di sekolah perlu
dilihat dari aspek positif bagi memperbaikan kelemahan di samping
cuba untuk mempertingkatkan tahap penyampaian pelajaran berasaskan
komputer. 1.2 PENYATAAN MASALAH Penggunaan media elektronik dalam
pengajaran dan pembelajaran mampu mengubah persekitaran belajar
kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang positif
disamping menarik minat pengajar dan murid. Namun begitu, cabaran
dalam mengaplikasikan media elektronik dalam kelas perlu diambil
kira sebagai satu cabaran bagi memastikan sistem pengajaran terbaik
diberi kepada murid. Banyak cabaran berlaku dalam melaksanakan
penggunaan media elektronik terutamanya sekolah yang jauh di
pedalaman di mana sistem rangkaian komunikasi amat sukar
diperolehi.
4. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 4 | P a g e 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini
dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media elektronik di
kalangan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng,
Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 18 orang guru. Objektif
kajian adalah seperti dibawah: 1.3.1 Mengenalpasti media elektronik
yang sering digunakan oleh guru-guru sebagai alat bantu mengajar di
sekolah. 1.3.2 Mengenalpasti cabaran dalam penggunaan komputer
dalam pengajaran 1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan yang perlu dijawab
dalam kajian ini adalah : 1. Sejauh mana kekerapan guru-guru
menggunakan media elektronik dan ICT dalam pengajaran mereka? 2.
Apakah cabaran dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran?
1.5 KERANGKA KONSEPSTUAL KAJIAN
5. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 5 | P a g e Akses Peluang untuk pengalaman
dan eksplorasi Penggunaan media elektronik untuk pembelajaran
penerokaan berlaku apabila media elektronik digunakan sebagai
medium untuk : 1. Mencari dan mengakses maklumat dari CD, internet,
portal maklumat dan sebagainya. 2. mengalami, mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. 3. melihat demontrasi
sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh guru. 4.
Dalampembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT. Dalam konteks kajian, akses
trebahagi kepada tiga iaitu : 1. Akses Material: Menerangkan
kekurangan akses akibat kekurangan kelengkapan peralatan dan
perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaian. 2. Akses
Kemahiran: Menerangkan kurang kemahiran digital lantaran teknologi
yang tidak mesra pengguna dan kekurangan pendidikan/latihan atau
sokongan sosial. iv. 3. Akses Penggunaan: Menerangkan kekurangan
peluang pengunaan media elektronik yang menjadi penghalang kepada
capaian perkhidmatan digital. Praktis Peluang mempraktiskan
penggunaan alatan dan BBM ICT Penggunaan dan pengaplikasian ICT
dalam konteks pendidikan di Malaysia adalah faktor utama yang
menyumbang kepada cabang ilmu baru dalam era informasi kini
(Salbiah, n.d). Dalam sistem pendidikan di Malaysia, ICT membantu
dari aspek pembelajaran dan pengajaran serta sistem pengurusan di
sekolah. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
membentuk tiga polisi utama dalam pendidikan iaitu: 1. kemudahan
ICT disediakan kepada semua pelajar sebagai langkah untuk
mengurangkan jurang digital antara sekolah, 2. ICT dalam pendidikan
sebagai medium bantuan pengajaran dan pembelajaran, 3. menjadikan
ICT sebahagian daripada matapelajaran di sekolah serta menggunakan
kemudahan ICT untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan
dalam sistem pengurusan sekolah Jurang Digital merupakan istilah
yang diperkenal oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton
pada tahun 1994 bagi menyata perbezaan di antara rakyat yang
6. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 6 | P a g e mempunyai perkhidmatan Internet
yang paling pantas dan paling selesa daripada rakyat yang tidak
mempunyai akses kepada teknologi tersebut. Sejak itu, banyak
istilah diperkenal. Krueger (2003) mengguna istilah tersebut bagi
menciri jurang di antara mereka yang mengguna atau mempunyai akses
kepada teknologi telekomunikasi (contoh, telefon, komputer,
Internet) dan mereka yang tidak memilikinya. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan mengenai kekangan dalam
penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sekolah
yang mempunyai murid majoriti kaum orang asli. Hasil kajian ini
boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada
pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan
dalam membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan prasana
dan kelengkapan teknologi dan komunikasi (ICT) di sekolah ini.
Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil
langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak
sekolah agar pelaksanaan penggunaan media elektronik dapat
dijalankan dengan lebih efektif. Kajian ini juga mampu menjadi
pengerak kepada guru-guru untuk menambahbaik kaedah dan pendekatan
yag digunakan agar dapat diselaraskan dengan penggunaan ICT. 1.7
BATASAN KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah
mengambil kira beberapa perkara bagi membatasi kajian. Kajian ini
adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang daripada
satu bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang
terhad. Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman,
kerjasama, serta kejujuran responden menjawab soalan-soalan yang
terkandung dalam borang soal selidik. Kajian hanya dilakukan
melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan dua skala iaitu ya
atau tidak. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan guru di SK
Ulu Geruntum sahaya seramai 18 orang. Batasan ini dibuat bagi
memudahkan pengkaji membuat kajian yang mempunyai skop kajian yang
khusus. Pengkhususan skala responden ini menyebabkan dapatan kajian
tidak mewakili mana-mana reponden lain selain dalam lingkungan
kawasan
7. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 7 | P a g e kajian sahaja. Oleh yang
demikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai ralat berikutan
pendapat atau pandangan yang tidak seimbang. 1.8 DEFINISI
OPERATIONAL 1.8.1 ALAT BANTU MENGAJAR Alat pengajaran dan
pembelajaran merupakan elemen penting yan gmemudahkan komunikasi
antara guru dengan murid dalam proses pengaj aran danpembelajaran.
Oleh itu, guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran
penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran . Bahan pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran
yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan
pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu
melicinkan komunik asi dua hala di antara guru dengan pelajar dan
pelajar dengan pelajar. Alat Pengajaran dan Pembelajaran dalam
konteks kajian ini, alat pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan
sebagai apa jua alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk
menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
W.F.Connel ( 198 1:386) mengkategorikan bahan pengajaran dan
pembelaj aran kepada tiga iaitu 1. Bahan pengajaran dan
pembelajaran am (Misalnya papan hitam dan buku bercetak 2. Alat
pandang dengar (alat pandang - misalnya objek, model,patung,
gambar, lukisan, diorama, gambar foto, glob, peta, carta, gambar
rajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula -
misalnya radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan
sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak
pandang dengar) 3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram
seperti komputer dan simulasi.
8. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 8 | P a g e 1.8.2 MEDIA ELEKTRONIK Buku
Panduan Am KBSR Kementerian Pendidikan (1988 ) menyatakan dengan
jelas tentang kepentingan penggunaan bahan-bahan atau media dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Buku tersebut
menjelaskan tiga fungsi media iaitu: 1. menolong guru mewujudkan
kepelbagaian dan minat dalam satu waktu pelajaran di samping
memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik
pengajaran yang lain. 2. membantu guru menimbulkan situasi yang
lebih bermakna untuk menyampaikan butiran-butiran pelajaran. 3.
menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya
fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta
memberi peluang kepada mereka menggunakan satu at au lebih deria
dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam hal ini, guru perlu
memainkan peranan sebagai pengarah, pembimbing,. pengurus dan
pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelaj aran. Dalam kajian
ini, bahan media dikelaskan kepada dua kategori iaitu: 1. Media
bukan elektronik.(Misalnya papan tulis,poster, carta, gambar
lukisanlfoto, model, benda sebenar, bahan cetakan, buku teks, kad
imbasan, lembaran ketja dan papan gulung). 1. Media elektronik
(Misalnya OHP, projektor slaid, radiolkaset, TVNideo dan
komputer).
9. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 9 | P a g e 2.0 LITERATUR 2.1 Tinjauan
Literatur Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru
kurang menggunakan peralatan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru
yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa
faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru
memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di
dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan
sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam
pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa
mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan
teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam
kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan
bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa
mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang
dipertanggungjawabkan. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119
orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian
multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, dan
membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara tidak
langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan
minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada
guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang
pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah
sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan
sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di
kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap penggunaan
komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus
diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.Melalui kajian yang
telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains
di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati
guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia
ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan
pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran
adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan
komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan
kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains
dalam perkhidmatan.
10. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 10 | P a g e Matlamat Bahagian Teknologi
Pendidikan(BTP) ialah membantu meningkatkan mutu pendidikan di
negara kita dengan berteraskan falsafah 'bahawa penggunaan pelbagai
jenis media pendidikan secara terancang dapat mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada
setiap murid menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih
menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan
bersepadu' (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Penggunaan
bahan pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan rangsangan dan
keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu
aspek pengajaran di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik
dan berkesan (Mat Nor Russin dan Abd Rahman Abd. Rashid, 1988).
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu
cara yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran (Reinich,
Molenda, Russell &Smaldino, 1996). Keberkesanan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran secara langsung bukan sahaja berkait
rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu yang ada pada
guru-guru dan pelajar, tetapi juga bergantung kepada mana satukah
deria pelajar yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan
pelbagai deria pelajar dan menjadikan pengajaran ini benar- benar
berkesan (Nairn, 1991). Penggunaan media juga dapat membantu
pencapaian objektif pembelajaran (Jeyanti, 1996).
11. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 11 | P a g e 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1
Pengenalan Metodologi kajian merupakan suatu set perkakasan bagi
melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga
suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adams dan
Schvaneveldt, 1985). Fielding dan Schreier (2001) telah menyatakan
bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian iaitu kajian
kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian hybrid. Dalam kajian ini,
metadologi yang telah dipilih adalah kajian kualitatif. Ini kerana
menurut Holloway (1997), kajian kualitatif merupakan suatu bentuk
pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara interpretasi manusia
dan logikal terhadap pengalaman mereka serta persekitaran mereka
tinggal. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang
mengkaji tahap penggunaan media elektronik dan ICT sebagai alat
bantu mengajar. Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif.
Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik.
3.3 Sampel Kajian dan lokasi kajian Responden kajian adalah terdiri
dari 18 orang guru bagi semua matapelajaran di Sekolah Kebangsaan
Ulu Geruntum, Gopeng. Responden terdiri dari 3 orang guru perempuan
dan 15 orang merupakan guru lelaki. 3.4 Instrumen kajian Kajian ini
merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yaang digunakan ialah
borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu
Bahagian A : alat bantu mengajar yang sering digunakan dalam kelas,
Bahagian B : Cabaran Penggunaan Media Elektronik Sebagai Alat Bantu
Mengajar dan Bahagian C : Latar Belakang Responden.
12. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 12 | P a g e 3.6 Tatacara penganalisis data
Soal selidik diberi kepada setiap guru di sekolah secara individu.
Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratus. Jawapan
ya akan menunjukkan prestasi yang baik berbanding jawapan tidak.
Kaedah peratusan ( mengikut indikator jawapan Ya ) adalah mengikut
seperti di bawah : Peratusan Penerangan Lebih 85 % Sangat Baik 70%
Hingga 84% Baik 50% Hingga 69% Sederhana 0% hingga 49% Tidak
memuaskan
13. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 13 | P a g e 4.0 DAPATAN ALAT BANTU MENGAJAR
KEKERAPAN 1. Buku teks 18 2. Lembaran kerja 18 3. OHP 0 4. Komputer
(perisian kursus) 4 5. Komputer (internet) 0 6. Radio (CD) 6 7.
Video (VCD/DVD) 8 8. Objek sebenar seperti carta dll 10 Data
menunjukkan bahawa ramai guru menggunakan buku teks dan lembaran
kerja sebagai alat bantu mengajar dengan kekerapan 18 orang
menggunakannya. Responden juga memilih alat bantu mengajar video
(VCD/DVD) sebagai alat bantu mengajar dalam kelas dengan kekerapan
8 orang dari 18 orang telah menggunakannya. Alat bantu pengajar
seperti radio pula muncul kekerapan kelima paling gemar digunakan
oleh responden. Komputer (perisian kursus) dilihat mempunyai
kekarapan yang rendah apabila hanya 4 orang dari 18 orang guru
menggunakannya sebagai alat bantu mengajar di kelas. Manakala alat
bantu mengajar seperti komputer bersama internet dilihat tidak
diaplikasikan dalam mana-mana responden. SOALAN PERATUS YA TIDAK 1.
Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk menyusun atur media
elektronik dalam kelas anda? 0% 100% 2. Adakah anda mempunyai masa
yang cukup untuk melayari internet di sekolah? 0% 100% 3. Adakah
anda terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll? 67% 33%
4. Adakah alatan berfungsi dengan baik? 89% 11% 5. Adakah talian
internet di sekolah anda memuaskan. 0% 100% 6. Adakah terdapat
kakitangan terlatih untuk membantu anda ketika anda menghadapi
masalah dengan media elektronik di sekolah? 78% 22% 7. Adakah bilik
darjah mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan
media komputer dalam 0% 100%
14. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 14 | P a g e pengajaran? 8. Makmal komputer
yang dilengkapi dengan peralatan media elektronik terletak jauh
dari bilik guru. 0% 100% 9. Adakah anda telah menjalani kursus
dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru? 39% 61% 10.
Adakah anda kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media
komputer? 89% 11% 11. Adakah anda mempunyai masalah untuk
menentukan bahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid?
56% 44% Menurut hasil kajian, 100% guru mengakui bahawa mereka
tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyusun atur media
elektronik dalam kelas, tidak mempunyai masa melayari internet, dan
menghadapi masalah mengenai talian internet yang tidak memuaskan.
Semua guru menyatakan bahawa bilik darjah tidak dilengkapi dengan
peralatan yang cukup untuk penggunaan komputer sebagai media
pengajaran. Guru juga mengakui bahawa makmal komputer terletak
tidak jauh dari bilik guru. Majoriti guru iaitu sebanyak 89%
menyatakan bahawa alatan berfungsi dengan baik. manakala 11% lagi
tidak bersetuju dengan penyataan di atas. 89% guru menyatakan
bahawa mereka tidak mahir dalam penggunaan media elektronik dan
hanya 11% sahaja mengakui mereka mempunyai pengetahuan dan
kemahiran untuk menggunakan media elektonik. Ramai guru bersetuju
bahawa terdapat kakitangan terlatih untuk membantu guru ketika guru
menghadapi masalah dengan media elektronik dengan peratusan
sebanyak 78% berbanding 22% yang mengakui sebaliknya. 67% guru
menyatakan mereka mempunyai masalah untuk melaksanakan pembelajaran
berbantu media elektronik kerana mereka terpaksa membawa banyak
alatan seperti laptop, LCD dan lain-lain. Manakala 33% tidak
bersetuju dengan penyataan tersebut. Hanya 39% minoriti guru
menyatakan bahawa mereka tidak menjalani kursus dalaman tentang
penggunaan media komputer manakala 61% bersetuju bahawa mereka
telah menjalani kursus. Hanya 44% guru menyatakan bahawa mereka
tidak menghadapi masalah untuk menentukan bahan yang bersesuaian
dengan tahap pencapaian murid berbanding 54% yang bersetuju bahwa
mereka mengalami kesukaran bagi menentukan bahan untuk murid.
15. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 15 | P a g e 5.0 PERBINCANGAN Penggunaan
pelbagai alat media elektronik dan bahan bilik darjah semakin
kurang diamalkan (Asiah Abu Samah, 1992). Ini bertepatan dengan
dapatan kajian yang menunjukan bahawa hanya minoriti guru yang
menggunakan aplikasi media elektronik dalam kelas. Ini mungkin
kerana guru menghadapi masalah dari aspek masa, banyak alatan dan
kelengkapan yang tidak mencukupi. Guru-guru yang mengajar di
sekolah-sekolah rendah mahupun di sekolah menengah sudah didedahkan
dengan pengetahuan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam pengajaran semasa mereka menuntut di maktab perguruan atau di
universiti. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru
untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan ialah menyediakan
sumber pengajaran yang bersesuaian dan berkesan serta penggunaannya
yang efektif. Namun begitu, data kajian menunjukkan bahawa guru
menghadapi cabaran dengan kemahiran dan pengetahuan untuk
mengaplikasikan media elektronik dalam kelas. Ini mungkin kerana
guru kurang kompetensi dalam kemahiran media elektronik.
Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti
umur, jantina, latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer
yang dibekalkan di sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan
terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru- guru di
sekolah. Bertepatan dengan hasil kajian yang menyatakan bahawa guru
menghadapi masalah dari aspek masa, penyediaan alatan, kurang
kemahiran dan kelengkapan yang tidak mencukupi. Soon Yin dan Kooi
Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang diterima oleh
guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses
menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan
(2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu
faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran. Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara,
antaranya School Investments in Instructional Technology yang
dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun 1995
(dalam Pricilla & Karin, 2003), terdapat perkaitan yang relatif
di antara perbelanjaan ke
16. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 16 | P a g e atas perisian dengan keperluan
latihan profesional dalam kalangan guru. Dapatan merumuskan, tanpa
perhatian yang mendalam terhadap keperluan mempertingkat kualiti
latihan guru dan peningkatan kemahiran dalam teknologi pengajaran,
maka pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk memperluas
potensi penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk
meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru. Ini
dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa
masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi
maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang
berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al.,
2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah, 2006; Megat et al.,
2008). Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan telekomunikasi
serta accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman
memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini,
beberapa isu lain akan timbul, contohnya, maklumat kursus lewat
diterima, peralatan komputer mengambil masa yang lama untuk dibaiki
dan sebagainya (Johan, 2005). Berdasarkan dapatan, guru dilihat
tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dan ini mengakui dapatan
Sherry (1990) bahawa tanpa kemahiran untuk menggunakan komputer di
dalam pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan penggunaan komputer
di sekolah menjadi sangat terhad. Kajian Bakhtiar (1995) telah
menyatakan kepentingan kemahiran bagi seseorang guru untuk
menggunakan komputer dengan baik di dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Tegasnya, inisiatif untuk mempertingkatkan
kemahiran di dalam bidang komputer dan ICT perlulah dipertingkatkan
dengan mengikuti kursus-kursus yang diadakan. Namun begitu,
analisis data mendapati terdapat sebanyak empat masalah atau
kelemahan utama yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ialah
capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan
bebanan kerja guru yang banyak. Norazilawati (2013) menyatakan isu
pelaksanaan merupakan satu kekangan kepada pengaplikasian ICT
terutamanya di sekolah luar bandar. Didapati isu berkaitan aspek
teknikal, penyebaran maklumat tentang ICT, latihan guru, dan
pemantauan tidak berlaku dengan sempurna di kawasan ini. Dari segi
kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan sekolah luar bandar
17. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 17 | P a g e menghadapi masalah berkaitan
capaian internet. Perkara ini telah menimbulkan satu dilema dalam
kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan guru selaku pelaksana
(Norazilawati, 2013). Dapatan kajian menunjukkan bentuk penggunaan
ICT yang digunakan oleh guru-guru berada di tahap yang sederhana.
Ahmad Rashidi Osman (1992) telah menyatakan bahawa penggunaan
komputer sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar adalah di tahap yang sangat
rendah. Majoriti guru mengakui bahawa alatan ICT berfungsi dengan
baik dan terdapat kakitangan terlatih untuk membantu mereka jika
mereka menghadapi masalah dalam penyediaan ICT. Ini sekaligus
membuktikan bahawa guru sedar tentang kepentingan ICT dalam proses
pembelajaran. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010),
penggunaan ICT dalam bidang pendidikan memberi kesan besar dan
bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan
penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien,
membenarkan pendidikan menyediakan pendekatan pengajaran baru yang
lebih efektif, memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta membuat aktiviti
kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
18. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 18 | P a g e BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Abd.
Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asiah Abu Samah . (1992) .PSS :
Cabaran masa kini dan harapan masa depan . Teknologi Pendidikan
.Buletin Bahagian Teknologi Pendidikan,13 (3) ,3-6. Abu Bakar
Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan
Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Ahmad Rashidi Osman
(1992). Kajian Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sekolah di
Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM. Akker, J.V.D., Paul, K. dan
Tjeerd, P. (1992). The integration of Computer Use In Education.
International Journal of Education Research, vol. 17, ms. 65. Azizi
Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim
Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori,
Analisis dan Interpretasi Data). Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing. Bramble J. (1985). Computer In School. New York: McGraw
Hill. Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Coffin, Gregory C. (1995). Minimum Computer Knowledge for
Elementary Principal. Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking
microcomputer instruction as part of teacher education reform'',
Educational Technology, 23(11): 4043. Dence,M.(1980). Toward
defining the role of CAI: A Review Educational Technology. 3:50-54.
Dorsett, R (1990). Dalam: Chin Sak Fatt (1993). Tinjauan Penggunaan
Komputer Dalam Pengurusan Dan Pembelajaran. Projek Sarjana Muda
UTM. Ely, D.P. (1993). Computer In Schools and Universities In the
United States of America. Educational Technology, vol.33 (9), ms.
53. Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary
schools: an examination of existing facalities and relationship
between teacher variables and media utilization. Tesis. Sarjana
Pendidikan. Pulau Pinang: USM.
19. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 19 | P a g e Fullan et. al. (1988),
Strategies for Implementing Microcomputer in Schools: The Ontario
Case Ontario: Ministry of Education, Queens Printer. Gilroy, D dan
Desai H.B. (1986). Computer Anxiety : Sex, Race and Age.
International Journal Of Man- Machine Studies, vol. 25, ms.
711-719. Hamzah Hussain (1995). Latihan Dalam Perkhidmatan: Satu
Kajian Mengenai Persepsi, Keberkesanan dan Keperluan Guru di Negeri
Pahang. Tesis Sarjana UUM. Harrison, A.W., Kelly, R. Dan Rainer Jr.
(1992). The Influence of Individual Differences on Skill in End-
User Computing. Hasselbring, O.S. (1991). Improving Education
Through Technology: Barriers and Recommendation. Preventing School
Failure, vol. 35 (3), ms. 33. Holdaway, K. Sounders, M. (1996). Thw
In-House Training As Consultant (2nd Edition). London. Kamus Dewan:
Edisi Ketiga (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.Krueger, A.B. 2003. The digital divide in educating
African-American students and workers. In Cecilia Conrad and
Margaret Simms (eds). Education and training for the Black worker
in the 21st century. Washington: Center for Political and Economic
Studies Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics.
Massachusetts Addison-Wesley Publication Company. Kementerian
Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur :
BPPDP,2003 Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998).
Using techology in teaching and learning. Stirling, USA: Kogan
Page. Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan
Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru
pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st
International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala
Lumpur. Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT
di Kalangan Guru-Guru Sains dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal
Pendidikan 7: 15-24.
20. CABARAN PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK DAN ICT SEBAGAI ALAT
BANTU MENGAJAR DI SK ULU GERUNTUM, GOPENG. PERAK. Syakhira Husna
Illias (M20141000860) 20 | P a g e Nazamud-din Alias (2004),
Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Guru
Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006).
Persepsi Guru-Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Kertas Kerja Pembentangan Seminar SITMA. Terengganu.
19-20 Ogos. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik
Yusuf (2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE)
Dalam Kalangan Guru Sains. Prosiding 7th International Malaysian
Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower
Bandong. 16-18 September. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer
Technology In Malaysia : Teachers Background Characteristics,
Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13. Norida Suhadi
(2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat.
Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia Pengurusan Pendidikan.
Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pricilla, N. and Karin, M. W. (2003). Teaching
with Technology. Vancouver: Thomposon Wardsworth. Sham b. Ibrahim
(2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di
Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan
Teknologi Dalam Pengajaran- Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002
Pendidikan guru 2: 62-72. W.F. Connel (1981). Asas Pendidikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.