49
DIHASILKAN OLEH : MARIANA BTE HAJI MAHMUD/MAHMOOD (06B0836) Rujukan: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 (SPN21) Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 (SPN21) PL 3234 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU CADANGAN PROJEK DAN KAJIAN

Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kursus PL3234 Pengujian dan Penilaian Bahasa Melayu

Citation preview

Page 1: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

DIHASILKAN OLEH :

MARIANA BTE HAJI MAHMUD/MAHMOOD (06B0836)

Rujukan:• Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 (SPN21)• Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 (SPN21)

PL 3234 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYUPL 3234 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU

CADANGAN PROJEK DAN KAJIAN

CADANGAN PROJEK DAN KAJIAN

Page 2: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

UNTUK BUKU TEKS BAHASA MELAYU

TAHUN 1

Page 3: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 1 DIRI SAYA

CATATAN :Dalam unit ini, cuma subtajuk (1) : Kenali Saya dan subtajuk (3) : Kenali Keluarga saya sahaja terdapat cadangan.

SUBTAJUK :

1.Kenali Saya2.Kenalan Baharu3.Kenali Keluarga Saya

SUBTAJUK :

1.Kenali Saya2.Kenalan Baharu3.Kenali Keluarga Saya

Page 4: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (1) : Kenali Saya

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Poster jadual (individu)

• Kad manila• Gambar pelajar • Gam• Benang wool

Poster jadual hendaklah diisi dengan gambar pelajar, butir peribadi pelajar dan paling penting adalah jadual harian pelajar seperti waktu makan, waktu sembahyang, waktu membuat kerja rumah dan sebagainya. Pelajar hendaklah mengikut jadual harian yang mereka buat untuk mendisiplinkan diri. Poster jadual ini akan dibentangkan oleh pelajar sendiri setelah tamat tempoh.

Penyerapan nilai:

• Menghormati masa.•Sentiasa berdisiplin.

Penyerapan ilmu:

• Ilmu sivik

Kata nama khas

Kata nama am

Kata kerja

Ibu bapa digalakkan membantu pelajar untuk mengikuti dan mengingati pelajar untuk menjalani aktiviti jadual yang terdapat dalam poster jadual.

OBJEKTIF:1.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.2.Pelajar dapat menghasilkan projek ini dengan kreatif dan tersusun.3.Pelajar dapat menyusun jadual mereka sendiri.4.Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan bahasa dan penggunaan bahasa baku.

OBJEKTIF:1.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.2.Pelajar dapat menghasilkan projek ini dengan kreatif dan tersusun.3.Pelajar dapat menyusun jadual mereka sendiri.4.Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan bahasa dan penggunaan bahasa baku.

Page 5: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (3) : Kenali Keluarga Saya

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DN PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Kad gantung(individu)

• Kertas berwarna berukuran A5• Gambar individu setiap ahli keluarga • Benang wool• Gam• Pensil warna• Gunting

Pelajar dikehendaki melekatkan gambar individu setiap ahli keluarga di kertas warna A5. Misalnya, gambar ayah dilekatkan pada sekeping kertas warna A5. Kemudian tuliskan nama, umur, pangkat dan pekerjaan setiap ahli keluarga pelajar dengan lengkap. Gambar yang sudah dilekatkan akan diikat. Hasil kerja ini akan digantung dibelakang kelas untuk tatapan pelajar lain untuk mengenali keluarga rakan lain.

Penyerapan nilai :

-Sayangi keluarga.-Menghormati orang tua.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu sivik-Ilmu ‘social studies’

Kata nama khas

Kata nama am

Kata ganti diri

Ibu bapa atau penjaga pelajar digalakkan membantu menghasilkan projek ini tetapi tidak 100% dibantu. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu mengunting kertas kerana bahaya untuk kanak-kanak.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengenali ahli keluarga dengan lebih dekat.2.Mengajar pelajar untuk menghormati orang yang lebih tua.3.Pelajar dapat menghasilkan kad gantung dengan cantik dan kreatif.4.Pelajar dapat membezakan butir-butir dengan baik seperti nama, umur, pekerjaan dan pangkat.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengenali ahli keluarga dengan lebih dekat.2.Mengajar pelajar untuk menghormati orang yang lebih tua.3.Pelajar dapat menghasilkan kad gantung dengan cantik dan kreatif.4.Pelajar dapat membezakan butir-butir dengan baik seperti nama, umur, pekerjaan dan pangkat.

Page 6: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 2KENALAN SAYA

CATATAN :Dalam unit 2, saya mencadangkan projek secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, cadangan projek tidak terkeluar daripada tajuk besar : Kenalan Saya.

SUBTAJUK :

1.Kenali Rakan Saya2.Mereka Kawan Saya3.Ke Rumah Kawan

SUBTAJUK :

1.Kenali Rakan Saya2.Mereka Kawan Saya3.Ke Rumah Kawan

Page 7: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Rantai beg(individu)

• Kad manila digunting bersaiz 5x5 sm• Gambar kenalan atau rakan pelajar berukuran paspot.• Benang wool• Gam• Gunting• Pensel warna• ‘Laminating’

Pelajar dikehendaki menyediakan kad manila berukuran 5x5sm. Kemudian gambar kenalan atau rakan dilekatkan pada kad manila tadi. Di muka sebelah kad manila pula hendaklah ditulis butir peribadi rakan tadi seperti nama, umur, tarikh lahir dan hobi. Selepas itu, kad manila tadi diberi benang di tengah-tengahnya selepas ditebuk, dan di’laminate’ untuk dijadikan sebagai rantai beg sekolah mereka.

Penyerapan nilai :

-Sayang menyayangi sesama rakan.

Penyerapan Ilmu :

-Ilmu sivik-Ilmu ‘social studies’

Kata nama khas

Kata nama am

Kata kerja

Ibu bapa/penjaga atau ahli keluarga yang lebih tua digalakkan menolong pelajar membuat projek ini seperti menggunting kad manila atau menolong mengisi butir-butir peribadi rakan di kad manila.

Pelajar boleh menghias rantai beg mereka mengikut kretiviti pelajar.

Pembentangan diperlukan bagi setiap pelajar setelah menyiapkan projek ini.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan bahan maujud dengan kreatif dan kemas.2.Pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih dekat.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan bahan maujud dengan kreatif dan kemas.2.Pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih dekat.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

Page 8: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 3 CERITA TELADAN

CATATAN :Dalam unit ini hanya terdapat 2 cadangan iaitu cadangan subtajuk (1) : Pesanan Datuk dan subtajuk (2) : Cerita Datuk.

SUBTAJUK :

1.Pesanan Datuk2.Taman Permainan3.Cerita Datuk

SUBTAJUK :

1.Pesanan Datuk2.Taman Permainan3.Cerita Datuk

Page 9: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (1) : Pesanan Datuk

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Penanda buku atau ‘bookmark’.(Individu)

• Kad manila digunting berukuran 12x4 sm• Pensil warna.•Gunting

Pelajar diminta mencari satu nasihat positif yang berguna daripada datuk atau nenek atau orang-orang tua. Kemudian tuliskan nasihat itu di kad manila berukuran 12x4 sm di sebelah menyebelah. Selepas itu, pelajar diminta membentangkan hasil kerja mereka setelah siap dan dijadikan penanda buku.

Penyerapan nilai:

-Hormat menghormati orang tua.-Mengeratkan silaturrahim.

Penyerapan Ilmu :

-Ilmu sivik.-Ilmu agama

Kata larangan

Kata sendi nama

Kata tanya

Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menolong mengunting dan memeriksa nasihat yang didapati kerana ditakuti nasihat berunsur negatif. Ibu bapa juga boleh menolong pelajar mencarikan satu nasihat yang sangat berguna di dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat membaiki diri melalui pesanan atau nasihat orang yang lebih tua.2.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.3.Pelajar dapat menulis ayat-ayat nasihat dalam bahasa baku.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat membaiki diri melalui pesanan atau nasihat orang yang lebih tua.2.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.3.Pelajar dapat menulis ayat-ayat nasihat dalam bahasa baku.

Page 10: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (3) : Cerita Datuk

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Buku koleksi cerita datuk.(Individu)

• 5 keping Kertas berlainan warna berukuran A5.• ‘Stapler’• ‘Water colour’

Pelajar dikehendaki menyediakan 5 keping kertas warna berukuran A5 yang berlainan warna untuk disatukan. Misalnya, 5 keping warna kuning disatukan dengan menggunakan ‘stapler’ supaya menjadi sebuah buku. Kemudian, pelajar diminta mengumpul cerita-cerita datuk dan ditulis ke dalam buku tadi mengikut jenis gaya bahasa yang diceritakan.

Penyerapan nilai :

-Menghargai cerita orang-orang tua.-Menyayangi dan menghormati orang yang lebih tua.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu sejarah-Ilmu sastera

Kata kerja

Fahaman

Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk mengumpul cerita daripada datuk ini. Ibu bapa juga perlu mengawasi ayat dan jenis gaya bahasa yang ditulis oleh pelajar.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengetahui pelbagai jenis gaya bahasa.2.Pelajar dapat membezakan antara jenis gaya bahasa yang didapati daripada cerita datuk.3.Pelajar dapat menulis satu ayat pendek dalam bahasa Melayu baku.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengetahui pelbagai jenis gaya bahasa.2.Pelajar dapat membezakan antara jenis gaya bahasa yang didapati daripada cerita datuk.3.Pelajar dapat menulis satu ayat pendek dalam bahasa Melayu baku.

Page 11: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Pelajar tidak dipaksa untuk menulis cerita datuk seperti sebuah karangan. Memadai satu ke dua ayat. Misalnya, datuknya bercerita tentang sejarah peperangan dunia ke-2. Oleh yang demikian, gaya bahasanya ialah sejarah. Pelajar menulis tajuk besar sebagai ‘Sejarah’ dan memadailah menulis peristiwa penting sahaja seperti ‘1. Banyak manusia terkorban. 2. Tentera Jepun datang ke Brunei.’ Ini sudah mencukupi bagi pelajar tahun 1.Setelah tamat tempoh, pelajar membentangkan cerita datuk mereka. Pelajar digalakkan untuk mengumpul cerita datuk mereka walaupun setelah tamat tempoh projek supaya menjadi koleksi cerita datuk yang berlainan jenis gaya bahasanya.

Page 12: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 4HAIWAN

CATATAN :Dalam unit 4, cuma terdapat 1 cadangan iaitu bagi subtajuk 1 : Tempat tinggal haiwan.

SUBTAJUK :

1.Tempat Tinggal Haiwan2.Di Zoo3.Lawatan ke Sabah

SUBTAJUK :

1.Tempat Tinggal Haiwan2.Di Zoo3.Lawatan ke Sabah

Page 13: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Model tempat tinggal haiwan yang disukai.(Individu)

• ‘Polyform’• Kad manila• Kertas warna• Tanah liat• Cucuk sate• Stik aiskrim• Benang wool• Gam • Gunting

Pelajar diarahkan untuk membuat salah satu model ringkas tempat tinggal haiwan yang disukai. Misalnya, pelajar menyukai haiwan kuda. Pelajar perlu membuat kandang kuda beserta dengan rumahnya sekali. Ukuran model terpulang kepada kreativiti pelajar. Kemudian setelah tamat tempoh projek, pelajar perlu membentangkan hasil kerja mereka dan dipamerkan.

Penyerapan nilai:

-Memupuk sikap menyayangi haiwan.- Memupuk untuk tidak menyakiti haiwan.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu sains-Ilmu seni bina

Kata nama khas

Kata nama am

Penjodoh bilangan

Kata kerja

Imbuhan

Penglibatan ibu bapa atau penjaga amat digalakkan kerana untuk menolong pelajar membuat model ini supaya model imaginasi mereka tercapai. Ibu bapa atau penjaga boleh menolong pelajar memotong ‘polyform’.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan model tempat tinggal haiwan secara kreatif.2.Pelajar dapat menyesuaikan tempat tinggal haiwan dengan haiwannya.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan model tempat tinggal haiwan secara kreatif.2.Pelajar dapat menyesuaikan tempat tinggal haiwan dengan haiwannya.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

Page 14: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 5HAIWAN

TERNAKAN

CATATAN :Dalam unit ini, saya tidak mencadangkan projek bagi setiap subtajuk, tetapi saya mencadangkan projek bagi keseluruhan unit 5.

SUBTAJUK :

1.Ternakan Datuk Saya2.Apakah Makanan Haiwan?3.Cuba Teka

SUBTAJUK :

1.Ternakan Datuk Saya2.Apakah Makanan Haiwan?3.Cuba Teka

Page 15: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Poster Informasi bagi seekor haiwan ternakan yang disukai.(Individu)

• ‘Strawboard’• 1 Gambar atau lukisan haiwan yang disukai.• Kad manila• Kertas warna• Pensel warna• ‘Magic pen’• Gam• Gunting

Pelajar diminta memilih seekor haiwan ternakan yang digemari oleh pelajar. Cari gambar haiwan tersebut atau lukiskan haiwan tersebut sebesar kertas A4. Gunting gambar haiwan mengikut bentuk badannya dan lekatkan di ‘strawboard’. Setelah itu labelkan setiap bahagian badan haiwan itu. Misalnya, ikan diberi label sirip, insang, mata, sisik dan sebagainya. Setelah siap dibentangkan dan akan dipamerkan di dalam kelas.

Penyerapan nilai:

-Menghargai haiwan ternakan.- Menyayangi haiwan.

Penyerapan ilmu:

-Ilmu sains-Ilmu seni lukis

Kata nama khas Kata nama am

Kata kerja

Imbuhan

Kosa kata

Ibu bapa atau penjaga digalakkan melibatkan diri untuk menolong pelajar membetulkan ejaan atau memeriksa label nama bahagian badan haiwan.

Poster informasi ini akan dipamerkan di dalam kelas dan digantung untuk menambah pengetahuan pelajar.

OBJEKTIF :1.Menambah kosa kata pelajar.2.Pelajar dapat melabelkan nama bahagian badan binatang dengan betul.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

OBJEKTIF :1.Menambah kosa kata pelajar.2.Pelajar dapat melabelkan nama bahagian badan binatang dengan betul.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

Page 16: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 6HAIWAN

PELIHARAAN

CATATAN :Dalam unit ini juga saya memberi cadangan projek tidak mengikut subtajuk tetapi cadangan bagi keseluruhan unit 6. Walau bagaimanapun, cadangan projek mengikut skop tajuk unit 6 iaitu Haiwan Peliharaan.

SUBTAJUK :

1.Kasihan Si Tompok2.Kucingku3.Haiwan yang Cekap

SUBTAJUK :

1.Kasihan Si Tompok2.Kucingku3.Haiwan yang Cekap

Page 17: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Buku skrap haiwan peliharaan.(Individu)

• Kertas warna A5 (dijadikan buku)• Pensil warna• 3 Gambar haiwan peliharaan yang dipilih• Gam• ‘Stapler’• Benang wool• ‘Printing’

Guru mengarahkan pelajar untuk memilih 3 jenis binatang peliharaan untuk dilekatkan ke dalam kertas warna A5 yang dijadikan buku. Di dalam buku skrap itu, pelajar perlu mengisi informasi tentang 3 jenis haiwan peliharaan yang dipilih dan ditaip. Informasi boleh didapati dalam internet atau daripada pengetahuan ibu bapa atau penjaga pelajar sendiri. Setelah tamat tempoh, pelajar perlu membentangkan hasil kerja mereka.

Penyerapan nilai :

-Nilai menyayangi haiwan.-Menghargai haiwan dan tidak menyakitinya.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu sains-Ilmu teknologi

Kata kerja

Kata sifat

Antonim

Sinonim

Karangan

Fahaman

Ibu bapa atau penjaga atau kakak dan abang pelajar boleh menolong pelajar mencarikan informasi tentang haiwan peliharaan dalam internet, dan menolong menaip menggunakan komputer.

Buku skrap ini setelah tamat tempoh menghantar akan dibentangkan oleh pelajar sendiri. Jika ada pameran diadakan di sekolah hasil kerja mereka akan dipamerkan.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan buku skrap dengan baik dan kreatif.2.Pelajar dapat menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa baku.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan buku skrap dengan baik dan kreatif.2.Pelajar dapat menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa baku.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

Page 18: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 7KEBERSIHAN

CATATAN :Dalam unit ini juga hanya terdapat satu cadangan secara keseluruhan dan tidak mengikut subtajuk yang terdapat dalam unit 7. Projek yang dicadangkan tidak lari daripada skop tajuk unit 7 : Kebersihan.

SUBTAJUK :

1.Utamakan Kebersihan2.Udara Bersih3.Udara Kotor

SUBTAJUK :

1.Utamakan Kebersihan2.Udara Bersih3.Udara Kotor

Page 19: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Kalendar kebersihan.(Individu)

• Kalendar lama• Gambar-gambar tempat yang bersih.• Gam• ‘Printing’

Guru mengarahkan pelajar untuk membuat satu koleksi gambar-gambar tempat yang bersih seperti tandas, bilik tidur,restoran, gerai makan, dapur dan sebagainya. Pelajar boleh mengumpul gambar sebanyak yang mungkin dan dilekatkan dalam kalendar lama. Di muka sebelahnya hendaklah dinyatakan sedikit informasi tentang tempat yang bersih itu dan yang penting nyatakan kebaikan menjaga kebersihan tempat dalam gambar itu dan ditaip isinya.

Penyerapan nilai :

-Nilai sentiasa menjaga kebersihan.-Menjaga kebersihan sekeliling.

Penyerapan Ilmu :

-Ilmu geografi-Ilmu sivik-Ilmu teknologi

Kata sifat

Kata arah

Kata sendi

Karangan

Fahaman

Ibu bapa atau penjaga perlu menolong pelajar menggunakan komputer dan menyemak informasi dan isi yang ditulis supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang diberikan oleh guru. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menolong pelajar mencari gambar atau mengambar ditempat yang dicadangkan oleh pelajar sendiri.

Hasil kerja akan dibentangkan dan dipamerkan.

OBJEKTIF :1.Mengajar pelajar untuk menjaga kebersihan.2.Mengajar pelajar akan kepentingan menjaga kebersihan.3.Pelajar dapat menyatakan kebaikan kebersihan di suatu tempat dengan betul dan tepat.

Page 20: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 8KEMUDAHAN

AWAM

CATATAN :Dalam unit 8 ini cuma terdapat satu cadangan projek sahaja mewakili semua subtajuk yang terkandung dalam unit 8. Cadangan projek tidak terkeluar daripada skop tajuk : Kemudahan Awam.

SUBTAJUK :

1.Jangan Rosakkan Telefon2.Mari Kita Fikirkan3.Nasihat Nenek

SUBTAJUK :

1.Jangan Rosakkan Telefon2.Mari Kita Fikirkan3.Nasihat Nenek

Page 21: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Poster larangan merosakkan kemudahan awam.

• Kad manila sederhana besar• Pensil warna• ‘Magic pen’

Pelajar diarahkan untuk mencipta satu poster larangan merosakkan kemudahan awam seperti telefon, tandas, paip dan sebagainya. Pelajar diminta melukis satu kemudahan awam dan membina satu ayat larangan merosakkan kemudahan awam yang dilukis. Misalnya, pelajar memilih telefon awam. Jadi, pelajar hendaklah melukis telefon dan bina satu ayat larangan untuk tidak merosakkan telefon itu. Ukuran poster tidak kecil daripada saiz A4.

Penyerapan nilai :

-Sentiasa menghargai harta kerajaan.-Menanamkan sikap tidak pemugut.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu seni lukis-Ilmu sivik

Kata nama am

Kata kerja

Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk melukis poster mereka kerana berkemungkinan ada pelajar yang kurang mahir dalam lukisan. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga janganlah melukiskan poster itu 100%. Galakkan pelajar melukis sendiri untuk melatih pelajar.

Poster pelajar akan dipamerkan dan digantung dalam kelas.

OBJEKTIF :1.Mengajar pelajar untuk tidak menjadi pemugut.2.Mengajar pelajar untuk menghargai harta kerajaan.3.Pelajar dapat membina satu ayat larangan yang baik dan betul.

Page 22: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 9SAYANGI ALAM

SEKITAR

CATATAN :Dalam unit ini, hanya terdapat satu cadangan sahaja bagi mewakili subtajuk-subtajuk dalam unit 9. Cadangan projek tidak terkeluar daripada skop tajuk unit 9 : Sayangi Alam Sekitar.

SUBTAJUK :

1.Taman Muhibah2.Negara Brunei Darussalam3.Sama Tetapi Tidak Serupa

SUBTAJUK :

1.Taman Muhibah2.Negara Brunei Darussalam3.Sama Tetapi Tidak Serupa

Page 23: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

1. Satu Kotak sampah kitar semula 2. Beg kitar semula.(Individu)

• Sebuah kotak sederhana besar• Satu beg ‘cotton’/kertas sederhana besar• ‘Polyform’• Kertas A4• Botol• Tin kosong• Kertas warna• Pensil warna• Gam• Gunting

Pelajar diminta mengubah suai satu sahaja kotak sampah dan mereka sendiri memilih sama ada kotak sampah untuk botol, tin atau kertas, tetapi setiap pelajar dimestikan mencipta atau mengubah suai satu beg ‘cotton’ /kertas dengan membubuh ayat atau frasa yang bersesuaian dengan tajuk, begitu juga dengan kotak sampah. Kotak sampah akan disimpan dalam kelas dan dijadikan kotak sampah peribadi mereka. Beg pula digunakan ketika mereka membeli makanan di kantin sekolah ataupun luar sekolah.

Penyerapan nilai :

-Menanamkan sikap menyayangi alam sekitar.-Menanamkan sikap cintakan negara.- Menanamkan sikap pembersih.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu geografi-Ilmu reka bentuk

Kata adjektif

Kata nama am

Kosa kata

Seperti biasa ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk menghasilkan projek ini seperti memotong, menghias dan memeriksa ayat atau frasa yang dicadangkan oleh pelajar bagi kotak dan beg mereka.

Hasil kerja mereka akan dibentangkan oleh pelajar sendiri dan akan dipamerkan.

OBJEKTIF :1.Mengajar pelajar untuk menjaga alam sekitar.2.Mengajar pelajar untuk mengitar semula sampah-sampah yang dapat dikitar semula.3.Melatih pelajar mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli belah.4.Pelajar dapat menghasilkan projek mereka dengan kreatif.

Page 24: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 10CUACA

CATATAN :Dalam unit ini, saya memberikan dua cadangan projek bahan maujud bagi unit ini, iaitu subtajuk (3) : Berhati-hati dan subtajuk (4) : Cuaca Hari Ini.

SUBTAJUK :

1.Lebatnya Hujan.2.Banjir3.Berhati-hati4.Cuaca Hari Ini

Page 25: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (3) : Berhati-hati

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Dua pengantung kunci atau ‘key chain’.(Individu)

• Kad manila berukuran 6x4 sm• Kertas warna• ‘Magic pen’• Benang wool• ‘Laminating’

Guru mengarahkan pelajar untuk mencipta 2 buah pengantung kunci. Pengantung kunci itu berukuran 6x4sm daripada kad manila. Pelajar perlu menulis satu ayat amaran contohnya, ‘Hari hujan, pandu perlahan-lahan’, dan ditulis ke atas satu pengantung kunci disebelah menyebelah. Bina satu ayat berlainan lagi untuk sebuah pengantung kunci yang lain. Tebuk diatas tengah-tengah pengantung kunci untuk tali dan di’laminate’. Pelajar boleh menggantungkan pada kunci kereta, kunci rumah dan sebagainya setelah pelajar selesai membentangkan hasil kerja mereka.

Penyerapan nilai :

-Sentiasa berhati-hati sebelum terjadi sesuatu yang buruk.-Menjaga keselamatan diri.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu geografi-Ilmu matematik

Kata adjektif

Kata kerja

Antonim

Ibu bapa atau penjaga digalakkan membantu pelajar untuk memeriksa ayat yang dipilih. Selain itu, ibu bapa atau penjaga perlulah menghargai hasil kerja pelajar dengan menggantungkannya pada kunci kereta atau kunci rumah.

Bahan maujud ini boleh dihias mengikut kretiviti pelajar.

OBJEKTIF :1.Mengajar pelajar untuk berhati-hati ketika cuaca buruk berlaku.2.Melatih pelajar membina satu ayat gramatis dan bahasa baku.3.Pelajar dapat menghasilkan bahan maujud dengan baik dan kreatif.

Page 26: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (4) : Cuaca Hari Ini

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Jam cuaca.(Individu)

• Kad manila• ‘Strawboard’• Kertas warna• Pensil warna• Benang wool• Gam• Gunting

Pelajar hendaklah membuat satu bahan seperti jam, tetapi tiada bernombor. Nombor digantikan dengan 4 jenis gambar cuaca asas seperti hujan, berawan, panas dan mendung. Keempat-empat jenis cuaca ini hendaklah diletakkan disudut utara, timur, selatan dan barat jam yang dibuat. Ditengah-tengah jam cuaca diletakkan satu jarum jam.

Penyerapan nilai :

-Menanamkan sikap prihatin dan peka.

Penyerapan ilmu :

- Ilmu geografi

Kata adjektif

Imbuhan

Kata hubung

Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk membuat jam cuaca ini. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga harus memeriksa dan turut serta memeriksa jadual cuaca pelajar.

OBJEKTIF :1.Mengenalkan pelajar kepada beberapa jenis cuaca di Brunei Darussalam.2.Mengajar pelajar untuk lebih peka dan teliti.3.Pelajar dapat menghasilkan bahan maujud dengan cantik, kreatif dan tahan lama.

Page 27: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Di bawah jam cuaca hendaklah ada ruang jadual bagi pelajar menulis haribulan, waktu dan cuaca. Contohnya, Tarikh : 14/03/09. Waktu : 7.32 malam. Cuaca : Hujan. Jadual hendaklah diisi mengikut tempoh yang ditetapkan oleh guru. Misalnya dari 14/03/09 hingga 21/03/09.

Jarum jam yang ditengah-tengah berfungsi sebagai penunjuk cuaca. Contohnya, pusing jarum jam pada cuaca hujan jika hari hujan.

Bahan ini hendaklah dibentangkan oleh pelajar setelah tamat tempoh untuk mengisi jadual.

Ini bukan saja boleh menghasilkan bahan maujud tetapi juga boleh dijadikan sebagai kajian untuk pelajar mengenai cuaca.

Page 28: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 11KEGIATAN

MASA LAPANG

CATATAN :Dalam unit ini, saya memberikan satu cadangan saja daripada subtajuk (3) : Permainan Tradisional.

SUBTAJUK :

1.Hargai Masa2.Layang-layang Terbang Tinggi3.Permainan Tradisional

Page 29: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Kad informasi.(Individu)

• Kad manila berukuran poskad• Pensil warna

Pelajar diminta mengunting kad manila berukuran poskad . Di muka pertama pelajar diminta melukis salah satu permainan tradisional Brunei dan terpulang kepada pelajar untuk memilih permainan tradisional yang mereka gemari. Di muka kedua pelajar menulis serba sedikit mengenai permainan tradisional yang dilukis tadi. Kad ini akan dibentangkan dan dipamerkan dalam kelas.

Penyerapan nilai :

-Menghargai permainan tradisional.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu seni lukis

Kata nama khas

Kata nama am

Kata kerja

Ibu bapa atau penjaga bolehlah menolong pelajar melukiskan permainan tradisional yang digemari pelajar.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengenali jenis-jenis permainan tradisional Brunei.2.Pelajar dapat membuat kad informasi dengan betul dan kreatif.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.

Page 30: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 12PELANCONGAN

CATATAN :Dalam unit ini pula, saya hanya memberikan satu cadangan bagi mewakili keseluruhan unit 12. Unit ini bertajuk pelancongan tetapi saya akan jadikan Brunei Darussalam sebagai destinasi pelancongan untuk cadangan bahan ini.

SUBTAJUK :

1.Makan Angin2.Dewan Ketibaan3.Ceritakan

SUBTAJUK :

1.Makan Angin2.Dewan Ketibaan3.Ceritakan

Page 31: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Risalah / Brosur(individu)

• Kertas warna A4• Gambar• ‘Printing’

Pelajar diminta membuat satu risalah mengenai Negara Brunei Darussalam. Risalah itu mestilah mengandungi informasi seperti penduduknya, falsafahnya, sejarahnya, bangsanya, agamanya dan sebagainya. Tidak lupa juga selitkan salah satu tempat yang menarik menjadi tarikan pelancong. Risalah ini hendaklah ditaip , dan akan dibentangkan dan akan dipamerkan di dalam kelas.

Penyerapan nilai :

-Menanamkan sikap cintakan negara.-Menghargai keindahan Brunei Darussalam.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu geografi-Ilmu teknologi

Karangan

Fahaman

Kata adjektif

Ibu bapa atau penjaga haruslah menolong pelajar mencari maklumat tentang Brunei yang terkini di internet, akhbar atau majalah. Juga, harus diajar cara membuat risalah dengan menggunakan komputer.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan risalah yang padat dengan informasi.2.Pelajar dapat membina ayat yang gramatis dan dalam bahasa baku.3.Pelajar dapat menyatakan dengan betul mengenai Brunei Darussalam.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menghasilkan risalah yang padat dengan informasi.2.Pelajar dapat membina ayat yang gramatis dan dalam bahasa baku.3.Pelajar dapat menyatakan dengan betul mengenai Brunei Darussalam.

Page 32: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 13KENDERAAN

CATATAN :Dalam unit ini, saya memberikan satu cadangan dan tidak mengikut subtajuk-subtajuk unit 13. Saya memberikan cadangan projek bagi keseluruhan unit 13 dan masih mengikut skop tajuk unit 13 : Kenderaan.

SUBTAJUK :

1.Kenderaan Dahulu2.Kenderaan Kini

SUBTAJUK :

1.Kenderaan Dahulu2.Kenderaan Kini

Page 33: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

PROJEK YANG DICADANGKAN

BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA MEMBUAT DAN

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Poster kenderaan pada tahun 2100.(Individu)

• Kad manila• Pensil warna

Pelajar diminta melukis poster kenderaan tahun 2100 di kad manila yang tidak kecil daripada saiz A4. Selain lukisan kenderaan tahun 2100 imaginasi pelajar, hendaklah juga ditulis jenama kenderaan ciptaan pelajar. Nama kenderaan ciptaan mereka itu hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dalam bahasa baku atau bahasa Brunei. Poster akan dibentangkan dan dipamerkan dalam kelas.

Penyerapan nilai :

-Sentiasa memandang ke masa hadapan.-Menanamkan sikap berfikir ke hadapan.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu seni lukis-Ilmu reka bentuk

Kata nama khas

Kosa kata

Bagi pelajar yang kurang mahir dalam melukis, ibu bapa atau ahli kelurga yang mahir melukis bolehlah menolong melukiskan kenderaan ciptaan pelajar agar imaginasinya terlaksana.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengembangkan imaginasi dan daya fikiran mereka.2.Pelajar dapat berfikir secara kreatif dan futuristik.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan teratur dan baik.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengembangkan imaginasi dan daya fikiran mereka.2.Pelajar dapat berfikir secara kreatif dan futuristik.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan teratur dan baik.

Page 34: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

KAJIAN YANG DICADANGKAN UNTUK BUKU TEKS BAHASA

MELAYU TAHUN 4

Page 35: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 1 KELUARGAKU

SAYANG

CATATAN:Dalam unit ini, saya hanya menyumbangkan satu cadangan bagi subtajuk (3) : Membantu amalan terpuji.

SUBTAJUK :

1.Keluarga Bahagia2.Hargai Pengorbanan Ibu Bapa3.Membantu Amalan Terpuji

Page 36: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (3) : Membantu Amalan Terpuji

KAJIAN YANG DICADANGKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Menkaji balasan baik yang didapati jika mengamalkan sikap suka membantu keuarga.(Individu)

•Pelajar diarahkan untuk mengkaji balasan baik yang didapati jika suka mambantu keluarga.

•Pelajar diarahkan untuk menemu bual guru agama untuk bertanyakan balasan baik kepada umat yang selalu membantu keluarga. Pelajar menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 balasan baik yang didapati daripada hasil temu bual, dan ditaip dalam kertas A4.

•Hasil kajian pelajar akan dibentangkan.

Penyerapan nilai :

-Menanamkan sikap suka bantu membantu.-Mengeratkan silaturrahim sesama insan.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu agama-Ilmu sivik-Ilmu teknologi

Kata kerja

Kosa kata

•Sebelum kajian dijalankan pihak guru hendaklah memberitahu kepada ibu bapa atau penjaga pelajar mengenai kajian ini.

•Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk berjumpa dengan guru agama.

•Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menolong pelajar menggunakan komputer.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengetahui kebaikan suka membantu sesama keluarga.2.Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kebaikan suka membantu.3.Pelajar dapat menemu bual dengan cara yang betul.

Page 37: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 2KELUARGAKU

BERWAWASAN

CATATAN :Dalam unit ini, saya menyumbangkan satu cadangan bagi mewakili keseluruhan subtajuk unit 2, tetapi tajuk kajian tidak terkeluar daripada skop tajuk unit 2 : Keluargaku Berwawasan.

SUBTAJUK :

1.Pendidikan untuk Masa Depan2.Cerita Datuk3.Tahniah, Abang!

Page 38: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

KAJIAN YANG DICADANGKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Mengkaji tentang pekerjaan yang belum terdapat di Negara Brunei Darussalam.(Individu)

•Pelajar diarahkan untuk mengkaji salah satu pekerjaan yang belum terdapat di negara ini seperti angkasawan.

•Pelajar diarahkan untuk mencari informasi mengenai pekerjaan yang dipilih dalam internet, akhbar, majalah dan sebagainya. Informasi yang diperlukan :Apakah pekerjaan angkasawan? (contoh)Apakah kelayakan yang diperlukan? Mengapa di Brunei tidak terdapat pekerjaan seperti itu?Apakah kebaikan pekerjaan itu?

•Segala informasi yang didapati hendaklah dijadikan risalah/brosur dan ditaip.

•Hasil kajian akan dibentangkan dan diberi markah oleh guru.

Penyerapan nilai :

-Menanamkan sikap berfikiran ke hadapan.-Menanamkan sikap ingin memajukan diri.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu sains-Ilmu teknologi

Kata kerja

Imbuhan

Kata nama am

Kata nama khas

•Guru hendaklah terlebih dahulu memberitahu apakah informasi yang hendak dicari kepada pelajar.

•Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menolong pelajar mencari dan menyemak informasi yang didapati oleh pelajar.

OBJEKTIF :1.Mengajak pelajar untuk berfikir ke hadapan.2.Menanamkan sikap keberwawasanan.3.Pelajar dapat menghuraikan informasi mengenai pekerjaan yang dipilih dengan betul.

Page 39: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 3SEKOLAHKU

CATATAN :Dalam unit ini, saya mencadangkan satu kajian bagi subtajuk (3) : Nasihat Guru.

SUBTAJUK :

1.Pemimpin Kecil2.Perhimpunan Mingguan3.Nasihat Guru

Page 40: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (3) : Nasihat Guru

KAJIAN YANG DICADANGKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Mengkaji dan mengumpul nasihat daripada guru-guru yang mengajar, sekurang-kurangnya 2 nasihat daripada seorang guru.(Individu)

•Pelajar diminta mengumpul sekurang-kurangnya 2 nasihat yang berlainan daripada setiap guru yang mengajar pelajar.

•Setelah selesai mengumpul nasihat guru, pelajar hendaklah menyatakan:Mengapa guru itu memberi nasihat seperti yang diucapkan.

•Kajian ini hendaklah ditaip dan dibentangkan.

Penyerapan nilai :

-Sentiasa mendengar nasihat.-Menghormati guru.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu sivik-Ilmu teknologi

Kata nama am

Kata nafi

•Guru hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada guru-guru lain tentang kajian ini.

•Ibu bapa atau penjaga pelajar hendaklah menolong pelajar menaip menggunakan komputer.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat menyenaraikan sebanyak mungkin nasihat yang diujarkan oleh guru-guru yang mengajar mereka.2.Pelajar dapat mendengar dan mengikuti nasihat guru mereka.3.Membentuk sikap positif para pelajar.

Page 41: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 4MINGGU

KOKURIKULUM

CATATAN :Dalam unit ini, saya memberikan satu cadangan bagi keseluruhan tajuk unit 4 : Minggu Kokurikulum.

SUBTAJUK :

1.Hari Pelajar2.Gerai yang Tercantik3.Seni Mempertahankan Diri

Page 42: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

KAJIAN YANG DICADANGKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Mengkaji tentang tugasan salah satu persatuan/kelab yang dipilih ketika minggu kokurikulum diadakan.(Individu)

•Pelajar diminta untuk mengkaji tugasan salah satu persatuan/kelab yang dipilih oleh pelajar sendiri yang terdapat dalam sekolah.

•Oleh itu, pelajar diminta menemu bual pengerusi atau orang penting persatuan/kelab yang dipilih.

•Informasi yang diperlukan seperti :Latar belakang persatuan.Apakah yang dilakukan ketika minggu kokurikulum?Apakah tugas-tugas AJK ketika minggu kokurikulum?Apakah matlamat persatuan?

•Hasil kajian pelajar dijadikan satu buku kecil bersaiz 8x8sm seperti buku panduan, dan akan dibentangkan dan diberi markah oleh guru.

Penyerapan nilai :

-Menanamkan sikap kepimpinan.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu ‘Social Studies’

Kata kerja

Karangan

Fahaman

•Guru perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada persatuan-persatuan sekolah mengenai temu bual yang akan diadakan supaya pelajar mendapat layanan yang baik daripada pihak persatuan.

•Guru perlu menerangkan tentang maklumat yang hendak dikaji.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengetahui persatuan-persatuan yang terdapat dalam sekolah.2.Pelajar dapat mengetahui tugasan persatuan ketika minggu kokurikulum diadakan.3.Pelajar dapat mengetahui tugas ahli-ahli jawatan kuasa persatuan yang dipilih.

Page 43: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 5SENTIASA

BERHEMAT KITA SELAMAT

CATATAN :Dalam unit ini, cuma terdapat satu cadangan iaitu daripada subtajuk (1) : Awas, banjir!

SUBTAJUK :

1.Awas, Banjir!2.Tragedi3.Utamakan Keselamatan

Page 44: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (1) : Awas, banjir!

KAJIAN YANG DICADANGKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Mengkaji tentang dua tempat yang pernah teruk dilanda banjir di serata dunia.(Individu)

•Pelajar diarahkan untuk mencari dan mengumpul maklumat tentang dua tempat di serata dunia yang pernah dilanda banjir dengan teruk dan dibuat dalam bentuk carta aliran.

•Pelajar hendaklah mencari maklumat tersebut di internet, akhbar, televisyen dan sebagainya,

•Maklumat yang diperlukan:Di mana tempat itu terjadi? Bila terjadinya?Apakah kesan-kesan banjir kepada mereka yang terkena?3 cara mengatasi banjir.

•Hasil kerja dibentangkan dan diberi markah.

Penyerapan nilai :

-Menjaga keselamatan.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu geografi

Fahaman

Kata tanya

•Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar mencari maklumat mengenai kajian ini.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mencari informasi yang betul.2.Pelajar dapat menambahkan pengetahuannya tentang dunia sejagat.3.Pelajar dapat membentangkan hasil kajian mereka dengan baik.

Page 45: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 6MENINJAU WARISAN

NEGARA JIRAN

CATATAN :Dalam unit ini, saya hanya memberi cadangan pada subtajuk (3) : Rendang Daging. Walau bagaimanapun, cadangan kajian ini ditukar kajiannya kepada ‘Kompang’ iaitu sejenis alat musik warisan negara Malaysia sesuai dengan tajuk Meninjau Warisan Negara Jiran.

SUBTAJUK :

1.Lawatan Sambil Belajar2.Tun Syed Nasir3.Rendang Daging

Page 46: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

Subtajuk (3) : Rendang Daging

KAJIAN YANG DICADANGKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Mengkaji dan mencari maklumat tentang salah satu alat musik tradisional negara Malaysia iaitu kompang.(Individu/berpasangan)

•Pelajar hendaklah mencari maklumat mengenai ‘Kompang’ di internet, akhbar, majalah dan sebagainya.

•Pelajar yang dapat menemu bual orang yang tahu tentang ‘Kompang’ adalah satu kelebihan.

•Maklumat yang diperlukan:Apakah dia kompang?Bagaimana bentuknya?Bila ia dimainkan?Ciri-ciri kompang?Alat musik yang seakan sama dengan kompang?

•Segala maklumat dan gambar yang didapati hendaklah dijadikan satu risalah dan ditaip.

•Hasil kajian dibentangkan.

Penyerapan nilai :

-Menghargai warisan negara jiran.-Mengeratkan hubungan kedua buah negara.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu geografi-Ilmu teknologi

Imbuhan

Karangan

Fahaman

Kata tanya

•Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar mencari maklumat tentang ‘kompang’.

•Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menolong pelajar menggunakan komputer untuk membuat risalah.

OBJEKTIF :1.Pelajar dapat mengetahui salah satu jenis warisan negara jiran.2.Pelajar dapat menambahkan pengetahuan mereka terhadap alat musik tradisional negara jiran.3.Pelajar dapat mengumpul maklumat dengan betul dan tidak terkeluar daripada skop kajian.

Page 47: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

UNIT 7PENGALAMAN

INDAH

CATATAN :Dalam unit ini, saya memberi satu cadangan merangkumi keseluruhan unit 7.

SUBTAJUK :

1.Pengalaman di Singapura2.Pengalaman di Sabah3.Perjalanan dengan keretapi

Page 48: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

KAJIAN YANG DICADANGKAN

PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN

CATATAN

Mengkaji tentang pengalaman indah yang dilalui ketika berada di luar negara dan barang penting yang harus dibawa ketika berada di negeri orang.(Individu)

•Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat tentang:Pengalaman indah sewaktu berada di negara luar.Barang/perkara yang harus ada/dibawa ketika berada di luar negara.

•Pelajar dikehendaki menemu bual orang yang sudah matang yang pernah keluar negara.

•Hasil kajian dibentangkan dan, dijadikan surat kiriman tidak rasmi.

Penyerapan nilai :

-Sentiasa bersikap bersiap sedia.-Bersikap tidak leka/lalai.

Penyerapan ilmu :

-Ilmu geografi

Kata nama am

Kata nama khas

Karangan

•Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar berjumpa dengan orang yang dikehendaki mengikut tugasan yang diberikan.

OBJEKTIF :1.Memberi pengetahuan kepada pelajar jika berada di negara asing.2.Pelajar dapat mengumpul maklumat-maklumat yang diinginkan.3.Mengajar pelajar untuk membentuk sikap ‘Sediakan payung sebelum hujan’.

Page 49: Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21

SELESAI