Click here to load reader
View
1.154
Download
10
Embed Size (px)
2. ronta, mahu melepaskan diri. Dia tidak mahu emaknya merendahkan maruah diri,berlutut di kaki seorang peguam yang mana mungkin akan menunaikan segala apa yangmereka harap-harapkan.Seperti sebuah lakonan drama pentas yang tidak mampu meragut kesedihan, Tiaramenganggap peristiwa yang sedang disaksikannya itu tidak lebih dari cabaran-cabaranklise yang biasa berlaku dan sebagai seorang peguam berpengaruh, dia tidak akanmembiarkan perkara remeh-temeh sedemikian menjejaskan kredibiliti dan percaturannyadalam membuat pertimbangan.Tiara menggeleng kepala. Kesal kerana kebodohan seorang perempuan tua dan anakgadis muda yang keras hati. Mengapa mereka terlalu mempercayai Halim? Mengapamereka tidak sedikit pun mahu mempertimbangkan bukti-bukti yang ditunjukkan olehpihak mahkamah? Tidakkah mereka tahu Halim yang mereka puja-puja selama inisebenarnya adalah makhluk paling terkutuk pernah wujud di muka bumi ini? Butakahhati mereka sehingga kenyataan yang paling terang sekalipun tak dapat membuatkanmereka bangkit dari tidur yang panjang?Akhirnya dia masuk ke dalam kereta. Dihidupkan terus enjin kereta. Dan kemudiandipecutnya kereta itu sejauh mungkin meninggalkan kawasan mahkamah. Lebih jauhadalah lebih baik kerana dia enggan berhadapan dengan mahkluk-makhluk aneh sepertiseperti ibu dan adik Halim. Dia tidak mahu emosinya tergugat hanya keranaterpandangkan dua wajah yang sangat meloyakan itu.Esok, perbicaraan akan diteruskanlagi. Dan dia perlu punyai persediaan yang cukup untuk turun sekali lagi ke gelangganghujah. Dia tidak mahu kredibiliti dan kepetahan berbicaranya dipengaruhi oleh sebarangrasa kasihan. Prinsip keadilan adalah tegas. Seorang yang telah dibuktikan bersalah wajibmenerima hukuman biarpun setinggi mana kedudukannya di dalam masyarakat. Danseorang yang tidak bersalah pula wajib dibebaskan biarpun kedudukannya cuma seorangpengemis di pinggir jalan.Sambil dia memandu itu, sambil dia menarik nafasnya berkali-kali. Diputarkan sterengkeretanya itu penuh hati-hati, menyusuri permukaan jalanraya yang kian sesak dijaringioleh pelbagai jenis kenderaan. Entah kenapa, sedang dia merenung kepada lampu isyarat,tiba-tiba sahaja dia berasa sangsi dengan dirinya sendiri. Tiba-tiba sahaja dia menjadiragu-ragu dengan apa yang telah dia lakukan. Tiba-tiba timbul pertanyaan di dalamhatinya; apakah cemuhan-cemuhannya terhadap Halim selama ini adalah satu langkahyang wajar? Apakah dakwaan-dakwaannya kepada Halim selama ini benar-benarberpijak kepada asas yang nyata? Adakah Halim benar-benar bersalah?Serta-merta tubuhnya menggigil. Serta-merta keluar peluh-peluh dingin di permukaandahinya. Bagaimanakah kiranya Halim sememangnya berada di pihak yang benar dan diapula telah mendakwa lelaki itu bersama satu dakwaan yang dusta?Tiara kancing giginya kuat-kuat.Ah, mustahil Halim tidak bersalah. Halim sudah biasa melakukan kejahatan. Halim sudahbanyak terjebak dalam kegiatan tidak bermaruah. Seorang yang telah biasa berbuatperkara kotor, tentu akan menjadi sebati dengan cara kehidupan yang kotor. Maka tidakmustahil bagi orang sedemikian untuk melakukan satu lagi bentuk kejahatan darikejahatan-kejahatan yang pernah dilakukan.Akan tetapi atas dasar apakah tuduhannya itu? Bolehkah hipotesis yang sedemikiandibawanya ke dalam mahkamah?Lama Tiara berfikir. Lama juga dia cuba mencari jawapannya. 3. Ah, Halim pernah mencurangi diri ini. Jika Halim sanggup melakukan perkarasedemikian kepada seorang insan yang tersangat mempercayainya , sudah tentu Halimtidak keberatan untuk mengulangi perkara yang serupa kepada orang lain. Iya, atas dasaritulah, maka dia sangat berkeyakinan untuk meletakkan Halim di dalam kandangbersalah.Tiara tidak sedar bila pula matanya berair. Berair bukan kerana habuk-habuk kenderaandari luar tetapi kerana memori silam yang datang bertandang ke dalam kotak ingatannya.Tiara sedar, dia tidak dapat menipu dirinya bahawa dia masih lagi menyayangi Halimseperti dahulu-dahulu. Tersangat menyayanginya lebih daripada segala-galanya. Tidakpernah sedikit pun tergugat rasa sayang itu walaupun sekelumit. Ia tetap segar, samaseperti waktu remaja mereka. Ketika mereka masih lagi mentah di dalam mengerti erticinta yang sebenarnya di alam persekolahan.Bukan mudah untuk dia meluputkan nama Halim daripada hati ini. Halimlah lelakipertama di dalam hidupnya. Halimlah yang telah mengajarnya akan erti cinta. Halimlahyang telah memberinya rasa bahagia kerana mencintai dan dicintai. Masakan senanguntuk dia melupakan nama Halim yang pernah berlaku begitu baik kepadanya. Lelakiyang telah sama-sama berkongsi suka-duka dengannya ketika dia di dalam susah dansenang.Itulah dia Halim. Seorang lelaki yang pernah dianggapnya sebagai seorang kekasih.Kekasih yang diharapnya akan sama-sama menemaninya mengharungi alamrumahtangga sehingga ke akhir hayat. Namun, apakan daya. Halim telah menghancurkansegala-galanya.Wahai kekasih, dikau yang telah membina kepercayaan di dalam hati ini, dan dikausendiri yang telah menghancurkan segala kepercayaan itu. Mengapa kau belai hati inidengan kasih sayangmu jika hanya untuk dilukai.Hati Tiara menjadi sebak. Dia kancing giginya kuat-kuat.Sejurus, ingatannya melayah jauh kepada kenangan-kenangan yang pernah terukir diantara dia dengan Halim. Betapa tersentuhnya hati Tiara bila membayangkan wajahHalim yang sayu dengan seragam sekolah yang sering dipakai dengan tidak terurus.Halim, seorang pelajar bermasalah di sekolah. Tiara pula pelajar terbaik kebanggaanguru. Percintaan di antara kedua mereka ternyata menjadi perbualan hangat seisi sekolah,termasuklah guru-guru dan rakan-rakan. Kata mereka, Tiara dan Halim tidak ubah sepertilangit dan bumi. Bagai cincin bermata kaca. Namun, dia tidak pernah peduli dengansemua itu. Dia percaya dengan Halim. Dia tahu Halim bukan sengaja berlaku nakal disekolah. Halim buat begitu kerana Halim punya alasan tersendiri. Alasan yang manahanya Tiara sendiri yang dapat memahaminya.Setiap kali Halim dirotan oleh guru disiplin di hadapan perhimpunan kerana datang lewatatau ponteng sekolah, hati Tiara terasa seperti dihiris-hiris. Setiap kali Halim dimaki olehguru kelas kerana rekod pelajaran yang teruk, dia akan menangis. Tidak sanggup diamelihat Halim dimalukan sedemikian rupa. Tidak sanggup dia melihat Halim dicemuhdan dihina oleh guru-guru dan rakan-rakan.Puas dia menasihati Halim supaya berubah. Puas dia mengadakan kelas tambahan denganHalim agar Halim boleh belajar, namun Halim masih dengan perangai lama. Halim masihmengulangi kesilapan-kesilapan yang menimbulkan kemarahan pihak atasan sekolah.Halim terus-menerus bergaul dengan samseng-samseng sekolah. Halim langsung tidakmempedulikan hatinya yang terluka kerana menyaksikan lelaki itu membinasakan diri 4. sendiri. Apakah Halim tidak tahu betapa sayangnya diri ini kepadanya?Akhirnya dia tidak dapa