32
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL AHLI KUMPULAN: SYIKIN SYIRA LIN

Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

IPGM KAMPUS BAHASA MELAYUCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG

PROFESIONAL

AHLI KUMPULAN:SYIKIN SYIRA

LIN

Page 2: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

AHLI KUMPULAN

SHAHIRAH BINTI ALI

84384008

NURASYIKIN BINTI HASHIM

82783992

NUR AZELIN BT. ABDUL AZIZ81983984

Page 3: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Konsep profesion

• Lieberman (tokoh pendidik di AS)

– Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

– Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.

– Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran.

– Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi.

Page 4: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

– Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan.

– Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

– Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan.

– Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

Page 5: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Konsep perguruan• Mengikut kamus dewan (1989) di

bawah konteks pendidikan guru adalah diertikan sebagai pengajaran

• Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seorang guru.

Page 6: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

GURU PADA MASA KINI

Page 7: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

AKAUNTABILITI GURU

Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu, jadi konteks keguruan akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan

Page 8: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Bidang tugas

1. Bidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang

ditugaskan untuk dilaksanakan.

2. Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan

perkembangan sekolah.

3. Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat yang

terpuji yang boleh diteladani oleh murid-murid

4. Murid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan

serta kelakuan murid-muridnya.

5. Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej profesion

keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu

tinggi.

Page 9: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARA

1. Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan

Rukun Negara dengan jelas.

2. Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab serta berguna.

3. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang

proaktif dan bersepadu.

4. Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas

dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya.

5. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

6. Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial.

Page 10: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN

1. Membaca dan memahami selengkapnya tentang ilmu pengetahuan yang diajarnya.

2. Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap pengajaran.

3. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menyeluruh.

4. Mengajar dengan menggunakan fakta yang betul

Page 11: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPA

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa.

2. Mengutamakan kebajikan murid daripada diri sendiri.

3. Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa diskriminasi.

4. Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

Page 12: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri

1. Menjaga kesihatan rohani dan jasmani.2. Bijak dalam menguruskan kewangan.3. Melengkapkan diri dengan ilmu

pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa.4. Mengisi masa lapang secara berhemah

seperti bersukan.

Page 13: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional

Antara ciri-cirinya ialah:

• Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

• Banyak menggunakan keupayaan intelek.• Pakar dalam bidang pekerjaannya dan

mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

• Mendapat latihan khusus.

Page 14: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

• Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

• Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

• Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

Page 15: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

CIRI-CIRI GURU

• Intelek - Menanamkan sifat ingin tahu

Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar.

Page 16: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Berkualiti dari Segi Jasmani- Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata.

- Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

- Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

Page 17: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Berkualiti dari Segi Emosi.Aspek-aspek yang perlu dimiliki

oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah:

-Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan.-Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

Page 18: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Minat suka membaca. -Kegemaran membaca membolehkan

guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

- Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.

Page 19: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris.

-Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini.

- Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

Page 20: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT.

-Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran .

-Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa

mengemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Page 21: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi -Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap

profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar.

- Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.

- Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.

Page 22: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan

• Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal .

-mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.

Page 23: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.

• Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

Page 24: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif.

• Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna

Page 25: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.

• Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif.

• Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

Page 26: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.

• Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna.

• Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pelajaran dan pembelajaran.

• Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.

• Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.

Page 27: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

• Bersikap profesional. • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. • Kaya ilmu. • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila

kerja. • Bermoral teguh.

Page 28: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

Page 29: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Memastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

• Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak'

supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

Page 30: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

• Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

• Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Page 31: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

CEKAP

JASMANI BERKUALLI

TI

MAHIR ICT

MINAT MEMBAC

A

BERDAYA

TAHAN

MENGHARGAI WARISAN

KEBUDAYAAN

EMOSI STABIL

AKTIF

BERPENGETAHUAN

PEDAGOGI

PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

CIRI-CIRI GURU

Page 32: Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional

Ciri-ciri dan potensi diri guru profesional adalah penting dalam merealisasikan pendidikan cemerlang.

"If they aren't learning...then you aren't teaching."