4
1 | Contoh Karangan TAJUK : Tuliskan faktor-faktor menyumbangkan ke arah kecemerlangan seseorang pelajar itu. Pendahuluan Setiap pelajar mengidamkan kecemerlangan di dalam pelajaran bagi menjamin masa depannya kelak.Kejayaan dan kecemerlangan pelajar boleh dicapai melalui beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pelajar tersebut. Justeru,langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan oleh para pelajar. Isi-isi Antara faktor mendorong ke arah kejayaan dan kecemerlangan pelajar ialah sikap belajar secara berkumpulan.Belajar berkumpulan membolehkan para pelajar mengulangkaji pelajaran dan berbincang topik-topik pelajaran yang kurang difahami bersama rakan-rakan.Oleh sebab itu,belajar secara berkumpulan sedikit sebanyak membimbing pelajar ke arah kecemerlangan. Di samping itu,kecemerlangan seseorang pelajar boleh dibentuk melalui kelas-kelas tambahan yang diadakan.Kelas-kelas tambahan ini dapat menambah dan mengukuhkan pemahaman pelajar di dalam sesuatu topik atau tajuk dengan lebih baik lagi.Secara tidak langsung,kelas-kelas tambahan dapat membentuk dan melahirkan pelajar cemerlang. Selain itu,seseorang pelajar itu boleh mencapai kecemerlangan melalui jadual belajar. Jadual belajar yang sistematik akan membimbing pelajar mengulang kaji pelajaran dengan lebih teratur.Malahan,kesungguhan pelajar mengikuti dengan teratur jadual belajar akan menjadikan pelajar lebih yakin ketika menghadapi sesuatu peperiksaan. Akhir sekali ,kecemerlangan pelajar di dalam pelajaran juga boleh dicapai melalui kem motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.Kem motivasi yang disertai pelajar akan menambah keyakinan pelajar menghadapi peperiksaan.Malahan,ceramah atau kem menjawab soalan-soalan peperiksaan adalah perlu bagi menjamin kecemerlangan seseorang pelajar itu di dalam peperiksaan. Penutup Kesimpulannya, faktor-faktor ini dapat membimbing para pelajar menghadapi suasana peperiksaan dan mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran.

Contoh karangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh karangan

Citation preview

Page 1: Contoh karangan

1 | C o n t o h K a r a n g a n

TAJUK : Tuliskan faktor-faktor menyumbangkan ke arah kecemerlangan

seseorang pelajar itu.

Pendahuluan

Setiap pelajar mengidamkan kecemerlangan di dalam pelajaran bagi menjamin

masa depannya kelak.Kejayaan dan kecemerlangan pelajar boleh dicapai melalui

beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pelajar tersebut. Justeru,langkah-langkah

berikut boleh dilaksanakan oleh para pelajar.

Isi-isi

Antara faktor mendorong ke arah kejayaan dan kecemerlangan pelajar ialah

sikap belajar secara berkumpulan.Belajar berkumpulan membolehkan para pelajar

mengulangkaji pelajaran dan berbincang topik-topik pelajaran yang kurang difahami

bersama rakan-rakan.Oleh sebab itu,belajar secara berkumpulan sedikit sebanyak

membimbing pelajar ke arah kecemerlangan.

Di samping itu,kecemerlangan seseorang pelajar boleh dibentuk melalui

kelas-kelas tambahan yang diadakan.Kelas-kelas tambahan ini dapat menambah dan

mengukuhkan pemahaman pelajar di dalam sesuatu topik atau tajuk dengan lebih

baik lagi.Secara tidak langsung,kelas-kelas tambahan dapat membentuk dan

melahirkan pelajar cemerlang.

Selain itu,seseorang pelajar itu boleh mencapai kecemerlangan melalui jadual

belajar. Jadual belajar yang sistematik akan membimbing pelajar mengulang kaji

pelajaran dengan lebih teratur.Malahan,kesungguhan pelajar mengikuti dengan

teratur jadual belajar akan menjadikan pelajar lebih yakin ketika menghadapi sesuatu

peperiksaan.

Akhir sekali,kecemerlangan pelajar di dalam pelajaran juga boleh dicapai

melalui kem motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.Kem

motivasi yang disertai pelajar akan menambah keyakinan pelajar menghadapi

peperiksaan.Malahan,ceramah atau kem menjawab soalan-soalan peperiksaan

adalah perlu bagi menjamin kecemerlangan seseorang pelajar itu di dalam

peperiksaan.

Penutup

Kesimpulannya, faktor-faktor ini dapat membimbing para pelajar menghadapi

suasana peperiksaan dan mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran.

Page 2: Contoh karangan

2 | C o n t o h K a r a n g a n

TAJUK : Kejadian jenayah sering berlaku tanpa kita duga.

Bincangkan cara-cara mencegah kegiatan jenayah daripada

berlaku.

Kegiatan jenayah membawa maksud sesuatu tingkah laku manusia yang

melanggar peraturan yang telah ditetapkan.Kegiatan sebegini selallunya membawa kesan

negatif kepada orang lain.Justeru,terdapat beberapa cara yang perlu diamalkan di dalam

usaha mencegah kegiatan jenayah daripada berlaku.

Salah satu cara untuk mencegah kegiatan jenayah daripada berlaku ialah

dengan mewujudkan pasukan Rukun Tetangga di kawasan tempat tinggal. Pasukan Rukun

Tetangga ini akan meronda di kawasan sekitar tempat tinggal pada waktu malam secara

bergilir-gilir. Dengan cara ini,kegiatan jenayah yang kerap kali berlaku pada waktu malam

akan dapat dicegah daripada berlaku.Ini seterusnya dapat membantu pihak polis melakukan

rondaan dan membanteras kegiatan jenayah daripada berlaku.

Di samping itu,penduduk setempat perlu mengamalkan sikap muhibbah

dengan mengambil tahu dan mengenali jiran tetangga.Kita sebagai jiran perlu mengambil

berat dan prihatin tentang kebajikan jiran sama ada harta benda atau keluarga mereka.Sikap

begini akan mengeratkan sirahturrahim antara mereka dan berupaya mencegah daripada

berlaku.

Walau bagaimanapun,kerajaan juga berupaya mencegah jenayah daripada

berlaku dengan mengadakan kempen pencegahan jenayah bersama-sama masyarakat

setempat.Kempen –kempen ini boleh dimulakan dari sekolah lagi melalui pembelajaran yang

dilaksanakan di sekolah.Kempen ini dapat memberikan kesedaran dan keupayaan masyarakat

di dalam mencegah kegiatan jenayah daripada berlaku.Hubungan akrab antara pihak kerajaan

dan masyarakat,sudah pasti akan dapat mencegah jenayah daripada berlaku.

Akhir sekali ,masyarakat juga berperanan besar di dalam usaha mencegah

kegiatan jenayah daripada berlaku.Ahli masyarakat harus membantu pihak polis dengan

menyalurkan maklumat mengenai jenayah melalui program “RAKAN COP”.Maklumat-

maklumat yang diterima secara tidak langsung akan dapat membantu mencegah kegiatan

jenayah daripada berlaku.

Kesimpulannya,kegiatan jenayah dapat dicegah dan dibendung sekiranya

semua pihak memainkan peranan untuk membanterasnya.Ianya merupakan tanggungjawab

bersama di dalam menjamin kesejahteraan hidup.

Page 3: Contoh karangan

3 | C o n t o h K a r a n g a n

TAJUK : Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah berkawan.

Setiap orang di dunia ini ini pasti mempunyai kawan. Sesungguhnya kawan

amat penting di dalam kehidupan kita.Justeru, terdapat beberapa faedah apabila kita

berkawan.

Salah satu faedah apabila berkawan ialah dapat mengeratkan sirahturahim

antara satu sama lain. Perhubungan yang rapat dapat mewujudkan persefahaman yang erat

seperti isi dengan kuku. Malah,ini dapat membantu antara sama lain di dalam menjalani

kehidupan seharian .

Selain itu, sikap berkawan dapat membantu kita mengulangkaji pelajaran

secara bersama. Apabila berkawan,kita dapat membentuk kumpulan belajar yang dapat

membimbing dan membantu kita di dalam pelajaran terutamanya pelajaran yang kurang

difahami.

Di samping itu,kawan juga menjadi tempat kita mengadu hal sekiranya kita di

dalam kesusahan terutama ketika kita berjauhan daripada keluarga. Kebiasaannya, kawan

menjadi insan yang paling rapat dengan kita di dalam menyelesaikan apa jua masalah

berbanding keluarga sendiri.

Berkawan juga dapat mewujudkan sikap muhibah dan toleransi antara satu

sama lain di dalam masyarakat. Apabila kita berkawan terutamanya di dalam masyarakat

majmuk,kita secara tidak langsung akan mempelajari dan memahami budaya serta

kepercayaan mereka. Ini dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi.

Secara keseluruhannya, berkawan merupakan satu sikap yang baik diamalkan

di dalam menjalani kehidupan seharian.

Page 4: Contoh karangan

4 | C o n t o h K a r a n g a n