29
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA JALAN PERSISIRAN SUTERA 81200 JOHOR BAHRU DOKUMENTASI

Dokumentasi sukan tahunan 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dokumentasi sukan tahunan 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERAJALAN PERSISIRAN SUTERA

81200 JOHOR BAHRU

DOKUMENTASI

SUKAN TAHUNAN SKTS

Page 2: Dokumentasi sukan tahunan 2015

KALI KE-12

TEMASYA SUKAN TAHUNANKALI KE-12

MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDINLAPORAN LENGKAP

Pada hari Ahad, 26 April 2015 yang lepas Sekolah Kebangsaan Taman Sutera telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-12 di padang sekolah. Sebanyak 5 jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada 7 kategori iaitu lelaki A, lelaki B, lelaki C, perempuan A, perempuan B, perempuan C dan Pra Sekolah. Acara lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing, dan lontar peluru telah diadakan pada 20 dan 21 April yang lalu.

Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan pada jam 8.00 pagi. Pada jam 8.30 pagi, acara pembukaan dimulakan iaitu lintas hormat perbarisan bagi setiap rumah sukan. Perbarisan diketuai oleh adik Mohd Hafidz Zaim bin Mohd Rosli. Majlis perasmian ini diserikan lagi dengan persembahan senamrobik berirama daripada peserta-peserta berbakat sekolah yang dibimbing oleh Encik Saiful Sahrizal, Puan Melissa dan Cik Nurhamizah. Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut rumah sukan masing-masing untuk bacaan ikrar temasya. Seterusnya, bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Dazreen bin Othman. Tertib acara diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Encik Borahan bin Kassim, Guru Besar SK Taman Sutera dan seterusnya ucapan perasmian oleh, En Ariffin Bin Bostani, Yang DiPertuan PIBG. Selepas ucapan perasmian tersebut, diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara-acara yang telah dipertandingkan sebelum ini. Para tetamu kehormat kemudiannya dihidangkan jamuan di kantin SK Taman Sutera.

Pada jam 9.00 pagi bermula acara akhir trek bagi semua kategori. Pengurus pasukan bersama peserta-peserta rumah sukan masing-masing bersemangat mengejar mata dan bersaing sihat merebut anugerah Olahragawan, Olahragawati, Olahragawan Harapan, Olahragawati Harapan dan Johan Keseluruhan Temasya Sukan Tahunan

Page 3: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Kali-12. Acara guru-guru bersama ibu bapa turut diadakan bagi memeriahkan suasana sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan.

SILA RUJUK KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN, LAPORAN BERGAMBAR, DAN LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN.

Yang Menjalankan Tugas,

----------------------------------------------(MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDIN)

LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM

1. Nama Program : Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-12

2. Tarikh : 26 April 2015

3. Masa/Hari : 7.30 pagi – 1. 00 petang (Ahad)

4. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Taman Sutera

5. Objektif :

i. Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan Kejohanan Olaharaga MSS Zon Skudai Tahun 2016

ii. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.

iii. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

iv. Merapatan hubungan antara ibu bapa dan penjaga dengan pihak sekolah.

v. Menanamkan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid.

6. Bilangan Penyertaan : Semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Sutera.

7. Butiran Aktiviti :

Page 4: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Bil. Aktiviti Personalia Pengisian

Rujuk Buku Program Rujuk Buku Program Rujuk Buku Program

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :i. Dirancang dengan teliti dan teratur yang melibatkan guru-guru dan

murid-muid di setiap rumah pasukan masing-masing.ii. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dalam menjayakan aktiviti

dirancang.iii. Pelaksanaan perbarisan yang kreatif dan pertandingan menghias

khemah bagi setiap kontijen rumah sukan berjaya mencuri perhatian umum semasa hari temasya.

iv. Kerjasama yang baik daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam memeriahkan lagi temasya tahun ini.

v. Setiap aktiviti yang dianjurkan semasa temasya berlangsung mempunyai kekuatannya yang tersendiri baik dalam membina hubungan baik antara ibu bapa dan guru juga meningkatkan potensi dan keupayaan sebenar murid-murid dalam bidang sukan.

8.2 Kelemahan Program :i. Kejohanan bermula lewat satu jam daripada jadual asal.

8.3 Langkah-Langkah Penambahbaikkan :

i. Kejohanan perlu dianjak daripada bermula jam 7.30 pagi kepada 8.30 pagi bagi memberi ruang masa setiap kontijen bersiap siaga dengan rapi bagi menyiapkan perbarisan dan khemah yang akan dipertandingan pada hari kejohanan.

Disediakan oleh : ………………………………………. (MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDIN) AJK Dokumentasi Kejohanan Sukan Tahunan

Page 5: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera Kali Ke-12

Disemak oleh : ……………………………. (AMINAH BINTI AFFANDI) GPK Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Sutera

Disahkan oleh : …………………………… (BORAHAN BIN KASSIM) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sutera

DOKUMENTASI BERGAMBAR

Guru bersama murid membantu dalam persiapan awal acara padang seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan saringan 100 meter.

Page 6: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Acara padang dipertandingkan lebih awal daripada hari Kejohanan Tahunan Sekolah iaitu pada 20 dan 21 April 2015.

Page 7: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Rumah Pasukan Biru membuat persiapan menghasilkan perhiasan khemah dan perbarisan.

Rumah Pasukan Merah dengan temanya ‘Ninja’ sedang menghasilkan figura tersebut.

Page 8: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Hasil kerja tangan guru dan murid-murid Rumah Pasukan Kuning dengan temanya tahun ini ‘Madu dan Lebah’

Guru dan murid Rumah Pasukan Hijau berkampung di sekolah demi menghasilkan watak-watak animasi filem Epic, ThinkerBell dan Peter Pan untuk perbarisan.

Page 9: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Staf sokongan sekolah turut sama membantu menjayakan Sukan Tahunan SK Taman Sutera Kali-12

Page 10: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Sutera yang dilangsungkan pada 26 April 2015 dimulakan dengan bacaan doa di bawah pimpinan Cikgu Dazreen Bin Othman.

Guru besar bersama Yang DiPertua PIBG dan ahli jawatankuasanya di barisan duduk VIP.

Page 11: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Sebahagian ibu bapa yang hadir memberi sokongan dan memeriahkan lagi kejohanan.

Sebahagian daripada gerai-gerai yang memenuhi tapak jualan yang disediakan oleh pihak sekolah semasa kejohanan.

Page 12: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Guru-guru yang bertugas di kaunter urus setia sebagai pengacara dan jawatankuasa hadiah.

Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SK Taman Sutera, En. Borahan Bin Kassim.

Page 13: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Ucapan perasmian oleh Yang DiPertuan PIBG, En Ariffin Bin Bostani.

Acara pembukaan diceriakan dengan persembahan senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Saiful Shah, Cikgu Mellisa dan Cikgu Hamizah.

Page 14: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Senamrobik dirancakkan dengan empat buah rantaian lagu remix dan pergerakan kreatif yang berwarna-warni.

Perbarisan Rumah Pasukan Hijau

Page 15: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Perbarisan Rumah Pasukan Biru

Perbarisan Rumah Pasukan Merah

Page 16: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Johan Perbarisan : Rumah Pasukan Kuning

Acara pembukaan : 80 meter pra sekolah

Page 17: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Guru turut berlari di luar garisan memberi sokongan kepada peserta larian rumah pasukannya.

Kesungguhan peserta yang dapat dirakam sepanjang kejohanan.

Page 18: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Penganjuran sukan-sukan di sekolah membantu mencungkil bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis atlet negara.

Semangat kesukanan ditunjukkan ibu bapa dalam memberi sokongan kepada peserta-peserta lain

Page 19: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Wajah kegembiraan apabila menjuarai acara yang disertai daripada peserta Rumah Pasukan Merah.

Page 20: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Acara ibu bapa bersama guru juga turut sama diadakan. Wakil para ibu dan guru sedang mengayam ketupat dan setelah siap dikehendaki berlari ke arah garisan

penamat.

Acara wakil para bapa dan guru : Larian 100meter berkain pelikat.

Page 21: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan juga Olahragawan dan Olahragawati Kejohanan Tahunan Sekolah SK Taman Sutera Kali Ke-12

Page 22: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Pengurus Rumah Pasukan Kuning, Cikgu Safari Bin Abdullah menerima trofi atas kemenangan pasukannya menjuarai perbarisan tercantik

Rumah Pasukan Merah dinobatkan Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Sutera Kali Ke-12.

Page 23: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Khemah hiasan Rumah Pasukan Hijau

Khemah hiasan Rumah Pasukan Merah

Page 24: Dokumentasi sukan tahunan 2015

Khemah hiasan Rumah Pasukan Biru

Khemah hiasan Rumah Pasukan Kuning

Page 25: Dokumentasi sukan tahunan 2015

LAMPIRAN