14
Sistem Pendidikan Negara perlu melalui transformasi yang menyeluruh dan sistematik sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan individu yang mampu bersaing pada peringkat global. Sejauhmanakah PPPM dapat melahirkan guru yang professional, berakauntabiliti dan berintegriti. 1.0 Pengenalan Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 . Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan – latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program – program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .

Edu sem 7 oll

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Edu sem 7 oll

Sistem Pendidikan Negara perlu melalui transformasi yang menyeluruh dan sistematik

sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan individu yang mampu bersaing pada peringkat global.

Sejauhmanakah PPPM dapat melahirkan guru yang professional, berakauntabiliti dan

berintegriti.

1.0  Pengenalan

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era

baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu .

Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara

pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan

situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan

pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa

memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar

sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi maklumat abaf ke – 21 .

Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci

kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada

kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia

( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan – latihan bagi memastikan

setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program – program

pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti

pendidikan negara .

Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus

Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan

pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu

profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri – ciri seperti kepentingan

kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat .

Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai

tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk

menguruskan soal – soal yang berkaitan dengan pendidikan       ( Lieberman 1956 ) .

Page 2: Edu sem 7 oll

Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas .

Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep

professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi ,

berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika

yang ditentukan oleh organiasasinya .

Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke

hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan

memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan .

Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu

bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu

yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan ,

kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era

perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam

transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf

dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat

. Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah

mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan

seperti doktor , peguam dan arkitek .

Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan

bersungguh – sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul

dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia (

PPPM ) 2013 – 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain

daripada “kemenjadian” murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar

dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis

ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .

Page 3: Edu sem 7 oll

2.0  Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM .

Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem

pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan

Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan

kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian

meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap

dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan

abad ke – 21 .

Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input

daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan

dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini

juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di

seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi

menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif

pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini

melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada

masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu

dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .

Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa . Pihak

yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk

rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 –

2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013

yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

 Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri

utama , seperti yang berikut , iaitu :

i ) pengetahuan (murid yang berpengetahuan).

ii)  kemahiran berfikir  (murid yang mahir berfikir) .

iii)  kemahiran memimpin  (murid yang dapat menjadi pemimpin) .

iv)  kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang – kurangnya 2 bahasa) .

Page 4: Edu sem 7 oll

v )  etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang

tinggi) .

vi )  identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).

Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri

utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat

tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai

kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan

kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh

pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 –

2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah

melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua

hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam

menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .

Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan

mengeluarkan banyak dana seperti i – Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini

demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan

anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran

berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu

menguasai pelbagai kognitif  termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai

pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut

dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan

pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif.

Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu

berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek

JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) ,

Profesor Syed Muhammad al – Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna

dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu

merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal

ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,

terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour

Page 5: Edu sem 7 oll

2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid ,

serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .

Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak –

kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan .

Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran  masing – masing untuk

mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai

kedua – dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid

menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .

Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu

menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah dan

ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar

meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat

dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan . Antara

puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di

rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati

murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak

seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk

tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat

gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah kelebihan

berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud “Bahawa orang yang berilmu harus

mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji ”.

Menurut Al – Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan

agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada

kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang

pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan

mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .

Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang

dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers

( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri

sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia

berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .

Page 6: Edu sem 7 oll

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk

memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan

teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem

pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .

Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku

negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan

tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang tidak

diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan

menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang

positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang dibina adalah

berlandaskan perasaan guru – murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk

memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid – murid . Dalam masa yang sama

guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat

dibentuk dengan lebih berkesan .

Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru hendaklah

merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi

butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid

semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang

menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca .

            PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan

untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan

untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab

dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas

sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas,

pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk

membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas.

Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan

program sampingan. Oleh sebab itulah ibu  bapa dan murid beranggapan bahawa program

bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program

sedemikian kurang menggalakkan.

Page 7: Edu sem 7 oll

            Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan

sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan

seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai

kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi

dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama

dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan

sihat.

            Guru boleh berperanan sebagai ‘ mentor’ di mana peranannya merupakan kombinasi

malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih

dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di

sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang

diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan

tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai

pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan

dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

            PPPM  juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.

Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada

seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini

lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di

sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru

memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih

terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan

fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.

Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak

memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi

sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan P&P

dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-murid

memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat

dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah

ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar  yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak

dapat direalisasikan.

Page 8: Edu sem 7 oll

            Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan

amalan dirinya dan tidak hanya  bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata.

Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan belajar  daripada pengalaman.

Guru hendaklah membuat refleksi terhadap ‘sesuatu’ yang dikaitkan dengan aktiviti

pengajarannya. ‘Sesuatu’ disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan

bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh

diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-

perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan

mempertingkatkan kemahiran – kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987),

apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar

semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila

seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan

merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan.

            Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi

masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan

penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh

mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori

dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah

dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam

usaha mencari amalan terbaik P&P.

            Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara

saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya

membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip

P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat

penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu

dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan

yang dilakukan maka dapatlah sesuatu  tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.

            PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan pengalaman

kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan

menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada

dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk

melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan

Page 9: Edu sem 7 oll

komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat

memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ?

            Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui

penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun  secara tidak langsung. Selain

dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika

melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini

bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling

membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang

dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan

masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan

nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru

bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh

sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.

Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah

sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia.

            Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang

mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri

dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai

kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar

membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri

positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

Page 10: Edu sem 7 oll

3.0  Rumusan :

Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti

yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak guru

semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang pentingnya dalam

mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan

ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara

tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga

halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul

dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan

akan turut sama berbahasa dwibahasa.

            Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat

dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala

perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang

mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan.

Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan

segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus

dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu

pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting

dalam melahirkan murid  seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu,

keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain