Upload
kamarularnizam
View
413
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pembentangan untuk tajuk kesan positif dan kesan negatif perdagangan antarabangsa
Citation preview
3.3 KESAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
KESAN POSITIF -Berlakunya Pengkhususan -Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan
-Pasaran barang dan perkhidmatan lebih luas
-Peningkatan kualiti barang -Monopoli tidak berlaku -Industri tertentu boleh dibangunkan
-Pertumbuhan ekonomi
Berlaku pengkhususan
o Faedah mutlak- faedah yg diperoleh oleh sesebuah negara yg mengkhusus dalam pengeluaran sesuatu barang dengan kecekapan yg lebih tinggi berbanding dengan negara lain
o Oleh itu, negara itu akan dapat mengeluarkan barang dengan kuantiti yg lebih banyak berbanding dengan negara lain dengan input dan teknologi yg sama
o Faedah berbanding- feadeah yg diperoleh oleh sesebuah negara yg mengkhusus dalam pengeluaran sesuatu barang dengan kos lepas yg lebih rendah daripada negara lain
o Oleh itu , negara akan dapat mengeluarkan barangan dengan kos relatif yg lebih murah berbanding dengan negara lain
Memperoleh barangan yg tidak dapat dikeluarkan
Mengimport barangan yg tidak dapat dihasilkan dalam negara
Barangan tidak dapat dihasilkan dalam negara kerana tidak mempunyai faedah mutlak/faedah berbanding, ketidaksesuaian musim, ketidaksesuaian tanah dan anugerah semulajadi
Pasaran barang dan perkhidmatan lebih luas
Perdagangan antarabangsa meluaskan pasaran barang dan perkhidmatan
Memasarkan barangan di dalam negara dan ke luar negara (eksport)
Pasaran yg luas mendorong pengeluar meningkatkan pengeluaraan untuk menikmati faedah ekonomi bidangan
Dapat mengurangkan kos purata jangka panjang, harga barang jadi murah dan boleh menambahkan kebajikan masyarakat
Perkembangan teknologi
Dapat menggunakan teknologi yg lebih canggih dan terbaharu
Penggunaan teknologi canggih ini meningkatkan daya pengeluaran dan juga akan mengurangkn kos pengeluaran
Membolehkan barangan dieksport ke negara luar
Sebab setiap negara akan berlumba2 untuk menguasai pasaran dan penggunaan teknologi terbaharu
Peningkatan kualiti barang Kualiti barang akan bertambah baik dari semasa ke
semasa
Setiap pengeluar barangan eksport akan berusaha sedaya mungkin utuk menguasai pasaran dan persaingan antarabangsa
Oleh itu, mereka akan meningkatkan mutu keluaran mereka dengan menggunakan kos yg minimum
Dengan itu masyarakat boleh guna barangan yg berkualiti dengan harga yg rendah
Monopoli tidak berlaku
Perdagangan antarabangsa dapat elak berlakunya monopoli
Sebab, sesuatu barangan tidak hanya dikeluarkan di sesuatu negara sahaja, negara lain pun mengeluarkannya
Maka, ini akan mewujudkan persaingan
Oleh tu, sesebuah negara tidak boleh memonopoli dalam pengeluaran sesuatu barang
Industri tertentu boleh dibangunkan
Prdggan antrbngsa akan membagunkan industri2 tertentu
Iaitu industri yg inputnya sama ada input tetap atau input berubahny tidak terdapat atau tidak cukup di sesebuah negara
Oleh itu, input tersebut dapat diimport dari luar negara
KESAN NEGATIF -Persaingan kepada industri muda -Imbangan pembayaran negatif -Lambakan -Terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi -Berlaku inflasi import -Peluang pekerjaan yang terbatas -Ekonomi tidak boleh dipelbagaikan
Persaingan kepada industri muda• Industri ini belum dapat kepercayaan daripada
masyarakat dan keupayaan pengeluarannya terbatas serta tidak mencapai kecekapan maksimum
• Persaingan dlm industri muda akan wujud jika keluaran industri muda sama dengan keluaran yg diimport
• Keluaran yg diimport lebih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
• Tidak dapat bersaing kerana kekurangan kepakaran, tknologi dan kos purata masih tinggi
Imbangan Pembayaran Negatif• Eksport dan import
• Imbangan positif- bila eksport tinggi berbanding import
• Imbangan negatif- bila import tinggi berbanding eksport
• Imbangan pembayaran yg negatif menunjukkan aliran keluar wang di luar negara adalah melebihi aliran masuk wang ke dalam negara
• Ini akan menjejaskan kestabilan mata wang sesebuah negara
Lambakan
• Lambakan ialah aktiviti menjual barangan di negara asing dengan harga yg lebih rendah daripada kos pengeluaran
• Berlaku apabila terdapat industri yg mempunyai keupayaan pengeluaran namun tidak dapat memasarkan barangannya di pasaran tempatan
• Bila barangan import jadi murah, maka lambakan berlaku
• Oleh itu, pengguna akan lebih gemar membeli barangan import
Terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi global• Masalah ekonomi global di luar negara akan
dirasai oleh negara kita
• Kalau eko. global berkembang, maka ekonomi negara turut akan berkembang
• Kalau ekonomi global meleset maka ekonomi negara turut menerima kesannya
• Kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan permintaan terhadap eksport akan jatuh
Berlaku inflasi import
• Berlaku kerana harga barangan mengalami kenaikan kesan daripada kenaikan harga faktor atau barangan yg diimport dari luar negara
• Apabila harga faktor/barangan yg diimport dari luar negara adalah tinggi, maka barangan yg diimport dari itu akan dijual mahal dalam pasaran tempatan
Peluang pekerjaan yg terbatas• Industri tempatan terpaksa mengehadkan
pengambilan buruh kerana permintaan terhadap barangan tempatan yg dikeluarkan adalah rendah
• Kos pengeluaran juga terpaksa dikurangkan
• Oleh itu, industri tempatan akan mengurangkan keluarannya dan mengurangkan buruh
• Pengangguran akan berlaku
Ekonomi tidak boleh dipelbagaikan• Kalau import saja, maka keluaran negara tidak
dapat dipelbagaikan
• Jika negara bergantung kepada 1 sumber saja maka ekonominya akan terbatas dan berhadapan dengan harga komoditi yg tidak stabil
• Kalau negara mengamalkan ekonomi yg pelbagai, maka pastinya ekonominya akan berdaya tahan jika berlaku ketidaktentuan ekonomi atau kejatuhan harga
Sekian, Terima Kasih