24
ENERGIZING USRAH Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira

Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira

Embed Size (px)

Citation preview

ENERGIZING USRAH

Tips & Trick Mengurus Bulatan

Gembira

MARI MULA DISINI

Dalam ebook ini, saya akan sertakan teknik-teknik

dalam pembawakan usrah yang praktikal, moga

perkongsian ini mampu membantu anda dalam

pembawakan usrah anda, sama ada di rumah, sekolah,

university dan juga pejabat. Selamat membaca.

Salam Ukhuwah

Kaizan Nazlan

PROFESSIONAL LEARNING

DA’IE (PLD)

Assalammualaikum, hai nama saya Mohd Kaizan Bin Nazlan. Saudara/I

boleh panggil saya “Kaizan”. Kepakaran kami adalah menyediakan

khidmat latihan dan bimbingan pembangunan diri dan organisasi, dengan

modul yang dibina khas.

Kita sudah biasa dengan perkataan Da’ie, yang merujuk kepada orang yang

berdakwah. Pernahkah anda mendengar perkataan “Professional Learning

Da’ie”?.

Masih ramai yang belum mengenali dan memahami istilah tersebut. Ia

bukanlah istilah baru, ia merupakan branding baru dalam dunia dakwah.

Professional Learning Da’ie merupakan kuasa peneraju dakwah

kotemporari, di mana seseorang da’ie itu dapat menyampaikan kontent dan

konteks dakwahnya dengan melihat realiti semasa.

TEKNIK PERSEMBAHAN

USRAH

Tips & Trick

TEKNIK PERSEMBAHAN ISI

PERBINCANGAN

Menyampaikan isi perbincangan Usrah memerlukan seorang Naqib/ah menguasai

sesuatu tajuk atau topik yang ingin disampaikan. Mengekalkan isi yang sama

tetapi penyampaian yang berbeza merupakan konsep utama apabila berhadapan

dengan ahli usrah masa kini. Malah terdapat pelbagai teknik-teknik dalam

menyampaikan sesuatu ilmu antaranya ialah dengan menggunakan peta minda

untuk meringankan tajuk yang berat kepada ahli usrah atau menggunakan alat

bantu interaktif seperti video dalam penyampaian. Berikut merupakan teknik

persembahan usrah yang efektif:

Membuat “Kerja Rumah”

Melalui persiapan atau kerja rumah pastinya akan menjadikan

perlaksanaan usrah lebih teratur dan tidak tersekat-sekat terutama

dalam proses penyampaian mesej kepada ahli usrah. Tanpa

persedian rapi seorang Naqib/ah hanya berlegar-legar pada isi

perbincangan yang sama, tidak disertakan rujukan dan tidak

mengupas isi usrah dengan baik sekali gus hanya sedikit input

yang diperoleh. Hal ini sudah tentu akan mengecewakan ahli

usrahnyang tentu dapat menilai dan meneka yang kita tidak

membuat ulang kaji secukupnya sebelum sesi usrah diadakan.

Kesan daripada perkara ini, akan mengurangkan sedikit sebanyak

minat ahli usrah untuk menghadiri sesi-sesi usrah akan datang.

Memulakan dengan matlamat usrah hari ini

dan jelaskan terlebih dahulu mengapa sesuatu

tajuk itu penting untuk dibincangkan dalam

Usrah.

Contoh; “Malam ini kita akan belajar tentang Rukun Islam dan perbincangan Rukun Islam ini amat penting supaya kita beroleh kefahaman sebenar mengenai Rukun dan dapat mengelakkan salah faham mengenai Rukun Islam.”

Menggunakan alat bantu Usrah

Bagi membantu meningkatkan pemahaman ahli usrah terhadap

tajuk yang dibincangkan, penggunaan alat bantu usrah pasti akan

beroleh manfaat yang banyak. Antara alat bantu yang

dicadangkan ialah nota ringkas, peta minda, keratan akhbar,

sedutan video, poster dan gambar-gambar yang menarik untuk

dibawa ke dalam usrah. Bagi perkara yang memerlukan satu

aturan atau flow kita boleh membuat perwakilan menggunakan

rajah ataupun gambar supaya segala yang kita bentangkan mudah

difahami oleh ahli usrah. Menggunakan teks semata-mata mudah

menyebabkan ahli usrah hilang fokus.

Menyediakan soalan-soalan bagi setiap isi

perbincangan dan menjawab soalan yang

boleh dicipta daripada tajuk tersebut. • Melalui soalan-soalan yang dicipta sendiri, kita akan

lebih bersedia dengan menjawab terlebih dahulu dan dapat sekali gus menambahkan keyakinan sewaktu menyampaikannya kepada ahli usrah. Sebagai contoh jika membincangkan tajuk dakwah senaraikan seperti berikut;

• Apakah itu dakwah?

• Bagaimana berdakwah dengan berkesan?

• Apakah hukum berdakwah?

• Bolehkah dakwah disampaikan oleh sesiapa sahaja?

• Bagaimana untuk berdakwah kepada rakan sekerja?

Masukkan elemen yang jelas untuk

sesuatu persembahan

Dalan menyampaikan pesembahan masukkan elemen seperti

menjelaskan sesuatu perkara dengan nyata dan jelas,

memasukkan elemen pelik, mengemukkan alasan,

mendatangkan perumpamaan, dan memberi contoh yang

hampir dengan kehidupan ahli usrah.

Datangkan fakta dan dalil untuk

menyokong isi perbincangan

Perkara ini penting supaya kita dilihat Naqib/ah yang

faham sesuatu topik perbincangan dan bukan

bercakap berdasarkan pendapat peribadi semata-mata.

Ini akan menambahkan keyakinan dan kefahaman

ahli usrah kepada input yang kita berikan. Gabungkan

dalil naqli dan aqli yang terhasil daripada Al Quran,

Hadis, ijmak dan qiyas serta dalil aqli yang terhasil

daripada akal fikiran dalam membincangkan sesuatu

isu.

Mulakan dengan cerita bagi

merangsang minat ahli usrah

Melalui cerita kita banyak belajar perkara yang

tersurat dan tersirat malah sesiapa pun menyukai

cerita. Pada kebiasaannya Naqib/ah yang suka

bercerita disukai oleh ahli usrah kerana wujud di

dalamnya element jenaka, takut, seram dan gembira

di dalam cerita tersebut. Kemahiran bercerita boleh

diasah dan paling penting adalah praktik yang

berterusan. Practice make experience!

Menerapkan elemen WOW!

Sebagai contoh mengundang tetamu untuk

memberi pengisian di dalam usrah. Element

kejutan akan membuatkan ahli usrah teruja untuk

datang ke sesi usrah. Tanpa diberitahu undang

tetamu yang dihormati oleh ahli usrah. Pasti

mereka akan cuba datang ke usrah untuk dan

sentiasa ternanti nanti bilakan lagi wow! yang

akan berlaku dalam sesi usrah akan datang.

Jadikan usrah anda sesuatu yang wow!

Mengulang-ulang

Pengulangan penting bagi mengukuhkan lagi ingatan

ahli usrah terhadap perkara yang kita bincangkan.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri kerap mengulang-

ulang perkara-perkara yang Baginda ajarkan kepada

para sahabat terutama bagi menegaskan kepentingan

satu-satu perkara yang diperkatakan. Lazimnya

Baginda mengulang satu-satu perkara itu sebanyak 3

kali.

Eye Contact

Penggunaan eye contact adalah penting supaya kita

dilihat memberi perhatian kepada ahli usrah. Tetapi ia

bukanlah bermaksud merenung hingga menyebabkan

ahli usrah menjadi kurang selesa. Pandanglah sekitar

wajah ahli usrah sewaktu menyampaikan isi

perbincangan kita.

TEKNIK MENDENGAR Tips & Trick

Teknik Mendengar

Manusia dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk mempunyai dua telinga

dan satu mulut, tetapi dalam penggunaan berlaku sebaliknya. Kita lebih

banyak menggunakan mulut yang satu lebih banyak dari menggunakan

mulut yang dua. Ramai orang boleh bercakap dengan baik tetapi sedikit

orang yang boleh menjadi pendengar yang baik. Justeru, mendengar

merupakan kemahiran yang jarang dimiliki oleh seorang naqib/ah dalam

usrah.

Naqib/ah harus belajar untuk mengurangkan percakapan tetapi

memperbanyakkan untuk mendengar tutur kata ahli usrah. Ahli usrah kita

tidak akan segan berkongsi jika naqib/ah yang sudi menjadi pendengar

yang setia malah jika terlalu banyak di dalam usrah seolah-olah

menunjukkan kita seorang yang terpesona pada diri sendiri.

Pandang Mata & Fokus

Pandangan mata dan fokus menunjukkan kita

memberi perhatian pada setiap perkataan yang

diucapkan oleh ahli usrah kita. Jika kita memandang

ke tempat lain ataupun sering memandang jam, ia

tentu akan menimbulkan perasaan kurang senang dan

seakan-akan memberi signal bahawa kita tidak minat

mendengar dan tidak fokus. Mendengarlah dengan

memahami isi hati ahli usrah.

Menunjukkan Kita Berminat

dengan Mencatat

Terdapat beberapa kaedah yang menunjukkan kita

berminat terhadap apa yang ingin disampaikan oleh

ahli usrah. Kepada yang mengangguk-angguk dan

badan sedikit mengiring ke hadapan akan memberi

isyarat yang kita sedang memberi perhatian. Apatah

lagi dengan membuat cacatan. Ia memberi gambaran

kesungguhan kita memberi perhatian pada butiran

perbincangan bersama ahli usrah.

Fokus Pada Bahasa Badan

Ahli usrah boleh membezakan sama ada kita

mendengar atau tidak memberi perhatian dengan

hanya melihat bahasa badan yang kita pamerkan.

Apabila kita benar-benar cuba memahami masalah

ahli usrah, pamerkan ekspresi muka, mata, gerak

badan, intonasi suara dan posture badan supaya ia

selaras dengan apa yang kita ingin sampaikan.

Tunjukkan bahawa kita mengambil berat pada dia.

Show that you care!

Dengar, Angguk & Responds

Derngar, angguk dan respond. Ini

menunjukkan saudara sedang mendengar dan

memberi perhatian penuh kepada ahli usrah.

Tak perlu jadi penceramah untuk memikat hati

ahli usrah, kita hanya perlu jadi pendengar.

Jadi Pendengar Yang Baik Di Luar

Usrah

Usah biarkan sms ahli usrah tidak terjawab

kerana ia juga merupakan tanda kita tidak

banyak mendengar. Jadi pendengar yang naik,

balas sms, emel dan tegur ahli usrah kita di

mana-mana sahaja. Bina ukhuwah yang erat!

KESIMPULAN

Moga perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam

membawa pembawakan usrah anda ke tahap yang lebih menarik. Segala kekuatan

dan kehebatan itu, semuanya datang daripada Allah, dan segala kelemahan itu

semuanya datang dari diri saya sendiri. Salam Ukhuwah

Facebook:Kaizan Nazlan

Email: [email protected]