50
TEORI PERSONALITI DAN PSIKOTERAPI TAJUK : ERIC BERNE OLEH PROF. MADYA HJ AZMI SHAARI DEKAN PEMBANGUNAN PELAJAR DAN KEUSAHAWANAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Eric berne -sp

  • Upload
    ben-phu

  • View
    443

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Eric berne -sp

TEORI PERSONALITI DAN PSIKOTERAPI

TAJUK : ERIC BERNE

OLEH

PROF. MADYA HJ AZMI SHAARI

DEKAN

PEMBANGUNAN PELAJAR DAN KEUSAHAWANAN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 2: Eric berne -sp

ERIC BERNEERIC BERNE

Page 3: Eric berne -sp

KANDUNGANKANDUNGAN1. Pengenalan

2. Sejarah dan riwayat hidup Eric Berne

3. Teori Personaliti

4. Teori TA dan prinsip-prinsip teraputik

5. Sifat-sifat tabii manusia

6. Dinamika teori

7. Tingkah laku bilazim

8. Rawatan

9. Penilaian / Kesimpulan

Page 4: Eric berne -sp

PengenalanPengenalanTerapi Analisa Perlakuan Eric Berne

Terapi Analisa Perlakuan adalah suatu bentuk terapi yang mementingkan interaksi. Ia mementingkan aspek tingkah laku, kognitif dan afektif. Walaupun ia digunakan dalam kaunseling individu, tetapi ianya lebih sesuai dan lebih berkesan bila digunakan dalam kaunseling kelompok.(Harris,1967).Terapi analisa perlakuan ini menggunakan konsep-konsep yang mudah dan biasa seperti ibu bapa, dewasa, kanak-kanak, keputusan, membuat keputusan semula, permainan, skrip, raket, belaian, dan lain-lain lagi.

“ Setiap individu dilahirkan dengan keupayaan untuk

mengembangkan potensi-potensinya bagi kebaikan maksima untuk dirinya dan masyarakat, untuk menikmati hidup, dan dapat bekerja secara produktif dan kreatif, dan untuk bebas dari kelumpuhan-kelumpuhan psikologi ” ( Eric Berne, 1996 )

Page 5: Eric berne -sp

Eric BerneEric BerneSejarah dan latar belakang

Eric Berne telah dilahirkan pada 10 Mei 1910 di Montreal, Canada. Nama sebenarnya ialah Eric Lennard Bernstein Ayahnya(David) seorang doktor dan ibunya ( Sara Gordon Bernstein) seorang penulis dan

penyunting. Berne mempunyai seorang adik perempuan

(Grace) iaitu 5 tahun lebih muda daripadanya

Page 6: Eric berne -sp

Montreal, Canada Montreal, Canada

Page 7: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…

Beliau rapat dengan ayahnya tetapi ayahnya meninggal pada tahun 1921 ketika berumur 38 tahun

Berne mengikut jejak langkah ayahnya dengan mendapat ijazah doktor perubatan daripada McGill University pada tahun 1955.

Beliau menamatkan pembelajarannya dalam bidang psikatri di Yale University dan membina klinik persendirian di Connecticut dan New York.

Page 8: Eric berne -sp

ConnecticutConnecticut

Page 9: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Beliau menjadi warga negara Amerika pada

tahun 1939 dan berkahwin dengan Elinor McRae pada tahun 1942. Beliau dikurniakan 2 orang anak.

Pada tahun 1943 beliau telah menggelarkan dirinya sebagai Eric Berne (Eric Lennard Bernstein )

Semasa Perang Dunia kedua, beliau berkhidmat sebagai psikatris tentera di Army Hospital in Ogden, Utah di mana beliau mula mengamal terapi kelompok

Selepas Perang Dunia Kedua beliau menetap di Carmel, California dan berpisah dengan isterinya.

Page 10: Eric berne -sp

Utah Utah

Page 11: Eric berne -sp

California California

Page 12: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Eric Berne telah menulis buku pertamanya ‘The

Mind in Action’ pada tahun 1947, sebuah buku yang mengkritik tentang psikatri dan psikoanalisis.

Sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi beliau menjalankan latihan psikoanalisis di California

Sebahagian dari latihannya adalah analisis tentang psikatri dan psikoanalisis yang telah diselia oleh Erik Erikson

Eric Berne berkahwin semula dengan Dorothy DeMass Way pada tahun 1949 dan mendapat dua orang anak

Page 13: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Eric Berne membina bilik belajarnya jauh dari

kebisingan kanak-kanak dan pada tahun 1950, beliau sibuk dengan kerja konsultasinya dan mengamalkan psikatri di Carmel San Fransisco dan Monterey

Pada tahun 1956, Berne menolak keahlian di Institut Psikoanalitik di mana beliau mula mengasingkan diri dari psikoanalitik.

Eric Berne mengabdikan diri untuk mengembangkan analisis transaksi yang bercitarasa psikoanalisis

Page 14: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Dusay(1977) menerangkan bahawa Berne terlibat

membina teorinya di dalam tiga fasa iaitu; Fasa pertama(1955-1962), fasa kedua (1962-1966), fasa

ketiga(1966-1977) dan fasa keempat selepas 1970 iaitu selepas kematiannya teori ini dilengkapkan oleh pengikut-pengikutnya

Selepas bercerai untuk kali kedua(1964), beliau banyak menghabiskan masanya menulis termasuklah menulis manuskrip untuk enam buah bukunya serta menyunting Buletin Analisis Salinghubung

Beliau banyak memberi kuliah dan ceramah tentang teorinya

Perkahwinan ketiganya dengan Torre Peterson pada tahun 1967 tetapi tidak bertahan lama, Eric Berne meninggal dunia pada 15 Julai 1970 ketika berumur 60 tahun kerana serangan jantung

Page 15: Eric berne -sp

Eric BerneEric Berne

Eric Berne (1910-1970) telah terlatih sebagai seorang psikatris dan psikoanalisis.

Beliau mula membina intipati teori Analisis Salinghubung atau Teori Transactional Analysis (TA) pada tahun 50-an.

Penemuan Berne dan nama kedudukan ego seperti Parent(ibubapa), Adult (dewasa), dan Child ( kanak-kanak ) dianggap sebagai fasa pertama perkembangan TA

Page 16: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Pada tahun-tahun 1960-an terbit dua buah buku

yang dibaca dengan meluas iaitu Games People Play(Berne,1964) dan I’m Ok – You’re OK (Harris, 1969).

Buku OK telah terjual sebanyak 15 juta buah dalam lapan bahasa pada tahun 1970-an

Fasa kedua perkembangan TA( 1962-1966 ), TA memfokuskan kepada games (permainan).

Minat Berne dalam teori komunikasi menolong beliau memahami bahawa terdapat dua mesej (Sosial dan psikologi) yang didapati daripada punca suatu komunikasi.

Page 17: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…Berne memerhati bahawa makna mesej

psikologi berbentuk covert berbeza daripada makna sosial overt

Fasa ketiga perkembangan TA(1966-1970) ialah analisis skrip

Konsep skrip ini timbul sebagai tindakbalas kepada persoalan ‘Mengapa manusia yang berbeza bermain permainan yang sama berulang-ulang ?)

Teknik untuk menganalisis dan memahami skrip digunakan semasa rawatan psikologi

Page 18: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Selepas kematian Berne pada tahun 1970 TA

terus mengambil teknik-teknik baru ‘energe distribution and action’oleh Dusay (1972,1977,1989) dan ‘egogram’ serta pendekatan ‘reparenting’ oleh Schiff(1970)

Teori personaliti TA dan prinsip-prinsip teraputiknya dapat dianalisis melalui empat jenis;i) Penstrukturan (structural analysis)ii) Analisis transaksi (transactional analysis)iii)Analisis permainan (game analysis)iv)Analisis skrip (script analysis)

Page 19: Eric berne -sp

Teori PersonalitiTeori Personaliti Transactional analysis (TA) adalah teori

personaliti berbentuk humanistik, eksistential dan dinamik serta model teraputik yang berasaskan kepercayaan bahawa manusia lahir dalam kedudukan OK ;

Penteori TA memahami perkembangan personaliti dalam bentuk beberapa konsep utama seperti pendirian ego (ego state), stroke, injunction, keputusan pembentukan skrip, permainan, transaksi dan kedudukan hidup (life position)

Page 20: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Mengikut TA, semua manusia adalah

terdiri dari tiga dalam satu iaitu terdapat tiga pendirian ego seperti ego ibu bapa (parent), ego dewasa (adult) dan ego kanak-kanak (child) atau disebut sebagai PAC

P A CNP CP FC AC

Page 21: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…1. Pendirian ego ibu bapa (Parent Ego State) Pendirian ego ibu bapa di bahagikan kepada Nurturing

Parent (NP) dan Critical Parent (CP) Seseorang yang berfungsi sebagai Nurturing Parent

menunjukkan ciri perihatin,mengambil berat dan bersikap melindungi tetapi kadangkala terlalu melindungi.

Seseorang yang berfungsi sebagai Critical Parent bersikap prejudis, mengawal, menunjukkan kekuasaan dan menghendaki jawapan sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’.

Terlalu banyak ciri CP pada seseorang menyebabkan dia bersikap agresif manakala terlalu sedikit menyebabkan seseorang itu pasif.

Page 22: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…

2.Pendirian Ego Dewasa (Adult Ego State ) Ego dewasa adalah refree antara kehendak ego

ibu bapa dan kemahuan ego kanak-kanak Ego dewasa tidak berbahagi kerana ia tidak

emosional dan fungsi sepenuhnya seperti sebuah komputer

Jika terlalu banyak ego dewasa menyebabkan seseorang itu terlalu rasional dan membosankan, manakala terlalu sedikit menyebabkan seseorang itu bertindak secara tidak logik dan tidak rasional

Page 23: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…3. Pendirian Ego Kanak-kanak ( Child Ego State ) Ego kanak-kanak /tingkah laku kanak-kanak

yang dikenali juga sebagai archeopsychic ego state terdiri daripada perasaan, desakan2 dan tindakan2 yang spontan

Ia mengandungi rakaman pengalaman awal, tindakbalas dan pendirian tentang kendiri dan orang lain seseorang kanak-kanak

Ego kanak-kanak mempunyai dua fungsi asas iaitu Free Child (FC) dan Adapted Child (AC)

FC adalah spontan, suka bermain, suka berseronok,dan ingin tahu.

Seseorang yang terlalu lama hidup dengan FC menunjukkan ciri tidak terkawal atau tidak bertanggungjawab

Page 24: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Adapted Child (AC) yang dicirikan sebagai

boleh bertolak ansur menurut, memberontak atau bekerja keras dan bertindak seolah-olah ibu bapa sedang melihat atau mendengar

Perbezaan antara tingkah laku FC dan AC ialah AC boleh mengadaptasi dengan orang lain manakala FC adalah ekspresi perasaan dan tingkah laku secara sepontan tanpa mengambil kira reaksi orang lain terhadap dirinya

Sepanjang hidup seseorang,pendirian ego kanak-kanak adalah pengaruh dan dorongan dalaman yang menyediakan ‘apa yang ia mahu’ personaliti dan kuasa yang memotivasi seseorang individu (Haris & Haris,1985)

Page 25: Eric berne -sp

Teori TA dan prinsip-prinsip teraputikTeori TA dan prinsip-prinsip teraputik

1. Analisis penstrukturan ( structural analysis)

Analisis penstrukturan adalah proses memahami apa yang berlaku dalam diri individu

Eric Berne percaya terdapat satu corak perasaan dan pengalaman yang konsisten yang berkait dengan corak tingkah laku yang konsisten dipanggil pendirian ego.

Penfield, seorang pakar bedah saraf mendapati ‘electrode’ yang terdapat dalam beberapa bahagian otak menggerakkan ingatan dan perasaan seseorang.

Page 26: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…

Implikasi daripada kajian , fungsi otak adalah seperti pita rakaman yang menyimpan pengalaman secara lengkap.

Pendirian ego kanak-kanak ialah yang pertama terbina, diikuti pendirian ego kaank-kanak semula jadi, pendirian ego ibu bapa dan pendirian ego orang dewasa

Page 27: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…

2. Analisis Transaksi ( transactional analysis ) Transaksi adalah unit asas tingkah laku dalam

TA Ia adalah corak sebenar komunikasi antara

pendirian ego ibu bapa, dewasa dan kanak-kanak apabila dua orang berkomunikasi

Transaksi adalah pertukaran strokes antara dua orang yang mengandungi ransangan dan gerak balas di antara pendirian ego tertentu.Terdapat 3 jenis transaksi.

Page 28: Eric berne -sp

2.1 Transaksi Komplementari2.1 Transaksi Komplementari Tindak balas datang

dari dan ditujukan kepada pendirian ego yang sama

(transaksi yang selari) Cth; transaksi dari

kanan-kanak kepada kanak-kanak (child-to-child transactional)

Transaksi dari ibu bapa kepada ibu bapa

( transactional parent-to-parent )

A

C C

A

PP

Page 29: Eric berne -sp

2.2 Transaksi Bersilang2.2 Transaksi Bersilang Pendirian ego yang tidak

sesuai telah digunakan untuk menyebabkan t/balas yang tidak diduga

Cth; seseorang bercakap menggunakan pendirian

ego kanak2 mengharapkan mendapat t/balas pendirian ego ibu bapa tetapi menerima komen drpd pendirian ego orang dewasa

A

C C

A

PP

Page 30: Eric berne -sp

2.3 Transaksi luaran (ulterior)2.3 Transaksi luaran (ulterior)*Transaksi luaran adalah transaksi

yang mengandungi dua tahap komunikasi (Tahap sosial

& tahap psikologikal ) dan melibatkan lebih dari dua pendirian ego.

*Mesej psikologi adalah mesej luaran yang ditujukan kepada pendirian ego berbeza daripada yang ditunjukkan oleh mesej sosial.

#Cth : “ Awak nak keluar main, ataupun awak nak habiskan kerja rumah awak dahulu?”

A

C C

A

PP

Transaksi luaran

Page 31: Eric berne -sp

3. Analisis Permainan ( 3. Analisis Permainan ( game analysisgame analysis)) Permainan adalah transaksi yang

diransangkan secara luaran yang nampak seperti normal tetapi sebenarnya berakhir dengan perasaan yang tidak seronok

Manusia bermain permainan psikologi untuk menstruktur masa , mendapatkan pengiktirafan, membuat orang lain boleh diramal dan mengelak hubungan mesra.

Oleh kerana hubungan rapat menimbulkan risiko, manusia menggunakan permainan kerana ia selamat daripada mendedahkan diri tentang pemikiran dan perasaan seseorang

Page 32: Eric berne -sp

4. Analisis skrip( script analysis)4. Analisis skrip( script analysis)Berne percaya setiap orang mempunyai

skrip hidup tersendiri atau perancangan hidup sejak awal kanak-kanak lagi.

Skrip mempunyai pelbagai komponen termasuklah keputusan, kedudukan hidup, karekter fantasi, permainan, bahasa bukan lisan dan injunction ibu bapa.

Skrip ini menentukan bagaimana seseorang berinteraksi dengan orang lain dan berasaskan kepada interaksi dengan peristiwa-peristiwa hidup.

Page 33: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Strokes positif yang diberikan oleh orang lain

kepada kanak-kanak akan membentuk skrip positif bagi pihak kanak-kanak tersebut.

Yang menjadi masalah ialah apabila stroke negatif diberikan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak akan menjejaskan skrip hidup kanak-kanak tersebut hingga dewasa.

Cth : Ibu bapa yang selalu menggunakan mesej negatif seperti ‘jangan degil’, ‘jangan main di tempat gelap’, ‘jangan banyak cakap’ dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak merasa terhalang dalam segala perbuatannya.

Page 34: Eric berne -sp

5. Strokes5. Strokes Dalam teori TA , keperluan untuk mendapatkan

strokes dianggap sebagai motivasi asas kepada interaksi sosial manusia dan sangat perlu untuk perfungsian sihat seseorang individu.(Dusay & Dusay,1979).

Strokes yang paling positif datangnya dari ibu bapa yang menerima anak tanpa syarat.

Sepanjang hidup seseorang kanak-kanak ia menerima strokes positif seperti ‘mak sayangkan kau’ atau strokes negatif seperti ‘mak bencikan kau’.

Page 35: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Walaupun secara semulajadi seseorang kanak-kanak

lebih suka kepada strokes positif tetapi strokes negatif adalah lebih baik daripada tidak menerima strokes langsung ( Woollams & Brown, 1979).

Walaupun strokes ibu bapa adalah kemungkinan yang paling kuat untuk kanak-kanak, stroke semasa dewasa mungkin diperolehi dari kawan-kawan ,rakan sebaya, rakan sekerja, ketua di tempat kerja, suami atau sendiri dan anak-anak sendiri.

Apabila strokes secara terus tidak diperolehi, maka seseorang akan menggunakan permainan dan rakets untuk memperolehi strokes.

Secara rumusannya, strokes yang diterima atau diberi kepada orang lain meneguhkan lagi kedudukan hidup dan melanjutkan lagi skrip , fungsi ego, transaksi, rackets dan permainan.

Page 36: Eric berne -sp

6. Rackets…6. Rackets… Satu bayaran balik (payoff) yang mana seorang individu

mempunyai perasaan negatif yang sangat disukai yang digunakan untuk mengesahkan kedudukan hidupnya. Pengumpulan perasaan negatif selalunya dipelajari dari ibu bapa yang mana pendirian ego kanak-kanak telah terbiasa(Cassius,1980).

7. Stem*Seseorang yang suka mengumpul perasaan raket seperti marah, rasa

bersalah, rasa tidak mencukupi atau murung yang mengukuhkan lagi skripnya. Perasaan-perasaan ini dipanggil sebagai jual beli stem dan ini mewakili jenis emosi yang menandakan berakhirnya satu permainan.

*Apabila stem yang mencukupi telah dikumpul, ini boleh diberikan balik sebagai hadiah psikologi.

#hadiah kecil (memukul, menjerit, menangis, ketawa)#hadiah besar (membunuh, membunuh diri, bercerai); Goldhaber &

Goldhaber, 1976.

Page 37: Eric berne -sp

8. Injunctions & counterinjunctions8. Injunctions & counterinjunctions Apabila manusia hidup dalam keadaan kekurangan

strokes dan berusaha mencari strokes, larangan sosial seperti ‘buat’ dan ‘jangan buat’ yang disarankan oleh ibu bapa menghalang seseorang daripada mendapatkan strokes dari orang-orang yang signifikan.

Jika strokes ini tidak diperolehi daripada manusia, strokes boleh diperolehi daripada alkohol, dadah, membawa kereta laju, berjudi dan lain-lain yang boleh menjadikan ketagihan.(Steiner, 1971).

Cth; ‘jangan buat’sesuatu yang berisiko, dunia ini bahaya. Kesannya kanak-kanak akan percaya tidak ada sesuatu tindakan yang betul atau selamat yang dilakukan.

Page 38: Eric berne -sp

counterinjunctionscounterinjunctionsUntuk mendapatkan stroke kanak-kanak

percaya bahawa ia akan OK jika mesej-mesej ‘buat’ dapat dicapai (Haris & Haris,1985).

Counterinjunctions ini walaubagaimanapun adalah terhad dan ia menghalang perkembangan.

Cth : ‘Buat dengan sempurna’. Jika sudah dapat gred B, mesti dapat gred A. Jika sudah jadi doktor, mesti jadi doktor pakar saraf. Tidak boleh buat kesilapan.

Page 39: Eric berne -sp

Sifat-sifat tabii manusiaSifat-sifat tabii manusia1. Manusia itu mempunyai keupayaan-

keupayaan untuk tidak dikawal oleh pelaziman atau penentu-penentu tertentu

Ia berpegang kepada falsafah anti-deterministic, yakni individu itu tidak ditentukan hidupnya oleh faktor-faktor yang diluar kuasanya

2. Manusia mempunyai keupayaan untuk memahami keputusan-keputusan yang mereka buat pada masa yang lampau

3. Manusia mempunyai keupayaan-keupayaan untuk membuat keputusan-keputusan baru

Page 40: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…4. Tingkah laku, pemikiran dan perasaan

manusia tidak terlepas dari pengaruh-pengaruh persekitaran, terutamanya harapan dan desakan oleh orang-orang yang penting bagi mereka.

Semasa kecil keputusan yang dibuat amat bergantung kepada orang lain. Namun mereka boleh merombak dan membuat keputusan baru yang lebih sesuai pada masa kini.

5. Sungguh pun manusia mempunyai kuasa untuk memilih, namun sebilangan kecil daripada individu yang mempunyai kesedaran yang diperlukan bagi mencapai autonomi.

Page 41: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan…6. Manusia mempunyai satu keperluan untuk

berinteraksi dengan orang lain bagi menghindar kelaparan fizikal, kelaparan kenalan dan kelaparan struktur.

Hasil daripada interaksi dengan orang lain, Harris merumuskan ;

I. I’m OK ; You’re OK

II. I’m OK ; You’re not OK

III. I’m not OK ; You’re OK

IV. I’m not OK ; You’re not OK

Page 42: Eric berne -sp

Dinamika TeoriDinamika Teori Asas kekuatan transactional analysis(TA) ialah

penekanan kepada kontrak teraputik untuk membimbing ke arah teraputik. Oleh itu terapis dan klien bekerja bersama untuk mencapai matlamat kontrak.

Mereka berfungsi tidak sebagai doktor dan pesakit dan ini dapat mengurangkan perbezaan kuasa seperti yang terdapat di dalam pendekatan teraputik.

TA dianggap sebagai terapi ringkas dan boleh dilaksanakan dalam 6 jam sesi.

Page 43: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Teori TA telah memberi kedaulatan atau

dignity kepada individu untuk mempercayai bahawa ia mempunyai kuasa dan kebebasan untuk menukar skrip hidupnya supaya sesuai dengan keadaan masa kini.

Tidak perlu ia berpegang teguh kepada mesej-mesej yang diterimanya sejak awal hidupnya.

Page 44: Eric berne -sp

Psikopatologi / Tingkah laku bilazimPsikopatologi / Tingkah laku bilazim

Terapi analisa perlakuan yang dikemukakan oleh Eric Berne agak menitikberatkan aspek intelektual.

Oleh yang demikian, ada kemungkinan seseorang itu dapat memahami apa yang menyebabkan berlaku sesuatu masalah tetapi tidak dapat bertindak untuk mengubah apa yang dirasainya.

Istilah yang digunakan oleh terapis adalah mudah tetapi banyak istilah yang merupakan konsep utama.

Jadi untuk memahami transaksi adalah bukan mudah terutamanya jika terapis tidak cekap.

Page 45: Eric berne -sp

RawatanRawatan1. Kerusi kosong Kaunseli akan meletakkan sebuah kerusi kosong

dihadapannya dan membayangkan terdapat orang yang mempunyai ego tertentu yang menyebabkannya dia mempunyai masalah masa kini.

Biasanya masalah atau konflik itu muncul semasa kaunseli membesar dan masalah ini belum diselesaikan.

Dengan membayangkan individu yang terlibat berada di hadapannya, kaunseli berdialog dengan individu itu.

Melalui berdialog kaunseli akan menyedari dimana punca masalah tadi serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kaunselor boleh mencelah sekali-sekala dengan cabaran-cabaran yang dapat memberangsangkan kaunseli untuk menilai semula kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Page 46: Eric berne -sp

RawatanRawatan2. Permainan Rol Teknik ini dilaksanakan dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan memegang peranan

tertentu dan boleh menukar peranan mereka.

Ahli-ahli boleh berlagak sebagai kanak-kanak tetap, ibu bapa tetap atau dewasa tetap.

Page 47: Eric berne -sp

RawatanRawatan3. Analisa perhubungan Terapis akan cuba membuat analisa

perhubungan terutama sekali dalam kaunseling kelamin atau keluarga.

Ia bertujuan menunjukkan bagaimana keluarga yang tidak serasi membawa kepada konflik, lantaran perhubungan yang bermasalah.

Teknik ini perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang masalah.

Page 48: Eric berne -sp

Sambungan…Sambungan… Eric Berne mengesyorkan beberapa perkara;1. Bezakan antara ego dewasa dengan ego

kanak-kanak.2. Tunggu sehingga kaunseli memberi sekurang-

kurangnya tiga masalah, sebelum menentukan sistem rawatan baginya

3. Diagnosis mengenai ego ibu bapa atau kanak-kanak, hendaklah disahkan melalui data-data sejarah yang sebenar.

4. Setiap kaunselor harus ada ego dewasa. Masalahnya ialah untuk mengeluarkan ego dewasa dari dalam diri kaunseli.

5. Kaunseli harus mengalami sendiri ego kanak-kanak , bukan sekadar mengingat kembali sahaja tetapi merasai pengalaman itu.

Page 49: Eric berne -sp

Kesimpulan/ PenilaianKesimpulan/ Penilaian Berdasarkan perincian huraian, didapati bahawa

Teori Transactional Analysis(TA) boleh digunakan di dalam semua jenis kaunseling.

Konsep-konsep yang dikemukakan tidak banyak dan mudah difahami.

Oleh kerana TA menekankan aspek emosi, kognitif dan tingkah laku, maka terapi ini menggemblengkan aspek terapi dengan teknik-teknik terapi lain seperti terapi Gestalt, terapi tingkahlaku, terapi keluarga dan sebagainya.

Page 50: Eric berne -sp

BibliografiBibliografiAmir Awang.(1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Dusay, J.M., & Dusay , K.M. (1979). Transactional Analysis. In R.J. Corsini (Ed.), Current Psychotherapies (2nd ed). Itasca, IL : F.E. Peacock.

Harris, T. (1967). I’m OK; You’re OK. New York : Harper & Row

Ian Stewart.(2000). Transactional Analysis Counselling in Action (2nd ed.). London : Sage Publications.

Sabariah Siron. (2005). Teori Kaunseling dan Psikoterapi . Petaling Jaya : Prentice Hall.

http://www.brainyencyclopedia.com/encyclopedia/e/er/eric_berne.html