28

Frasa Adjektif

  • Upload
    uchot

  • View
    233

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

FRASA ADJEKTIF

• NAIM

• ALIF

PENGENALAN

Frasa adjektif ialah frasayang intinya terdiri daripada

kata adjedtif. Huraiantentang frasa adjektif dalam

bab ini berdasarkankedudukan dan

penggunaannya dalam ayat.

PENGERTIAN FRASA ADJEKTIF

• Frasa Adjektif (FA) boleh terdiridaripada satu perkataan atau beberapaperkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya.Contohnya:

SUBJEK PREDIKAT

1. Sarah pandai.

2. Budak itu sungguh baik.

3. Malam tadi gelap benar.

4. Buah mangga itu belum cukup masak lagi.

• Frasa adjektif dalam ayat-ayat di atasmengandungi satu perkataan ataubeberapa perkataan yang mendudukikonstituen predikat.

• Ada perkataan yang dari segi bentuknyatergolong sebagai kata kerja tetapi bolrhmembawa makna adjektif. Perkataantersebut menrima kata penguat di depannya, dan objeknya boleh digugurkan. Berdasarkan fungsinya, frasa terseburialah frasa adjektif, bukan lagi frasa kerja. Contohnya :

SUBJEK PREDIKAT FRASA ADJEKTIF

5. Kejayaan adik amat mengembirakan.

6. permitaannya sungguh menyukarkan.

7. Akhlaknya sungguh mengagumkan.

8. Kejadian itu sungguh menyedihkan

FUNGSI FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT

• Dalam ayat, frasa adjektif dapatberfungsi sebagai:

i. predikat. Contohnya:

SUBJEK PREDIKAT FRASA ADJEKTIF

9. Gadis itu cantik.

10. Cerun bukit itu amat curam.

11. Pasangan pengantin itu paling sesuai.

12. Kuih buatan ibunya sungguh sedap.

ii.penerang bagi frasa nama. Contohnya:

SUBJEK PREDIKAT

13. Baju biru itu Kegemaran Azmi.

14. Lelaki tinggi lampai itu Pemain bola keranjang.

15. Warna kegemaransaya

Warna hijau daun.

16. Bahagian akhir bukuitu

Mengandungi senarairujukan.

iii. unsur keterangan bagi frasa kerja.Kata adjektif dalam unsur keterangandalam ayat yang berikut berfungsi sebagaifrasa keterangan. Contohnya:

SUBJEK

PREDIKAT (FRASA KERJA)

KATA KERJA KETERANGAN (FRASA

ADJEKTIF)

17. Bayi itu tidur lena.

18. Kita bercakap memang mudah.

19. Air sungai mengalir sungguh deras.

20. Burung helang itu terbang tinggi sekali.

iv. subjekFrasa adjektif dapat menjadi subjekdalam ayat, dan dalam konteks inifrasa adjektif berfungsi sebagaifrasa nama. Contohnya:

SUBJEK PREDIKAT

21. Merah lambang keberanian.

22. Kaya belum tentu bahagia.

23. Lambat tidak semestinya malas.

24. Jelita idaman wanita.

BINAAN FRASA ADJEKTIF

• Frasa adjektif boleh terdiridaripada satu kata adjektifatau rangkaian kata yang mengandungi kata adjektifsebagai inti. Ada dua jenisbinaan frasa adjektif, iaitu:

1) Binaan satu perkataan2) Binaan dua perkataan

BINAAN SATU PERKATAAN

• Frasa adjektif yang terdiri daripadasatu perkataan boleh terdiri daripadakata tunggal, kata terbitan, atau kata ganda. Contohnya

25. Rumah jutawan itu besar. (kata tunggal)26.Buah manggis ini manis. (kata tunggal)27.Anak saudara Hasnah agak gementar. (kata terbitan)28.Bangunan itu tidak setinggi bangunan ini. (kata terbitan)29.Kanak-kanak di tadika itu comel-comel. (kata ganda)30.Perangai lelaki itu kebudak-budakan. (kata ganda)

BINAAN DUA PERKATAAN

• Binaan frasa sdjektif dengandua perkataanakanmembentuk maknabaharu. Binaan jenis ini terdiridaripada:i. Kata adjektif + kata adjektifii. Kata adjektif + kata nama

KATA ADJEKTIF + KATA ADJEKTIF

• Binaan jenis ini menunjukkan keserasianmakna (pertentangan), dan unsur rima(keindahan bunyi). Contohnya:

31. Askar itu gagah berani. (keserasian makna)32. Gadis-gadis itu cantik jelita. (keserasian makna)33. Dewan kosong itu sunyi sepi. (keserasian makna)34. Permukaan jalan itu tinggi rendah.(berlawanan kata)35. Tidak kira kecil besar, ayam itu dijual dengan harga yang sama. (berlawanan

kata)36. Pengalaman pahit manis kehidupanya telah dibukukan. (berlawanan kata)37. Lelaki itu gemuk gedempol. (unsur rima)38. Tanah di kawasan itu kering kontang. (unsur rima)39. Pergerakan penari itu lemah gemalai. (unsur rima)

KATA ADJEKTIF + KATA NAMA

• Binaan ini terdiri daripada kata adjektifsebagai inti dan kata nama sebagaipenerang. Frasa dengan binaan inimembawa maksud kiasan danmaksudkeserupaan. Yang berikut ialahcontoh binaan kata adjektif+kata nama

40. Mereka itu gila pangkat. (maksud kiasan)41. Penjual barang itu banyak mulut. (maksud kiasan)42. Jutawan itu murah hati. (maksud kiasan)43. Baju Abdullah kuning langsat. (maksud kiasan)44. Peserta peraduan itu muda remaja. (maksud kiasan)45. Pasangan itu malu-malu kucing. (maksud kiasan)

• Binaan frasa adjektif yang membawamaksud kiasan tidak bolehdigugurkan salah satudaripadaperkataannya. Jika digugurkanbinaan itu tidak lagi membawamaksud kiasan. Binaan frasa adjektifyang membawa maksud keserupaandapat disisipkan dengan perkataanseperti, contohnya kuning sepertilangsat, hijau seperti daun, danmanis seperti buah.

PERLUASAN FRASA ADJEKTIF

• Predikat frasa adjektifdalam ayat tunggal bolehdiluaskan denganpenambahan:1) Kata penguat2) Kata bantu3) keterangan

PERLUASAN DENGAN KATA PENGUAT

• Kata adjektif yang menjadi inti bolehdidahului atau diikuti oleh kata penguat. Ada 3 jenis kata penguat, iaitu penguathadapan, penguat belakang, dan penguatbebas. Contohnya:

46. Seluar Ravi paling putih. (paling: penguat hadapan)47. Mohd Nor terlalu baik. (terlalu: penguat hadapan)48. Jalannya lambat benar. (benar: penguat belakang)49. Pokok itu tinggi sekali. (sekali: penguat belakang)50. Lukisan itu cantik sungguh. (sungguh: penguat bebas)51. Kejadian itu sungguh ajaib. (sungguh: penguat bebas)

• Dua kata penguat boleh hadirbersama-sama kata adjektif. Contohnya:

52.Tindakannya itu sangat kurang sopan.53.Udara di tepi pantai sungguh amat nyaman.54.Cerita itu sangat seram sekali.55.Adik sungguh baik sekali.

PELUASAN DENGAN KATA BANTU

• Sebagai initi frasa, kata adjektif bolehdidahului oleh kata bantu. Selain itu, dua kata bantu boleh hadir secaraserentak sebelum kata adjektif. Contohnya:

56.Bapa saya sudah tua.57.Bunga itu masih segar.58.Berita itu belum tentu benar.59.Buah nangka itu masih belum masak.

• Selain itu, ada kata bantu yang boleh hadir sebelum atauselepas kata penguat. contohnya:60.Anak Pak Husin masih terlalu kecil. (kata bantu sebelum

kata penguat)61.Pemain itu belum sangat mahir. (kata bantu sebelum

kata penguat)62.Badanya sungguh masih sihat. (kata bantu selepas kata

penguat)63.Budak itu sungguh telah pandai. (kata bantu selepa kata

penguat)

PELUASAN DENGAN KETERANGAN

• Frasa adjektif boleh hadir bersama-samaunsur keterangan. Dalam binaan ayat, unsurketerangan berada pada akhir ayat, iaituselepas kata adjektif. Unsur keterangan initerdiri daripada frasa sendi nama. Contohnya:

64.Negara kita kaya dengan minyak.65.Saya sering rindu akan ibu.66.Datuk kerap sakit pada kakinya.67.Badan budak itu kurus bagai lidi.

• Perlu diketahui bahawa frasaadjektif tidak boleh diperluasdengan frasa nama, kecuali frasasendi nama. Contohnya:

68.*Adik suka durian.68a. Adik suka akan durian.69. *Saya takut anjing.69a. Saya takut akan anjing.70. *Pelajar itu hormat guru.70a. Pelajar itu hormat akan guru.

• Walau bagaimanapun, frasa sendi namatidak diperlukan apabila kata adjektifmempunyai kata nama sebagaipelengkap. Ini dapat dilihat dalamsimpulan bahasa. Contohnya:

panjang tanganrendah hatipendek akalbesar kepala

KESIMPULAN

• Struktur atau binaan frasa adjektifdalam ayat tunggal berdasarkankedudukan unsur-unsurnya adalahseperti binaan di bawah. Walaupunbegitu, unsur-unsur tersebut tidaksemestinya hadir serentak.

kata bantu + kata penguat + kata aadjektif + kata adjektif + kata penguat + keterangan

• Contohnya:

Kata bantu

Kata penguat

Kata adjektif

Kata adjektif

Katapenguat

keterangan

- sangat cantik - - -

sudah - tua - betul -

- sungguh

indah - nian -

- agak tinggi rendah - -

masih terlalu banyak - - sepertidahulu

• Contoh penggunaannya dalamayat:

71.Kereta baharu abang sangat cantik.72.Buah kelapa itu sudah tua betul.73.Permandangan di pantai sungguh indah nian.74.Tanah di situ agak tinggi rendah.75.Kenderaan di Kuala Lumpur masih terlalu

banyak seperti dahulu.