53
Gadaian (Al-Rahn) ZAFIRAH ABDULLAH

Gadaian (Al-Rahn)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Gadaian (Al-Rahn)

Gadaian (Al-Rahn)ZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Gadaian (Al-Rahn)

TAKRIF• Bahasa Arab (Al-Rahn) :

• Menahan dan Menghalang• Tetap dan Berterusan

• Istilah menurut syarak:• Merujuk kepada kontrak gadaian

• Menjadikan sesuatu barang yang bernilai sebagai cagaran kepada hutang dan akan digunakan untuk melangsaikan hutang jika hutang tersebut tidak dapat dibayar

• Merujuk kepada barang gadaian itu sendiri

Pencagar = PenggadaiPenerima Cagaran = PemiutangBarang yang dicagar = Barang yang digadaiBarang yang digadai : Semua perkara yang disukat dan bernilai iaitu barang yang diiktiraf sebagai harta oleh syarak

Page 3: Gadaian (Al-Rahn)

Tujuan Gadaian• Sebagai cagaran untuk meyakinkan pemiutang (penerima cagaran) bahawa hutang yang

diberikan tidak akan lupus begitu sahaja dan dia yakin akan memperolehinya semula

• Sekiranya pemiutang mendapati sukar/mustahil untuk dia mendapatkan semula hutangnya setelah tamat tempoh yang ditetapkan..• Pemiutang berhak mengambil semula hutangnya melalui barang yang dicagar• Iaitu dengan cara menjual dan kemudian mengambil hutangnya melalui bayaran yang

diperolehinya

Kesahihan menurut Syarak“Wahai orang-orang yang beriman!, Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan (jual beli & sebagainya) secara hutang sehingga sesuatu tempoh, maka hendaklah kamu menulisnya”

(Al-Baqarah: 282)

Page 4: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum Gadaian• Disunatkan & Digalakkan• Cara terbaik adalah membuat catatan ataupun digantikan dengan gadaian jika tidak dapat

membuat catatan• Langkah ini supaya manusia tidak mengaibaikan sebarang langkah yang baik agar harta dan hak

manusia tidak terabai

Hikmah• Memberi kemudahan meringankan segala bebanan dan memelihara kepentingan manusia• Kepentingan kedua-dua pihak dapat dipenuhi dan ia akan memudahkan urusan mereka

Page 5: Gadaian (Al-Rahn)

Rukun Gadaian1. Aqidan (Dua Pihak yang Berkontrak)

• Iaitu pihak yang terbabit dengan kontrak tersebut, iaitu rahin (Penggadai) & murtahin (Penerima Gadaian)

2. Sighah (Lafaz Kontrak)• Ucapa yang diucapkan oleh pihak yang berkontrak, yang merujuk kepada pemeteraian

kontrak

3. Marhun Bihi (Hutang)• Punca kontrak dimeterai dan menjadi tanggungan penggadai yang mesti dejelaskan kepada

penerima gadaian

4. Marhun (Barang Gadaian)• Barang yang diserahkan kepada penerima gadaian sebagai cagaran kepada hutang penggadai

Page 6: Gadaian (Al-Rahn)

Rukun Pertama: Aqidan (2 Pihak yang berkontrak)• Mereka adalah Penggadai dan Penerima Gadaian

• Penggadai : Orang yang berhutang & bertanggung-jawab menunaikan hutang tersebut kepada penerima gadaian

• Penerima Gadaian : Pemilik hutang yang diberikan kepada penggadai dan yang memegang barangan gadaian

Kedua-duanya mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mukallaf : Berakal & Baligh serta tidak dilarang menguruskan harta (mahjur a’laih)

• Seorang kanak-kanak walaupun mumaiyyiz tidak boleh menjadi penggadai dan penerima gadaian – (Tidak Sah)

• Termasuk Orang gila dan Orang yang hilang akal• Ini kerana mereka tidak berkelayakan untuk memikul tanggung-jawab tersebut

Orang yang dilarang menguruskan harta:• Orang yang Safih (Orang yang tidak boleh menguruskan harta dengan baik)

Page 7: Gadaian (Al-Rahn)

2. Kedua-dua pihak tidak dipaksa• Kedua-dua pihak mestilah melakukannnya secara sukarela

• Jika salah satu pihak dipaksa, kontrak gadaian tersebut TIDAK SAH dan tidak akan tertakluk kepada implikasi dan hukum gadaian

• Sekiranya mereka ingin meneruskan kontrak gadaian, mereka perlu memulakannya semula

• Sebabnya gadaian merupakan amalan yang bersifat Insyaiyyah : Yang dimulakan secara pilihan dan sukarela yang dibenarkan syarak

3. Kelayakan memberi dan menerima bayaran gadaian• Mereka mestilah sama ada pemilik kepada barang yang digadai atau pemilik kepada hutang yang

dicagar dengan gadaian

Page 8: Gadaian (Al-Rahn)

Wali dan pemegang wasiat memberi dan menerima gadaian:

• Wali dan pemegang wasiat tidak boleh menggadaikan harta orang yang dibawah jagaan mereka.

• Mereka juga tidak boleh menerima gadaian bagi harta orang di bawah jagaan mereka

• Ini kerana mereka tidak berkelayakan untuk menyumbangkan harta orang yg dibawah jagaan mereka

• Menurut para ulama fiqh, penjaga tidak berhak menjual harta milik orang yang dibawah jagaan mereka.

• Melainkan jual beli tersebut dijalankan secara tunai dan bayaran diterima sebelum dia menyerahkan barang yang dijual

Walau bagaimanapun, para ulama fiqh memberi pengecualian kepada 2 keadaaan:

1. Keadaan Darurat• Contohnya, penjaga memerlukan wang untuk perbelanjaan orang yang dibawah jagaannya

• Sedangkan dia tidak mempunyai wang yang boleh digunakan untuk tujuan itu

• Dengan itu, dia boleh menggadaikan sebahagian harta mereka untuk mendapatkan wang yang akan dibelanjakan untuk mereka.• Penjaga /pemegang wasiat juga berhak menerima gadaian bagi pihak jagaannya

• Iaitu bagi harta yang dikhuatiri akan dicuri/dirampas• Dengan itu penjaga bertindak menjualnya dengan pembayaran secara hutang/tertangguh• Dan dia menerima barang bagi pihak jagaannya sebagai gadaian dan cagaran kepada hutang

Page 9: Gadaian (Al-Rahn)

Walau bagaimanapun, para ulama fiqh memberi pengecualian kepada 2 keadaaan:

2. Gadaian dilakukan dengan alasan yang jelas membawa kebaikan kepada jagaan mereka• Contohnya, wali atau pemegang wasiat menemui barangan yang bernilai RM200 tetapi dijual pada harga

RM100.• Namun orang yang dibawah jagaannya tidak mempunyai wang untuk membeli barangan tersebut

• Dalam keadaan ini, penjaga boleh membelinya dengan menggadaikan harta milik (org yg dibawah jagaannya) yang bernilai RM100

• Disyaratkan barang tersebut digadaikan kepada seseorang yang dipercayai dan berharta• Gadaian tersebut juga dilakukan di hadapan saksi dan untuk tempoh yang tidak terlalu lama pada

kebiasaannya• Jika mana-mana syarat ini tidak dipatuhi, gadaian tersebut TIDAK SAH

• Selain menggadai, menerima gadaian juga dibenarkan• Contoh Wali menjual milik jagaan mereka yang berharga RM100 dengan harga RM200• Kemudian dia menerima gadaian pembeli bagi jagaan mereka yang menilai RM200

• Dalam keadaan ini, jelas apa yang dilakukan oleh penjaga adalah untuk kebaikan orang yang dibawah jagaannya.

• Oleh itu, tindakan penjaga yang menggadai dan menerima gadaian adalah SAH.

Page 10: Gadaian (Al-Rahn)

Rukun ke-2 : Lafaz Kontrak (Sighah)• Lafaz kontrak (sighah) adalah penawaran dan persetujuan

• Iaitu ucapan yang merujuk kepada penggadaian dan persetujuan menerima gadaian tersebut oleh kedua-dua pihak

• Contohnya :• Penggadai berkata : “Saya gadaikan rumah saya ini dengan hutang yang saya ambil daripada anda”

• Pemiutang berkata : “Saya setuju”

• Lafaz kontrak sighah itu disyaratkan kerana gadaian adalah kontrak yang membabitkan pertukaran harta

• Oleh itu, pertukaran ini perlu dilakukan dengan kerelaan hati kerana harta seseorang tidak halal melainkan jika diberikan dengan rela hati

• Bagi orang bisu : Mereka boleh menggunakan isyarat yang biasa digunakan dan boleh difahami menunjuakkan mereka bersetuju dengan gadaian / setuju menerima gadaian• Selain isyarat, mereka yang boleh menulis dengan baik boleh menggunakan tulisan mereka

Page 11: Gadaian (Al-Rahn)

Rukun ke-3: Barang Gadaian (Marhun)• Barang yang digadai adalah barang yang diserahkan oleh penggadai kepada penerima gadaian untuk

disimpan sebagai cagaran kepada hutangnya.

Para ulama fiqh menetapkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadikan gadaian tersebut SAH:

1. Mestilah dalam bentuk benda• Perkhidmatan tidak boleh digadaikan

• Contohnya : Menggadaikan kediaman rumah• Ini kerana sesuatu perkhidmatan akan luput dengan berlalunya masa• Ini menyebabkan ia tidak boleh dijadikan cagaran dan tidak boleh disimpan

2. Mestilah barang yang boleh dijual• Barang tersebut mestilah wujud ketika kontrak dimeterai• Juga mestilah harta yang diiktiraf sebagai bernilai (menurut syarak)• Boleh diserahkan dan telah sah menjadi milik penggadai / berada dalam kuasanya

Page 12: Gadaian (Al-Rahn)

Rukun ke-3: Barang Gadaian (Marhun)

2. Mestilah barang yang boleh dijual• Barang tersebut mestilah wujud ketika kontrak dimeterai• Juga mestilah harta yang diiktiraf sebagai bernilai (menurut syarak)• Boleh diserahkan dan telah sah menjadi milik penggadai / berada dalam kuasanya

• Menggadaikan anak kambing yang bakal dilahirkan adalah tidak sah (kerana ia tidak wujud ketika kontrak dimeterai)

• Demikian juga dengan anjing dan babi > Kedua haiwan ini tidak diiktiraf sebagai harta yang bernilai oleh syarak

• Termasuk juga ,haiwan yang diburu oleh orang yang berihram ketika dalam musim haji/umrah dan haiwan yang diburu di Tanah Mekah• Ini kerana haiwan-haiwan ini diketogerikan sebagai bangkai (bangkai tidak diiktiraf sebagai harta oleh syarak)

• Tidak sah menggadaikan burung yang masih terbang di udara kerana haiwan ini tidak boleh diserahkan

• Tidak sah menggadaikan hutang yang ada pada seseorang kerana hutang itu tidak boleh diserahkan

• Tidak sah menggadaikan barang yang ditawarkan kepadanya untuk dibeli / benda-benda yang terbiar seperti kayu api/rumput yang tidak bertuan.• Ini kerana semua barang ini masih belum sah sebagai miliknya dan belum berada dalam kuasanya

Page 13: Gadaian (Al-Rahn)

Soalan: Adakah penggadai disyaratkan memiliki barang yang digadai ataupun memadai barang tersebut berada di dalam penguasaannya?

Jawapan:• Barang yang digadai tidak semestinya milik penggadai

• Penggadai berhak meminjam sesuatu barang untuk digadaikan tetapi perlu memenuhi syarat-syarat dan hokum yang ditetapkan.

• Penggadai tidak semestinya menjadi pemilik penuh kepada barang yang digadai

• Malah, gadaian SAH jika penggadai hanya memiliki sebahagian daripada barang yang digadai• Dengan syarat, dia menggadaikan bahagian miliknya• Contohnya, penggadai berkongsi sebuat kereta / rumah, penggadai berhak menggadaiakn bahagiannya sebagai cagaran

kepada hutangnya

Gadaian seperti ini distilahkan sebagai rahn-al-musya’ : Gadaian Kongsi)• Sesiapa yang berkongsi harta yang tidak boleh djbahagi dan dipisahkan, ia berhak menjual bahagiannya

Page 14: Gadaian (Al-Rahn)

Rukun ke-4: Hutang (Marhun Bihi)• Marhun bihi bermaksud : Hak penerima gadaian yang perlu dibayar oleh penggadai dan gadaian

dilakukan sebagai timbal balas kepadanya.Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi:1. Mestilah dalam bentuk hutang

• Maksud hutang : Perkara yang boleh disahkan sebagai tanggungan (zimmah) seperti dirham,dinar dan mata-wang yang boleh diguna pakai dan yang digunakan untuk menilai sesuatu benda

• Gadaian tidak boleh diberikan sebagai tukaran kepada sesuatu benda• Ini kerana benda tidak boleh diganti menggunakan hasil jualan gadaian ketika ia gagal dipulangkan

2. Hutang tersebut mestilah telah sah menjadi tanggungan penggadai terhadap penerima gadaian• Contohnya, hutang tersebut adalah bayaran bagi barang yang dijual selepas kontrak jual beli dimeterai, walaupun

sebelum barang tersebut diterima• Ataupun nafkah isteri bagi bulan-bulan lepas, atau wang yang dihutang oleh penggadai sama ada telah diterima atau

belum• Dalam semua keadaan ini, kontrak gadaian dibenarkan kerana hak penerima gadaian telah disahkan

Page 15: Gadaian (Al-Rahn)

Rukun ke-4: Hutang (Marhun Bihi)2. Hutang tersebut mestilah telah sah menjadi tanggungan penggadai terhadap penerima

gadaian• Gadaian juga sah jika ia membabitkan kontrak yang melibatkan hutang

• Contohnya: Pembeli berkata : “Jualkan kepada saya baju dengan harga RM100 yang saya akan bayar selepas sebulan dan jam ini sebagai gadaian.”

• Penjual pula berkata : “Saya setuju”

3. Jumlah dan sifat hutang mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak• Apabila disahkan penggadai berhutang dengan penerima gadaian tetapi penerima gadaian tidak pasti adakah hutang

ini dalah nilai ringgit Malaysia atau mata wang yang lain? (contoh)• Adakah jumlahnya RM1000 atau RM2000?

• Lalu penerima gadaian meminta penggadai menggadai sesuatu sebagai cagaran kepada hutang tadi, gadaian tersebut TIDAK SAH.

• Sekalipun penggadai mengetahui jumlah dan sifat hutang tersebut• Ini kerana hutang yang tidak diketahui ini tidak dapat diselesaikan apabila gadaian ini dijual dalam kes penggadai

gagal membayar hutang.

Page 16: Gadaian (Al-Rahn)

Status Kontrak Gadaian • Apabila kesemua rukun dan syarat kontrak gadaian dipatuhi, kontrak tersebut diterima sebagai SAH

• Kontrak gadaian adalah kontrak yang tidak lazim (boleh dibatalkan) sebelum barang gadaian diterima

• Penerimaan barangan gadaian adalah pelengkap kontrak dan sesuatu syarat hanya berkuatkuasa setelah ia diterima

• Oleh itu, selagi barang yang ingin digadai berada di tangan penggadai, dia berhak menarik balik gadaiannya

• Walau bagaimanapun, apabila barang tersebut telah diserahkan kepada penerima gadaian dan penerima telah menerima barang gadaian tersebut, kontrak tersebut menjadi lazim.

• Penerima gadaian berhak menyimpannya dan penggadai tidak boleh mengambil balik gadaian atau menuntut semula barang gadaian kecuali setelah mendapat kebenaran.

Kontrak yang lazim: Kontrak yang tidak boleh dibatalkan oleh salah satu pihak

tanpa persetujuan pihak kedua

Page 17: Gadaian (Al-Rahn)

Kaedah Penerimaan Gadaian1. Bagi Harta tak boleh alih

• Contoh..(Rumah/Tanah)

• Penerimaan boleh dilakukan dengan penggadai melepaskan pegangannya kepada penerima gadaian

• Pelepasan ini boleh dilakukan dengan mengenetepikan segala halangan yang boleh menghalang penyerahan barang gadaian

• Contohnya : Jika barang tersebut dipenuhi dengan sesuatu barang / bangunan itu didiami oleh seseorang atau sbgnya..

• Penyerahan dan penerimaan boleh dilakukan dengan cara mengosongkannya dan membuang segala halangan yang boleh menghalang penerimaannya

Page 18: Gadaian (Al-Rahn)

2. Bagi harta boleh alih• Pelepasan sahaja tidak memadai

• Malah mestilah dilakukan dengan cara diserahkan dan dipindahkan kepada penerima sebagaimana yang biasa diamalkan atau pada adatnya dilihat sebagai telah diterima oleh pemiutang.

• Bagi harta yang boleh alih, penerimaan dilakukan dengan cara menyerahkan kesemua harta tersebut kepada penerima gadaian.

• Penyerahan ini mestilah setelah mendapat kebenaran rakan kongsi

• Jika rakan kongsi tidak bersetuju dan tidak membenarkan harta tersebut dipindahkan..• Penerima gadaian boleh bersetuju membiarkan barang gadaian berada di tangan rakan kongsi penggadai.. • …dan menerima rakan kongsi tersebut sebagai wakil dalam menerima barang gadaian.

Perkara ini adalah bagi harta yang dijadikan gadaian sepenuhnya. Dalam keadaan hanya sebahagian harta yang digadai , bagaimana penerimaan dilakukan?

Page 19: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum-Hakam berkaitan Kontrak Gadaian1. Hukum barang gadaian ketika berada dalam pegangan penerima

gadaian

2. Hukum barangan gadaian sekiranya rosak

3. Hukum barang gadaian yang bertambah nilai ketika berada di tangan penerima gadaian

4. Hukum-hakam lain yang berkaitan gadaian

Page 20: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

1. Penyimpanan Barang Gadaian

• (Recap) Kontrak gadaian tidak akan lengkap dan berkuatkuasa melainkan setelah barang gadaian diterima

• Pada ketika itu, penggadai tidak berhak menarik balik gadaiannya melainkan setelah dia melunaskan semua hutangnya

• Dengan ini, penerima gadaian berhak menyimpan barang yang digadai dan penggadai tidak dibenarkan mengambilnya

• Untuk melengkapkan kontrak ini, apa yang penting, ialah penerimaan pada kali pertama kerana ia tidak semestinya berterusan

• Maksudnya, barang gadaian tidak semestinya berterusan disimpan oleh penerima gadaian supaya gadaian tersebut sah• Penerima gadaian boleh memindahkan semula barang gadaian kepada penggadai• Tetapi penerima gadaian mestilah bersetuju dan mengizinkannya• Tindakan ini tidak akan membatalkan kontrak gadaian• Walau bagaimanapun, penerima gadaian masih mempunyai hak terhadap barang gadaian tersebut. Dia boleh

mengambilnya semula dan menyimpannya pada bila-bila masa• Penggadai masih berhak menggunakan barang yang digadai tetaoi dengan izin penerima gadaian.

Page 21: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

2. Penjagaan dan Kos Penyelenggeran Barang Gadaian• Penjagaan barang gadaian bermaksud..

• Mengawasi• Memelihara• MemastikanBarang yang digadai selamat dan tidak rosak seperti dijaga supaya tidak dicuri.

• Ini dilakukan untuk kepentingan penerima gadaian kerana barang ini perlu sentiasa dalam keadaan baik supaya ia boleh digunakan untuk melunaskan hutang apabila penggadai gagal membayar hutangnya

• Penerima gadaian wajib menjaganya kerana ia adalah untuk kebaikannya

• Begitu juga sesiapa yang memegang sesuatu barangan, dialah bertanggung-jawab menjaganya

• Jika barang tersebut memerlukan kepada seorang penjaga, upahnya perlu dibayar oleh penerima gadaian

• Jika barang tersebut memerlukan tempat simpanan, penerima gadaian wajib menyediakannya

Page 22: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

2. Penjagaan dan Kos Penyelenggeran Barang Gadaian• Kos penyelenggaran barang gadaian pula ialah semua perbelanjaan yang diperlukan bagi memastikan keadaannya.

• Contohnya : Makanan bagi haiwan / air bagi tanaman / kos penyelenggaran bagi rumah• Kesemua ini perlu ditanggung oleh penggadai kerana semua kerja ini bertujuan mengekalkan keadaan barang yang

digadai iaitu barang miliknya• Dia mesti menanggungnya supaya barang ini tidak rosak demi menjaga hak penerima gadaian

3. Status Penerima GadaianSoalan: Adakah penerima gadaian pemegang amanah (yad amanah) atau pemegang tanggung-jawab (yad doman)

terhadap barang gadaian tersebut?

• Pemegang Amanah : Bermakna dia tidak perlu membayar ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan terhadap barang yang berada di tangannya tanpa disengajakan / kecuaian

• Pemegang Tanggung-jawab: Bermakna dia perlu membayar ganti-rugi terhadap apa sahaja kerosakan yang berlaku ke atas barang yang di tangannya sama ada kerana disengajakan atau tidak/ dan kerana kecuaian atau tidak

Page 23: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

3. Status Penerima Gadaian

Soalan: Adakah penerima gadaian pemegang amanah (yad amanah) atau pemegang tanggung-jawab (yad doman) terhadap barang gadaian tersebut?

Jawapan: Penerima gadaian adalah pemegang amanah bagi barang yang digadai

• Oleh itu, dia tidak perlu membayar ganti rugi jika berlaku kerosakan (tanpa disengajakan) • Kerosakan ditanggung oleh penggadai kerana dia bertanggung-jawab dengan gadaian tersebut

• Hutang penggadai juga tidak akan dikurangkan sebagai ganti kepada kerosakan yang berlaku ke atas sebahagian/keseluruhan barang gadaian

• Hukum ini dikecualikan dalam kes kerosakan disengajakan/ berlaku kerana kecuaian penerima.

Page 24: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

4. Penggunaan Barang Gadaian

i. Penggunaan oleh Penggadai• Penggunaan barang gadaian adalah hak penggadai• Cuma barang ini tidak dapat digunakan kerana ia berada dalam simpanan penerima gadaian• Namun sekiranya dibenarkan, penggadai boleh mengambil dan menggunakannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan ini mestilah memenuhi beberapa syarat:

1. Penggunaan barang gadaian mestilah tidak menyebabkan kemudaratan seperti susut nilai / kerosakan

2. Penggadai tidak boleh membawa barang gadaian dalam perjalan jauh

• Ini kerana perjalanan jauh mempunyai risiko terhadap barang gadaian, apatah lagi jika tiada keperluan yang mendesak

• Namun, apabila dibenarkan oleh penerima gadaian, penggadai boleh membawanya

Page 25: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

4. Penggunaan Barang Gadaian

2. Penggadai tidak boleh membawa barang gadaian dalam perjalan jauh--continuation—

• Jika barang gadaian tersebut dapat digunakan tanpa perlu dikeluarkan daripada simpanan penerima gadaian, ia perlu dilakukan dengan cara sedemikian.

• Jika ia hanya dapat digunakan dengan cara mengeluarkannya daripada simpanan penerima gadaian, ia boleh dikeluarkan

• Adalah lebih baik jika penerima gadaian melantik dua orang saksi lelaki /1 lelaki + 2 perempuan, untuk menjadi saksi kerana perkara ini melibatkan harta.

• Penggadai seterusnya bertanggung-jawab memulangkan barang tersebut kepada penerima gadaian selepas selesai menggunakannya.

Page 26: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

4. Penggunaan Barang Gadaian

ii. Penggunaan oleh Penerima Gadaian• Penerima gadaian tidak boleh menggunakan barang gadaian melainkan dengan dengan izin penggadai• Jika penerima gadaian melanggar larangan ini, dia perlu menggantikan barang tersebut

Soalan: Bolehkah penerima gadaian menggunakannya jika diizinkan oleh penggadai?

• Jika kebenaran ini dinyatakan dalam kontrak dan dijadikan sebagai syarat, syarat tersebut TIDAK SAH dan menurut (pendapat yang kuat), kontrak tersebut juga TIDAK SAH

• Ini kerana syarat ini bercanggah dengan kandungan kontrak kerana kontrak tersebut bertindak sebagai cagaran dan bukan untuk membenarkan penggunaannya

• Selain itu, syarat ini juga memberi keuntungan kepada hanya penerima gadaian dan merugikan penggadai

• Jika kebenaran untuk penerima gadaian menggunakan barang gadaian tidak dinyatakan sebagai syarat dalam kontrak, kebenaran ini SAH.

• Penerima gadaian berhak menggunakannya kerana penggadai (pemilik) membenarkannya

Page 27: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

5. Kontrak yang melibatkan barang gadaian

i. Kontrak yang dilakukan oleh Penggadai dan melibatkan barang Gadaian• Sekiranya penggadai melakukan sesuatu kontrak yang boleh menyebabkan hak miliknya ke atas barang tersebut dilucutkan

(jual beli, hadiah, wakaf), semua tindakan ini TIDAK SAH jika dilakukan tanpa izin penerima gadaian

• Urusan yang akan mengurangkan nilai/fizikal barang juga tidak dibenarkan• Contohnya, meminjamkannya kepada orang yang akan merosakkannya / menyewakannya sehingga selepas tempoh

hutang tamat kerana ia akan mengurangkan nilai barang

• Ini kerana, jika barang tersebut perlu dijual untuk melangsaikan hutang..• Orang ramai tentunya kurang berminat untuk membeli barangan tersebut kerana ia sedang disewa• Kemungkinan, ia tidak boleh dijual langsung / dijual dengan harga yang rendah

• Penggadai tidak dibenarkan menggadaikannya pula kepada orang lain

• Tindakan ini akan menyebabkan berlaku pertindihan tuntutan• Jika tindakan yang dilakukan oleh penggadai tidak mengakibatkan perkara2 yang dinyatakan di atas, tindakan tersebut

dibenarkan• Tindakan di atas dilarang sekiranya penerima gadaian tidak mengizinkannya

Page 28: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

5. Kontrak yang melibatkan barang gadaian

ii. Kontrak yang dilakukan oleh Penerima Gadaian dan melibatkan Barang GadaianSebarang kontrak oleh penerima gadaian terhadap barang gadaian sudah tentu sama ada dibuat dengan mendapat keizinan penggadai atau tidak

• Jika kontrak tersebut tidak mendapat keizinan penggadai, ia akan dianggap terbatal dan tidak melibatkan sebarang implikasi syarak

• Jika penerima gadaian menyerahkan barang gadaian kepada orang lain, tindakan tersebut dianggap sebagai salah laku

• Penerima gadaian perlu bertanggung-jawab dengan barang tersebut

• Sekiranya kontrak tersebut mendapat keizinan penggadai, semua kontrak tersebut sah kerana ia dibuat dengan izin pemilik

• Sekiranya kontrak tersebut menyebabkan hak milik penggadai dilucutkan seperti hadiah/jual beli , kontrak gadaian tersebut terbatal kerana cagaran dalam kontrak ini telah dilucutkan

• Sekiranya tindakan tersebut tidak mengugat hak milik penggadai seperti peminjaman dan sewa, kontrak tersebut tidak terbatal. (Ini kerana cagran dalam kontrak ini masih wujud)

Page 29: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

6. Penamatan kontrak gadaian dan penyerahan semula barang gdaian setelah hutang dilunaskan

• Setelah penggadai melunaskan semua hutangnya, kontrak gadaian tersebut DITAMATKAN

• Penerima gadaian perlu memulangkan semula barang gadaian kepada penggadai• Tidak kira sama ada pembayaran dibuat sebelum / pada tarikh pembayaran ditetapkan

• Sekiranya penerima gadaian gagal, cuai, enggan memulangkan tanpa sebarang sebab yang munasabah, dia perlu mengambil tanggung-jawab terhadap barang tersebut

• Jika penerima gadaian mempunyai sebab yang munasabah, contohnya, barang tersebut berada di suatu tempat yang memakan masa untuk membawanya semula, penerima gadaian tidak perlu mengambil tanggung-jawab

• Atau dia mengetahui ada orang yang mahu merampas barang tersebut

• Sekiranya penggadai membayar hutangnya secara ansuran, gadaian tersebut kekal sehingga penerima gadaian memansuhkan segala baki hutangnya• Penggadai tidak berhak mengambil semula sebahagian daripada barang gadaian (jika barang tersebut boleh dipisahkan)

berdasarkan jumlah bayaran yang telah dibuat

Page 30: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

7. Penjualan Barang Gadaian• Setelah tempoh yang diberikan untuk penggadai melunaskan hutangnya tamat & penggadai gagal membayarnya..

• Barang gadaian akan dijual bagi melunaskan hutang tersebut

• Pihak yang berhak menjual barang gadaian tersebut ialah penggadai/ wakilnya• Ini kerana penggadai adalah pemilik asal dan wakilnya adalah penganti bagi pihaknya• Namun, keizinan penerima gadian juga diperlukan kerana dia berhak ke atas nilai gadaian tersebut untuk melangsaikan hutangnya

• Sekiranya penerima gadaian tidak membenarkan penjualan gadaian tersebut..• Masalah akan dihadapkan ke Mahkamah• Hakim akan mengarahkan penerima gadaian membenarkan penjualan itu / menggugurkan hutang penggadai

6. Penamatan kontrak gadaian dan penyerahan semula barang gdaian setelah hutang dilunaskan• Sekiranya penggadai meletakkan syarat dalam kontrak bahawa setiap kali hutang dibayar (secara ansuran), dia akan

menerima semula gadaian dengan kadar yang sama, kontrak ini TIDAK SAH.

Page 31: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

7. Penjualan Barang Gadaian

• Sekiranya penerima gadaian tidak membenarkan penjualan gadaian tersebut..• Jika penerima gadaian tidak membuat pilihan, hakim akan menjualnya walaupun tanpa izin• Hasil jualan ini akan digunakan untuk melunaskan hutang & melindungi penggadai daripada kemudadaratan

• Jika penggadai enggan menjual barang tersebut..• Hakim akan memberikan pilihan sama ada penggadai membayar hutangnya/ menjual gadaiannya• Jika penggadai masih engkar, hakim akan menjualnya walaupun tanpa izin• Hasil jualannya akan dibayar kepada penerima gadaian menurut jumlah hutangnya• Langkah ini adalah untuk melindungi penerima gadaian daripada kemudaratan

• Sekiranya penggadai mempunyai barangan lain yang boleh dijual dan hasilnya dapat digunakan untuk membayar hutang, penggadai tidak boleh dipaksa untuk menjual gadaian tersebut

• Namun dengan syarat, dia mestilah mahu menjualnya dan menggunakan hasilnya untuk membayar hutang.• Ini kerana barang gadaian tidak semestinya digunakan untuk membayar hutang

Page 32: Gadaian (Al-Rahn)

Hukum barang gadaian ketika berada dalam Pegangan Penerima Gadaian

7. Penjualan Barang Gadaian

• Apa yang wajib adalah menggunakan harta penggadai untuk melunaskan hutang

• Sekiranya penggadai memberi kebenaran untuk penerima gadaian menjual gadaian tersebut..

• Sekiranya ia dilakukan di hadapan penggadai, jualan tersebut SAH• Ini kerana penggadai masih boleh menarik balik kebenarannya sebelum kontrak jual beli dimeterai , apabila dia

mendapati jual beli itu merugikan

• Sekiranya penjualan dilakukan tanpa kehadiran penggadai,jualan tersebut TIDAK SAH• Tanpa kehadiran penggadai, penerima gadaian mungkin bersikap tidak berhati-hati untuk menjaga kepentingan

penggadai.

Page 33: Gadaian (Al-Rahn)

2. Hukum-Hakam berkenaan Barang Gadaian sekiranya ia Rosak / Dirosakkan

1. Kerosakan yang terjadi dengan sendiri

• Sekiranya kerosakan berlaku disebabkan perbuatan salah laku / kecuaian…• Barang gadaian tersebut menjadi tanggung-jawab pihak yang melakukan salah laku/cuai

• Penggadai / Penerima Gadaian / Pihak Ketiga• Ganti rugi perlu dibuat dengan barang yang sama jika ada / nilainya, jika tiada barang yang sama• Barang gentian/ nilainya akan menggantikan barang gentian yang dipegang

• Sekiranya kerosakan tersebut bukan disebabkan oleh salah laku / cuai..• Penerima Gadaian tidak perlu membayar ganti rugi jika barang tersebut berada dalam simpanannya

• Kerana penerima gadaian adalah orang yang diamanahkan

• Kerosakan yang berlaku adalah harta milik penggadai

• Ini tidak menyebabkan hutang penggadai dipupuskan

• Penerima gadaian tidak perlu menggantikannya untuk dijadikan gadaian semula kerana ia tidak dilakukan dengan sengaja.

Page 34: Gadaian (Al-Rahn)

2. Hukum-Hakam berkenaan Barang Gadaian sekiranya ia Rosak / Dirosakkan

2. Merosakkan Barang Gadaian dengan sengaja

i. Sekiranya orang yang bertanggung-jawab merosakkannya adalah PENGGADAI..

a) Sekiranya tempoh pembayaran hutang telah tamat, penggadai akan dituntut supaya membayar hutang.• Dia tidak akan dituntut membayar ganti rugi nilai barang gadaian untuk dijadikan gadaian baru kerana

tempoh yang diberikan sudah tamat.

b) Sekiranya tempoh pembayaran belum tamat, penggadai…

• ..akan diminta untuk mengganti semula barang yang sama / nilai barang tersebut• Ganti rugi ini akan dijadikan sebagai ganti kepada barang yang musnah sehingga tamat tempoh

pembayaran• Pihak yang menuntut supaya penggadai membayar ganti rugi dan membuat aduan ke mahkamah ialah

penerima gadaian• Ini kerana dia orang yang berhak dari aspek kewangan barangan yang digadai• Dia juga berhak menyimpan barang tersebut untuk melunaskan hutang sekiranya tempoh yang

diberikan tamat dan penggadai masih gagal melunaskan hutang

Page 35: Gadaian (Al-Rahn)

2. Hukum-Hakam berkenaan Barang Gadaian sekiranya ia Rosak / Dirosakkan

2. Merosakkan Barang Gadaian dengan sengaja

ii. Sekiranya orang yang merosakkannya adalah PENERIMA GADAIAN…

a) Penerima gadaian bertanggung-jawab mengganti barang yang sama/ nilainya mengikut nilai ketika barang tersebut diterima

a) Ini kerana barang tersebut berada dia bawah tanggung-jawabnyab) Dan tanggung-jawab ini bermula setelah dia menerimanyac) Walaupun penerima gadaian adalah orang yang diamahkan, dia tetap perlu membayar ganti rugi

kerana dia telah merosakkan harta orang lain tanpa hak

b) Sekiranya tempoh pembayaran belum tamat...

• Barang yang sama / nilainya akan menjadi gadaian yang disimpan oleh penerima sehinggalah tempoh tersebut tamat

• Ini kerana ganti rugi yang dibayar ini adalah sebagai ganti kepada barang gadaian yang musnah dan ia tertakluk kepada hokum yang sama

Page 36: Gadaian (Al-Rahn)

2. Hukum-Hakam berkenaan Barang Gadaian sekiranya ia Rosak / Dirosakkan

2. Merosakkan Barang Gadaian dengan sengaja

ii. Sekiranya orang yang merosakkannya adalah PENERIMA GADAIAN…

c) Sekiranya tempoh yang diberikan telah tamat dan ganti rugi yang diberikan adalah daripada jenis hutang..

• ..Penerima gadaian boleh mengambil haknya dan memulangkan lebihan yang ada kepada penggadai• Sekiranya nilai hutang lebih daripada ganti rugi, kekurangan ini (setelah ditolak ganti rugi) akan ditanggung

oleh penggadai• Sekiranya nilai ganti rugi sama dengan nilai hutang, kedua-dua pihak tidak perlu membayar apa-apa bayaran

tambahan

iii. Sekiranya orang yang bertanggung-jawab merosakkannya adalah ORANG ASING…

a) Orang asing ini perlu membayar ganti rugi• Berdasarkan nilai barang pada masa kerosakan jika dia tidak mempunyai barang yang sama dengannya• Sekiranya dia mempunyai barang yang sama, dia perlu menggantikannya menggunakan barang tersebut• Kemudiannya, ganti barang tersebut / nilaina akan disimpan oleh penerima gadaian sebagai ganti kepada

barang yang dirosakkan

Page 37: Gadaian (Al-Rahn)

2. Hukum-Hakam berkenaan Barang Gadaian sekiranya ia Rosak / Dirosakkan

2. Merosakkan Barang Gadaian dengan sengaja

iii. Sekiranya orang yang bertanggung-jawab merosakkannya adalah ORANG ASING…b) Pihak yang akan menuntut ganti rugi adalah penggadai kerana..

b) Dia adalah pemilik kepada barangan dan kegunaannyac) Penerima gadaian pula berhak untuk turut hadir dalam perbicaraan kerana masalah tersebut membabit haknyad) Menurut pendapat (yg paling sahih), sekiranya penggadai tidak membuat aduan, penerima gadaian tidak berhak membuat

aduan

Pertambahan nilai yang dimaksudkan = Segala hasil, keuntungan & pertambahan yang berlaku pada barang gadaian

Tidak kira sama ada:

• Pertambahan nilai tersebut berlaku pada barang tersebut sendiri (bersekali) seperti kegemukan / menghasilkan perkara lain ; seperti kelahiran anak

• Atau pertambahan nilai ini bukan berasal daripada barang tersebut ; seperti sewa rumah / sewa kereta

3. Hukum-Hakam berkenaan Pertambahan Nilai yang berlaku pada barang gadaian (ketika berada dalam simpanan penerima gadaian)

Page 38: Gadaian (Al-Rahn)

• Sebarang pertambahan nilai yang berlaku pada barang gadaian adalah milik penggadai kerana pertambahan ini adalah hasil hak miliknya (barang asal)

Soalan: Adakah pertambahan nilai ini akan secara langsung termasuk dalam kontrak gadaian dan penerima gadaian berhak menyimpannya sehingga hutang dilunaskan / penggadai berhak mengambilnya kerana ia tidak termasuk

dalam kontrak asal?

3. Hukum-Hakam berkenaan Pertambahan Nilai yang berlaku pada barang gadaian (ketika berada dalam simpanan penerima gadaian)

Jawapan: • Pertambahan nilai pada barang itu sendiri (bersekali), akan secara langsung termasuk dalam kontrak

kerana ia tidak dapat dipisahkan daripada barang asal.

• Bagi pertambahan nilai yang menghasilkan perkara lain (berasingan), seperti anak, susu, buah..semua tidak termasuk dalam kontrak asal. Dengan itu, penerima gadaian tidak berhak menyimpannya kerana pertambahan ini adalah hak penggadai• Pertambahan ini jugak tidak tertakluk kepada kontrak.

Page 39: Gadaian (Al-Rahn)

1. Menyerahkan barang Gadaian kepada orang yang dipercayai

• Bagi sesetengah keadaan, apabila pemiutang menuntut gadaian, penghutang mungkin tidak berkeyakinan untuk menyerahkan gadaian tersebut kepada pemiutang.

• Dengan itu, mereka boleh berbincang untuk menyerahkan gadaian tersebut kepada seorang yang dipercayai oleh kedua pihak

• Orang tersebut dipilih kerana sifatnya yang adil, beraklak, baik, beramanah dan boleh menjaga kepentingan semua pihak

• Apabila orang yang dimaksudkan itu menerima gadaian tersebut, kontrak gadaian tersebut dianggap telah sempurna.

• Orang ini dianggap sebagai wakil untuk menerima gadaianbagi pihak penerima gadaian

Penyerahan barang gadaian kepada seseorang yang adil membabitkan beberapa hokum seperti berikut:

i. Dia tidak berhak menyerahkan barang tersebut kepada penggadai / penerima gadaian kecuali dengan izin pihak yang satu lagi

• Ini kerana kedua pihak tidak bersetuju menyerahkan barang tersebut kepada pihak satu lagi• Dalam keadaan ini, kedua pihak mempunyai hak ke atas barang gadaian

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 40: Gadaian (Al-Rahn)

1. Menyerahkan barang Gadaian kepada orang yang dipercayai

• Sekiranya barang tersebut diserahkan kepada salah satu pihak yang terlibat tanpa keizinan pihak yang satu lagi, orang ini telah melakukan kesalahan

• Dengan itu, dia perlu bertanggung-jawab terhadap gadaian tersebut.• Dia perlu membayar ganti rugi mengikut nilai barang tersebut jika kerosakan berlaku disebabkan

tindakannya

a) Sekiranya kerosakan berlaku semasa barang tersebut berada padanya, tetapi bukan kerana salah laku atau kecuaian, dia tidak perlu bertanggung-jawab.

*(Kerana kedudukannya adalah sebagai orang yang diamanahkan)

Sekiranya kerosakan itu berlaku disebabkan oleh salah laku / cuai , dia akan diminta ganti rugi sama seperti penerima gadaian

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 41: Gadaian (Al-Rahn)

1. Menyerahkan barang Gadaian kepada orang yang dipercayai

b) Orang yang dipercayai ini tidak dibenarkan menjual barang yang digadai apabila tempoh yang diberikan tamat dan penggadai gagal membayar hutangnya

• Ini kerana kedua pihak hanya memberikannya hak untuk menyimpannya dan bukan untuk menjualnya

• Melainkan jika dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh kedua pihak

• Ataupun kedua pihak meletakkan syarat bahawa barang tersebut akan hanya dijual oleh orang yang dipercayai ini• Menurut (pendapat yang sahih), dia boleh menjualnya tanpa perlu merujuk kepada penggadai• Namun sekiranya penggadai melucutkan haknya untuk menjual, pelucutan ini SAH dan dia tidak lagi berhak

menguruskan penjualan• Dalam masa yang sama, orang yang dipercayai ini juga berhak melucutkan dirinya sendiri dan menyerahkan

urusan penjualan kepada kedua-dua pihak

c) Sekiranya kerosakan berlaku disebabkan oleh salah laku / barang tersebut diserahkan kepada salah satu pihak tanpa keizinan pihak satu lagi..• Orang yang dipercayai ini akan membayar ganti rugi berdasarkan nilai barang tersebut• Bayaran yang diterima ini akan dijadikan sebagai ganti gadaian dan diserahkan kembali kepadanya / kepada orang

lain pula

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 42: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan:

3. Mengspesifikasikan pinjaman:

Penggadai yang meminjam dikehendaki menjelaskan jenis, jumlah dan sifat hutang, serta siapa yang yang akan menerima gadaian tersebut

Mungkin mereka hanya mahu menggadai suatu barangan kepada individu tertentu sahaja dan enggan menggadainya kepada orang lain

Mungkin juga ada yang hanya sanggup menggadaikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada hutang yang mudah dibayar dan tidak akan bersetuju barangnya digadai untuk hutang yang sukar dijelaskan

Ini kerana kemungkinan besar, barangnya akan terpaksa dijual untuk melangsaikan hutang

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 43: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan:

3. Kepatuhan / keengkaran penggadai kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman:

Sekiranya penggadai mematuhi syarat-syarat yang ditetapakan oleh pemberi pinjaman untuk membolehkan barangannya digadaikan, gadaian tersebut SAH

Setelah penerima gadaian menerima barang gadaian, kontrak tersebut dianggap SAH dan BERKUATKUASA

Penggadai tidak berhak menuntut semula barang tersebut

Sekiranya barang gadaian musnah dalam simpanan penerima gadaian, dan ia berlaku bukan disebabkan oleh salah laku/ kecuaian

Penerima gadaian tidak perlu membayar ganti rugiPenggadai juga tidak akan dikenakan ganti rugi

Ini kerana kemusnahan barang gadaian tidak akan menggugurkan segala hutang yang ditanggung oleh penggadai

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 44: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan:

3. Kepatuhan / keengkaran penggadai kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman:

Sekiranya penggadai melanggar syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman…

Contohnya : Pemberi pinjaman meminjamkan barang tersebut untuk dijadikan gadaian pada seorang tertentu tetapi penggadai menggadaikannya kepada orang lain, maka gadaian tersebut TIDAK SAH

Demikian juga, sekiranya penggadai melanggar syarat berkenaan jenis hutang Contohnya : Pemberi pinjaman memberikan kebenaran supaya barangnya digadaikan untuk peminjam berhutang mata wang

Malaysia, tetapi dia menggadainya untuk berhutang mata wang yang lain

Demikian juga sekiranya penggadai melanggar syarat berkenaan jumlah hutang.. Contohnya : Pemberi pinjaman memberikan barangnya untuk digadaikan bagi RM1000, tetapi penggadai menggadaikannya

untuk RM2000

Jika pelanggaran syarat berkenaan jumlah membabitkan jumlah yang kecil, ia dikira SAH Contohnya : Pemberi pinjaman memberikan barangnya untuk digadaikan bagi RM2000, tetapi penggadai menggadaikannya

untuk RM1000 Tindakan ini SAH kerana jumlah ini lebih mudah untuk dilunaskan Pelanggaran syarat ini adalah untuk kebaikan pemberi pinjaman

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 45: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan3. Kemusnahan barang yang dipinjam untuk gadaian dalam pegangan peminjam

• Sekiranya barang ini musnah dalam simpanan peminjam, dia perlu membayar ganti rugi

• Tidak kira sama ada kemusnahan ini berlaku sebelum barang tersebut diserahkan kepada penerima gadaian / selepas hutang dilunaskan

• Tidak kira juga sama ada ia berlaku oleh salah laku atau tidak

• Ini kerana kemusnahan berlaku bukan disebabkan penggunaan asal tujuan ia dipinjam iaitu sebagai gadaian

• Barang yang dipinjam tersebut perlu diganti sekiranya berlaku kerosakan di luar daripada tujuan peminjaman

4. Pemberi pinjaman melunaskan hutang:• Sekiranya penggadai gagal melunaskan hutang dan seterusnya gagal menebus semula barang gadaian setelah tamat tempoh

pembayaran..

• ..sementara pemberi pinjaman pula bersetuju melunaskan hutang tersebut supaya harta miliknya yang dijadikan gadaian boleh diambil semula, dalam keadaan ini, penerima gadaian terpaksa menerima pembayaran ini (kerana pembayaran ini bukan sumbangan, sebaliknya kerana mahu ambil semula hartanya)

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 46: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan

4. Pemberi pinjaman melunaskan hutang:

• Pemberi pinjaman boleh menuntut penggadai tersebut membayar semula hutang yang dijelaskan

5. Kematian pemberi pinjaman atau peminjam:

• Sekiranya penggadai yang meminjam tersebut meninggal dunia dan tidak meninggalkan sebarang harta untuk melunaskan hutangnya..• Gadaian tersebut akan kekal

• Tetapi, barang gadaian tersebut TIDAK BOLEH dijual melainkan setelah mendapat kebenaran pemberi pinjaman kerana barang tersebut adalah miliknya

• Sekiranya pemberi pinjaman bersetuju menjualnya (&nilai barang tersebut boleh digunakan untuk melunaskan hutang), barang tersebut akan dijual walaupun tidak dipersetujui oleh penerima gadaian.• Ini kerana hak penerima gadaian iaitu pembayaran hutang boleh ditunaikan dengan hasil jualan ini

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 47: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan

5. Kematian pemberi pinjaman atau peminjam:

• Sekiranya nilai barangan tersebut tidak dapat menampung pembayaran hutang penggadai..

• Barang ini tidak boleh dijual melainkan dengan kebenaran penerima gadaian

• Ini kerana penerima gadaian mungkin mendapat manfaat dengan menyimpannya

• Mungkin dalam keadaan ini, pemilik barang tersebut mungkin amat memerlukan barang tersebut dan dia akan bersedia untuk membayar hutang penggadai sepenuhnya

• Ataupun nilai barang tersebut akan meningkat dan pada ketika itu, segala hutang penggadai dapat dilunaskan

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 48: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan

5. Kematian pemberi pinjaman atau peminjam:

• Sekiranya pemberi pinjaman (pemilik barangan) meninggal dunia dan dia juga turut menanggung hutang, sedangkan harta yang ditinggalkannya hanya mencukupi untuk membayar hutangnya melainkan dengan mengambil semula barang yang dipinjamkan untuk gadaian tadi..

• Dalam keadaan ini, penggadai akan diminta untuk menebus barang gadaian untuk dikembalikan kepada waris pemberi pinjaman dan menggunakannya untuk melunaskan hutangnya

• Sekiranya penggadai gagal menebus barang gadaian tersebut, gadaian ini akan kekal• Pewaris berhak mengambil balik barang gadaian sekiranya mereka menyelesaikan hutang pemberi pinjaman.

• Sekiranya mereka enggan menyelesaikan hutang pemberi pinjam dan pemiutang serta mereka sendiri menuntut supaya barang tersebut dijual..• ..maka ia hendaklah dijual jika ia dapat melunaskan hutang penerima gadaian

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 49: Gadaian (Al-Rahn)

2. Menggadaikan Barang yang dipinjam untuk gadaian

Beberapa hukum yang berkaitan

5. Kematian pemberi pinjaman atau peminjam:

• Sekiranya pemberi pinjaman (pemilik barangan) meninggal dunia dan dia juga turut menanggung hutang, sedangkan harta yang ditinggalkannya hanya mencukupi untuk membayar hutangnya melainkan dengan mengambil semula barang yang dipinjamkan untuk gadaian tadi..

• Namun sekiranya jualan tersebut tidak dapat melunaskan hutang penerima gadaian..

• ..barang tersebut TIDAK BOLEH dijual kecuali setelah mendapat kebenarannya kerana dengan memegang barang gadaian tersebut, haknya dapat dijaga

• Mungkin pewaris akan berjaya melunaskan hutang tersebut, ataupun nilai barang tadi akan meningkat

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 50: Gadaian (Al-Rahn)

3. Penambahan pada barang gadaian atau hutang setelah kontrak gadaian dimeterai

i. Penambahan pada barang gadaian• Sekiranya seseorang menggadaikan sesuatu sebagai cagaran hutang, kemudian setelah penerima gadaian menerima

barang tersebut, penggadai mahu menambah barang lain sebagai tambahan kepada barang yang digadai untuk hutang yang sama, tindakan itu dibenarkan

• Ini kerana penambahan ini mengukuhkan lagi hak penerima gadaian

• Setelah penerima gadaian menerima tambahan tersebut, ia dikira sebahagian daripada gadaian pertama, bukan gadaian baru.

ii. Penambahan pada Hutang• Contoh : Seseorang memberikan sesuatu gadaian untuk hutang sebanyak RM1000• Kontrak gadaian tersebut kemudiannya dimeterai dan sempurna apabila pemiutang menerima gadaian tersebut• Kemudian, penghutang mahu berhutang RM1000 lagi dengan gadaian yang sama dan menjadikan barang tersebut

cagaran kepada RM2000• Tindakan ini TIDAK DIBENARKAN kerana perbuatan ini menyebabkan kekurangan pada nilai cagaran

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 51: Gadaian (Al-Rahn)

4. Kontrak Gadaian yang melibatkan ramai pihaki. Berbilang Penggadai

• Perkara ini berlaku apabila seseorang memberikan hutang kepada lebih daripada seseorang dan semua penghutang memberikan SATU GADAIAN SAHAJA

• Sama ada dalam bentuk sejadah..rumah..sbgainya, dalam satu kontrak

• Tidak kira sama ada hutang tersebut dibuat secara sekali gus dalam satu kontrak atau dinyatakan satu persatu

• Gadaian seperti ini SAH kerana penerima gadaian dan penggadai sama seperti penjual dan pembeli• Seorang pembeli boleh membeli sesuatu barang daripada beberapa orang penjual

Soalan: Walau bagaimanapun, apabila salah seorang antara penggadai melunaskan hutangnya, adakah bahagian gadainnya akan dilepaskan? Atau adakah ia akan kekal sehingga semua penggadai melunaskan hutang masing-masing?

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Jawapan: • Dalam kes ini, terdapat beberapa perjanjian yang berlainan mengikut jumlah pihak yang terlibat• Oleh itu, seolah-olah terdapat kontrak-kontrak yang berlainan mengikut jumlah penggadai• Atas dasar ini, masing-masing akan menebus semula bahagian gadaiannya setelah membayar hutang masing-

masing

Page 52: Gadaian (Al-Rahn)

4. Kontrak Gadaian yang melibatkan ramai pihakii. Berbilang Penerima Gadaian

• Ini berlaku apabila seseorang berhutang dengan beberapa pihak dan menggadaikan satu barang (contoh: Rumah) untuk semua pemiutang tersebut & mereka bersetuju menerimanya

• Gadaian seperti ini SAH, tidak kira sama ada semua pemiutang berkongsi memberi hutang tersebut atau tidak• Apabila penggadai berjaya membayar sebahagian hutang, nilai gadaian yang sama akan dipulangkan kepada penggadai• Ini kerana perjanjian ini berlainan mengikut bilangan pemiutang• Seolah-olah kontrak ini dimeterai secara berasingan untuk semua pemiutang

iii. Berbilang Barang Gadaian• Contoh:

• Penggadai: “Saya gadaikan 2 buah kereta ini untuk RM200,000• Penerima Gadaian setuju dan menerima kedua-dua kereta tersebut• Gadaian seperti ini adalah SAH

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian

Page 53: Gadaian (Al-Rahn)

Soalan: Bolehkah salah satu barang gadaian ini ditebus apabila sebahagian hutang telah dilunaskan?

Jawapan: 1. Sekiranya kedua barang tersebut digadaikan tanpa dibeza-bezakan…

• ..Penggadai tidak boleh menerima mana-mana bahagian gadaian melainkan setelah semua hutang dilunaskan.• Ini kerana semua barang gadaian adalah cagaran untuk semua hutang• Dengan ini, semua gadaian ini akan disimpan dan tidak akan dipisahkan melainkan hutang dibayar

2. Sekiranya barang-barang tersebut telah dibeza-bezakan..contohnya..

• Penggadai: “Saya gadaikan setiap satu barang ini dengan jumlah RM100,000• Maka dalam keadaan ini, penggadai berhak menerima semula salah satu daripada barang gadaian tersebut sebaik

sahaja dia melunaskan bahagian hutang bagi barang gadaian tersebut.• Seolah-olah terdapat 2 kontrak apabila kedua-dua bahagian barang gadaian telah ditentukan

4. Hukum-Hakam lain berkenaan gadaian