Upload
abdul-manaf-bin-mohd-yasir
View
3.849
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Slaid glosari istilah sastera
Citation preview
Glosari
Sastera
Sinopsis / RingkasanCerita
Tema Watak & Perwatakan
Sinopsis
Intipati keseluruhan cerita termasuk watak, plot cerita dan persoalan.
Ringkasan Cerita
Ringkasan pada semua peristiwa yang membentuk sebuah kisah lengkap menurut aturan plot yang penulis susun.
Tema
Persoalan utama yang menjadi hal inti pada keseluruhan cerita. Tema ada hubunganrapat dengan idea, pemikiran atau idea pengarang.
Watak
Nama pada pelaku, pemain peranan atau tokoh yang menggerakkan cerita. Watak diutarakan oleh pengarang dalam cerita melalui penceritaan atau pemerian, aksi dan dialog.
PerwatakanCiri-ciri yang dimiliki oleh watak.
Sifat Perwatakan(a) Perwatakan luaran (fizikal) seperti
tinggi, kurus, gemuk, hodoh, kacak dan seumpamanya.
(b) Perwatakan dalaman (tabiat atau jiwa) seperti malas, lemah, riang dan seumpamanya.
Jenis-jenis Watak
(a) Watak utama
Watak yang memainkan peranan penting untuk menggerakkan cerita. Watak ini wujud dalam keseluruhan bab dan rentetan peristiwa utama.
Jenis-jenis Watak
(b) Watak sampingan
Watak yang menyokong, membantu dan mendukung tindak-tanduk yang dilakukan oleh watak utama.
Jenis-jenis Watak
(c) Watak protagonis
Watak yang baik dan mempunyai idea besardalam persoalan utama sesebuah novel. Watak ini akan menggerakkan cerita ke arah kebaikan.
Jenis-jenis Watak
(d) Watak antagonis
Watak ini sentiasa menjadi penentang dan menimbulkan konflik dalam sesebuah cereka. Watak ini selalunya menjadi penentang utama pada watak protagonis.
Jenis-jenis Watak
(e) Watak bulat (bundar)
Watak manusia biasa yang memiliki ciri-ciri serta perlakuan manusia normal dalam kehidupan harian. Watak ini turut dikenali dengan watak tiga dimensi dan memiliki sifat fizikal, psikologi, dan nilai kemasyarakatan.
Jenis-jenis Watak
(f) Watak pipih
Watak sampingan ini tidak berubah peranannya atau pemikirannya dari awal hingga akhir cerita. Seringkali watak ini hadiruntuk menimbulkan unsur humor dalam cereka itu.
Jenis-jenis Watak
(g) Watak statis
Watak yang tidak mengalami apa-apa perubahan atau bentuk pemikirannya dan berkembang dari awal hingga akhir cerita. Watak ini tidak terkesan daripada pelbagai peristiwa atau suasana.
Jenis-jenis Watak
(h) Watak dinamis
Watak yang sentiasa berbah sama ada dari segi psikologi, aksi atau pendiriannya. Watak ini terkesan daripada setiap jalan cerita dan keadaan seperti keadaan kurang baikpada yang lebih baik atau sebaliknya.