18
WACANA PENULISAN (GWP1092) TAJUK 7 : STRUKTUR DALAM PENULISAN AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI KEVIN TIANG SOON MING LAU WEE MENG

GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

WACANA PENULISAN (GWP1092)TAJUK 7 :

STRUKTUR DALAM PENULISANAHMAD FAHMI BIN MOHD

RAZALIKEVIN TIANG SOON MING

LAU WEE MENG

Page 2: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Struktur dalam penulisan

1

Page 3: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

“Struktur binaan dalam

esei/karanganAwang Sariyan (1992) menyatakan bahawa pada dasarnya binaan karangan yang lengkap harus terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pendahuluan, badan karangan, dan penutup.

Page 4: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Pendahuluan/PengenalanPada bahagian Pendahuluan atau Pengenalan perlu

memuatkan definisi atau huraian ringkas tentang keseluruhan isi karangan atau tema karangan. Perkenalkan isu atau persoalan yang jadi judul penulisan. Melalui gaya yang menarik, bertenaga dan

memberangsangkan minat pembaca. Kandungannya mempunyai pertalian erat dengan judul

supaya pembaca cekap menangkap isi. Panjang harus relatif kepada panjang keseluruhan penulisan

tersebut.

Page 5: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Isi/Badan

Badan karangan menjadi wadah untuk memuatkan isi-isi penting yang mendukung atau menunjangi tema atau persoalan pokok dalam karangan. Perkembangan dan bicara judul yang jadi fokus penulisan secara

terperinci. Mengutarakan fakta, pandangan, ulasan, pendapat, contoh dan

hujah berhubung dengan judul. Hujah hendaklah mantap, logik, dan berkesan.

Page 6: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Penutup

Bahagian penutup pula biasanya berfungsi untuk mengukuhkan atau merumuskan apa-apa yang telah dibincangkan dalam badan karangan. Merumuskan isi yang telah dipersembahkan.

Rumusan hendaklah erat dengan judul penulisan.

Ada hubungan dengan jenis penulisan

Page 7: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Pemerengganan yang berkesan

2

Page 8: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

1-3

Sesuatu wacana yang utuh dan berkesan dapat dilihat dari segi kesatuan perenggan.

Unit asas perenggan ialah ayat. Untuk mewujudkan kesatuan, setiap perenggan mestilah

mengandungi ayat yang berkaitan, iaitu yang menyentuh tema atau ayat judul (topik).

Page 9: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

4-5

Untuk membolehkan perenggan berfungsi seperti yang dikehendaki, sesuatu perenggan itu mestilah jelas dan berstruktur.

Komponen utama yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu perenggan ialah ayat topik dan pengembangannya.

Page 10: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

6-7

Ayat judul biasanya mengandungi idea atau fakta terpenting dalam sesuatu perenggan, dan idea itu merupakan perkara yang difokuskan.

Untuk memperjelas maklumat atau gagasan yang terkandung dalam ayat judul, pengembangan perlu dilakukan, sama ada dalam bentuk huraian lanjut, bahasan perbincangan, data atau contoh.

Page 11: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

8-9

Perenggan harus tidak terlalu panjang untuk mengurangkan keletihan mata, tetapi ia juga tidak boleh terlalu pendek.

Kumpulkan perkara-perkara dan ayat-ayat yang serupa supaya memudahkan pembacaan. Perenggan yang panjang biasanya boleh dibahagikan menjadi dua atau lebih perenggan.

Page 12: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Penanda Wacana

3

Page 13: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis.

Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Page 14: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Penanda Wacana

Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheren antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan.3 jenis penanda wacana:i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologiii. Memperjitu organisasi penulisan.iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.

Page 15: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Penanda Wacana

Menunjukkan pertautan dari segi kronologi

Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.Contoh:Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya, dsbnya.

Page 16: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Penanda Wacana

Memperjitu organisasi penulisan Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana

dengan bahagian yang lain. Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan pada

bahagian tertentu.Contoh:Sebagai kesimpulan, untuk merumuskan, contohnya, tegasnya,dapat dinyatakan bahawa, dsbnya.

Page 17: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Penanda Wacana

Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lainHalliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian, iaitu: Menambah atas memperluas idea Contoh : dan, selanjutnya, di samping itu. Menunjukkan pertentangan idea Contoh : tetapi, sebaliknya, walau bagaimanapun. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-

syarat Contoh : oleh sebab itu, dengan demikian, jadi, berikutan itu.

Page 18: GWP1092 - Struktur dalam Penulisan

Rujukan

Leong, C. (2009, Julai 26). Wacana Bahasa Melayu. Diperolehi daripada Guru Bahasa Melayu: http://gurubahasamelayu.blogspot.my/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html

Nasa Eeka. (2002, Oktober 1). Ciri-ciri Penulisan. Diperolehi daripada Laman Web Nasa: http://nasa76.tripod.com/ciri_pen.htm

Nasa Eeka. (2002, Oktober 1). Penanda Wacana. Diperolehi daripada Laman Web Nasa: http://nasa76.tripod.com/wacana.htm

Rozaimin Makmun. (2007, Disember 11). Bimbingan Pemerengganan. Diperolehi daripada Bahtera Bahasa: http://bahterabahasa.blogspot.my/2007/12/pemerengganan-konsep-pemerengganan.html