32
` FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________________________ HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT MEI 2016 ______________________________________________________________________ __ TUGASAN: 1. TEKS CERAMAH JEREBU 2. POWER POINT 3. REFLEKSI 5 ARTIKEL BERKENAAN BENCANA JEREBU NAMA : MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ NO. MATRIKULASI : 810210065801001 NO. KAD PENGNEALAN : 810210065801 NO. TELEFON : 0199906690 E-MEL : [email protected] TUTOR : EN.AZHAR BIN ARIFFIN PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB 1

hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

`

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

________________________________________________________________________

HBHE 3103

GAYA HIDUP SIHAT

MEI 2016

________________________________________________________________________

TUGASAN:

1. TEKS CERAMAH JEREBU

2. POWER POINT

3. REFLEKSI 5 ARTIKEL BERKENAAN BENCANA JEREBU

NAMA : MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ

NO. MATRIKULASI : 810210065801001

NO. KAD PENGNEALAN : 810210065801

NO. TELEFON : 0199906690

E-MEL : [email protected]

TUTOR : EN.AZHAR BIN ARIFFIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB

1

Page 2: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 TEKS UCAPAN 1-8

3.0 PERSEMBAHAN POWER POINT 9-12

4.0 REFLEKSI ARTIKEL 13- 24

5.0 RUJUKAN 25

2

Page 3: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

1

1.0 PENDAHULUAN

Jerebu di negara kita bukanlah satu fenomena yang baru. Namun terdapat sebahagian populasi

di negara ini yang tidak mengendahkan kesan jerebu kepada mereka dan tidak mengambil

langkah-langkah keselamatan. Tabiat buruk ini menjadi ikutan kepada kanak-kanak walaupun

terdapat pelbagai amaran dan peringatan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib apabila

berlaku jerebu.

Kementerian Pendidikan juga telah menggariskan beberapa langkah serta merta bagi mengatasi

masalah jerebu. Malahan pihak sekolah juga telah mengadakan pelbagai program ‘ad hoc’

untuk mengatasi masalah ini. Salah satu daripada aktiviti yang boleh dijalankan adalah memberi

ceramah kepada para pelajar dan ibu bapa. Dalam tugasan ini

2.0 TEKS UCAPAN

JEREBU, PUNCA-PUNCA, KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR, LANGKAH-

LANGKAH KESELAMATAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK

MENGATASINYA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis, yang berusaha Tuan guru besar SK. Penjom

Timur, rakan-rakan guru, ibubapa dan murid-murid sekalian. Bersempena dengan sambutan Hari

Alam Sekitar peringkat sekolah , saya ingin berkongsi maklumat bersama semua warga dalam

ceramah saya yang bertajuk “Jerebu.”

Hadirin yang di kasihi sekalian,

Tahukah anda apa itu jerebu? Apakah yang kita tahu tentang Jerebu?

Menurut kamus dewan edisi keempat jerebu boleh ditakrifkan sebagai kabut yang bercampur

debu dan terapung-apung di atmosfera sehingga menyebabkan pemandangan menjadi kabur dan

kotor. Jerebu juga ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-

partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-

partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti

1

Page 4: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

2

manusia. Apabila ia wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, pancaran matahari

kebumi boleh tersekat. Ini menyebabkan jarak pengelihatan mata kasar menjadi kurang dan

rendah.

Warga sekolah yang dikasihi,

Jerebu mengandungi pelbagai jenis bahan dan ia boleh menjejaskan kesihatan antaranya ialah

partikulat rampai, sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrigen dioksida dan plumbum.

Partikulat terampai boleh didapati dalam asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu

letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji

tenaga dan kilang. Sulfur dioksida pula berpunca daripada letusan gunung berapi, loji tenaga,

industri berat dan enjin diesel. Penggunaan bahan api fosil untuk aktiviti pada loji tenaga,

industri dan sebagai penggerak kenderaan khususnys diesel dan berplumbum juga menghasilkan

karbon monoksida. Nitrogen dioksida pula dihasilkan oleh loji tenaga, industri berat dan

kenderaan bermotor. Tidak terkecuali penghasilan plumbum atau merkuri dalam industri tertentu

juga antara penyebab terjejasnya kesihatan manusia.

Hadirin yang di hormati,

Seperti yang kita ketahui, keadaan jerebu yang di alami oleh negara Malaysia terutama di

bahagian semenanjung adalah sangat membimbangkan. Apakah penyebabnya? Segalanya adalah

disebabkan berlakunya kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Pemantauan oleh

Pusat Meterologi Indonesia mendapati terdapat 123 titik panas di Sumatera ketika ini.

Selain itu, faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk

monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke semenanjung

dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau

akan berlaku dalam tahun ini.

Daripada peristiwa tersebut, kita boleh membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan

melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang

menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan

2

Page 5: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

3

berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan

jerebu yang teruk.

Hadirin yang dihormati

Masalah jerebu berpunca daripada beberapa kegiatan manusia. Kegiatan pertama adalah melalui

pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti

yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini. Walaupun atas nama

pertanian, kegiatan tersebut membawa masalah yang besar di kemudian hari.

Kegiatan yang kedua pula adalah kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang

batu sebagai bahan api . Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian

menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Selain itu, proses-proses dalam industri juga akan

menyingkirkan bahan bahan yang tercemar ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah

Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang di Selangor.

Selain itu, industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahan-bahan

buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu

biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur

dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke

udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.

Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan

pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Hadirin sekalian,

Faktor semulajadi juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jerebu . Contohnya fenomena

El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi

berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada

masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering. Hal ini akan

memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya,

asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan

yang berjerebu.

3

Page 6: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

4

Selain El-Nino, jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung

berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963. Letusan gunung berapi

pada tahun tersebut telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.

Para hadirin yang di kasihi,

Jerebu boleh berlaku bukan hanya di sebabkan oleh industri besar mahupun semula jadi.

Kegiatan seharian kita juga boleh menyebabkan berlakunya jerebu Contohnya, pembakaran

secara terbuka, asap rokok dan asap dari kenderaan. Di sini saya ingin menyeru anda semua

supaya menghindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu.

Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian,

Di Malaysia Indeks Pencemaran Udara (IPU) digunakan untuk mengukur tahap kebersihan

udara di sekeliling kita. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke

bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur

dioksidadan nitrogen dioksida . IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara

statusnya adalah seperti berikut :-

NILAI IPU STATUS

0 – 50 Baik

51 – 100 Sederhana

101 – 200 Tidak Sihat

201 – 300 Sangat Tidak Sihat

301 – 500 Berbahaya

Kita hendaklah peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa seperti

akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat sendiri supaya

dapat mengambil langkah - langkah pencegahan yang sewajarnya dengan segera.

Hadirin yang dihormati,

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan risiko kesihatan yang tinggi sehingga boleh

mengancam nyawa. Beberapa golongan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik

disebabkan oleh jerebu ialah kanak-kanak,orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di

4

Page 7: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

5

luar pejabat atau rumah dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang

paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung,alahan

Gas-gas yang terdapat dalam jerebu boleh mendatangkan kesan kesihatan keatas tubuh manusia

penghasilan gas Karbon monoksida yang melebihi had sepatutnya akan melemahkan

pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Ia juga

mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.

Kandungan seterusnya ialah gas sulfur dioksida. Gas ini akan meruncingkan lagi masalah

penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis . Ia juga mengganggu saluran pernafasan

pengidap penyakit asma dan batuk.

Selain itu, gas nitrogen dioksida yang terdapat dalam jerebu akan merangsang hidung

dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Gas ini juga akan meningkatkan jangkitan

penyakit melalui udara. Plumbum pula akan merosakkan sistem saraf dan otak seseorang.

Partikulat terampai akan menjadikan penyakit paru-paru dan jantung bertambah parah, ia juga

mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru

terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik. Selain itu jerebu juga menyebabkan

kegatalan pada mata dan kulit. Jika terlalu serius ia akan memberikan kesan yang panjang

terhadap kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling ketara yerhadap manusia

ialah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong,

pneumonia atau pun radang paru-paru dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Jerebu juga boleh mengurangkan jarak pengelihatan. Pengurangan jarak penglihatan membawa

masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Pada tahun 1997, negeri Sarawak

merupakan negeri yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak

diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti

ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.

Aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta perjalanan darat juga turut terganggu. Disebabkan

oleh jarak pengelihatan yang terhad, risiko kemalangan diudara, air dan darat semakin besar.

Disebabkan untuk menjamin keselamatan banyak perjalanan pengangkutan telah ditangguh. Ini

turut menjejaskan ekonomi negara.

Hadirin yang dimuliakan,

5

Page 8: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

6

Selain dari memudaratkan kesihatan manusia terdapat kesan-kesan lain jerebu terhadap haiwan

dan tumbuhan. Haiwan akan sakit dan pertumbuhan tumbuhan akan terbantut. Bagi haiwan,

kesihatan mereka boleh terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang

diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang

memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang

kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses

fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah

berkurangan.

Ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,

Selimut jerebu ini biasanya akan hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun

selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada

hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan. Ia akan

meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam

ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Hadirin yang bijaksana,

Jerebu adalah sangat bahaya sekiranya kita terdedah secara terus tanpa perlindungan. Kesan-

kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah pertamanya

terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Keduanya, terasa sukar untuk

bernafas atau sesak nafas. Kemudian, mata terasa pedih dan berair. Seterusnya, hidung berair dan

kerap bersin. Tanda ke lima pula ialah kulit badan terasa gatal-gatal dan kesan terakhir ialah

terasa sakit dada. Jika ada antara hadirin yang menghadapi tanda-tanda tersebut semasa musin

jerebu ini. Sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran dengan segera.

Hadirin yang budiman,

‘Cegah Sebelum Parah’ inilah kata-kata hikmat yang perlu kita ingati. Tindakan awal pasti boleh

menyelamatkan nyawa. Terdapat banyak tindakan yang boleh diambil Mereka yang mengalami

penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-

paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah

6

Page 9: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

7

buruk. Seterusnya kepada mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa

mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Penunggang motorsikal atau basikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-

tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah

menggunakan penutup muka (nasal mask). Kepada Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu

bapa yang sudah tua dan sanak saudara yang berpenyakit perlu elakkan merokok di dalam

rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah dan

mengurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila

gunakannya.

Paling penting ialah sentiasa meminum air dalam kuantiti yang banyak. Dan sekiranya keadaan

jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka adalah dinasihatkan mengambil cuti di luar

kawasan yang berjerebu

Hadirin yang di hormati sekalian,

Di Malaysia, kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak yang berwajib sudah semakin

meningkat. Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kesejahteraan

alam sekitar dan kualiti hidup kita. Untuk mengatasi masalah jerebu ini semua pihak wajib

bekerjasama agar bumi yang tercinta ini dapat dinikmati generasi akan datang. Antara tindakan

yang perlu di laksanakan adalah pertamanya, Penguatkuasaan undang-undang. Kilang-kilang

diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah

ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap

syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang

telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.

Ke dua, Pendidikan alam sekitar.Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains,

diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap

oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi

daripada fenomena cuaca seperti jerebu.

Ketiga, Kempen kesedaran alam sekitar.Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan

(NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO

7

Page 10: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

8

melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai

alam sekitar.

Ke empat, Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. Walaupun hujan yang turun

merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu. Udara akan kembali bersih

selepas berlakunya hujan.

Ke lima, Penggunaan petrol tanpa plumbum.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon

kenderaan yang mencemarkan udara.

Ke enam, Penggunaan catalytic converter.Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan

pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.

Ke tujuh, memakai topeng muka. Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk

dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.

Ke lapan, kempen kitar semula. Melalui kempen kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian

boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh

dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan

perabot seperti meja dan kerusi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Berdasarkan ceramah saya tentang jerebu ini, saya berharap agar kita dapat mengambil iktibar

daripada peristiwa yang telah berlaku di negara ini, dan juga peristiwa-peristiwa yang telah

berlaku di luar negara. Sejarah yang buruk mungkin akan berulang jika kita alpa untuk

menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang perihatin. Marilah kita sama-sama menjaga

alam sekitar, bersikap penyayang dan sentiasa berwaspada supaya tiada seorang pun di kalangan

kita pada hari ini akan menerima akibat buruk daripada jerebu.

Sekian, terima kasih.

8

Page 11: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

9

3.0 PERSEMBAHAN POWER POINT.

9

Page 12: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

10

10

Page 13: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

11

11

Page 14: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

12

12

Page 15: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

13

4.0 REFLEKSI DARI 5 ARTIKEL

Artikel 1ARKIB : 01/07/2013

Tiga negara bincang isu jerebu

KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak beberapa minggu lalu.Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-46 di Bandar Seri Begawan di Brunei semalam.Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Singapura Dr. RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam.Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-ASEAN, Kementerian Luar di sini hari ini, antara cara yang praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu itu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan."Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Sumber Bahan :Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiga-negara-bincang-isu-jerebu © Utusan Melayu (M) Bhd 

Refleksi Artikel 1 Kita perlu menerima hakikat bahawa bencana jerebu yang melanda Malaysia , Indonesia dan

Singpura hanya dapat diatasi dengan berkesan melalui semangat kerjasama serantau dengan

ikhlas.Tiada guna untuk menuding jari dan menuduh antara satu sama lain dalam isu jerebu

yang melibatkan tiga negara tersebut.

Melalui mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN merupakan salah satu saluran yang proaktif dan

pratikal dalam mengatasi masalah jerebu yang telah melanda negara-negara ASEAN sekian

lamanya.Harapan semua pihak mencapai kata sepakat dalam mengoperasikan Perjanjian

Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

13

Page 16: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

14

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan

pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari

segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk

menangani masalah ini.

Syarikat-syarikat Malaysia dan Singapura yang beroperasi di Indonesia pula perlu mematuhi

undang-undang Indonesia dalam isu pembakaran hutan secara terbuka .Pihak Indonesia dan

Malaysia boleh mengambl tindakan tegas seperti menamatkan permit syarikat tersebut jika

dapati mereka melanggar undang-undang pencemaran alam sekitar.

Artikel 2

Jerebu jejas mata pencarian nelayan tradisional di Selangor2013/06/26 - 14:09:07 PMCetak Emel Kawan

SHAH ALAM: Bencana jerebu yang melanda beberapa negeri sekarang bukan saja mengancam kesihatan rakyat tetapi juga menjejaskan pendapatan sesetengah golongan, khususnya nelayan tradisional.

Persatuan Nelayan Kuala Selangor memberitahu BERNAMA kira-kira 1,000 anggotanya terjejas pendapatan berikutan bencana itu.

Pengerusinya, Omar Abdul Rahman, berkata pihaknya meminta bantuan daripada kerajaan negeri namun masih belum menerima maklum balas.

“Persatuan juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang cadangan menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM200 sekarang ke RM400 sebulan bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perikanan Selangor, Saufi Affandi Talib berkata, jarak penglihatan yang terhad menyukarkan dan membahayakan kebanyakan nelayan tradisional yang menggunakan sampan dan bot kecil untuk keluar dan masuk ke kuala ataupun pangkalan.

14

Page 17: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

15

"Sesetengah nelayan hanya beroperasi menangkap ikan di pesisir pantai sekitar satu hingga dua batu nautika dari pantai ketika ini," katanya kepada BERNAMA, hari ini.

Sauffi Affandi berkata, nelayan juga boleh terlanggar pukat hanyut kerana keadaan berjerebu menyebabkan mereka tidak dapat melihat pelampung penanda. Sehubungan itu beliau menasihatkan nelayan yang ingin ke laut ketika jerebu ini supaya mengambil langkah keselamatan dengan membawa bersama jaket keselamatan, lampu suluh dan keperluan lain.

Kualiti udara di kebanyakan tempat di Selangor sehingga jam 7 pagi hari ini adalah pada tahap tidak sihat.

Pelabuhan Klang setakat ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi pada 140 berbanding kawasan lain di Selangor.

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111), Banting (114) dan Shah Alam (118).

Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di Selangor, Johor dan Melaka. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/JerebujejasmatapencariannelayantradisionaldiSelangor/Article/

Refleksi Artikel 2

Kesan jerebu kepada subsektor perikanan boleh dibahagikan kepada 2 kesan utama:

Kesan Jangka Pendek

Kerugian kepada nelayan berdasarkan bilangan hari tidak dapat keluar menangkap ikan kerana

faktor penglihatan yang terhad. Contohnya, nelayan di daerah Muar mengalami kerugian

dianggar sebanyak RM100 sehari apabila tidak dapat keluar menangkap ikan.

Jumlah kerugian yg dianggarkan untuk subsektor perikanan adalah sebanyak RM1,285,200

untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yang dijangka dihadapi oleh

kira-kira 3,285 orang nelayan di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu.

Kesan Jangka Panjang

Kesan ke atas ekosistem perairan laut akibat kurang cahaya matahari yang akan menjejaskan

pertumbuhan plankton yang seterusnya akan menjejaskan rantaian makanan dalam ekosistem

15

Page 18: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

16

tersebut. Bagaimanapun jerebu biasanya belaku dalam tempoh yang singkat dan sementara. Oleh

itu kesan secara keseluruhannya kepada eksosistem primer di laut adalah kecil.

Selain itu ,antara industri lain yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan.

Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif

jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Pelancong asing tidak lagi mahu

datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.

Malahan keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor

perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang,

kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus

diberhentikan.

Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini

merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos

tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.

Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil

untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.

Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek

jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan

hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa

ditanggung masyarakat.

Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri

mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.

Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan

menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh

tangan-tangan manusia. Semua pihak perlu memandang serious kesan jerebu keatas ekonomi

16

Page 19: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

17

Negara dan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini ke akar

umbi.

Artikel 3mStar   Online > BERITA

Saturday June 16, 2012

Jerebu Di Lembah Klang Dijangka LebihBurukOleh TEH ENG HOCK, REGINA LEE

PETALING JAYA: Jerebu kembali melanda Semenanjung Malaysia dengan empat kawasanmencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Lembah Klang dan bakal menjadi

lebihburuk.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, jerebu disebabkan beberapa 'kawasan panas' yang terletak ditengah pulau Sumatra, Indonesia.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa Indonesia, kedua-duanya menjangkakan keadaanbertambah buruk dengan musim panas dan kering di daerah Riau Sumatra yang mana keadaan

iniakan sampai ke kemuncaknya dalam tempoh dua minggu akan datang.

Kualiti udara di Lembah Klang merosot secara progresif pada Jumaat dengan empat kawasanmencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat sehingga pukul 5 petang.

Lokasi ini ialah Pelabuhan Klang (147), Kuala Selangor (129), Shah Alam (120) dan Cheras (105).

Kebanyakan daripada 51 kawasan yang dipantau oleh JAS juga menunjukkan peningkatan, dengan

beberapa tempat di lembah Klang dan Kinta menghampiri pinggir bacaan IPU tidak sihat, lebih dari100.

JAS mengklasifikasikan bacaan IPU antara 0 dan 50 sebagai Baik, 51-100 (sederhana), 101-200(tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan lebih dari 301 sebagai berbahaya.

17

Page 20: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

18

"Dengan cuaca yang agak kering di beberapa bahagian utara dan pantai timur negeri-negeri diSemenanjung, jerebu dijangka akan berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata

JAS dalam satu kenyataan.

Akhbar harian Indonesia The Jakarta Post, baru-baru ini melaporkan kebakaran hutan dan tanahgambut di daerah ini telah menyebabkan jerebu dan dijangka lebih banyak kebakaran akan

berlaku.Laporan imej satelit yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan

peningkatan kawasan panas di Sumatera daripada 67 pada Selasa kepada 122 pada Rabu.

Pusat ini juga melaporkan penurunan dalam bilangan kawasan panas di daerah Riau kerana awanmelindungi satelit tetapi menyatakan bahawa angin barat telah meniup jerebu ke arah Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAS telah mengaktifkan pelan tindakan untuk mengawal pembakaran terbuka serta

meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran, Jabatan Meteorologi juga melaporkan bahawa hampir seluruh

negara berisiko tinggi mengalami kebakaran akibat cuaca panas dan kering.

Carta FFMC di laman web jabatan memberi nilai potensi kebakaran di kebanyakan bahagian negaraini sebagai "melampau".

Kod, yang merupakan penarafan berangka bagi kandungan lembapan sampah sarap dan bahan apilain (rumput, semak, daun kering), digunakan sebagai penunjuk potensi bermulanya kebakaran dantersebar di sesuatu kawasan.

Ia dipengaruhi oleh suhu, kelembapan relatif, hujan dan kelajuan angin

Di Selangor, satu kes kebakaran dicatatkan semalam di Pulau Kempas, Kuala Langat, di manabomba berjaya meletakkannya di bawah kawalan.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata rakyat perlu minumlebih banyak air manakala pesakit yang berisiko tinggi dengan masalah pernafasan perlumendapatkan rawatan awal jika gejala semakin membimbangkan.

Beliau juga menggesa orang ramai untuk melawat laman web Kementerian Kesihatan diwww.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat kesihatan untuk menghadapi jerebu.

© 1995-2012 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)

Sumber Rujukan :http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061... 

18

Page 21: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

19

Refleksi Artikel 3 :

Isu jerebu melanda Semenanjung Malaysia telah berlanjutan hampir lima belas tahun. Sejak

kebelakangan ini apabila menjelang bulan Jun dan Julai rakyat Malaysia terpaksa menghadapi

masalah jerebu akibat dari punca utama iaitu pembakaran hutan di Indonesia. Malahan keadaan

jerebu menjadi semakin teruk setiap tahun kesan dari musim cuaca yang panas dan kering .Pihak

berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlu bertindak tegas untuk mengawal pembakaran

terbuka serta penguatkuasa ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.

Orang ramai juga pula prihatin tentang isu jerebu dan jangan ambil mudah menganggap masalah

jerebu merupakan perkara yang biasa dan remeh sahaja kerana setiap tahun akan berulang

dengan masalah yang sama dan akan menjadi reda atau kian dilupai selepas beberapa bulan

kemudian. Bak kata pepatah “ sediakan payung sebelum hujan ” maka kita perlu ambil tindakan

yang proaktif dalam mengatasi masalah jerebu.Menjalankan programm mendidikan rakyat jelata

supaya menghargai dan memelihara alam sekitar merupakan tindakan yang paling berkesan

dalam menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti mengambil jalan mudah

dalam pembakaran hutan dan pembakaran terbuka. .

Artikel 4

19

Page 22: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

20

Refleksi Artikel 4

Masalah jerebu yang memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar juga menjejaskan

aktiviti harian manusia. Apabila Indeks Pencemaran Udara mencapai tahap berbahaya iaitu

melebihi 300, Kementerian Kesihatan akan menasihatkan Kementerian Pendidikan Malaysia

supaya tutup sekolah demi kesihatan dan keselamatan murid-murid dan warga sekolah.

Pada 24 Jun 2013 dilaporkan banyak 1817 buah sekolah ditutup ekoran krisis jerebu yang

semakin kritikal dan telah mencapai tahap amat berbahaya.Kawasan yang terlibat ialah

Muar,Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pada kawasan yang pada tahap kritikal pula seperti di BatuBahat, Johor ,jabatan pendidikan

telah mengarahkan supaya tutup sekolah selama dua hari dan perlu ada kelas gantian.

Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan Malaysia

juga memaklumkan bahawa ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika

bimbang kesihatan anak mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang. Beliau juga meminta

pihak sekolah mematuhi dan selalu merujuk pada arahan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

20

Page 23: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

21

Pendidikan Daerah mengenai status terkini jerebu mengenai keperluan penutupan sekolah serta

pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid.

Sebagai seorang guru disekolah ,kami telah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah dan

aktiviti kokurikulum bagi menjamin kesihatan murid. Pihak sekolah juga memaklumkan kepada

murid tentang bahaya jerebu dan memberitahu cara menjaga kesihatan diri semasa jerebu.Guru

besar juga meminta semua guru supaya lebih prihatin terhadap keadaan kesihatan murid

terutamanya murid yang mempunyai masalah asma dan sistem pernafasan.

.

Artikel 5

21

Page 24: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

22

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sumber bahan :

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/Jerebu-Semua-sekolah-di-KL-Selangor-diarah-tutup-esok

22

Page 25: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

23

Refleksi Artikel 2:

Masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia selama lebih kurang sebulan akhirnya dijangka

beransur pulih.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatakan penurunan di kebanyakan

kawasan. Keadaan jerebu berada dalam tahap terkawal dan kualiti udara dilaporkan dalam

keadaan sederhana dan baik berbanding dengan keadaan sebelumnya. Menurut juruckap Jabatan

Alam Sekitar (JAS),ramalan hujan akan memulihkan keadaan jerebu yang diakibatkan oleh

partikel halus terampai di udara selain pengawalan pembakaran terbuka.

Pada keadaan kritikal apabila terjadi pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia lalu

mencetus bencana jerebu yang teruk di Malaysia dan Singapura, pembakaran terbuka merupakan

satu isu yang menjadi salah satu faktor punca masalah jerebu bertambah buruk di negara kita.

Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran

terbuka.Tindakan  masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan

sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh

pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada

individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan

pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk

membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah

semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri

bahan buangan kilang mereka.

Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat

sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran

terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini

nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan

kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Diharap walaupun selepas masalah jerebu pulih , rakyat Malaysia perlu peka dan elak dari

melakukan tabiat yang buruk tersebut. Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh

23

Page 26: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

24

dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar

dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.

24

Page 27: hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT

25

5.0 Rujukan:

Diambil daripada http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2013/06/punca-jerebu-di-

semenanjung-malaysia.html pada 13 Mei 2016.

Diambil daripada http://sifuliterapi.wordpress.com/2013/06/25/penyakit-kesan-jerebu/ pada 13

Mei 2016

Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu pada pada 13 Mei 2016

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/Jerebu-Semua-sekolah-di-KL-Selangor-diarah-tutup-esok . Muat turun pada 25 jun 2016

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiga-negara-bincang-isu-jerebu muat turun pada 25 jun 2016

http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061... Muat turun pada 28 Jun 2016

25