7
REFLEKSI HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN NAMA : NURUL IFFAH BINTI ROSLAN NO MATRIK :A146268 FAKULTI : FTSM

Hhhc9501 a146268

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hhhc9501 a146268

REFLEKSI

HHHC9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,

PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATAN

NAMA : NURUL IFFAH BINTI ROSLANNO MATRIK :A146268

FAKULTI : FTSM

NAMA PENSYARAH :

Dr. ZULKEFLI BIN MANSOR

Page 2: Hhhc9501 a146268

Refleksi : HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal,

Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan

Berdasarkan kemahiran insaniah kemahiran kritikal, penyelesaian masalah dan

pendekatan, saya telah memilih untuk menyertai program Eksplorasi Tekno 2015 yang

dianjurkan oleh Kelab Komuniti Sumber Terbuka (KST-FTSM) Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM). Program ini telah berlangsung selama satu hari pada 18 Mei 2015 di Sek

Keb Taman Jasmin dan organisasi program ini terdiri daripada pelajar tahun satu hingga

tahun empat. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan para pelajar dari semua

tahun. Terdapat 3 fasa iaitu melalui program Eksplorasi Tekno :

FASA 1 : BENGKEL SELENGGARA PERKAKASAN KOMPUTER.

FASA 2 : BENGKEL SELENGGARA PENGGUNAAN KOMPUTER

FASA 3 : JELAJAH AMALI 1

Page 3: Hhhc9501 a146268

Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar

Kelab Komuniti Sumber Terbuka mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat

berkaitan komputer seperti menyelenggara perkakasan komputer dan menerangkan cara

penggunaan komputer dengan betul agar dapat mendidik mereka akan kepentingan untuk

menjaga keselamatan diri serta komputer dan sasaran kami bagi program ini adalah pelajar

sekolah rendah. Program ini juga membolehkan para peserta dapat mengaplikasi

pembelajaran dalam kehidupan mereka serta menambah kebolehpasaran mereka dan

mempromosi kepakaran yang diperolehi. Ini juga sebagai tapak untuk mereka memberi

khidmat bakti kepada masyarakat seterusnya mempromosi Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (FTSM, UKM) dimata masyarakat. Program ini

berjaya mengasah kemahiran insaniah saya seperti dapat melatih saya berfikir secara kritikal

dan cara-cara untuk menghadapi serta menangani segala permasalahan dan kesulitan yang

timbul. Selain itu, program ini juga dapat mengasah kemahiran insaniah seperti komunikasi

secara efektif serta kepimpinan dan kebertanggungjawaban.

Objektif program ini ialah agar dapat mendidik pelajar sekolah terutama sekolah

rendah tentang menyelenggara perkakasan komputer serta cara penggunaan komputer yang

betul. Selain itu, ia juga dapat melengkapi kontrak pembelajaran serta meraih hasil

pembelajaran (HP) yang cemerlang. Tambahan lagi, objektif program ini adalah untuk

menyumbang bakti kepada masyarakat melalui kepakaran yang dipelajari. Ilmu yang

dipelajari disumbangkan kepada golongan sekolah untuk memudahkan mereka untuk

menyelenggara computer. Selain itu, ia juga adalah cara untuk mempromosi kepakaran dan

program FTSM, UKM.

Saya telah menyertai organisasi dan memegang jawatan sebagai AJK Pengangkutan .

Tugas saya adalah berkomunikasi bersama pihak urusan kenderaan untuk mendapatkan

kenderaan ke tempat kejadian program. Ini merupakan pengalaman baru buat saya

disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan ini sebelum ini dan berjaya melatih diri

saya untuk berkomunikasi dan berfikir secara kritikal dan juga menangani masalah dengan

baik jika terdapat kecelaruan antara saya dengan pihak pengurusan bas. Saya telah

berkomunikasi secara efektif agar segala maklumat dapat disampaikan dengan jelas bagi

mengelakkan salah faham antara ahli pihak pengurusan bas serta pihak universiti yang

Page 4: Hhhc9501 a146268

terlibat. Kami telah berkhidmat sebagai sebuah organisasi di mana segala masalah atau isu

berbangkit akan dibincangkan sesama ahli kumpulan agar segala masalah dapat diselesaikan.

Selain itu, sebagai AJK Pengangkutan, antara skop tugas saya ialah memastikan bas tiba di

lokasi tepat pada waktunya dan juga memastikan semua AJK lain menaiki bas dengan

selamat. Walaupun tugas ini nampak seperti mudah, namun ianya adalah sesuatu yang

merumitkan apabila pemandu bas tiba sedikit lewat di lokasi. Saya telah berfikir secara

kritikal untuk memastikan bas akan tiba tepat pada waktunya untuk memudahkan semua

pihak.

Selain itu, saya telah mempelajari pelbagai perkara baru melalui program ini. Saya

berjaya meningkatkan keyakinan diri saya dan dalam masa yang sama saya berjaya mengasah

kemahiran diri saya. Saya juga telah mebantu ajk-ajk lain ketika mereka melakukan tugasan.

Saya merasakan program ini dapat memberikan saya pengalaman yang berharga yang dapat

digunakan serta dipraktikkan untuk masa akan datang dan apabila berada di alam pekerjaan.

Program ini berjaya mengeratkan sillaturrahim antara para pelajar dari tahun satu hingga

tahun empat apabila bekerja dalam sebuah organisasi yang sama dan berusaha sehabis

mungkin untuk memastikan program Eksplorasi Tekno berjaya dijalankan dengan jayanya.

Sekiranya saya menjadi ahli organisasi di bawah program lain, saya akan berusaha

untuk menjadikan ianya sebuah program yang berjaya dan mengamalkan sikap saling bantu-

membantu tanpa mengira tugasan atau skop kerja yang diberikan. Selain itu, saya akan

mengambil serius terhadap tugas dan jawatan yang diberikan dan tidak bersikap sambil lewa

dan menyusahkan ahli organisasi yang lain. Saya akan bersikap lebih professional dan

matang dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan ketika menyelesaikan masalah yang

diberikan. Selain itu, saya akan memastikan untuk pembahagikan tugasan kepada ajk secara

adil dan saksama agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Saya merasakan program ini

sangat bermanfaat kerana dapat menyatukan semua pelajar di mana dalam masa yang sama

dapat bertukar pendapat serta cadangan mengenai program ini. Melalui program ini, kami

berjaya menaikkan semangat kami untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam kursus ini

untuk memastikan peluang pekerjaan kami lebih cerah dan dalam masa yang sama dapat

menaikkan nama UKM dalam bidang Pengkomputeran.

Page 5: Hhhc9501 a146268

Akhir sekali, saya akan berusha bersungguh-sungguh dan berkhidmat dalam satu

pasukan dengan ahli organisasi yang lain untuk memastikan program yang dijalankan akan

berjaya dengan jayanya dan dapat meninggalkan kesan yang positif sama ada kepada semua

ahli organisasi atau pun para peserta yang hadir.

Secara keseluruhannya, program ini adalah salah sebuah program yang berjaya dan

meninggalkan impak yang positif bukan sahaja kepada ahli organisasi malahan kepada para

peserta yang menyertai pogram ini. Program ini juga dapat mengasah para peserta serta dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Tambahan lagi, program ini dapat

meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar terutama sekali kemahiran pemikiran kritikal,

penyelesaian masalah dan pendekatan yang dapat diamalkan pada masa akan datang dan

ketika berada di alam pekerjaan.