6
IMAM AHMAD BIN HANBAL RAHIMAHULLAH OLEH: NUR HIDAYAH BINTI MD ZIN NUR FAQQIHAH BINTI MD SANI

Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah (Pendidikan Islam Tingkatan 4)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah (Pendidikan Islam Tingkatan 4)

IMAM AHMAD BIN HANBAL

RAHIMAHULLAH

OLEH: NUR HIDAYAH BINTI MD ZIN NUR FAQQIHAH BINTI MD SANI

Page 2: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah (Pendidikan Islam Tingkatan 4)

RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal.

Dilahirkan pada tahun 164 Hijrah di Baghdad.

Pengasas mazhab Hanbali.

Bekerja sendiri dengan mengambil upah menjual kain.

Satu keturunan dengan nabi Muhammad SAW.

Dilahirkan dalam keadaan yatim serta miskin. Beliau hanya mewarisi sebuah rumah dan sehelai baju daripada bapanya.

Merupakan ahli sunnah yang terbesar dan zuhud.

Meninggal pada tahun 241 Hijrah (855 Masihi) pada usia 77 tahun.

Page 3: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah (Pendidikan Islam Tingkatan 4)

SIFAT PERIBADI Memiliki akhlak mulia, tidak sombong, tidak bongkak, suka bergaul dengan orang miskin, pemurah, pendiam, dan tidak takut kepada penghinaan orang terhadapnya.

Sangat meminati ilmu pengetahuan. Ini mendorong beliau untuk menuntut pelbagai ilmu seperti ilmu hadis, fikah, dan ilmu kalam.

Dikurniakan daya ingatan yang kuat dan dapat menghafal hadis lebih banyak berbanding orang yang hidup sezaman dengannya.

Suka memaafkan orang lain walaupun orang yang mengkhianatinya

Sangat taat kepada Allah SWT dan kuat beribadat. Beliau telah menunaikan solat sunat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al Quran dalam masa 7 hari.

Page 4: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah (Pendidikan Islam Tingkatan 4)

PENDIDIKAN

Mula mempelajari pelbagai ilmu sejak kecil di Baghdad.

Menghafaz Al Quran ketika berusia 14 tahun.

Sangat mencintai ilmu, sebahagian besar dari masanya dihabiskan dengan mempelajari ilmu.

Beliau bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, dan negara lain untuk mempelajari ilmu dan mengumpul hadis- hadis Nabi.

Beliau menumpukan minatnya dalam bidang ilmu Al Quran, hadis, fikah, dan ilmu kalam. Tetapi beliau lebih dikenali sebagai tokoh ilmu hadis dan fikah.

Imam Ahmad pernah berguru dengan beberapa ulama’ hadis seperti Imam As-Syafie Rahimahullah, Waki’ bin Jarrah, Sufian bin Uyainah, Qadhi Abu Yusuf, dan Bashar bin Al Mufadal.

Page 5: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah (Pendidikan Islam Tingkatan 4)

SUMBANGAN

Pengasas mazhab Hanbali.

Beliau meninggalkan beberapa kitab yang masyhur seperti kitab Al Musnad, An Nasakh wal Mansukh, kitab At Tarikh, dan kitab Al Ilah.

Membuka pusat pengajian dan mendapat sambutan yang luar biasa.

Beliau juga menentukan hukum dengan Al Quran dan As Sunnah, fatwa para sahabat Nabi Muhammad SAW, Al Qiyas dan sebagainya.

Page 6: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah (Pendidikan Islam Tingkatan 4)

SEKIAN, TERIMA KASIH.