istiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera

Embed Size (px)

Text of istiadat meningkat naik penyampaian lencana bendera

  1. 1. Amira Farhanah Hanin Hazirah Siti Aishah Siti Nor Fatimah
  2. 2. Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan, satu peristiwa yang gembira bagi ahli atau para Pegawai Kanak-kanak yang meningkat naik. Ia adalah untuk menunjukkan penghargaan bagi ahli yang berjaya melepasi ujian untuk meningkat naik. Malah ia adalah untuk memberi semangat kepada ahli lain untuk berusaha lebih gigih lagi. Ia juga dilakukan bagi memberikan sijil penghargaan kepada ahli yang berjaya menduduki peperiksaan atau amali. Antaranya ialah;
  3. 3. Sijil untuk Sekolah 1. Pendidikan di Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 2. Pertolongan Pertama di Masyarakat Dasar Sijil 1. Dasar Pertolongan Pertama 2. Pendidikan di Bulan Sabit Merah Palang Merah & undang-undang kemanusiaan antarabangsa 3. Penanggulangan Bencana dan Operasi Menyelamat 4. Penjagaan rumah atau Pendidikan Kesihatan (pilih salah satu)
  4. 4. Advanced Sijil 1. Advance First Aid -24Ch 2. Pentadbiran dan Pengurusan -8 ch MRC bersersijil Instruktur 1. Lulus semua Pemeriksaan Sijil Basic dan Advanced2. Metodologi Pengajaran (Guru dikecualikan) -12 ch MRC bersijil Instruktur Senior 1. Telah dilakukan sekurang-kurangnya 30 jam pengalaman mengajardalam kursus Dasar dan membantu Instruktur Senior dalam melakukan kursus Advanced. 2. Minimum 3 tahun pengalaman sebagai MRC Instruktur bersertifikat. 3. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL) -8ch 4. Basic Life Support (BLS) -14ch 5. 5. Telah melakukan tugas latihan untuk melayani masyarakat dan disyorkan oleh Ketua Cawangan.
  5. 5. Kedudukan : Pek dan Troop berdiri dalam bentuk satu barisan berhadapan antara satu dengan lain Prosedur:- 1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan,Ketua Komanden mara ke garisan pemisah 2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan Kumpulan Sedia dan terangkan tujuan istiadat 3. Penerima meningkat naik, bergerak satu langkah ke hadapan -kanan pusing -bersalam dengan Pek -terus maju ke Ketua Komanden di garisan pemisah(tali)
  6. 6. 4. Ketua Komanden -Pesanan terakhir kepada Penerima Pangkat 5. Penerima Pangkat memberi hormat, salam dengan Ketua Komanden dengan menggunakan tangan kiri memimpin Penerima Pangkat melangkah tali pemisah 6. Penerima Pangkatmemberi hormat kepada pemimpin PersatuanBulan Sabit Merah Malaysia dan bersalam 7. Pemimpin menyerah Penerima Pangkat kepada Ketua Patrol 8. Ketua Patrol membawa Penerima Pangkat ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan 9. Selesai semua sekali -Troop memberi sorakan SELAMATDATANG 10. Laung Agung bagi PEK yang tinggal
  7. 7. Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin :- 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2. Pemeriksa bergerak ke bulatan dihadapan bendera 3. Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris dihadapannya (ditengah bulatan) 4. Taklimat Pemeriksa tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 5. Pemeriksa maju kearah Ahli PBSM dan Ahli PBSM tabik hormat.
  8. 8. 6. Pemeriksa menyematkan lencana Lencana Kecekapan di kiri lengan baju 7. Pemeriksa bersalam dan ucapan Syabas 8. Ahli PBSM tabik hormat 9. Selesai semua-Pekberi sorakan Tahniah dan dijawab oleh penerima lencana 10. Ahli PBSM balik ke sekawan masing-masing. Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong pemimpin. Lencana mesti disampaikan oleh pihak PBSM
  9. 9. KATEGORI I AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP (Honorary Life Membership) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada orang-orang yang terhormat yang telah mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai sejajar dengan Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada empat (4)anugerah dalam setiap tahun. KATEGORI II PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (Distinguished Service Medal) Dianugerah oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh (10)tahun.
  10. 10. KATEGORI III PINGAT KEBAKTIAN TERPILIH (Excellent Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan terpilih sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) tahun perkhidmatan selepas melepasi had umur 18 tahun. KATEGORI IV PINGAT JASA TERPUJI (Meritorious Service Medal) Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama (5) tahun selepas melepasi had umur 18 tahun KATEGORI V SIJIL KEPUJIAN dianugerahka oleh Pengerusi (Certificate of Merit) Kebangsaan kpd ahli-ahli yang melengkapi perkhidmatan khusus kpd Persatuan sekurang- kurangnya selama 3 tahun selepas melepasi had umur 18 tahun
  11. 11. ISTIADAT BENDERA BSMM
  12. 12. Adat sebelum menaikkan bendera Sebelum menaikkan bendera BSMM, uji tali bendera terlebih dahulu bagi memastikan teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya. Pastikan bendera dalam keadaan yang baik sebelum dinaikkan. Mereka yang akan menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas lengkap dengan uniform BSMM.
  13. 13. Jangan meletakkan bendera di tanah semasa hendak menaikkannya. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpang ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
  14. 14. Adat selepas menaikkan bendera Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu secara perlahan-lahan. Apabila bendera dikibarkan separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu kemudian menurunkannya semula ke separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut dan kemudian menurunkannya terus.
  15. 15. Selepas bendera digunakan, hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu. Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur.
  16. 16. Tidak boleh dikibarkan kerana menunjukkan tanda tidak hormat . Bendera yang uzur hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan iaitu dengan membakar secara tertutup.