4
Cabaran Melangkah ke hadapan, seluruh warga Kementerian mesti sentiasa menyantuni harapan masyarakat yang melihat pendidikan sebagai satu wadah penting pembangunan modal insan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju. Pada waktu yang sama, kita juga mesti menggembleng seluruh kudrat untuk menghadapi beberapa cabaran utama yang memberikan kesan langsung terhadap perancangan pendidikan di negara kita. ISU BULAN INI: 1. Transformasi Pendidikan Terus Diperkukuh 2. Pesanan & Harapan Menteri Pendidikan 3. Apa Itu Dialog Prestasi? 4. Sudut PPPM 5. Kempen Melestarikan PPPM 2015 Komitmen KPM Transformasi pendidikan yang telah dimulakan pada tahun 2013 melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan terus diperkukuhkan pada tahun ini. Bagi sektor pelajaran, Kad Skor Menteri 2015 merangkumi 20 inisiatif utama yang memberikan tumpuan kepada Keberhasilan Murid berpandukan 6 Aspirasi Murid dan 5 Aspirasi Sistem yang telah ditetapkan di bawah PPPM. Untuk membuktikan komitmen dan keseriusan kita dalam melaksanakan apa yang telah dijanjikan, laporan prestasi akan terus dipantau melalui Kad Skor Menteri, laporan tahunan dan kajian pertengahan tahun. Transformasi Pendidikan Terus Diperkukuh Perubahan daripada amalan biasa penting bagi mencapai aspirasi Berdasarkan perancangan dan pemantauan yang rapi semua sasaran inisiatif penting dalam Gelombang Pertama PPPM 2013-2025 dapat dicapai pada penghujung tahun ini. Ini termasuk memperkasakan guru dan pemimpin sekolah, menerapkan kemahiran berfikiraras tinggi dan meningkatkan kemahiran berbahasa. Di samping itu, usaha untuk memperkukuhkan aspek nilai, adab, perpaduan nasional dan semangat patriotism akan terus diberikan tumpuan utama selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. “Saya yakin transformasi pendidikan yang telah kita garap akan berjaya sekiranya kita berusaha tanpa mengenal erti putus asa, bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan berkhidmat dengan komitmen yang tinggi lagi berintegeriti. Kita perlu berusaha dan berubah daripada amalan biasa untuk melaksanakan transformasi pendidikan” YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin Bercakap kepada lebih 3000 warga pendidikan Sektor Pelajaran dan Sektor Pendidikan Tinggi termasuk Pengurusan Tertinggi Kementerian, Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Naib-naib canselor dan pegawai-pegawai kanan kementerian, guru serta murid, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin b Hj Mohd Yassin menyeru warga pendidikan supaya bersama-sama menggembleng tenaga demi menjayakan agenda transformasi memartabatkan pendidikan Malaysia antara yang terbaik di dunia. Putrajaya 15 Jan. – Transformasi Pendidikan yang dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan menjadi realiti sekiranya warga pendidikan meneruskan momentum yang telah dibina sejak tahun pertama ia dilancarkan. Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia di PICC Putrajaya

Januari 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Cabaran

Melangkah ke hadapan, seluruh warga Kementerian mesti sentiasa menyantuni harapan masyarakat yang melihat pendidikan sebagai satu wadah penting pembangunan modal insan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju. Pada waktu yang sama, kita juga mesti menggembleng seluruh kudrat untuk menghadapi beberapa cabaran utama yang memberikan kesan langsung terhadap perancangan pendidikan di negara kita.

ISU BULAN INI: 1. Transformasi Pendidikan

Terus Diperkukuh 2. Pesanan & Harapan Menteri

Pendidikan 3. Apa Itu Dialog Prestasi? 4. Sudut PPPM 5. Kempen Melestarikan PPPM

2015

Komitmen KPM

Transformasi pendidikan yang telah dimulakan pada tahun 2013 melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan terus diperkukuhkan pada tahun ini. Bagi sektor pelajaran, Kad Skor Menteri 2015 merangkumi 20 inisiatif utama yang memberikan tumpuan kepada Keberhasilan Murid berpandukan 6 Aspirasi Murid dan 5 Aspirasi Sistem yang telah ditetapkan di bawah PPPM. Untuk membuktikan komitmen dan keseriusan kita dalam melaksanakan apa yang telah dijanjikan, laporan prestasi akan terus dipantau melalui Kad Skor Menteri, laporan tahunan dan kajian pertengahan tahun.

Transformasi Pendidikan Terus Diperkukuh Perubahan daripada amalan biasa penting bagi mencapai aspirasi

Berdasarkan perancangan dan pemantauan yang rapi semua sasaran inisiatif penting dalam Gelombang Pertama PPPM 2013-2025 dapat dicapai pada penghujung tahun ini. Ini termasuk memperkasakan guru dan pemimpin sekolah, menerapkan kemahiran berfikiraras tinggi dan meningkatkan kemahiran berbahasa. Di samping itu, usaha untuk memperkukuhkan aspek nilai, adab, perpaduan nasional dan semangat patriotism akan terus diberikan tumpuan utama selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Saya yakin transformasi

pendidikan yang telah kita

garap akan berjaya sekiranya

kita berusaha tanpa mengenal

erti putus asa, bekerjasama

sebagai sebuah pasukan dan

berkhidmat dengan komitmen

yang tinggi lagi berintegeriti.

Kita perlu berusaha dan

berubah daripada amalan

biasa untuk melaksanakan

transformasi pendidikan”

YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin

Bin Hj Mohd Yassin

Bercakap kepada lebih 3000 warga pendidikan Sektor Pelajaran dan Sektor Pendidikan Tinggi termasuk Pengurusan Tertinggi Kementerian, Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Naib-naib canselor dan pegawai-pegawai kanan kementerian, guru serta murid, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin b Hj Mohd Yassin menyeru warga pendidikan supaya bersama-sama menggembleng tenaga demi menjayakan agenda transformasi memartabatkan pendidikan Malaysia antara yang terbaik di dunia.

Putrajaya 15 Jan. – Transformasi Pendidikan yang dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan menjadi realiti sekiranya warga pendidikan meneruskan momentum yang telah dibina sejak tahun pertama ia dilancarkan.

Majlis Perutusan Tahun Baharu

2015 Kementerian Pendidikan

Malaysia di PICC Putrajaya

Perdana Menteri Ucap Selamat Berjaya Buat Calon Hadiah Guru Global

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) --

Pencalonan Yasmin Noorul Amin

sebagai antara 50 guru yang disenarai

pendek untuk anugerah Hadiah Guru

Global anjuran Yayasan Varkey GEMS,

mendapat perhatian Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib melalui catatan Twitter beliau

menzahirkan ucapan tahniah dan

mengucapkan selamat berjaya kepada

guru kimia itu yang mengajar di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle,

Petaling Jaya.

"Tahniah Cikgu @rainameer kerana

berada dalam kalangan 50 yang

disenarai pendekkan untuk Hadiah Guru

Global. Semoga berjaya," kata beliau.

Yasmin, 38, disenarai pendek untuk

anugerah yayasan itu, yang berpusat di

Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. Beliau

pernah bertugas sebagai jurutera

sebelum memutuskan untuk menjadi

pendidik. Anugerah itu dilaporkan

menawar hadiah utama US$1 juta

kepada pemenangnya.

Pengumuman mengenai pemenang

anugerah itu, yang dilihat sebagai

'Hadiah Nobel' bagi golongan pendidik,

dijadual dibuat pada satu majlis di

Dubai, Mac ini.

Anjakan Januari 2015

Guru & Pensyarah

“Kepada guru-guru dan pensyarah, hayatilah Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Sentiasalah ingatkan diri kita bahawa tugas sebagai pendidik adalah satu tugas yang amat mulia. Menjadi pendidik bukanlah semata-mata suatu profesion, tetapi suatu perjuangan untuk mendidik anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang. Saya percaya jika saudara dan saudari semua mengabdikan seluruh jiwa dan raga kepada tugas yang paling mulia ini, maka kita akan berjaya mencapai matlamat pendidikan yang paling asas, iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang mulia”

Ibu Bapa

“Kepada ibu bapa, saya amat mengharapkan sokongan dan pelibatan anda

semua dalam menjayakan dasar dan program pendidikan di negara ini. Saya

tahu ibu bapa hari ini mempunyai harapan yang amat tinggi kepada

Kementerian Pendidikan. Namun, saya percaya kita memerlukan satu usaha

kolektif antara kerajaan, ibu bapa dan komuniti untuk menjayakan hasrat

pendidikan Negara. Untuk itu, tiada apa yang saya harapkan daripada para

ibu bapa dan masyarakat, melainkan sokongan dan dokongan anda semua

terhadap segala inisiatif KPM untuk melonjakkan kualiti pendidikan”

Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan

“Kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan, anda adalah pembuat dasar dan sebahagiannya merupakan pelaksana dasar. Bagi saya, dasar yang baik adalah dasar yang boleh dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu, suka saya ingin berpesan kepada pegawai-pegawai saya di Kementerian apabila kita menggubal sesuatu dasar kajilah secara terperinci bagaimana dasar ini hendak dilaksanakan”

Pesanan & Harapan YAB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia

Para Pelajar

“Berikanlah tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya”.

Apa Itu Dialog Prestasi?

Dialog Prestasi adalah salah satu program utama dalam pelaksanaan Program

Transformasi Daerah (DTP). Dialog Prestasi perlu dilakukan diantara pihak

Kementerian dengan Jabatan Pelajaran Negeri, JPN dengan PPD, PPD dengan

pemimpin sekolah di daerah masing-masing dan akhirnya sekolah diantara

pentadbir sekolah dengan guru-guru diperingkat sekolah.

Dialog Prestasi ialah satu forum atau perbincangan berfokus untuk menyemak

prestasi dan isu-isu berkaitan berdasarkan data dan fakta serta diakhiri dengan

satu set langkah-langkah yang konkrit tindakan susulan atau penyelesaian

masalah. Perbincangan dua hala berdasarkan data dan fakta akan memberi

ruang kepada kedua-dua belah pihak memahami dan mengetahui masalah

sebenar serta memikirkan cadangan penyelesaian. Oleh itu pelaksanaan dialog

perstasi perlu dirancang dengan rapi seperti menyediakan analisis berdasarkan

data-data dan fakta.

Tujuan utama dialog prestasi ialah melaksanakan pemantauan (checkpoint)

yang kerap antara pihak atasan dan pelaksana untuk menilai dan memastikan

penyampaian berada pada landasan yang betul serta sebagai satu eleman

untuk mengekalkan rutin pengurusan prestasi sentiasa berapa ditahap tinggi

▪ Fokus dan akauntabiliti: Memastikan organisasi fokus kepada penyampaian dan memastikan akauntabiliti (positif dan negatif)

▪ Memantau prestasi: Memahami jika sistem itu berada pada landasan yang betul untuk menyampaikan aspirasinya

▪ Mengenal pasti masalah: Mengemukakan isu-isu yang menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk menentukan punca

▪ Penyelesaian masalah dan sokongan: Menyediakan forum untuk membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi amalan terbaik

▪ Memajukan isu: Memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan kepada pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi

Objektif Dialog Prestasi

JPN Sabah dan JPN Kedah merupakan JPN terawal melaksanakan Dialog Prestasi

dengan pihak pengurusan Tertinggi KPM di bawah program rintis. Berdasarkan

maklum balas yang positif, beberapa siri Dialog Prestasi diantara pihak

Pengurusan Tertinggi KPM dengan pihak JPN lain telah diadakan dan memberi

kesan yang baik. Melangkah kehadapan pihak PADU telah melaksanakan

penambahbaikan dengan memperkenalkan pelaksanaan Dialog Prestasi secara

audio visual (Audio Video Conference ) dengan JPN Perak pada 24 November

2014 dan disusuli dengan JPN Sabah dan JPN Sarawak secara serentak pada 12

Disember 2014. Pelaksanaan Dialog Prestasi secara atas talian merupakan

inovasi kearah penjimatan kos dan masa berbanding dengan kaedah

bersemuka seperti amalan biasa.

Anjakan Januari 2015

Sesi dialog prestasi diantara Pengurusan Tertinggi KPM dengan pihak JPN

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. [email protected] +03 8872 1605

Pelaksanaan Sudut Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Jawatankuasa

Penataran Maklumat PPPM dan Pengurusan Perubahan (PMPP) bagi menyokong

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dalam usaha meningkatkan

kefahaman warga pendidikan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025

Antara strategi penataan maklumat yang telah dilaksanakan adalah Sudut PPPM.

Sudut PPPM dilaksanakan di setiap institusi pendidikan seperti di sekolah-

sekolah, institut perguruan dan kolej matrikulasi di seluruh Malaysia. Ia

dilaksanakan bagi memudahkan warga pendidikan untuk mendapatkan

maklumat terkini tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Anjakan Januari 2015

Aktiviti PPPM 2013-2025 semakin rancak di peringkat sekolah dan daerah

diseluruh Negara. Tahun ini Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan telah

mengambil inisiatif untuk melancarkan Kempen Melestarikan PPPM 2015 bagi

memastikan setiap sekolah di daerah tersebut mengetahui dan memahami

Aspirasi yang digariskan di bawah PPPM. Usaha yang dijalankan oleh PPD

Sandakan di bawah pimpinan En Sharif Mahad Sharif Attar telah mendapat

sambutan hangat daripada warga pendidikan Sandakan dan menampakkan hasil

yang positif apabila terdapat perubahan yang ketara dalam proses pengajaran

dan pembelajaran selaras dengan aspirasi PPPM 2013-2025.

Kempen Melestarikan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2015

Antara sekolah-sekolah di daerah Sandakan yang telah menjayakan kempen melestarikan PPPM 2015