31
Faktor-faktor Jurang Pencapaian Matematik Mengikut Jantina Sikap Pelajar Gaya Pembelajaran Pengaruh Rakan Sebaya Persepsi Guru

Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Faktor-faktor Jurang PencapaianMatematik Mengikut Jantina

Sikap Pelajar

Gaya Pembelajaran

PengaruhRakan Sebaya

PersepsiGuru

Page 2: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR

Page 3: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

VISUAL

AUDITORIKINESTETIK

Page 4: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Mempelajari Sesuatu Dengan Baik Dengan Melihat

Perkataan Dalam Buku, Di Atas Papan Hitam Dan Di

Dalam Buku Kerja.

Mengingati, Memahami Maklumat Dan Arahan Dengan

Baik Jika Membaca.

Tidak Memerlukan Penerangan Lisan Dan Boleh Belajar

Secara Bersendirian Dengan Sebuah Buku.

Mengambil Nota Dan Arahan Secara Lisan Untuk

Mengingati Maklumat.

VISUAL

Page 5: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Belajar Daripada Mendengar Perkataan Yang Diucap

Dengan Penerangan Lisan.

Dapat Mengingati Maklumat Dengan Cara Membaca

Kuat Atau Menggerakkan Bibir Semasa Membaca,

Terutama Membaca Bahan Yang Baru.

Mendapat Keuntungan Daripada Mendengar Pita

Audio, Kuliah Dan Perbincangan Kelas.

AUDITORI

Page 6: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

KINESTETIK

Belajar Melalui Pengalaman Secara

Fizikal Di Bilik Darjah.

Mengingati Maklumat Dengan Baik

Apabila Mengambil Bahagian Dalam

Aktiviti, field trips Dan Mainkan Peranan

Dalam Bilik Darjah.

Page 7: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR

Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam

kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliau

menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan

gaya pembelajaran yang lebih concrete sequential

dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki.

Page 8: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia darisegi persediaan untuk menghadiri kelas,mengambil nota pelajaran, menumpukanperhatian dan cuba memahami apa yang dipelajaridalam kelas berbanding pelajar lelaki.

•Persediaan ini membuatkan mereka lebih mudahmemahami pelajaran dan membantumeningkatkan pencapaian Matematik merekaberbanding pelajar lelaki.

Page 9: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Dalam kajian Dunn & Griggs (1995) dalamKamarul Ariffin (2007), menunjukkanbahawa pelajar yang menggunakan gayapembelajaran tertentu akan mendapatpencapaian yang lebih baik berbandingdengan pelajar yang tidak menggunakangaya pembelajaran.

Page 10: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Selain itu beliau menekankan bahawa gayapembelajaran pelajar mempengaruhi pencapaianseseorang pelajar.

•Pelajar perempuan mempunyai pelbagai gayapembelajaran berbanding dari gaya pembelajaranpelajar lelaki yang tidak menentu.

•Gaya pembelajaran pelajar perempuan yangteratur membuatkan mereka lebih menguasaipelajaran tersebut.

Page 11: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

SIKAPPELAJAR

Page 12: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

A

S

P

E

K

S

I

K

A

P

Mat Hasrizam Said (2004) menyenaraikan

perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dengan

pelajar perempuan:

1) Minat

2) Keyakinan

3) Persepsi Terhadap Kepentingan

Matematik

4) Kegelisahan

5) Persepsi Terhadap Guru

SIKAP

Page 13: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

K

A

J

I

A

N

T

E

R

D

A

H

U

L

U

Hasil kajian Mat Hasrizam Said (2004)

menunjukkan pelajar perempuan mempunyai sikap

yang lebih positif dalam pembelajaran berbanding

pelajar lelaki.

Neale (1967) dalam artikelnya “The Pole of

Attitudes in Learning Mathematics”:

Sikap dan kepercayaan terhadap Matematik

mempengaruhi objektif pengajaran Matematik.

Page 14: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

K

A

J

I

A

N

T

E

R

D

A

H

U

L

U

Samsudin (2000) menyatakan bahawa

kemampuan pelajar bergantung kepada sikap

pelajar itu sendiri.

Scheiber (2002) dalam kajiannya menyatakan

wujudnya hubungan positif antara sikap dengan

prestasi Matematik pelajar.

Page 15: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

KESIMPULAN

• Sikap yang positif akan melahirkan pelajar yang

boleh bertindak dan berfikir dengan baik dan

sistematik untuk mencapai kejayaan dalam

Matematik.

• Pelajar yang bersikap positif juga akan

mempunyai kemampuan yang tinggi dalam

mempelajari Matematik.

Page 16: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Mereka akan meluangkan masa dan tenaga untuk

membuat ulangkaji dan latih tubi Matematik.

•Mereka juga akan lebih memahami konsep,

teorem, formula dan strategi yang tepat untuk

menyelesaikan soalan Matematik dengan mudah.

•Seterusnya, meningkatkan pencapaian mereka

dalam Matematik.

Page 17: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

PERSEPSI GURU LELAKI

DAN GURU PEMPUAN

Page 18: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Persepsi Guru Terhadap Pelajar

Lelaki Dan Perempuan

•Persepsi guru Matematik terhadap pelajar lelakidan perempuan juga mempengaruhi perbezaanpencapaian matematik kedua-dua jantina ini.

•Persepsi guru terhadap pelajar lelaki danperempuan dilihat dari aspek motivasi, minat,kepatuhan kepada arahan, ketepatan masa,kesediaan untuk belajar, tanggungjawab,kebolehterimaan pelajaran, kekemasan kerja,kesungguhan, inisiatif, kreativiti dan inovatif.

Page 19: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001) dalam

kajiannya, mengkaji perbandingan persepsi guru

lelaki dan guru perempuan terhadap pelajar lelaki

dan pelajar perempuan yang mempengaruhi

pencapaian kedua-dua jantina pelajar.

Page 20: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Hasil kajian menunjukkan bahawa guru lelaki secara

keseluruhannya mempunyai persepsi positif terhadap pelajar

lelaki dan juga pelajar perempuan berbanding guru

perempuan.

•Dengan lain perkataan, guru lelaki tidak mempunyai

persepsi yang berbeza terhadap pelajar lelaki dan

perempuan. Mereka tidak bias dalam melabelkan kebolehan

pelajar, baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan,

berbanding guru perempuan. Keadaan ini turut dikukuhkan

lagi dalam kajian Brophy dan Evertson (1981) dan Bank

(1987).

Page 21: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Guru perempuan pula mempunyai pandangan yang kurang

positif terhadap pelajar lelaki. Keadaan ini boleh

mempengaruhi tingkah laku dan sikap guru terhadap pelajar.

• Menurut Dr. Zalizan lagi, guru perempuan kurang memberi

perhatian kepada pelajar lelaki yang dianggap bermasalah di

dalam kelas. Guru lebih memberi perhatian kepada pelajar

perempuan yang sering mengikut arahan guru dan mudah

untuk dikawal.

Page 22: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus di

dalam kelas, mengganggu rakan lain serta tidak

membuat kerja rumah.

•Guru perempuan akan mengambil tindakan untuk

mengabaikannya sekiranya segala amaran dan

peringatan yang diberikan tidak dihiraukan.

Page 23: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Dengan mengabaikan pelajar lelaki di dalam

kelas, sudah semestinya akan mengganggu

pencapaian mereka dalam Matematik kerana

mereka tidak dapat menguasai pelajaran yang

diajar.

•Maka wujudlah perbezaan pencapaian Matematik

di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Page 24: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

•Berdasarkan apa yang dinyatakan, maka sudah

tentulah amat penting sekali bagi guru-guru

Matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik

darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang

menarik.

•Di samping itu, guru tidak harus bersikap bias

terhadap pelajar lelaki dan pelajar perempuan .

Page 25: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

PENGARUHRAKANSEBAYA

Page 26: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Pelajar dikatakan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang

mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti

dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue &

Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi

oleh rakan sebaya (Brown, 1990) dalam Norawati binti

Hashim(2004).

Page 27: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Pelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-

rakan yang berada di sekeliling mereka seperti rakan sekelas.

Sikap pelajar perempuan yang mementingkan pelajaran,

akan mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk

sama-sama mementingkan pelajaran.

Page 28: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan

akan belajar bersama dan berkongsi pendapat sekiranya

terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini,

pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari

dan mendapat pencapaian yang lebih baik.

Page 29: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan

dengan rakan yang lebih tua. Pergaulan sosial yang

melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-

macam lagi mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu

sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding mengulangi

pelajaran.

Page 30: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri

dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya.

Disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak minat

untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai

pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang

diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian

mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.

Page 31: Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina

TERIMA KASIH