16
KAEDAH MUDAH iNGAT KONSEP M.i.K

Kaedah mudah mengingat konsep

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kaedah mudah mengingat konsep

Citation preview

Page 1: Kaedah mudah mengingat konsep

KAEDAH MUDAH iNGAT

KONSEP

M.i.K

Page 2: Kaedah mudah mengingat konsep

M.i.K

ABC, ABS, ABK dan ACC.

Page 3: Kaedah mudah mengingat konsep

A.B.C(Aku Budak

Comey)

• A – Apa?• B – Bagaimana?• C – contoh

Page 4: Kaedah mudah mengingat konsep

Contoh ABC

Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia.

• Luluhawa kimia bermaksud proses pereputan dan penyepaian batuan di sesuatu tempat secara insitu oleh agen-agen atmosfera seperti hujan, suhu dan matahari contoh proses larutan, pengoksidan dan pengkarbonan.

Huraiannya,• Apa : proses pereputan dan penyepaian

batuan di sesuatu tempat.• Bagaimana : secara insitu oleh agen-agen atmosfera

seperti hujan, suhu dan matahari.• Contoh : proses larutan, pengoksidan dan

pengkarbonan.

Page 5: Kaedah mudah mengingat konsep

A.B.S(Aku Boleh Segalanya)

• A – APA?• B - BAGAIMANA?• S - SEBAB

Page 6: Kaedah mudah mengingat konsep

A.B.S Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu.• Jerebu bermaksud partikel

terampai di atmosfera dalam ketebalan yang tinggi. Partikal terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan. Disebabkan aktiviti manusia dan faktor semula jadi seperti aktiviti perkilangan dan letusan gunung berapi.

• Huraiannya?

Page 7: Kaedah mudah mengingat konsep

ABK

(Aku Bukanlah Kambing)

• A – APA?• B – BAGAIMANA?• K - KESAN

Page 8: Kaedah mudah mengingat konsep

ABK• Apakah yang anda tahu berkaitan dengan

putaran bumi?• Putaran bumi bermaksud

bumi berputar pada paksinya sendiri dengan kecondongan 23 ½ ° daripada satah tegak dari barat ke timur selama 23 jam 56 minit bagi satu pusingan 360 ° dengan kelajuan 1700 km/jam di khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar. Akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon waktu dan fajar dan senja.

• Huraiannya,

Page 9: Kaedah mudah mengingat konsep

ACC(Aku Cari Cita)

• A – APA?• C – CIRI• C - CONTOH

Page 10: Kaedah mudah mengingat konsep

ACC• : Apakah yang dimaksudkan dengan bandaraya

global.

 

Bandaraya global bermaksud bandar yang menempatkan pelbagai aktivti ekonomi yang bertaraf global, pusat pasaran saham sedunia,pusat kewangan dunia,persidangan antarabangsa,mercu tanda global,contohnya London, Tokyo, NewYork dan Paris.

Huraiannya,• Apa : bandar yang menempatkan pelbagai

aktivti ekonomi bertaraf global.• Ciri : pusat pasaran saham sedunia,pusat

kewangan dunia,persidangan • antarabangsa,mercu tanda global.• Contoh : contohnya London, Tokyo, New York

dan Paris

Page 11: Kaedah mudah mengingat konsep

BILA MASA NAK GUNAKAN ABC, ABS, ACC @ ABK?

Page 12: Kaedah mudah mengingat konsep

A B C

• ABC, secara mudah amat sesuai digunakan untuk soalan konsep yang melibatkan soalan berkaitan proses yang berlaku terhadap sesuau kejadian atau perkara . Misalnya pada contoh di atas melibatkan proses luluhawa kimia, pergerakan jirim dan bandar raya global.

Page 13: Kaedah mudah mengingat konsep

A B S

Manakala ABS pula merupakan kejadian atau fenomena yang melibatkan berlakunya campur tangan aktiviti manusia, kebanyakannya berpunca daripada aktiviti manusia dan sedikit sebanyak juga berpunca daripada faktor semula jadi.Misalnya fenomena jerebu dan pulau haba serta pembangunan

Page 14: Kaedah mudah mengingat konsep

A B K

Manakala, ABK amat sesuai untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kejadian atau bahan semula jadi dan membawa kesan kepada manusia di bumi dalam melakukan aktiviti bagi meneruskan kelangsungan hidup. Contoh kejadian putaran bumi, peredaran bumi dan sumber alam.

Page 15: Kaedah mudah mengingat konsep

A C C

• Akhir sekali kaedah ACC. Kaedah ini ada keistimewaannya iaitu hanya digunakkan untuk menjawab soalan konsep dalam Geografi kertas 2.

Page 16: Kaedah mudah mengingat konsep

KESIMPULAN

• Calon gagal memjawab mengikut format yang sepatutnya ringkas dan padat . Dengan adanya panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menjawab soalan berbentuk konsep ini dan akan membantu mendapat markah yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Geografi STPM.