46
Kaedah-kaedah dan Teknik- teknik Pengajaran 1. Pembelajaran melalui Permainan Permainan berlaku dalam beberapa bentuk. Peranan utama guru ialah mengubahsuai permainan spontan murid-murid supaya permainan itu mempunyai nilai-nilai pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games). (a)Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat- alat kecil seperti ‘puzzles’, ‘counting rods’ atau ‘peg sets’. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tidak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis

Kaedah teknik-pengajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah teknik-pengajaran

Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik Pengajaran

1. Pembelajaran melalui Permainan

Permainan berlaku dalam beberapa bentuk. Peranan utama guru ialah mengubahsuai permainan spontan murid-murid supaya permainan itu mempunyai nilai-nilai pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games).

(a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti ‘puzzles’, ‘counting rods’ atau ‘peg sets’. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tidak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan.

Page 2: Kaedah teknik-pengajaran

(b) Permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-kegiatan seperti ini membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak-kanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai komponen dramatik dan guru boleh memperbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan.

(c) Permainan dramatik memerlukan murid-murid memain peranan bersama murid-murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan.

Page 3: Kaedah teknik-pengajaran

(d) Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain.

2. Main Peranan

Main peranan menyediakan peluang penerokaan di mana individu dilatih menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan bersama perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan (Shaftel & Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985). Murid-murid main peranan dengan mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko tentang seorang yang lain – berfikir, merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog.

Page 4: Kaedah teknik-pengajaran

Semasa main peranan, murid-murid berperlakuan lain daripada peranan dan tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka mengintikan tingkah laku orang lain. Oleh demikian, mereka adalah kurang egosentrik. Mereka dapat celik akal tentang diri sendiri dan orang lain.

Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah :

(a)mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain;

(b)membantu murid-murid menjelaskan nilai-nilai yang membantu membuat keputusan;

(c) membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan;

(d)mengajar murid-murid menyelesaikan masalah;

(e)mengembangkan tabii menimbang ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan murid-murid;

(f) membantu guru mengenalpasti keperluan murid-murid;

(g)mengembangkan kejelikitan kumpulan;(h)mempelajari tingkah laku sosial; dan(i) mengajar murid-murid merasa-berfikir-

melakon.

Page 5: Kaedah teknik-pengajaran

Main peranan ialah satu kaedah yang memerlukan persediaan yang minimal. Cadangan-cadangan berikut akan membantu guru dalam proses merancang main peranan:

(a)Pilih situasi untuk main peranan yang berpusatkan murid-murid yang melibatkan mereka. Sampaikan konfik sebenar yang

dihadapi oleh watak utama Melibatkan lebih daripada satu isu

moral untuk perbincangan Menghasilkan ketidaksetujuan di

antara murid-murid sebagai satu penyelesaian yang sesuai

(b)Guru memutus bahawa situasi hampir sama boleh dimain peranan. Guru mungkin menukar nama-nama dalam situasi main peranan.

(c) Buat keputusan tentang cara memberi taklimat kepada pemain. Taklimat mungkin diberi dengan menyoal pemain dan kelas tentang bentuk peranan tersebut.

Page 6: Kaedah teknik-pengajaran

(d) Menentukan sama ada semua main peranan dijalankan secara kelas atau hanya kumpulan kecil bertanggungjawab atas pemilihan pemain dan taklimat.

Berhenti dan renungkan.

Anda membawa adik balik ke rumah dari sekolah setiap Isnin. Anda fikir adik anda boleh balik ke rumah sendiri tetapi bapa anda tidak setuju. Main peranan perbincangan diantara bapa anda dan anda.

3. Sumbangsaran

Tujuan sumbangsaran ialah menjana seberapa banyak ide yang boleh, tanpa mengira ide tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh demikian, penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan ide sudah dibuat.

Page 7: Kaedah teknik-pengajaran

Berhenti dan renungkan.

Tunjuk seketul batu kepada murid-murid. Sumbangsaran kegunaan batu itu dalam lima minit.

4. Tematik Dalam strategi tematik, Konsep-konsep dari

beberapa mata pelajaran ditimbul dan dihubungkait melalui satu tema.

Unit-unit tematik adalah merentas disiplin dan aktiviti pembelajaran adalah hasil daripada tema (Guillanume, 2000).

Unit tematik juga termasuk pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak, dan membolehkan mereka memilih ahli kumpulan sendiri.

Perbincangan kumpulan kecil boleh menimbulkan perasaan sepunya dan komuniti semasa kanak-kanak berkongsi pendapat.

Page 8: Kaedah teknik-pengajaran

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan:

(a)Pilih tema: Tema perlu luas untuk merangkumi maklumat dari aspek lain tetapi tidaklah terlalu luas. Minat kanak-kanak perlu diutamakan.

(b)Hasilkan satu jaringan rancangan: Sumbangsaran demi menghasilkan sebuah carta – sebuah peta semantik – yang meneroka tema-tema yang sesuai.

Page 9: Kaedah teknik-pengajaran

Punca: Sample Planning Web (Modified from Guillaume, 2000: 30)

Rajah 3: Sampel Jaringan Rancangan

Jaringan di atas tidak termasuk perkara tradisional seperti Matematik atau Kajian Sosial. Jaringan ini harus diasingkan dari pemikiran yang tradisional. Jaringan bersama rakan-rakan menghasilkan pemikiran divergen.

Komuniti

Manusia wujud bersama-sama

Sepanjang sejarah

Bagaimana mereka sedang berubah?

Komuniti biologikal

DahuluMengkaji contoh-contoh karya sejarah

Binatang wujud sesamaSistem

sokongan berbeza

Teknologi maklumat mempengaruhi komuniti

Kini: Komuniti kami

Keluarga berbeza

Page 10: Kaedah teknik-pengajaran

(c) Pilih resos: Semasa merancang, masukkan banyak resos seperti kesenian, kesusasteraan, rujukan bacaan, teknologi dan resos komuniti.

(d) Merancang kegiatan-kegiatan: Pilih atau reka kegiatan-kegiatan berkaitan dengan tema, resos yang banyak dan menggalakkan murid-murid ke arah matlamat pembelajaran. Beri peluang kepada murid-murid untuk memilih aktiviti pembelajaran mereka.

5. Integrasi Kaedah pengajaran integrasi adalah satu

cara mengorganisasi program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasaskan fungsinya.

Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seseorang kanak-kanak.

Page 11: Kaedah teknik-pengajaran

Kaedah ini hampir sama dengan kaedah mengajar mengikut unit dan berkait rapat dengan kaedah inkuiri – berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas.

Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah. Apabila guru menggunakan kaedah pengajaran integrasi, seluruh bilik darjah harus dirancang menurut falsafah kaedah mengajar ini.

Tujuan kaedah pengajaran integrasi adalah:

(a)mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari;

(b)membantu murid-murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah salingkait dan bukan unit-unit tersendiri;

(c) menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik; dan

(d)mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

Page 12: Kaedah teknik-pengajaran

Peranan guru dalam kaedah pengajaran integrasi adalah:

(a)Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran dimana murid-murid boleh melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, keperluan, kebolehan, personaliti dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

(b)Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif.

(c) Menyediakan bahan-bahan permainan sesuai untuk membina, mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.

(d)Belajar bersama murid-murid.

(Source: Jarolimek, J.J. & Foster, C.D. (1993). Teaching and learning in the elementary school. 5th Edition. New York: Macmillan Pub. Co.)

Page 13: Kaedah teknik-pengajaran

6. Bercerita Aktiviti bercerita boleh mempromosikan

minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.

Aktiviti bercerita dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca.

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita:

(a) Sebelum bercerita:

i. Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya murid-murid boleh duduk mengeliling pencerita.

ii. Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut:

Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid

Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan

Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara

Page 14: Kaedah teknik-pengajaran

Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada murid-murid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita

Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.

iii. Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus

Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu

Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam.

(b) Semasa bercerita:

i. Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut;

ii. Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; daniii. Pencerita harus bertentangan mata (eye

contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

Page 15: Kaedah teknik-pengajaran

(c) Selepas sesi bercerita:

i. Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; danii. Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar.

7. Memudahcara (termasuk kemahiran fasilitator)

Seseorang fasilitator boleh membantu kanak-kanak belajar dengan memberi sokongan dari segi kemahiran belajar dan meningkatkan motivatsi mereka.

Dia boleh menggalakkan komunikasi di kalangan murid-murid, menjawab soalan yang ditanya oleh murid-murid, membantu murid-murid dengan tugasan dan menentukan kemajuan mereka.

Dalam usaha meningkatkan kemahiran belajar murid, fasilitator boleh memberi

Page 16: Kaedah teknik-pengajaran

nasihat tentang pembelajaran, kemahiran belajar dan pengurusan masa, merancang jadual belajar dan menghasilkan rancangan individu.

Dari segi motivasi, fasilitator membolehkan murid-murid rasa selesa semasa berkomunikasi dengannya, mengingatkan murid-murid bahawa mereka tidak belajar berseorangan, menggalakkan murid-murid berkomunikasi di samping memberi sokongan, membentuk kumpulan belajar, mencari bahan pembelajaran tambahan, mengguna bahan dari laman web, perbincangan forum, mel elektronik dan mengingati murid-murid tentang faedah menyiapkan sesuatu pembelajaran.

Dari segi komunikasi, fasilitator mungkin menggalakkan murid-murid menjawab soalan dari kalangan mereka semasa perbincangan atau forum. Dengan ini, murid-murid belajar menerima dan menolak ide secara bijaksana.

8. Perbincangan

Page 17: Kaedah teknik-pengajaran

Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid.

Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, ide atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid.

Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif.

Dalam domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis ide-ide dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.

Dari domain afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau

Page 18: Kaedah teknik-pengajaran

pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan menilai ide-ide murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apapun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

Garispanduan berikut dicadangkan untuk perbincangan:

Ambil kira matlamat perbincangan Pertimbangkan pengalaman dan

perkembangan murid-murid Kaji isu-isu yang terlibat Murid-murid diberi orientasi objektif

perbincangan Sediakan persekitaran yang

menyokongkan Bekalkan maklumat baru atau tepat

apabila perlu Ulang, rumus atau jana pendapat dan

kenyataan kepada satu unit yang bermakna

Terapkan unsur jenaka (Use humour) Garis panduan ini boleh diaplikasikan

kepada kaedah kumpulan dan perbincangan, seperti perbincangan

Page 19: Kaedah teknik-pengajaran

kelas, panel dan perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil.

Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan:

(a) Perbincangan kelas (Whole-class discussion): Guru harus mengendali perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan.

Panel dan perbahasan: Panel, simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam orang ahli

Page 20: Kaedah teknik-pengajaran

berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.

Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan membangkang ide dari kumpulan lain.

Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.

(b) Perbincangan kumpulan kecil: Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid.

Page 21: Kaedah teknik-pengajaran

Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru.

Selain daripada mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepemimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan.

Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil:

Pertama, guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.

Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut.

Page 22: Kaedah teknik-pengajaran

Oleh demikian perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus kepada isi kandungan dan yang kembang berdasarkan topik-topik yang pernah diajar.

Ketiga, guru harus merancang perbincangan yang pendek.

Keempat, murid-murid harus diberi arahan tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan.

9. Inkuiri Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri

menggalakkan murid-murid melibatkan diri

Page 23: Kaedah teknik-pengajaran

dalam proses menemui jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah secara induktif.

Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka menemui makna baru, mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membantu pembelajaran mereka.

Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan murid dan kurang eksplisit berbanding dengan kaedah yang lain.

Kaedah inkuiri merupakan penemuan berpandu. Satu kebaikan kaedah ini ialah isi kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama.

Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah hampir sama dengan pemikiran reflektif John Dewey. Langkah-langkah ini termasuk (i) mengenalpasti dan menjelaskan permasalahan. (ii) membentuk hipotesis (iii) mengumpul data (iv) menganalisis dan menginterpret data untuk menguji hipotesis, dan (v) merumus.

10. Demonstrasi

Page 24: Kaedah teknik-pengajaran

Kuliah memerlukan pelajar mendengar, demontrasi memerlukan pelajar memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara langsung dari guru kepada murid. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan ide.

Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi.

Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan daripada murid-murid.

Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.

Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.

Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam

Page 25: Kaedah teknik-pengajaran

sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.

Untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian, tanya dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.

1.5.11 Penyelesaian Masalah [Theory of Constraint (TOC)]

Page 26: Kaedah teknik-pengajaran

Teori Konstrain (TOC) boleh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh digabungkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheren dan mengubah sistem pengurusan.

Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mereflek kefahaman sesuatu situasi.

Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense dan juga memudahkan komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam penyelesaian ini.

Untuk meletakkan alat-alat dalam kontek, mereka mesti menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif bertujuan memastikan:

(a) Apa yang perlu diubah: Penilaian situasi, perihalan tentang realiti semasa, dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian-andaian yang menyokongnya – diagnosis

(b) Apa yang perlu diubah kepada: Visi / penyelesaian diverbalisasikan dan strategi

Page 27: Kaedah teknik-pengajaran

diperihalkan supaya mencapai status yang diingini -- preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian

(c) Bagaimana perubahan boleh dilakukan: Perkembangan rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa yang perlu berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi strategi – merancang, membina kumpulan

Bila-bila masa sesuatu masalah ditemui, penyelesaian selalunya dikait kepada satu atau lebih daripada tiga tujuan yang tersebut di atas.

(Punca: http://www.toceducationalforall.com)

Layari laman web di atas untuk mendapatkan maklumat tambahan.

12. Pembelajaran Masteri

Page 28: Kaedah teknik-pengajaran

Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran individu. Pembelajaran ini menggunakan kurikulum yang berstruktur yang dibahagikan kepada set-set pengetahuan dan kemahiran yang kecil.

Pembelajaran ini direka untuk memastikan semua murid mencapai objektif-objektif pembelajaran dan memberi setiap murid masa untuk mencapainya.

Model Masteri menjaminkan kebanyakan murid akan mencapai taraf kecekapan kerana masa pembelajaran adalah fleksibel.

Setiap murid menerima arahan, amalan dan maklumbalas.

Pembelajaran Masteri melibatkan arahan kumpulan yang tradisional dan pengayaan dan pemulihan yang individu.

Guru mendiagnos kebolehan murid-murid dan mencadangkan kegiatan-kegitan individu yang sesuai.

Pembelajaran Masteri dikemukakan oleh Bloom (1976, dalam Burden & Byrd).

Page 29: Kaedah teknik-pengajaran

Pembelajaran Masteri menekankan (a) masa yang fleksibel dan berstruktur dengan isi kandungan (b) diagnostik / pengajaran preskriptif, dan (c) penghabisan semua objektif oleh murid-murid.

Pengajaran dan masa adalah dua bahagian yang penting dalam pembelajaran masteri.

Guru yang menggunakan pembelajaran masteri dikehendaki mengorganisasi pengajaran dalam satu bentuk yang tepat.

Ia menyampai maklumat dan kemahairan menurut suatu corak, menentukan kemajuan murid-murid, memberi maklumbalas kepada murid-murid, membantu murid-murid mengatasi masalah melalui bimbingan dan kerja tambahan.

Ia juga membekalkan pengayaan kepada mereka yang dapat belajar dengan cepat.

Pembelajaran Masteri memerlukan rancangan yang luas, organsisasi dan penilaian diagnostik dari guru.

Page 30: Kaedah teknik-pengajaran

Tugasan dan kegiatan alternatif mesti disediakan atau direkabentuk oleh guru untuk memenuhi keperluan individu murid-murid.

Berhenti dan renungkan.

Untuk memastikan pengajaran yang berkesan, guru-guru harus mengaplikasikan strategi-strategi yang berbeza-beza semasa mengajar kepada kumpulan yang berlainan. Apakah sebabnya?

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis.

Bahan Bacaan Asas

Page 31: Kaedah teknik-pengajaran

Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.

Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications.

1.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran yang Berkesan

Pembolehubah Konteks

Ciri-ciri guruMisalnya: jantina, umur, pengalaman, kelas sosial, latihan, personaliti

Ciri-ciri muridMisalnya: umur, kebolehan, nilai, personaliti, kelas sosial

Ciri-ciri kelasMisalnya: saiz, jarak kebolehan, kelas sosial

Ciri-ciri subjek Misalnya: isi kandunganr, taraf kesusahan, minat

Ciri-ciri sekolahMisalnya: saiz, bangunan kemudahan, ethos, peraturan disiplin, kemasukan murid-murid berkebolehan tinggi

Pembolehubah Proses

Persepsi, dan Persepsi Strategi Strategi,Tingkahlaku Tingkah lakuGuru Murid-murid Ciri-ciri tugas & Aktiviti-aktiviti pemebalajran

Page 32: Kaedah teknik-pengajaran

Punca: Kyriacou, C. (1986). Effective teaching in schools. England: Basil Blackwell Ltd. Pg. 10, Figure 1.

Rajah 4: Rangka Asas untuk Pemikiran tentang Pengajaran yang Berkesan

(a) Pembolehubah konteks merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan pembelajaran, biasanya dalam bilik darjah. Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan

Pembolehubah Produk

Jangka pendek / Jangka panjang

Hasil Kognitif/ Afektif, PendidikanMisalnya: perubahan dalam sikap murid-murid terhadap sekolah atau mata pelajaran; kemajuan dalam pencapaian tara; tahap konsep kendiri bertambah; kejayaan dalam peperiksaan awam; autonomi murid-murid bertambah

Page 33: Kaedah teknik-pengajaran

ciri-ciri guru (misalnya jantina, pengalaman); ciri-ciri murid-murid (misalnya umur, personaliti); ciri-ciri kelas (misalnya saiz, kelas sosial); ciri-ciri subjek (misalnya minat); ciri-ciri sekolah (misalnya ethos, kemudahan); ciri-ciri komuniti (misalnya lokasi geografi); dan ciri-ciri keadaan (misalnya sesi akademik).

(b) Pembolehubah proses merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan tingkah laku guru (misalnya minat, ganjaran, pengurusan kelas, teknik disiplin) dan tingkah laku murid-murid (misalnya strategi pembelajaran murid-murid, penglibatan murid-murid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti bilik darjah.

(c) Pembolehubah produk merujuk kepada hasil pendidikan seperti kemahiran dan pengetahuan, motivasi, minat dalam mata pelajaran dan perkembangan sosial yang telah bertambah baik.

Berhenti dan renungkan.

Page 34: Kaedah teknik-pengajaran

Berdasarkan pengalaman mengajar anda, perihal secara ringkas tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan.