9
Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah Hairunizad Haron, SKBU2 TEKNIK ‘SPAD’ BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN OPERASI BAHAGI NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT Oleh HAIRUNIZAD BIN HARON SK BANDAR UDA (2) ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membahagi sebarang nombor dengan nombor dua digit. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang pelajar daripada tahun 5 Zamrud di SK Bandar UDA (2), Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah ini telah dijalankan dengan menganalisis latihan dalam buku kerja dan jawapan ujian bulanan kedua. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar didapati belum menguasai kemahiran yang berkaitan. Teknik ‘SPAD’ (Split and Add) diperkenalkan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pelajar menguasai kemahiran yang dinyatakan. Modul pembelajaran menggunakan SPAD Board dan beberapa siri ujian pos dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran yang perlu dibuat oleh setiap pelajar di akhir setiap sesi pembelajaran. Sebanyak 3 sesi pengajaran dan pembelajaran khusus mengenai teknik SPAD telah dijalankan dan didapati teknik yang diajar telah membantu pelajar meningkatkan kemahiran membahagi sebarang nombor dengan nombor dua digit. Tindakan tersebut juga membantu mengekalkan dan meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran kemahiran membahagi. Ini ditunjukkan dengan penglibatan aktif pelajar dalam pertandingan kuiz yang melibatkan penggunaan teknik SPAD secara minda. Di samping itu, tahap penguasaan dan kefahaman pelajar dalam lain-lain tajuk juga menunjukkan peningkatan kerana kemahiran ini digunakan dalam kebanyakan topik matematik. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Saya merupakan guru lepasan KPLI yang baru ditempatkan di sekolah ini dan ini merupakan sekolah pertama perkhidmatan saya sebagai seorang guru. Di sekolah ini saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Matematik dan Muzik bagi pelajar tahun 5. Berdasarkan pengalaman semasa menjalani praktikal, saya berasa tugas ini agak mencabar kerana pelajar-pelajar pada tahun 5 ini sudah mula perlu menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran bagi menghadapi UPSR pada tahun depan. Namun, sememangnya saya sukakan cabaran dan pengalaman yang baru. Saya bertekad akan melaksanakan amanah yang diberi ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Saya mengajar 3 kelas subjek matematik iaitu kelas 5 Nilam, 5 Mutiara dan 5 Zamrud. Antara ketiga-tiga kelas ini saya mendapati pelajar-pelajar di Tahun 5 Zamrud agak lemah dalam pemahaman konsep dan aplikasi kemahiran Matematik yang diajar. Walaupun terdapat juga masalah yang sama pada kelas 5 Nilam dan Mutiara, namun bilangannya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kelas 5 Zamrud. Namun begitu, dalam pengamatan saya, pelajar di kelas ini bukanlah bermasalah dalam bidang pembelajaran tetapi lemah penguasaannya berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Mereka sebenarnya mempunyai potensi yang boleh dikembangkan cuma pendekatan dan kaedah yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap mereka. Justeru, berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar, satu pendekatan yang proaktif perlu dilaksanakan. Kaedah dan pendekatan tersebut perlu lebih sistematik dalam menyelesaikan masalah matematik sebegini dan dapat digunakan bagi tujuan peperiksaan tetapi juga untuk manfaat pelajar sendiri apabila melangkah ke alam sekolah menengah. Kaedah yang diperkenalkan kepada mereka ini perlulah mudah, senang difahami dan mudah dilaksanakan bersesuaian dengan tahap mereka serta mengaplikasikan kemahiran-kemahiran sedia ada yang telah mereka kuasai seperti penambahan dan pendaraban mudah dalam bidang matematik.

Kajian bahagi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Hairunizad Haron, SKBU2

TEKNIK ‘SPAD’ BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN OPERASI BAHAGI NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT

Oleh

HAIRUNIZAD BIN HARON

SK BANDAR UDA (2)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membahagi sebarang nombor dengan nombor dua digit. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang pelajar daripada tahun 5 Zamrud di SK Bandar UDA (2), Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah ini telah dijalankan dengan menganalisis latihan dalam buku kerja dan jawapan ujian bulanan kedua. Berdasarkan analisis tersebut, pelajar didapati belum menguasai kemahiran yang berkaitan. Teknik ‘SPAD’ (Split and Add) diperkenalkan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pelajar menguasai kemahiran yang dinyatakan. Modul pembelajaran menggunakan SPAD Board dan beberapa siri ujian pos dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran yang perlu dibuat oleh setiap pelajar di akhir setiap sesi pembelajaran. Sebanyak 3 sesi pengajaran dan pembelajaran khusus mengenai teknik SPAD telah dijalankan dan didapati teknik yang diajar telah membantu pelajar meningkatkan kemahiran membahagi sebarang nombor dengan nombor dua digit. Tindakan tersebut juga membantu mengekalkan dan meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran kemahiran membahagi. Ini ditunjukkan dengan penglibatan aktif pelajar dalam pertandingan kuiz yang melibatkan penggunaan teknik SPAD secara minda. Di samping itu, tahap penguasaan dan kefahaman pelajar dalam lain-lain tajuk juga menunjukkan peningkatan kerana kemahiran ini digunakan dalam kebanyakan topik matematik.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan guru lepasan KPLI yang baru ditempatkan di sekolah ini dan ini merupakan sekolah pertama perkhidmatan saya sebagai seorang guru. Di sekolah ini saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Matematik dan Muzik bagi pelajar tahun 5. Berdasarkan pengalaman semasa menjalani praktikal, saya berasa tugas ini agak mencabar kerana pelajar-pelajar pada tahun 5 ini sudah mula perlu menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran bagi menghadapi UPSR pada tahun depan. Namun, sememangnya saya sukakan cabaran dan pengalaman yang baru. Saya bertekad akan melaksanakan amanah yang diberi ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Saya mengajar 3 kelas subjek matematik iaitu kelas 5 Nilam, 5 Mutiara dan 5 Zamrud. Antara ketiga-tiga kelas ini saya mendapati pelajar-pelajar di Tahun 5 Zamrud agak lemah dalam pemahaman konsep dan aplikasi kemahiran Matematik yang diajar. Walaupun terdapat juga masalah yang sama pada kelas 5 Nilam dan Mutiara, namun bilangannya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kelas 5 Zamrud. Namun begitu, dalam pengamatan saya, pelajar di kelas ini bukanlah bermasalah dalam bidang pembelajaran tetapi lemah penguasaannya berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Mereka sebenarnya mempunyai potensi yang boleh dikembangkan cuma pendekatan dan kaedah yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap mereka. Justeru, berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar, satu pendekatan yang proaktif perlu dilaksanakan. Kaedah dan pendekatan tersebut perlu lebih sistematik dalam menyelesaikan masalah matematik sebegini dan dapat digunakan bagi tujuan peperiksaan tetapi juga untuk manfaat pelajar sendiri apabila melangkah ke alam sekolah menengah. Kaedah yang diperkenalkan kepada mereka ini perlulah mudah, senang difahami dan mudah dilaksanakan bersesuaian dengan tahap mereka serta mengaplikasikan kemahiran-kemahiran sedia ada yang telah mereka kuasai seperti penambahan dan pendaraban mudah dalam bidang matematik.

Page 2: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

1

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini memfokuskan kepada mencari kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk diperkenalkan dan diamalkan oleh pelajar tahun 5 Zamrud dan dapat membantu dalam mengenalpasti punca sebenar masalah pelajar dalam topik ini serta kemahiran-kemahiran dalam Matematik yang telah dikuasai oleh mereka. Walaupun punca masalah ini telah dikenalpasti oleh saya melalui pemerhatian, namun saya memerlukan data yang kukuh serta kepastian dalam hal ini. Dengan usaha yang dilakukan ini diharap pelajar dapat memantapkan kemahiran mereka dalam melaksanakan operasi asas dalam matematik, membina keyakinan dalam menjawab soalan dan membantu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan serta dapat meningkatkan GNP sekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada akhir Kajian Tindakan ini, pelajar-pelajar akan mencapai objektif-objektif berikut: 3.1 Objektif Am

Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan operasi bahagi sebarang nombor dengan angka dua digit.

3.2 Objektif Khusus

- Membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah pembahagian nombor bulat hingga 1 000 000 dengan nombor dua digit.

- Meningkatkan tahap keyakinan pelajar seterusnya dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul menggunakan teknik dan kaedah yang diperkenalkan.

- Membantu guru dalam menguasai kaedah pengajaran pembahagian nombor bulat dengan angka dua digit.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian Tindakan ini melibatkan 10 orang pelajar daripada Tahun 5 Zamrud yang terdiri

daripada 6 orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Pemilihan sampel berdasarkan latihan dalam buku kerja dan keputusan ujian bulanan kedua serta melalui ujian pra.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah Kajian awal dilaksanakan untuk mengenalpasti kumpulan sasaran bagi tujuan perlaksanaan kajian tindakan ini. Ini adalah untuk melihat sejauh manakah keberkesanan dan kebolehpercayaan tindakan yang dilaksanakan oleh guru berjaya menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar.

5.1.1 Pemerhatian Pemerhatian bagi mengenalpasti kumpulan sasaran ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:

a) Pemerhatian latihan dalam buku kerja dan buku latihan; b) Analisis Jawapan Ujian Bulanan Kedua.

5.1.2 Ujian Pra Ujian pra terhadap semua pelajar di dalam kelas ini telah dijalankan terhadap

35 orang pelajar. Ujian ini terdiri daripada 6 soalan dalam subtopik yang dikaji. Hasil keputusan daripada ujian pra ini telah digunakan sebagai dokumen kawalan bagi melihat keberkesanan teknik yang diperkenalkan. (Sila Lihat LAMPIRAN 2 – SOALAN UJIAN PRA).

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap latihan dalam buku kerja dan buku

latihan, masalah ini adalah berpunca daripada pelajar yang tidak menghafal sifir 1 hingga 12. Justeru, semasa melakukan operasi bahagi dengan nombor dua digit, pelajar sukar mencari

Page 3: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

2

digit yang sesuai untuk dibahagi. Walaupun ada di antara pelajar tidak mempunyai masalah dalam pendaraban dengan nombor dua digit, pelajar masih lagi gagal membuat anggaran. Kebanyakan pelajar menyediakan jadual darab nombor dua digit tersebut dengan nombor 2 hingga 9 (kaedah menambah) sebelum menyelesaikan masalah matematik yang diberi. Kaedah ini memerlukan masa yang panjang.

Berdasarkan pemerhatian jawapan bagi soalan ujian bulanan kedua (Kertas 1),

terdapat 3 soalan berkaitan dengan pembahagian nombor bulat dengan nombor dua digit. (Sila Lihat LAMPIRAN 1 - KERTAS 1 UJIAN BULANAN 2). Dapatan menunjukkan terdapat 10 orang pelajar dari kelas 5 Zamrud yang terdiri daripada 6 orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki telah memberi jawapan salah bagi ketiga-tiga soalan. Berikut pula adalah analisis tinjauan berdasarkan hasil keputusan ujian pra yang dilaksanakan bagi menyokong dapatan pemerhatian yang dilaksanakan;

JADUAL 1 : Keputusan Ujian Pra

Bilangan Jawapan Betul Bilangan Pelajar

SEMUA 5

5 DARIPADA 6 4

4 DARIPADA 6 9

3 DARIPADA 6 7

2 DARIPADA 6 -

1 DARIPADA 6 2

TIADA 8

Berdasarkan dapatan tersebut didapati hanya 10 orang pelajar menjawab dengan betul satu soalan sahaja atau tiada. Bagi tujuan kajian tindakan, 10 orang pelajar ini sahaja akan diambil bagi tujuan penyelidikan keberkesanan kaedah ‘SPAD’ yang akan diperkenalkan kepada mereka.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

10 orang pelajar yang telah dikenalpasti tadi diasingkan dalam makmal komputer untuk pengenalan kepada teknik ‘SPAD’. Ini adalah untuk memastikan tahap penerimaan yang maksimum oleh pelajar dapat dicapai hasil daripada suasana pembelajaran yang ideal.

5.3.1 Teknik ‘SPAD’

� Gabungan daripada perkataan ‘Split’ dan ‘Add’. � Aplikasi Teknik

Langkah 1 : Cerakinkan angka dua digit yang diberi. Contoh soalan : Cari baki setelah 8 996 dibahagi dengan 13.

- Cerakinkan nombor 13 kepada tempat puluh dan sa. Puluh Sa

10 3

Langkah 2 : Untuk mendapatkan hasil darab 13 dengan nombor 2 hingga 9,

darabkan nombor yang dicerakinkan dengan nombor yang dikehendaki.

Contoh : 13 X 7

� Contoh Aplikasi Teknik

Puluh Sa

10 3

X 7

70 21 Hasil = 91

Tambahkan

Page 4: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

3

Contoh soalan : Cari baki setelah 8 996 dibahagi dengan 13. Untuk mencari penyelesaian, pelajar perlu mendarab nombor 13 dengan digit-digit antara 1 hingga 9. Kaedah SPAD boleh digunakan sebagaimana berikut :-

13 = 10 + 3 ………………..

JADUAL 2 : Jadual Pendaraban Dengan Teknik SPAD

X (Darab Dengan) 10 3 13 (Tambah)

2 20 6 26

3 30 9 39

4 40 12 52

5 50 15 65

6 60 18 78

7 70 21 91

8 80 24 104

9 90 27 117

Dengan berpandukan jadual sifir yang dibina pelajar akan mendapat jawapan

692. Penggunaan kaedah SPAD dalam pengiraan akan mengurangkan kesilapan ketika operasi pendaraban. Dengan penggunaan kaedah ini juga membolehkan pelajar membuat pengiraan di dalam minda sekaligus menjimatkan masa dalam menjawab soalan.

� Berdasarkan contoh aplikasi teknik diatas, terdapat dua kaedah dalam perlaksanaan

teknik ‘SPAD’ ini.

Kaedah Anggaran � Menggunakan kemahiran pembundaran, anggaran, pendaraban dan

penambahan bagi menganggar nombor yang perlu didarabkan dengan nombor dua digit.

� Gunakan kaedah ‘SPAD’ untuk mengira cepat hasil darab atau mencongak hasil darab.

Kaedah Jadual � Menggunakan kemahiran menambah dan menghafal sifir untuk

menyenaraikan hasil darab digit pertama dan kedua, � Dengan penyenaraian jadual sifir darab, proses penganggaran nombor

bulat yang diperlukan menjadi mudah dan tepat. � Dalam kaedah ini, kemahiran pembundaran tidak digunakan,

sebaliknya kaedah ‘SPAD’ digunakan secara terus (membina jadual sifir).

� Penggunaan ‘SPAD BOARD’ sebagai alat bantu mengajar.

� Kumpulan pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang sama banyak (5 orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan akan diajar dengan menggunakan kaedah yang berlainan dalam teknik ‘SPAD’.

� Ujian penilaian akan dibuat bagi melihat sama ada teknik ‘SPAD’ ini berkesan dan

kaedah mana yang memberikan hasil terbaik dan mudah diaplikasikan oleh pelajar.

5.3.2 Alat Bantu Mengajar – “SPAD BOARD” Penggunaan SPAD Board adalah untuk memudahkan penerangan teknik membina jadual sifir menggunakan teknik SPAD (Kaedah Jadual). Gambarajah dibawah menunjukkan SPAD Board yang telah dibina:

+

Page 5: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

4

GAMBARAJAH 1 : ‘SPAD BOARD’

Berikut adalah langkah-langkah dalam menggunakan SPAD Board; Langkah 1 – Tuliskan nombor dua digit dalam ruangan number. Langkah 2 – Senaraikan hasil darab digit pertama dengan 1 hingga 9 dalam lajur ‘1

st

Digit’. Langkah 3 – Darabkan nombor dalam lajur ‘1

st Digit’ dengan 10 dan tuliskan dalam

lajur ‘X 10’. Langkah 4 - Senaraikan hasil darab digit kedua dengan 1 hingga 9 dalam lajur ‘2

nd

Digit’. Langkah 5 – Tambahkan nombor dalam lajur ‘X 10’ dengan ‘2

nd Digit’ dan tuliskan

hasilnya di lajur ‘ADD’.

Berdasarkan penerangan mengenai penggunaan SPAD Board di atas, gambarajah berikut menunjukkan contoh jadual sifir yang telah dibina menggunakan SPAD Board bagi sifir 57.

GAMBARAJAH 2 : Contoh Penggunaan ‘SPAD BOARD’

Ruangan bagi

nombor dua digit.

Ruangan bagi sifir

digit pertama

Ruangan bagi sifir

digit kedua

Ruangan bagi hasil

darab digit pertama

dengan 10

Hasil Tambah

Ruangan Kuning

Page 6: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

5

5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian

5.4.1 Aktiviti 1 (Pengenalan Teknik Pusingan Pertama) Kumpulan pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang sama banyak (5

orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan akan diajar dengan menggunakan kaedah yang berlainan dalam teknik ‘SPAD’ (Kumpulan 1 – Kaedah Anggaran ; Kumpulan 2 – Kaedah Jadual). Pemerhatian Aktiviti 1

Ujian Pos 1 telah dijalankan bagi melihat kaedah yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar. Ujian Pos 1 ini terdiri daripada 4 soalan subjektif untuk melihat implementasi kaedah yang telah diajar kepada pelajar. (Sila Lihat LAMPIRAN 3 – SOALAN UJIAN POS 1) Keputusan Ujian Pos 1 adalah seperti berikut :

JADUAL 3 : Keputusan Ujian Pos 1

Bilangan Jawapan Betul KAEDAH Anggaran KAEDAH Jadual

SEMUA 1 1

3 DARIPADA 4 3 4

2 DARIPADA 4 1 -

1 DARIPADA 4 - -

TIADA - -

Refleksi Aktiviti 1

Berdasarkan keputusaan ujian ini menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan apabila pelajar dapat menjawab sekurangnya 2 daripada 4 soalan dengan betul. Perkembangan positif ini juga membuktikan bahawa kaedah dan teknik yang diperkenalkan sudah mula menunjukkan kesan yang diharapkan serta menepati fokus kajian yang dinyatakan iaitu mencari teknik dan kaedah yang bersesuaian diamalkan oleh pelajar di kelas 5 Zamrud.

Selain itu hasil keputusan ini juga menunjukkan bahawa kaedah jadual dalam

perlaksanaan teknik SPAD menunjukkan potensi sebagai kaedah yang mudah untuk dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun, ini hanya akan dapat dipastikan dalam aktiviti yang berikutnya apabila pelajar diberi kebebasan dalam memilih kaedah yang akan digunakan dalam menjawab soalan.

5.4.2 Aktiviti 2 (Pengenalan Teknik Pusingan Kedua)

Aktiviti yang sama seperti Aktiviti 1 iaitu pengenalan teknik ‘SPAD’. Kaedah yang berlainan daripada aktiviti 1 diajar kepada setiap kumpulan (Kumpulan 1 – Kaedah Jadual ; Kumpulan 2 – Kaedah Anggaran). Dengan pengenalan kedua-dua kaedah perlaksanaan Teknik SPAD ini, pelajar diberi kebebasan memilih teknik yang dirasakan mudah untuk menjawab soalan Pos 2. Pemerhatian Aktiviti 2

Ujian Pos 2 dilaksanakan bagi tujuan untuk menilai setakat mana penerimaan pelajar dan keberkesanan teknik yang diterapkan. Pelajar diberi kebebasan untuk memilih kaedah yang mereka rasakan mudah dilaksanakan berdasarkan kemampuan masing-masing samada Kaedah Anggaran atau Kaedah Jadual.

Ujian ini terdiri daripada 4 soalan subjektif, sama seperti Ujian Pos 1 tetapi

soalannya adalah berbeza. (Sila Lihat LAMPIRAN 4 – SOALAN UJIAN POS 2)

Page 7: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

6

Keputusan Ujian Pos 2 secara keseluruhan adalah seperti berikut :

JADUAL 4 : Keputusan Ujian Pos 2

Bilangan Jawapan Betul Bil. Pelajar

SEMUA 8

3 DARIPADA 4 2

2 DARIPADA 4 -

1 DARIPADA 4 -

TIADA -

Berikut pula adalah analisis mengikut kaedah SPAD yang digunakan oleh

pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik yang diberikan dalam Ujian Pos 2.

JADUAL 5 : Analisis Kaedah SPAD Ujian Pos 2

√ / X K1 K2 √ / X K1 K2 √ / X K1 K2 √ / X K1 K2

Murid 1 √ √ √ √ √ √ √ √

Murid 2 √ √ √ √ √ √ √ √

Murid 3 √ √ √ √ √ √ √ √

Murid 4 √ √ √ √ √ √ √ √

Murid 5 √ √ √ √ √ √ √ √

Murid 6 √ √ √ √ √ √ √ √

Murid 7 √ √ √ √ √ √ √ √

Murid 8 √ √ √ √ √ √ X √

Murid 9 √ √ √ √ √ √ X √

Murid 10 √ √ √ √ √ √ √ √

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4

Refleksi Aktiviti 2

Berdasarkan Ujian Pos 2, 80% pelajar telah berjaya menjawab semua 4 soalan dengan betul manakala selebihnya iaitu 20% menjawab betul 3 daripada 4 soalan. Perkembangan positif ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa teknik yang diperkenalkan adalah merupakan teknik yang bersesuaian dengan pelajar di kelas ini.

Selain itu, berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati Kaedah Jadual lebih digemari oleh pelajar berbanding Kaedah Anggaran. Ini kerana pelajar terutamanya di kelas belakang tidak menguasai kemahiran mengganggar berbanding pelajar kelas hadapan (menganggar adalah kemahiran abstrak). Analisis juga menunjukkan bahawa kebolehpercayaan kaedah jadual adalah lebih tinggi berbanding kaedah anggaran dimana semua pelajar yang menggunakan kaedah jadual dapat menjawab semua soalan dengan betul.

5.5 Refleksi Keseluruhan Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya

mendapati, teknik SPAD yang diperkenalkan kepada pelajar 5 Zamrud merupakan kaedah yang bersesuaian dan tepat dengan kebolehan dan kemahiran yang telah mereka kuasai.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan positif yang

diharapkan apabila pelajar-pelajar ini yang pada mulanya tidak dapat menyelesaikan masalah pendaraban atau pembahagian dengan angka dua digit telah berjaya menjawab 3 soalan dengan betul daripada 4 soalan.

Page 8: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

7

Pada ketika laporan ini ditulis, lebih 50% pelajar saya yang diajar dengan kaedah ini telah benar-benar menguasai teknik SPAD. Ini berdasarkan aktiviti pengayaan seperti kuiz dan pertandingan yang dijalankan menunjukkan pelajar-pelajar tidak menggunakan pensel dan kertas untuk mengira hasil darab seperti 65 x 8, 34 x 5 dan sebagainya. Setiap soalan yang saya lontarkan pasti dapat dijawab dengan betul oleh pelajar-pelajar.

Walaupun ada di antara pelajar tersebut yang mengambil masa untuk mencongak hasil

darab yang diberikan namun jawapan yang diberikan adalah betul. Saya menjalankan perbandingan di antara pelajar yang tidak pernah diajar dengan teknik ini dengan pelajar yang telah diajar dan mendapati bahawa pelajar yang tidak mempelajari teknik ini tidak dapat menjawab sepantas pelajar saya walaupun menggunakan pensel dan kertas untuk mengira. Saya menggunakan kaedah pertandingan seperti ini supaya dapat merangsang minda dan minat para pelajar yang sememangnya suka dicabar dan amat suka menunjukkan kebolehannya.

Sesungguhnya hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan ini benar-benar

memberikan kepuasan kepada diri saya. Hasil daripada kajian tindakan ini juga telah membangkitkan semangat saya untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran Matematik. Saya yakin bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya seperti mana yang telah saya buktikan dalam kajian tindakan ini.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah pelajar memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh kerana itu, perlu dilakukan kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam proses P&P. Sebagai contoh dalam tajuk pecahan perlu ada pendekatan yang lebih mudah difahami terutama bagi melakukan operasi darab, penambahan dan penolakan.

Teknik dan kaedah yang telah diajarkan oleh guru juga boleh diinovasikan dan dijadikan bahan

kajian tindakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza ini. Selain itu, teknik dan kaedah sedia ada boleh diperkembangkan penggunaannya untuk pembelajaran topik lain. Sebagai contoh, kaedah SPAD yang dibincangkan dalam kajian tindakan ini boleh diperluaskan penggunaannya untuk melaksanakan operasi darab sebarang nombor dengan nombor dua angka seperti 4 354 X 23.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya di dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Walau bagaimanapun, penekanan perlu saya berikan kepada operasi asas dahulu iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum mengkaji tajuk-tajuk lain.

Page 9: Kajian bahagi

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

8

BIBLIOGRAFI

1. MOK SOON SANG (2004). A Primary Education Course in Mathematics for Post Graduate Diploma, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

2. L.R Gay, (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Application. Prentice Hall,

Person Education. New Jersey

3. W. George Catheart (2001). Learning Mathematics In Elementary and Middle School. Prentice Hall, Person Education. New Jersey

4. Fisher, (1994). Instruction in High School Classes. Paper presented at annual meeting of American

Education Research Assocation. D.L & Church San Dirgo, CA.

5. Bahagian Pendidikan Guru, (1989). Laporan bersepadu kajian tempatan dan pelaksanaan KBSR oleh Maktab Perguruan Malaysia. Seminar kebangsaan pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. The GCHART Procedure. Retrieved April 10, 2005 from

http://garnet.berkeley.edu/Help/Software/sashtml/gref/