15
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN PENILAIAN BANDAR SAYA (SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN) AMIRA BINTI JAIDI A150211 1

Kemapanan bandar sepang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kemapanan bandar sepang

LMCP1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

PENILAIAN BANDAR SAYA (SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN)

AMIRA BINTI JAIDIA150211

1

Page 2: Kemapanan bandar sepang

• Sepang merupakan sebuah bandar yang kecil dan kurang kawasan pembangunan.

• Setelah Kerajaan Persekutuan memilih Daerah Sepang untuk dijadikan sebagai lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), daerah sepang mula dikenali

• Selain itu juga, penubuhan Litar Antarabangsa Sepang(ISC) turut mempromosikan Daerah Sepang terutama apabila berlaku kejohanan perlumbaan kereta seperti Sukan F1, dan sukan permotoran yang lain.

• Program Homestay “Banghuris” yang dijalankan juga telah memperkenalkan penduduk dalam dan luar negara dengan kehidupan penduduk Daerah Sepang. Mereka diberi peluang untuk tinggal bersama penduduk kampung serta melakukan aktiviti seharian penduduk Banghuris ini.

• Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti penghasilan kerepek dan tempe juga menyumbang kepada pembangunan Daerah Sepang

2

LATAR BELAKANG SEPANG

Page 3: Kemapanan bandar sepang

SKALA PENILAIAN1-2 SANGAT TIDAK MEMUASKAN

3-4 TIDAK MEMUASKAN

5-6 SEDERHANA

7-8 MEMUASKAN

9-10 SANGAT MEMUASKAN

3

SKALA PENILAIAN

Page 4: Kemapanan bandar sepang

1-2 3-4 5-6 7-8 9-101. Rekabentuk bandar √2. Kepelbagaian bio √3. Sampah √4. Eco-Footprint √5. Kawasan hijau √6. Perubahan cuaca √7. Kitar semula √8. Kualiti udara √

4

PENILAIAN ALAM SEKITAR

JENISSKALA

Page 5: Kemapanan bandar sepang

Rekabentuk bandar

Kepelbagaian bio

Sampah

Eco-Footprint

Kawasan hijau

Perubahan cuaca

Kitar semula

Kualiti udara

0

5

10

5

SPIDER WEB ALAM SEKITAR

Page 6: Kemapanan bandar sepang

• Rekabentuk bandar Sepang yang terancang serta rumah-rumah kampung yang dibina tersusun dan teratur. Selain itu, pembinaan taman-taman perumahan yang baru juga membangun secara pesat

• Bagi kepelbagaian bio, kepelbagaian biodiversiti seperti flora dan fauna masih lagi terpelihara. Pantai yang terdapat di bandar Sepang(Pantai Bagan Lalang) yang menjadi tarikan pelancong serta masih lagi terjaga ekosistemnya terutamanya bakau dan hidupan marin yang lain.

• Sampah-sarap di bandar Sepang adalah diuruskan seperti mana daerah yang lain. Pembersihan sampah dilakukan secara berkala dan terancang oleh pihak majlis bandaran

• Eco-Footprint di bandar Sepang adalah sangat memuaskan. Hal ini demikian kerana, tanah-tanah khususnya di kawasan sekitar Bandar Sepang (kampung) banyak digunakan untuk pertanian seperti Ladang Satelit. Sisa kumbahan haiwan peliharaan tersebut banyak yang diproses dan dijadikan baja organik untuk tanaman.

6

Page 7: Kemapanan bandar sepang

• Kawasan hijau di Bandar Sepang masih lagi terpelihara. Di sekitar jalan di bandar Sepang terdapat tanaman pokok kelapa sawit yang masih dipelihara dan dikutip hasilnya sebelum ditanam semula. Pokok-pokok hijau seperti pokok kopi, kelapa, ubi kayu dan pokok bakau masih lagi terpelihara dan indah menghiasi bandar Sepang.

• Perubahan cuaca di Bandar Sepang berlaku mengikut musim. Setiap tahun, daerah Sepang akan menerima Monsun Barat Laut dan Angin Sumetera.

• Bagi proses kitar semua pula adalah baik. Hampir setiap bulan, peraih kitar semula akan datang ke kampung-kampung bagi mengutip bahan kitar semula daripada penduduk kampung.

• Disebabkan oleh Bandar Sepang merupakan bandar yang sedang membangun, kualiti udara masih lagi terpelihara. Sehingga kini, pencemaran udara masih lagi tidak berlaku di Bandar Sepang kecuali jerebu akibat daripada pembakaran terbuka negara jiran. 7

Page 8: Kemapanan bandar sepang

PENILAIAN EKONOMI

JENIS1-2 3-4

PENILAIAN5-6 7-8 9-10

1. Pekerjaan √

2. Pengangkutan √

3. Peluang Perniagaan √

8

Page 9: Kemapanan bandar sepang

1. Pekerjaan

2. Pengangkutan 3. Peluang perniagaan

0

5

10

9

SPIDER WEB EKONOMI

Page 10: Kemapanan bandar sepang

• Ekonomi di bandar Sepang membuka banyak peluang pekerjaan.. Penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1 dan KLIA2) membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan luar terutamanya golongan muda.

• Pengangkutan awam di Bandar Sepang adalah baik. Perkhidmatan bas percuma yang disediakan mengikuti masa yang ditetapkan. Selain itu, perkhidmatan teksi yang juga menambah lahi kemudahan pengangkutan awam. Bagi pekerja kilang, bas disediakan oleh syarikat yang berkenaan.

• Bagi peluang perniagaan terdapat banyak industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diusahakan oleh penduduk setempat terutamanya industri makanan ringan seperti kerepek dan makanan sejuk beku kerana bahan mentah seperti ubi kayu dan keledek mudah untuk diperolehi serta kemudahan pasaran yang luas. 10

Page 11: Kemapanan bandar sepang

PENILAIAN SOSIAL

JENIS1-2 3-4

PENILAIAN5-6 7-8 9-10

1. Pendidikan √

2. Penjagaan Kesihatan √

3. Makanan √

11

Page 12: Kemapanan bandar sepang

1. Pendidikan

2. Penjagaan kesihatan3. Makanan

0

5

10

12

SPIDER WEB SOSIAL

Page 13: Kemapanan bandar sepang

• Dari segi pendidikan, kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan di sekitar Bandar Sepang baik dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Orang Asli dan Sekolah Agama. Jadi skala yang diberi adalah sangat memuaskan iaitu 10. Penduduk di Bandar Sepang mendapat pendidikan yang sangat baik dengan adanya sekolah dan

guru-guru yang berpengetahuan tinggi.

• Penjagaan kesihatan pula adalah memuaskan. Skala yang diberikan adalah 7. Hal ini demikian kerana, di Bandar Sepang masih lagi tiada Hospital Besar yang ditubuhkan. Sekiranya penduduk dimasukkan ke hospital, hospital yang terdekat adalah di Seremban iaitu Hospital Tuanku Jaafar dan di Banting iaitu Hospital Banting. Namun, pusat-pusat kesihatan dan klinik kesihatan serta klinik 1 Malaysia ada ditubuhkan untuk memudahkan penduduk mendapatkan rawatan penjagaan kesihan.

• Bandar Sepang juga terkenal dengan Industri Kecil dan Sederhananya. Jadi tidak hairanlah sekiranya skala yang diberikan adalah sangat memuaskan iaitu 10. Bandar Sepang berdekatan dengan kawasan pantai, jadi makanan laut yang segar sangat mudah diperolehi oleh penduduk dengan harga yang murah. Kawasan Sepang juga terkenal dengan industri Kerepek ubi kayu.

13

Page 14: Kemapanan bandar sepang

• Secara kesimpulannya, Bandar Sepang merupakan bandar yang maju dari segi alam sekitar, ekonomi, dan sosialnya.

• Pembangunan Bandar Sepang yang teratur menjadikan bandar ini sebagai sebuah bandar yang mapan dan teratur.

• Kepelbagaian sumber-sumber yang ada di Bandar Sepang banyak memberi manfaat kepada penduduknya.

• Walaupun keluasan Bandar Sepang ini adalah kecil, namun, pembangunan ekonomi, sosial, dan alam sekitarnya sangat baik dan semakin maju.

14

KESIMPULAN

Page 15: Kemapanan bandar sepang

• Portal Rasmi Majlis Perbandaran Sepang. 2016. www.mpsepang.gov.my>sejarah-sepang. (Capaian pada 28 Oktober 2016).

• Pejabat Daerah/Tanah Sepang-Selangor. 2016. www2.elangor.gov.my/sepang.php. (Capaian pada 28 Oktober 2016)

15

RUJUKAN