Upload
norhafizahabdrahim
View
380
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
KPR 3012SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA
KRITIS DAN KREATIF
PANEL 1NURHAFIZAH BINTI RAZALI
D20121057997SMK. GUNUNG RAPAT, IPOH,
PERAK.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR
SECARA KRITIS DAN KREATIF
Mengapakah kemahiran berfikir perlu diajar?
• Berfikir perlu diajar kerana manusia berfikir tidak sewajar yang mampukan.
• Hal ini dapat dilihat semasa kita membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
• Pemikiran yang baik bergantung kepada pengurusan pemikiran yang baik dan ini mampu dilatih dan dipupuk melalui pendidikan di sekolah.
Kepentingan kemahiran
berfikir
Mengelakkan kesilapan berfikir
Mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan
kreatif
Memupuk dan mewujudkan
pemikiran yang baik dan berkesan
Mengelakkan kesilapan berfikir
• Kita sering melakukan kesilapan semasa berfikir terutama ketika membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah.
• Kesilapan yang sering kita lakukan semasa berfikir adalah kerana berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru.
Fikiran yang terburu-buru
• Berlaku apabila kita bertindak secara tergesa-gesa untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
Fikiran yang sempit
• Berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu dengan lebih luas
Fikiran yang kabur
• Berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan tidak jelas dan tidak menepati objektif yang ditetapkan
Fikiran yang bercelaru
• Berlaku apabila kita tidak merancang dan menyusun idea yang hendak disampaikan dengan sistematik
Mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif
• Pemikiran kritis dan kreatif sangat diperlukan untuk tenaga kerja pada masa hadapan.
• Kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menjadi keperluan bagi kebanyakan pekerjaan.
• Oleh itu, semua pihak seharusnya terlibat dan memainkan peranan yang penting terutama guru sama ada yang sedang mengajar di sekolah ataupun yang masih dalam latihan.
KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan pelajar:
1)Mendapatkan latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
2)Menghasilkan idea yang kreatif
Dalam kehidupan seharian kita mencarinsebab sesuatu berlaku.Contohnya:Pada suatu hari kakak anda yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur belum lagi pulang walaupun jan sudah 8.00 malam. Anda berasa gelisah dan memikirkan kemungkinan sebab keadaan itu berlaku.
3) Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktikal
Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan
• Pemikiran yang baik dapat dilihat dari segi hasilnya adalah seperti berikut:
Kesimpulan yang dibuat adalah lebih dipercayai
Keputusan yang dihasilkan adalah lebih bijak
Perkara yang dikaji dilihat dengan lebih mendalam
• Pemikiran yang baik adalah hasil daripada proses pemikiran yang baik.
• Pelajar perlu dilatih dan mengalami proses yang pelbagai untuk menuju ke arah pemikiran yang baik, berkesan dan tajam.
• Prosesnya adalah seperti berikut:
DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM
Pengetahuan• menguji kebolehan calon mengingat kembali
fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
Kefahaman• Menguji kebolehan calon menterjemah,
memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
• AplikasiPeringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
Analisis• Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat
perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
Sintesis• Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan
atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
Penilaian• Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji
kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Kesimpulan Oleh itu, kemahiran berfikir merupakan kemahiran yang penting dalam sistem pendidikan. Melalui KBKK para pelajar akan sentiasa didedahkan dengan suasana dan situasi yang menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif. Secara tidak langsung kualiti pemikiran mereka juga akan meningkat.
Bilbliografi
Mohd Nasarudin Basar dan Siti Halimah Md. Yassin (2012). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Poh Swee Hiang (2000). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor: Longman Malay Sdn. Bhd.