11
1.0 DEFINISI AGAMA Dari segi bahasa, perkataan agama atau ugama dikatakan berasal daripada terjemahan perkataaan arab iaitu al-Din, al-Syarii’at, al-Thariiqah dan al-Millah (kerana malaikat menyalinnya kepada Nabi kemudian Nabi menyampaikan pula kepada manusia) . Secara umumnya, semua perkataan ini dapat diertikan sebagai suatu peraturan daripada Allah. Oleh yang demikian, setiap peraturan yang bukan berasal daripada Allah tidak boleh digelarkan sebagai agama. Dari sudut istilah pula, para ulamak telah membahagikan takrif agama kepada beberapa pendapat iaitu: I. Prof. K.H.R. Adnan menjelaskan di dalam bukunya, “Tuntutan Iman dan Islam” bahawa agama merupakan suatu peraturan daripada Allah s.w.t. untuk manusia yang berakal bagi mencari keyakinan dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan bersandarkan kepada wahyu Illahi yang terkumpul dalam kitab suci al-Qur’an. II. Syeikh Muhammad Abduh pula mendefinisikan agama sebagai suatu ketetapan Allah yang menjadikan manusia itu berakal beserta ikhtiarnya untuk 1

Keperluan manusia kepada agama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

salah satu daripada topik utama daripada kursus aqidah islam yang bertemakan perbincangan umummengenai peranan dan kepentingan agama kepada manusia..

Citation preview

Page 1: Keperluan manusia kepada agama

1.0 DEFINISI AGAMA

Dari segi bahasa, perkataan agama atau ugama dikatakan berasal daripada terjemahan

perkataaan arab iaitu al-Din, al-Syarii’at, al-Thariiqah dan al-Millah (kerana malaikat

menyalinnya kepada Nabi kemudian Nabi menyampaikan pula kepada manusia) .

Secara umumnya, semua perkataan ini dapat diertikan sebagai suatu peraturan

daripada Allah. Oleh yang demikian, setiap peraturan yang bukan berasal daripada

Allah tidak boleh digelarkan sebagai agama.

Dari sudut istilah pula, para ulamak telah membahagikan takrif agama kepada

beberapa pendapat iaitu:

I. Prof. K.H.R. Adnan menjelaskan di dalam bukunya, “Tuntutan Iman dan

Islam” bahawa agama merupakan suatu peraturan daripada Allah s.w.t.

untuk manusia yang berakal bagi mencari keyakinan dalam mencapai

kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan bersandarkan kepada wahyu

Illahi yang terkumpul dalam kitab suci al-Qur’an.

II. Syeikh Muhammad Abduh pula mendefinisikan agama sebagai suatu

ketetapan Allah yang menjadikan manusia itu berakal beserta ikhtiarnya

untuk mencapai kebaikan di dunia dan kemenangan di akhirat.

(Akhmal Hj. Mohd Zain, 2004: xxii)

Justeru itu, agama dapat dijelaskan sebagai satu peraturan daripada

Allah yang mendorong manusia yang waras supaya memilih segala

perkara baik untuk mendapatkan kebaikan yang abadi.

1

Page 2: Keperluan manusia kepada agama

II.0 JENIS-JENIS AGAMA

Di dalam dunia ini terdapat berbagai agama yang telah wujud semenjak zaman lampau

lagi. Agama-agama tersebut ada yang yang benar dan ada yang salah. Hal ini dapat

difahami melalui firman Allah s.w.t. :

ه� ع�ل�ى �ظ�هر� ي �ح�ق� ل �ه�د�ى و�دين ال ال �ه� ب ول س� س�ل� ر� ر�� "ذى أ ه�و� ال

�ون� رك �م�ش� �ره� ال �و� ك �ه و�ل �ل ۳۳﴿الد�ين ك ﴾

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan rasul-Nya (Muhammad) dengan

petunjuk dan agama yang benar (Islam), untuk dimenangkan dan

ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang

musyrik tidak menyukainya.

(al-Qur’an, 9:33)

Berdasarkan penjelasan ayat di atas, agama dapat dibahagikan kepada dua jenis yang

utama iaitu:

I. Agama Sawawi atau Langit: iaitu segala agama yang bersumberkan

daripada wahyu Allah melaui perantaraan atau perutusan para rasul yang

dikurniakan kitab. Contohnya ialah Agama islam, yahudi dan nasrani.

II. Agama Ciptaan atau Budaya: iaitu segala agama yang dicipta oleh manusia

itu sendiri dan tidak mempunyai sebarang kitab khusus. Agama ciptaan ini

wujud dalam bilangan yang banyak tetapi semuanya tidak diterima oleh

Allah. Sesiapa yang mengikuti agama ini adalah kufur dan akan

ditempatkan di neraka.

( Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 1998:29-31)

Walaupun semua agama samawi adalah bersumberkan wahyu Illahi, namun

disebabkan penyelewengan kitab Taurat dan Injil oleh penganut yahudi dan nasrani,

2

Page 3: Keperluan manusia kepada agama

maka hanya agama Islam sahaja yang diterima di sisi Allah s.w.t. Kenyataan ini jelas

temaktub dalam al-Qur’an:

م� ال� س� �د� الله اإل ن ن" الد�ين� ع ..إMaksudnya: sesungguhnya agama (yang benar dan

diredhai) di sisi Allah adalah islam

(al-Qur’an,3: 19)

3.0 KEPERLUAN MANUSIA KEPADA AGAMA.

Agama merupakan suatu asas dan pegangan yang harus ada pada diri setiap manusia.

Mengenai persoalan mengapa manusia itu memerlukan kepada agama dapat

dijelaskan sebagaimana berikut:

i. Untuk membantu manusia mengetahui tentang hakikat alam. Hal ini

kerana akal dan pancaindera manusia tidak mampu untuk mencapai

perkara-perkara yang berkaitan hakikat alam ini terutamanya alam roh.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 85.

ii. Untuk membantu manusia mengenali hakikat penciptaan dan tujuan

kehidupannya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-

Qur’an yang menyebutkan bahawa tidak diciptakan jin dan manusia

melainkan untuk beribadat kepada-Nya.

iii. Untuk menjelaskan kepada manusia tentang peraturan dan cara hidup

yang mulia. Oleh kerana agama itu sendiri merupakan suatu peraturan

yang terbaik bagi manusia, maka secara tidak langsung ia dapat

memandu akal manusia untuk memilih kebaikan di dunia bagi

mencapai kebahagiaan di akhirat nanti.

3

Page 4: Keperluan manusia kepada agama

iv. Agama juga dapat memelihara fitrah manusia daripada menyeleweng

dan mentakwilkan sesuatu dengan mengikut nafsu semata-mata. Hal

ini kerana fungsi setiap deria dan pancaindera manusia adalah terbatas

dalam mencapai kebenaran yang tepat. Jika tidak dikawal dengan

agama, maka ia cenderung untuk menyeleweng dan melampaui batas.

v. Agama juga dapat menjadikan seorang manusia itu optimis, mengenal

hakikat Allah dan Rasul serta menjadikannya tidak takut kepada

sesuatu yang lain selain daripada Allah s.w.t

vi. Beragama juga merupakan fitrah semulajadi seorang manusia di mana

secara fitrahnya manusia sangat suka memuji sesuatu yang tinggi dan

agung. Dalam masyarakat primitif, mereka akan memuja sesuatu yang

dianggap penting dan mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

Contohnya, mereka memuja pantai , matahari dan sebagainya. Dalam

keadaan lain, manusia akan mula mencari dan mengingati tuhan

apabila terdesak.

Berdasarkan penerangan di atas, maka jelaslah bahawa agama itu merupakan

suatu pegangan yang menjadi keperluan utama dalam diri setiap manusia. Tanpa

pegangan yang sebenar, manusia akan pincang dalam kealpaan dunia. Oleh itu,

manusia perlulah berpegang kepada pegangan yang benar iaitu islam demi

mencapai kebaikan dan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak.

(Muhammad Rabi’ 1998 ; Akhmal 2004; Ab. Latif 2009)

4.0 BOLEHKAH AKAL MENGGANTIKAN AGAMA.

Secara umumnya, akal merupakan suatu asas dan konsep yang menyebabkan seorang

manusia dipertanggungjawabkan dengan taklif serta menjadi syarat seseorang itu

sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa fitrah dan tabiat akal manusia adalah

4

Page 5: Keperluan manusia kepada agama

bersifat positif. Namun, akal tetap tidak dapat menggantikan agama dengan alasan-

alasan tertentu. Antaranya ialah :

i. Kemampuan akal adalah terbatas dan terhad ruang lingkupnya.

ii. Akal hanya mampu untuk meneliti, mengkaji dan memahami perkara

yang zahir dan berkaitan alam nyata sahaja.

iii. Perkara yang berkaitan alam ghaib dan akhlak tidak mampu ditangani

oleh akal manusia melainkan dengan memahaminya melalui wahyu

atau perantaraan rasul. Hal ini jelas terbukti dalam firman Allah s.w.t :

�ى، و�م�آ ب م�ر ر�� وح� من� أ ، ق�ل الر3 وح �ك� ع�ن الر3 �ون �ل ئ �س� و�ي

يال9 ال" ق�ل ا �م �عل �م م�ن� ال يت �ت ۸٥﴿أ ﴾Maksudnya: Dan mereka bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang ruh.

Katakanlah: “Ruh itu dari urusan tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”

(al-Qur’an, 17:85)

iv. Menurut pemikir islam, akal manusia hanya mampu menaakul apa

yang dapat ditanggapi dan dilihat oleh pancaindera sahaja. Hal ini

disandarkan kepada firman Allah mengenai zat-Nya:

�ف� ، و�ه�و� الل"طي �ص�ر� �ب �د�رك� األ� �ص�ر� و�ه�و� ي �ب �ه� األ� �د�رك � ت ال

ير� ب �خ� ۱۰۳﴿ال ﴾Maksudnya: Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh pengelihatan mata,

sedang ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala

penglihatan (mata). Dan Dialah Yang Amat Halus (melayan

5

Page 6: Keperluan manusia kepada agama

hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi amat mendalam

pengetahuan-Nya.

(al-Qur’an, 6:103)

Berdasarkan penjelasan yang terperinci di atas, maka terbuktilah bahawa akal

manusia tidak boleh dan tidak akan pernah dapat menggantikan agama dalam

kehidupan seharian. Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Ghazali di dalam kitab

Ihya’ ‘Ulum al-Din, akal manusia memerlukan dalil naqli ( wahyu al-Qur’an dan

Sunnah). Manakala dalil naqli memerlukan akal. Bertaklid tanpa menggunakan akal

adalah satu kebodohan, menggunakan akal sahaja tanpa wahyu Illahi dan Sunnah Nabi

adalah satu penipuan.

(Ibid,2009: 23-26)

5.0 KESIMPULAN

Agama merupakan suatu unsur yang sangat penting dalam kehidupan manusia di

mana ia sebenarnya dapat membentuk pandangan dan perilaku sesebuah masyarakat

serta berupaya untuk membangunkan ketamadunannya. Agama juga dapat

mewujudkan suasana yang aman dalam kalangan penduduk dunia hingga ia dijadikan

sebagai suatu sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam persoalan

keselamatan serantau.

Agama yang sempurna adalah agama yang mampu memberi bimbingan kepada

akal manusia yang lemah daripada terjerumus ke arah lembah kehinaan dan kancah

penyelewengan.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa manusia sangat memerlukan kepada agama

bagi memenuhi fitrah semulajadi mereka seterusnya untuk menampung serta

menyempurnakan kelemahan yang terdapat pada akal sihat mereka.

6

Page 7: Keperluan manusia kepada agama

6.0 RUJUKAN

Ab. Latif Bin Muda & Rosmawati Ali, 1998, Pengantar Ilmu Tauhid, Pustaka Salam

Sdn. Bhd, Cheras, Kuala Lumpur.

Ab. Latif Bin Muda & Rosmawati Ali, 2009, Pengantar Ilmu Mantik, Pustaka Salam

Sdn. Bhd, Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Akhmal Haji Mohd. Zain, 2004, Asas Pengetahuan Agama Islam, al-Hidayah

Publishers, Kuala Lumpur.

K.H Mawardi Labay el-Sulthani, 2002, Islam Agama Kedamaian, al-Mawardi Prima,

Jakarta.

Muhammad Rabi’ Muhammad Juhari, 1998, ‘Aqidatuna, Tanpa Penerbit.

7